"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Selasa, Mac 30, 2010

Anwar Dedahkan Hubungan APCO, firma milik Zionis dengan PM Najib. Cetak dan Edar !

MUKADIMAH




1. Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya. Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah umat.

2. Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataan saya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.

3. Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.

4. Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.

5. Ini berdasarkan kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang menyatakan:

“Kerajaan ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara ”

6. Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:

“APCO’s work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people.”

7. Kenyataan tersebut sebenarnya membuka pekung serta memunculkan lebih banyak persoalan. Ini bukan syarikat perhubungan awam biasa yang sekadar menulis ucapan mahupun kenyataan akhbar ataupun bertindak melonjakkan imej Perdana Menteri walau itupun amat dikesalkan kerana ianya dilakukan menggunakan dana rakyat. Dilaporkan usaha ini menelan belanja sekitar RM 20 juta. Secara sedar atau tidak kenyataan APCO mengakui bahawa lantikannya adalah untuk membantu strategi komunikasi yang menyeluruh, bermakna firma tersebut terlibat secara langsung memberi bantuan komunikasi di dalam pelbagai inisiatif dan dasar kerajaan. Ini bermakna, APCO terlibat secara langsung dalam mempengaruhi mesej yang disampaikan kepada rakyat dan saya akan terangkan dengan mendalam kenapa perkara ini sangat membahayakan kepada rakyat dan negara.

8. Pada 18hb Mac 2010, APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan gagasan 1Malaysia, kononnya konsep itu wujud sebelum APCO dilantik sebagai firma perunding.

9. Penafian yang dibuat oleh APCO itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran Perdana Menteri sekarang. Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, atau Dato’ Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya.

10. Sebuah portal berita telah melaporkan pada 28 Julai 2009 setakat mana penglibatan APCO dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib.

11. Antara lain, dilaporkan bahawa perkhidmatan APCO ini diperkenalkan kepada Perdana Menteri oleh Omar Mustapha, penasihat Perdana Menteri yang juga teman lama YB Rembau dan rakan kongsi firma perunding Ethos Consultancy. Saya akan buktikan selepas ini bagaimana perkaitan di antara Omar Mustapha dan APCO sebelum pun APCO dilantik secara rasmi sebagai perunding kerajaan.

12. Walaupun yang diumumkan kepada negara dan rakyat bahawa 1Malaysia dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri peranan Ethos Consultancy tidak boleh diremehkan. Ternyata kebanyakan dari kita tidak menyedari hubungan akrab eksekutif Ethos dan APCO yang masih berterusan.

13. Sebab itu kita tidak hairan, sebaik sahaja Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Omar Mustapha dikhabarkan membawa masuk APCO menjadi perunding komunikasi kerajaan.

14. Malah, laporan berita tersebut dengan jelas menyatakan bahawa seorang penasihat dari APCO telah pun ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak dari awal Perdana Menteri mengambil alih.

15. APCO juga dilaporkan terlibat secara langsung dalam menentukan strategi 100 hari pentadbirannya, termasuklah mesej dan dasar utama seperti 1Malaysia dan inisiatif yang lain.

16. Berdasarkan laporan tersebut juga pegawai-pegawai kanan kerajaan dikatakan tidak selesa apabila Perdana Menteri ingin menganugerahkan kontrak bernilai RM20 juta kepada APCO untuk meneruskan kerja-kerja rundingan kepada kerajaan. Kontrak itu dijangka dianugerahkan antara bulan Julai dan September 2009; iaitu selepas penglibatan individu dari APCO yang dibawa masuk pada tempoh awal Perdana Menteri mengambil alih.

17. Semua ini bukan saya yang kata, bukan Pakatan Rakyat yang cipta – semuanya telah pun dilaporkan sejak tahun lalu dan ianya belum pun dinafikan pihak yang dikatakan terlibat.

18. Sebab itu mengambil kira beberapa peristiwa atau contoh yang berlaku apabila kerajaan ditipu oleh penasihat-penasihat asing sehingga menyebabkan kerugian berbillion ringgit; atau diaibkan di peringkat antarabangsa; saya melihat episod perlantikan APCO ini sebagai satu lagi kelalaian yang boleh merugikan dan membahayakan negara.

19. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan untuk tidak mengulangi kesilapan dan kelalaian lepas apabila terlalu percayakan penasihat asing sehingga kita tidak memeriksa dengan tepat reputasi mereka serta penglibatan mereka sebelum ini. Apatah lagi perlantikan tersebut diselubungi misteri dan tanpa penelitian.

20. Dulu, mantan Perdana Menteri mengizinkan kerajaan melantik David Zaidner dari firma Marc Rich untuk menasihati agensi kerajaan dan Bank Bumiputra cuba memanipulasi pasaran timah sedunia sehingga kita kerugian besar. Tidak sewajarnya kita lupa skandal Maminco itu. Mantan Perdana Menteri ketika itu seolah-olah tidak meneliti dahulu rekod David Zaidner, yang diketahui umum tidak suka mengikut peraturan dan undang-undang di dalam amalannya.

21. Kemudian, episod yang membabitkan Jack Abramoff hanya untuk mendapatkan satu temujanji dengan Presiden Bush dalam tahun 2002 dengan membayar USD$1.2 juta tanpa memeriksa dahulu latar belakang Jack Abramoff. Dalam tahun 2006, kerajaan Malaysia dimalukan apabila Jack Abramoff didapati bersalah menipu dalam satu transaksi kewangan sehingga dipenjarakan dan pada masa itulah semua penglibatan kerajaan Malaysia didedahkan. Abramoff juga merupakan seorang pelobi yang terlibat dalam penipuan tanah kaum peribumi Amerika Syarikat(Red Indian) untuk tujuan pembinaan kasino. Perlantikan Abramoff juga dibuat dengan penuh kerahsiaan dan pasti tidak diketahui umum sekiranya Abramoff tidak diheret ke muka pengadilan di Amerika Syarikat.

22. Walaubagaimanapun, mantan Perdana Menteri tersebut hanya memberikan tugasan yang spesifik kepada firma Marc Rich dan Jack Abramoff dan tidak melibatkan perjalanan jentera kerajaan yang menyeluruh.

23. Dalam konteks inilah, kita melahirkan kebimbangan kerana kenyataan keraajaan sendiri menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat. Kenyataan APCO menyatakan:

“will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”

24. Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO.

APCO DAN MODUS OPERANDI

25. Tetapi sebelum kita meneliti dengan lebih dalam kenapa penglibatan APCO secara rapat dengan kerajaan merupakan satu risiko yang wajar kita elakkan, kita perlu meneliti dahulu modus operandi firma-firma seperti APCO.

26. Hanya dengan memahami modus operandi yang digunakan oleh APCO, baru kita boleh memahami kenapa penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia diselubungi misteri dan rahsia.

27. APCO memanglah sebuah firma hubungan awam bertaraf antarabangsa. Reputasinya digilap kerana penglibatan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan pentadbiran Amerika Syarikat atau pun ahli-ahli politik di Capitol Hill.

28. Pada masa yang sama, APCO juga menggunakan khidmat mereka yang mempunyai pengaruh di dalam bidang atau kerajaan masing-masing. Kalau kita lihat senarai Panel Penasihat Antarabangsanya, ahli penasihat APCO termasuklah beberapa tokoh diplomatik dan tokoh perisikan Israel.

29. Oleh itu, adalah penting untuk Dewan dan rakyat memahami bahawa reputasi APCO adalah sebagai sebuah firma pelobi. Apa fungsi firma pelobi di Washington?

30. Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.

31. Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik. Saya akan senaraikan selepas ini contoh-contoh pemimpin sebegini; yang secara tidak langsung kini Perdana Menteri Dato’ Seri Najib telah mendapat penghormatan kerana tergolong dengan pemimpin-pemimpin sebegini.

32. Untuk menjalankan tugas ini, mereka juga perlu menjaga nama dan reputasi mereka sebagai firma perhubungan awam. Sebab itu ada beberapa perkara penting di dalam modus operandi mereka yang perlu kita fahami.

33. Pertama – mana-mana pihak yang mengambil APCO sebagai perunding akan menandatangani perjanjian. Salah satu bahagian utama di dalam perjanjian ini adalah mengenai perkara-perkara rahsia; dengan izin “Confidentiality” atau “non-disclosure”.

34. Reputasi APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang berimej buruk ini.

35. Sebab itu, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia, atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia. Biar saya ingatkan rakyat Malaysia tidak mudah untuk diputarbelitkan.

36. Mereka faham bahawa adalah menjadi sebahagian dari tugas APCO, seperti yang termaktub di dalam perjanjian lantikan bersabit perkara-perkara sulit dan rahsia; untuk melindungi klien mereka dan secara langsung menafikan penglibatan.

37. Saya ambil contoh dua perjanjian lantikan yang melibatkan APCO. Satu yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan APCO bertarikh 4hb Ogos 2009 yang secara khusus memberi tugasan kepada APCO untuk membaikpulih imej kerajaan Malaysia. Ini mempunyai tandatangan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri sendiri, iaitu Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menunjukkan betapa dekatnya APCO dengan Perdana Menteri – sedangkan pada kebiasaannya perjanjian kerajaan hanyalah ditandatangani oleh pegawai-pegawai kerajaan sahaja.

38. Satu lagi contoh adalah perjanjian lantikan oleh Kerajaan Israel yang melantik APCO untuk menjalankan tugasan yang sama, bertarikh 9hb Januari 1992 . Pada jangka waktu yang sama, Ehud Barak masih berkhidmat sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Negara Israel.

39. Kedua-dua perjanjian ini dengan jelas menghuraikan peranan APCO sebagai pelobi; yang antara lain perlu menyimpan rahsia-rahsia kerajaan yang diberikan kepada APCO dalam menjalankan tugasan. APCO juga tidak boleh mendedahkan maklumat kecuali diberi keizinan oleh kerajaan Malaysia. APCO malahan terlibat dengan apa yang dipanggil sebagai komunikasi strategik yang menyeluruh.

40. Kita berhak menuntut kerajaan dan Perdana Menteri datang ke Dewan Rakyat dan berterus terang mengenai perjanjian yang telah ditandatangani dengan APCO – terutamanya semua soalan-soalan yang telah saya timbulkan minggu lalu mengenai tugasan, bayaran, penasihat-penasihat yang terbabit dan pengaruh mereka setakat ini.

41. Berbalik kepada modus operandi yang kita tekankan tadi. APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin “associates”) di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

42. Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO.

43. Jadi kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.

44. Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International. Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.

45. Oleh sebab itu, kita perlu berhati-hati dengan penafian oleh APCO bahawa ianya tidak terlibat. APCO sebagai sebuah firma mungkin tidak terlibat dengan idea gagasan 1Malaysia – Apa mungkin Perdana Menteri hadir ke Dewan Rakyat dan menyatakan secara tegas bahawa tidak ada mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO atau firma bersekutu dengan APCO atau penasihatnya yang terlibat dengan gagasan 1Malaysia? Kita pertikai gagasan penting bagi pentadbiran sekarang tidak tergolong dengan apa yang dikira sebahagian dari komunikasi yang menyeluruh.

46. Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO? Perdana Menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur. Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel.

47. Perdana Menteri juga perlu menerangkan kepada Dewan; kenapa Omar Mustapha penasihat yang dipercayai Perdana Menteri dilaporkan membawa APCO untuk menasihati kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya 1Malaysia? Tidakkah ini menimbulkan persoalan mengenai perkaitan di antara Ethos, APCO dan 1Malaysia? Manakala itu Perdana Menteri beria-ia menonjolkan Omar Musthapa sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Petronas walaupun ditolak pada mulanya oleh Lembaga Pengarah atas alasan gagal membayar biasiswanya.

48. Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri, kerana kita tahu modus operandi APCO yang diselubungi degan rahsia dan melibatkan banyak individu yang bernaung dengannya tetapi menggunakan firma-firma yang berlainan.

REKOD APCO

49. Kebimbangan kita mengenai penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia banyak bersabit dengan rekod APCO dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.

50. Ada dua aspek yang membimbangkan kita – pertama; APCO banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing. Sehinggakan akhbar The Times of India menulis bagaimana APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya . Rencana tersebut menyenaraikan antaranya:

“Adolf Hitler was a brilliant propagandist. Narendra Modi too believes in the power of image.

Which is probably why the chief minister hired a US lobbying firm which has serviced clients like former Nigerian dictator Sani Abacha and President-for-life of Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayev.

This Washington-based firm, Apco Worldwide, was hired by Modi sometime in August this year, in the run-up to an important Assembly election, to improve his image before the world community. Among its recent clients are Mikhail Khodorkovsky, a former Communist youth leader-turned-Russian billionaire with mafia links.”

51. Keduanya; mereka yang terlibat dengan APCO mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Israel serta ahli politik Amerika Syarikat yang mempunyai pandangan yang serong terhadap umat Islam.

52. Soalan saya kepada Perdana Menteri – jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO sebagai perunding kerajaan?

53. Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?

54. Saya ingin kupas kedua-dua aspek dan memberikan bukti bahawa berdasarkan rekod APCO selama ini, sewajarnya kerajaan tidak melantik mereka kecualilah kepakaran yang diperlukan kerajaan adalah kepakaran menggunakan wang untuk membeli pengaruh di Washington.

55. Dalam tahun 2007, seorang wartawan penyiasat yang terkenal di Amerika Syarikat bernama Ken Silverstein telah menyamar untuk melantik APCO mewakili kerajaan Turkmenistan. Beliau telah melaporkan hasil siasatannya mengenai peranan dan pendekatan APCO membantu membersihkan imej diktator-diktator dunia di dalam sebuah rencana yang disiarkan di dalam Majalah Harper’s. Berikut antara pendedahan majalah tersebut:

Apco was the first firm i contacted, because it was a natural candidate to represent Turkmenistan: it has experience working not just on behalf of authoritharian regimes in general-the dictatorship of General Sani Abacha in Nigeria, for example, which employed the firm in 1995, the same year it hanged 9 democracy activists.”

56. Pendedahan Ken Silverstein itu jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh APCO dalam membantu pemimpin-pemimpin yang begitu buruk rekodnya. Nama-nama yang disebut di dalam pendedahan tersebut termasuklah Barry Schumacher yang juga pernah terlibat di dalam tugasan lantikan kerajaan Israel pada tahun 1992 dan Jennifer Millerwise Dyck, bekas jurucakap CIA dan jurucakap Naib Presiden Dick Cheney; yang rekodnya di dalam perang di Afghanistan dan Iraq kita semua sedia maklum.

57. Sekiranya YB meneliti laporan tersebut, lebih membimbangkan adalah pendekatan yang diambil oleh APCO dalam menjalankan assignment itu.

58. Kepada kerajaan yang melantiknya, mereka dijanjikan pertemuan-pertemuan dengan pemimpin Kongres, dialog atau seminar dengan pelbagai institusi untuk memberi imej yang amat berlainan dengan apa yang berlaku.

59. Kepada pemimpin Kongres dan kerajaan Amerika Syarikat, mereka akan menjaja pertemuan-pertemuan ini sebagai peluang untuk mempengaruhi kepimpinan kerajaan yang melantik mereka sebagai perunding. Tidakkan ini satu amalan yang kurang beretika kerana ia seolah-olah mengambil untung di kedua-dua belah pihak? Bukankah ini satu isu yang besar apabila ada risiko campur tangan semata-mata untuk mendapatkan pertemuan-pertemuan di Washington?

60. Sebab itu saya akan terangkan selepas ini risiko-risiko yang telah ditanggung oleh negara apabila Perdana Menteri dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak dari Ethos untuk melantik APCO.

61. Senarai pemimpin-pemimpin yang menggunakan khidmat APCO untuk membaikpulih imej diktator adalah panjang dan mengejutkan.

62. Selain Turkmenistan, Kazakhstan dan Azerbaijan; salah seorang klien APCO yang paling terkenal adalah bekas diktator Nigeria iaitu General Sani Abacha. Mengikut laporan-laporan BBC General Sani Abacha merupakan pemimpin berkedudukan No. 4 yang paling korup di dunia. Semasa pemerintahannya, berbillion-billion dollar dilesapkan. Wang yang dilesapkan oleh orang kanannya sahaja berjumlah USD$2.5 billion.

63. APCO sebagai firma perhubungan awam yang terlibat dengan komunikasi strategi mempunyai misi untuk melunakkan imej Sani Abacha yang melesapkan wang negara.

64. Aspek kedua yang membimbangkan kita adalah kehadiran ramainya tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan kerajaan Israel dan organisasi pertahanan negara itu termasuklah agensi perisikan sebagai perunding atau penasihat APCO.

65. Tidakkah tindakan Perdana Menteri melantik APCO, yang umum diketahui rapat dengan tokoh-tokoh kanan rejim Zionis, merupakan sikap kepura-puraan? Di depan rakyat, kerajaan Barisan Nasional bercakap mengenai perjuangan Palestin, mengutuk rejim Zionist malah merotan pesalah-pesalah rakyat marhaen yang lemah untuk membuktikan ia sebuah kerajaan yang menegakkan Islam – adil atau tidak itu belakang kira.

66. Tetapi secara senyap di belakang, tanpa pengetahuan rakyat; Perdana Menteri dinasihati secara terus dan dekat oleh sebuah firma yang ditunjangi oleh tokoh-tokoh kanan rejim Zionis? Regim yang memenjarakan Gaza dan menindas baik umat Islam dan mereka yang beragama Kristian di Palestin.

67. Secara khususnya, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon, Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein . Ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan rejim Zionis.

68. Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi Keselamatan Israel. Apa itu Agensi Keselamatan Israel?( Israel Security Agency)

69. ISA adalah nama rasmi kepada satu organisasi yang cukup busuk namanya di kalangan umat Islam; iaitu Shin Bet. Apa ini Shin Bet? Shin Bet adalah adik kembar kepada Mossad; iaitu agensi perisikan Israel. Bezanya – Shin Bet adalah agensi perisikan dalam negara dan Mossad adalah agensi perisikan luar negara.

70. Siapa lagi tokoh-tokoh kanan rejim Zionis di dalam APCO? Antaranya Itamar Rabinovich; Duta Israel ke Amerika Syarikat, salah satu jawatan terpenting dalam rejim Zionis. Ini adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan ini. Begitu juga dengan Shimon Stein iaitu mantan duta Israel ke Jerman. Kedua-dua ini merupakan jawatan diplomatik kanan buat Negara Israel. Kedudukan mereka yang kanan dalam lingkaran diplomatik memperlihatkan keupayaan mereka untuk mempengaruhi serta melobi bagi pihak APCO sekarang.

RISIKO KEPADA NEGARA

71. Sebab itu kita menimbulkan isu ini kerana ia melibatkan keselamatan dan reputasi negara serta maruah umat.

72. Kita jelas mengapa kita bangkitkan isu ini. Ianya kerana kita mempertikaikan tindakan kerajaan menganugerahkan kontrak perkhidmatan puluhan juta ringgit kepada sebuah syarikat yang mana ada dari kalangan eksekutif kanannya pernah memegang jawatan tinggi dalam organisasi seperti Shin Bet dan Kerajaan Israel. Kita khuatir kerana pentadbiran Dato’ Sri Najib seperti tidak runsing dan gundah mengambil sebuah firma yang tercemar dengan rekod berkhidmat untuk para diktator dan petindas. Sikap membisu Perdana Menteri pastinya mengundang pelbagai kemusykilan serta persoalan.

73. Membicarakan persoalan seperti komunikasi menyeluruh, pastinya ia berkait rapat dengan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan dan banyak kementerian lainnya. Maknanya APCO mempunyai akses/terdedah kepada jaringan strategik serta penting dan pastinya memberi kesan kepada keselamatan negara. Melantik organisasi asing yang mempunyai rekod seperti APCO, lalu mengamanahkannya dengan tanggungjawab besar serta kemudahan sedemikan rupa pastinya menggadai kepentingan negara. Oleh kerana itu saya menggesa kerajaan agar segara membatalkan kontrak perkhidmatan dengan APCO dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal yang memalukan ini.

*Ini bukan sebahagian dari ucapan. Sekadar penilaian dan perbandingan pihak tuan berhubung persamaan di antara 1Malaysia dan 1Israel:

a. 1Israel adalah parti gabungan yang dipimpin oleh Ehud Barak yang menang pilihanraya Israel pada tahun 1999. Ia pada asalnya mengumpulkan Parti Buruh, Gesher dan Meimad dan kemudiannya bergabung dengan parti-parti agama Yahudi dan sayap kanan seperti Shas, Meretz dan beberapa parti lain.

b. 1Israel menandakan beralihnya dasar Parti Buruh menjadi lebih keras dan bersayap kanan; dengan kemasukan parti-parti lain di dalam gabungan. Ia merupakan gabungan pilihanraya yang mengumpulkan parti-parti perkauman bersayap kanan yang berbeza ideologi dan kepentingannya.

c. Sebab itu pendekatan yang diambil oleh Ehud Barak adalah dengan menumpukan kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh 1Israel kepada rakyat untuk mengalih perhatian pengundi daripada perbezaan ideologi parti-parti di dalam 1Israel.

d. Platform 1Israel menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik terutamanya di dalam pendidikan dan kesihatan yang terpampang di papan tanda besar.

e. Mesej-mesej yang konsisten di papan tanda besar ini adalah tumpuan 1Israel untuk mendahulukan rakyat; dengan mendahulukan perkhidmatan seperti pendidikan dan kesihatan sebelum meluaskan kawasan penempatan Israel.

f. Jadi mesej 1Israel adalah “rakyat didahulukan”, mesej 1Malaysia adalah “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

g. Satu lagi inisiatif utama kerajaan 1Israel adalah dengan merombak sistem kesihatan. Di bawah 1Israel, fungsi Kementerian Kesihatan diubah dengan menjadi perancang dan mengurangkan penekanan kepada rawatan wad dan hospital – sebaliknya rakyat digalakkan mendapatkan rawatan pencegahan sebelum ke hospital; sama ada di klinik atau dengan ubat-ubatan yang diberikan.

h. Maka 1Israel penekanannya adalah klinik, di Malaysia kita ada Klinik 1Malaysia.

i. Selain itu di bawah 1Israel pelbagai tabung, yayasan dan kempen dilancarkan secara bertubi-tubi; semuanya di bawah payung 1Israel. Begitulah juga di Malaysia tiap-tiap hari kita disuap dengan pelancaran, yayasan (contohnya Yayasan 1Malaysia), tabung, kampung dan pelbagai lagi – semuanya konsep 1Malaysia.

Pejabat Ketua AMK

Isnin, Mac 29, 2010

'Hilang RM546b:' Menteri diminta letak jawatan

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menuntut menteri yang bertanggungjawab ke atas syarikat permodalan negara Khazanah Nasional Bhd supaya meletak jawatan atas kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 bilion.


Pada ucapannya di Dewan Rakyat hari ini, Wee (kiri) berkata kerugian itu berlaku selepas Khazanah mempengaruhi Pos Malaysia Bhd dalam isu penjualan sahamnya dalam sebuah lagi syarikat "X" dengan harga RM14 juta.

"Saya difahamkan bahawa maksud 'penguasaan luar' di sini adalah penguasaan dariapda Khazanah (Nasional) Bhd, yang diketuai oleh Tan Sri Azman Mokhtar dan syer X adalah Transmile Bhd.

"Saya merayu kepada perdana menteri untuk menjalankan satu siasatan dengan segera apa yang telah didedahkan.

"Jikalau tuduhan tersebut adalah benar, saya percaya benar, menteri yang bertanggungjawab untuk Khazanah pada masa itu, jika masih memegang jawatan menteri mesti meletak jawatannya dengan segera untuk memikul tanggungjawabnya.

"Tindakan keras mesti diambil terhadap menteri tersebut dan pegawai Khazanah yang terlibat," katanya.

Wee berkata, beliau difahamkan perkara itu melalui satu rencana yang disiarkan dalam satu keluaran majalah Malaysian Business.

Katanya rencana bertajuk 'Is whistle-blowing really serious' itu ditulis oleh bekas ahli parlimen Tan Sri Adam Kadir yang juga merupakan bekas pengerusi Pos Malaysia.

Tulisan itu juga menyebut, keputusan untuk menjual pegangan berkenaan dibuat oleh badan pengarah Khazanah.

"Saya percaya, ini adalah satu contoh yang jelas -- harapkan pagar, pagar makan padi," katanya

Malaysiakini

ZUNAR: Tak adil Ujang tidak dibenar menggunakan nama beliau

Sejak meninggalkan Creative Enterprise, penerbit majalah Gila-Gila kira-kira 15 tahun lalu, saya dan Ujang tidak pernah bertemu sehinggalah di Pesta Buku di PWTC Ahad lepas (28 Mac 2010).


Selama tempoh itu, Ujang mengalami jatuh bangun dalam kerjayanya sebagai seorang katunis terkenal. Setelah keluar dari Gila-Gila, beliau menyertai MOY yang dimiliki oleh Md.Othman Yusof yang menerbitkan majalah kartun UJANG. Kemudian keluar dari syarikat itu setelah berselisih faham dengan Md.Othman.

Ketika Ujang bersama MOY, nama UJANG yang digunakan oleh syarikat itu di kepala majalahnya telah didaftarkan oleh MOY. Akibatnya, melalui tindakan mahkamah, setelah keluar dari MOY, Ujang tidak boleh lagi menggunakan nama "Ujang" dalam lukisan kartunnya--yang merupakan nama pena beliau sendiri!

Dalam pertemuan di PWTC itu antara lain saya bertanya mengenai isu tersebut. Beliau menceritakan bagaimana beliau menerima puluhan saman dan injuksi mahkamah dari Md.Othman menghalang beliau menggunakan nama itu.

Saya tidak mahu mengulas sebarang masalah beliau sama ada dengan Creative Enterprise atau MOY mengenai hak cipta kerana ia adalah masalah Ujang dengan syarikat-syarikat itu.

Sementara saya akur mengenai hakcipta yang didaftar oleh syarikat, tetapi adalah sesuatu ketidakadilan sekiranya seseorang katunis dilarang menggunakan 'nama pena' sendiri.

Ujang menggunakan nama pena tersebut sejak 20 tahun lalu, lama sebelum beliau menyertai MOY. Saya rasa Md.Othman (sekarang Adun Umno Kukup, Johor), disamping menjaga kepentingan syarikatnya, tidak berhak menghalang seseorang kartunis menggunakan nama pena dalam karya atau pernerbitan lain.

Ia bertentangan dengan prinsip akta hakcipta sejagat.

Kes Ujang dalam konteks ini adalah masalah bersama yang patut mendapat perhatian setiap kartunis. Saya menggesa persatuan kartunis seperti Pekartun dan Pekomik membuat pendirian yang jelas.

Saya juga menggesa Ujang tidak hanya bersifat defensif menepis saman dari Md.Othman, tetapi sudah sampai masanya beliau melancarkan tindakan mahkamah terhadap bekas majikannya itu untuk mendapatkan kembali hak nama pena beliau. Saya percaya beliau mempunyai kes yang kuat dari segi undang-undang.

HarakahDaily

Ahad, Mac 28, 2010

Pemilihan semula MCA: Chua Presiden; Liow Timbalan

Chua Soi Lek yang tercalit dengan skandal seks pada akhir tahun 2007, kini dinobatkan sebagai Presiden MCA yang baru, setelah menewaskan dua orang calon presiden yang lain, iaitu Ong Ka Ting dan Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi. Chua Soi Lek meraih 901 undi, sementara Ong Ka Ting memperolehi 833 undi, dan Ong Tee Keat mendapat 578 undi.


Dengan kata lain, Chua Soi Lek (gambar kanan) sekadar memperolehi 38.9% sokongan daripada 2,318 orang perwakilan yang hadir untuk mengundi pada hari ini, mencatat kadar kehadiran 97.52%.

Dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden pula, Kong Cho Ha yang berganding dengan Chua Soi Lek telah ditewaskan oleh Liow Tiong Lai, dengan majoriti 65 undi. Kong Cho Ha adalah Naib Presiden yang meraih undi tertinggi dalam pemilihan parti pada tahun 2008, kini memperolehi 1,106 undi; sementara Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan juga Naib Presiden sebelum ini telah memenangi 1,171 undi.

Naib Presiden

Dalam pertandingan Naib Presiden pula, Ng Yen Yen (1,158 undi), Donald Lim Siang Chai (1,469 undi), Gan Ping Sieu (1,202 undi), dan Chor Chee Heung (1,202) berjaya tampil sebagai pemenang.

Barisan ini memperlihatkan ketiga-tiga puak menempah satu tempat masing-masing, di mana Gan Ping Sieu adalah orang rapat Ong Tee Keat, Ng Yen Yen dari kem Chua Soi Lek dan Chor Chee Heung daripada puak Ong Ka Ting. Donald Lim merupakan calon yang paling tidak "kontroversial", kerana boleh diterima oleh hampir semua pihak.

Rakyat Marhaen

Nube desak Najib Razak beri cuti bersalin 90 hari

KUALA LUMPUR: "Rosmah Mansor dah bersetuju cuti bersalin 90 ini, tapi saya dengar Menteri Buruh dan Tenaga Kerja bantah, sebab itu kami adakan kempen cuti bersalin 90 kali ini," kata seorang penggerak kempen tersebut yang mahu dikenali sebagai Ahmad Ali.


Beliau berkata, kempen yang digerakkan oleh National Union of Bank Employees (Nube) itu kini sedang berusaha mencapai jumlah kutipan sejuta tandatangan untuk mendesak parlimen meminda Akta Kerja 1955.

"Sejuta tandatangan rakyat ini kami perlukan untuk menyokong usul 90 hari cuti bersalin untuk kaum ibu. Kami akan serahkan kepada Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak bagi menunjukkan sokongan rakyat terhadap syor kami ini.

"Kami akan serah sejuta tandatangan ini kepada Najib selepas 6 Jun depan agar syor 90 hari cuti bersalin dengan bergaji itu akan diluluskan," kata Ahmad kepada erapakatan.com di sini, hari ini.

Untuk rekod, Akta Kerja 1955 sebelum ini memperuntukkan tempoh cuti bersalin selama 60 hari.

Kempen 90 hari cuti bersalin anjuran dengan bergaji anjuran kesatuan sekerja Nube itu turut disokong oleh pihak-pihak lain.

Antaranya, women Aid Organization (Wao), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), World Alliance on Breastfeeding Action (Waba), Asian Pacific Resource & Research Centre for Women (Arrow), All Women's Action Society (Awam), Tenaganita Sdn Bhd, Wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wanita Keadilan dan Malaysian Trade Union Congress.

Antara gerakan kesatuan sekerja yang turut menyokong perjuangan usul Nube ini adalah Union Network International - MLC.

"Kami sokong kempen Nube untuk mendesak kerajaan ke arah meningkatkan cuti bersalin daripada 60 hari kepada minima 90 hari untuk memulihkan kesihatan kaum ibu serta pertalian erat bayi menerusi penyusuan ibu.

"Kita mesti memastikan wujudnya hubungan sihat antara ibu dan anak cuti ini akan lebih membantu pembesaran anak sekali gus ia menepati ketetapan konvensyen organisasi pekerja antarabangsa 183," kata Ahmad.
 

Keadaan kesihatan Orang Asli menyedihkan

0leh,

SM Mohamed Idris Mac



Orang Asli merupakan komuniti paling terpinggir di negara ini terus mengalami kehilangan tanah mereka melalui penempatan semula, pembalakan, perlombongan, pembinaan empangan, pembangunan padang golf, skim peladangan, pengumpulan semula dan asimilasi ke dalam masyarakat arus perdana.



Hak Orang Asli ke atas tanah warisan tidak diiktiraf oleh negeri; oleh itu mereka semakin kehilangan tanah dan mengalami kemusnahan asas kewujudan mereka. Dasar kerajaan ialah mengumpul dan menempatkannya semula mereka untuk menanam tanaman kontan dan makanan.



Tekanan terhadap tanah dan kekurangan bantuan daripada kerajaan negeri serta sokongan telah membawa kepada meningkatkan kesukaran hidup mereka. Hari ini kira-kira 80 peratus daripada Orang Asli hidup di bawah garis kemiskinan rasmi.



Lihatlah petunjuk kesihatan berikut:



* Pada 1980-an jangka hayat ketika lahir dalam kalangan Orang Asli Semai ialah 35 tahun. (Untuk Malaysia Barat 68-72 tahun).



* Orang Asli mempunyai insiden tuberculosis dua kali daripada purata kebangsaan antara 1951 hingga 1971. Menjelang 1995 kadar bagi kanak-kanak Orang Asli ialah tiga kali purata di negeri Perak.



* Pada 1991 dan 1992, Orang Asli merupakan purata 48% daripada semua jangkitan malaria yang direkodkan di Malaysia Barat (kurang 1% daripada penduduk). Dalam beberapa tahun yang lalu mereka mempunyai purata lebih 70% daripada kes itu.



* Kematian bagi Orang Asli ialah 1% setahun bagi tempoh 1984-87, dua kali lebih tinggi daripada purata Malaysia Barat (0.5%)



* Kadar kematian bayi ialah 5.2%, lebih daripada tiga kali ganda purata Malaysia Barat (1.6%).



* Dalam kalangan wanita Malaysia yang bersalin di rumah pada 1994, 42 meninggal; 60% daripadanya (25) merupakan Orang Asli.



* Kajian 1995 menunjukkan wanita Orang Asli merupakan kumpulan orang dewasa yang paling kekurangan zat di Malaysia Barat, dengan 35% daripada mereka mengalami kekurangan protein dan tenaga.



* Anemia meluas dalam kalangan wanita Orang Asli. Dalam satu kajian, wanita Orang Asli Temuan mempunyai purata paras haemoglobin 9.9 g/dl (gm/100ml) jauh lebih rendah daripada paras yang diterima iaitu 12-15 g/dl.



* Kajian lepas mendapati 23% hingga 68% daripada kanak-kanak Orang Asli mengalami kekurangan berat badan, manakala 41% hingga 80% terencat dalam pertumbuhan mereka.



* Ujian serological juga mendedahkan bahawa 82% daripada Orang Asli menunjukkan pendedahan terhadap penyakit yang berkait dengan virus dan denggi.



* Pada 1994, penyakit kusta adalah 23 kali ganda menjadi wabak dalam kalangan Orang Asli berbanding penduduk umum.



* Pada 1990, hanya 67 daripada 774 kampung Orang Asli (9%) mempunyai klinik perubatan.



Di sebalik penemuan yang mengejutkan ini, komuniti Orang Asli gagal untuk menerima perhatian yang mereka perlukan.



Hari ini, Orang Asli menjadi komuniti yang paling tidak sihat di Malaysia, satu gambaran status peminggiran mereka dalam masyarakat. Kekurangan zat makanan merupakan masalah serius dalam kalangan orang Asli, dan wanita Orang Asli merupakan kumpulan orang dewasa yang paling kekurangan zat makanan di Malaysia Barat.



Ini adalah diakibatkan oleh kehilangan tanah pertanian dan tempat mencari makan, meningkatnya pencemaran sungai, diet yang tidak mencukupi; paras dan kekerapan mengalami jangkitan penyakit, jangkitan usus dan diskriminasi.



Wanita Orang Asli mempunyai paras kekurangan folate dan zat besi yang tinggi, dibebani dengan masalah cacing dan malaria. Keadaan ini diburukkan lagi oleh kemerosotan khasiat pemakanan dalam kalangan kumpulan yang paling terjejas iaitu wanita yang mempunyai anak kecil dan kanak-kanak.



Orang Asli selalu mencari makan dengan pelbagai sumber makanan malah apabila mereka menjadi 'petani' dan mereka menikmati kualiti makanan yang tinggi dengan pelbagai jenis yang menarik jika jarang-jarang dalam kuantiti yang banyak.



Memandangkan sumber makanan ini semakin merosot mereka dipaksa untuk membeli makanan moden seperti gula, tepung, susu pekat manis, makanan dalam tin, dan minyak masak yang semuanya mengakibatkan pemakanan yang tidak sihat, tidak seimbang dan sukar untuk diperolehi. Kajian mendedahkan anemia merupakan penyebab ketara penyakit dalam kalangan wanita Orang Asli; dan ibu-ibu mengandung serta goiter (keadaan bengkak pada kelenjar tiroid) dalam kalangan kanak-kanak tidak melihat sebarang perubahan antara 1951 dan 1995.



Kesihatan ibu-ibu mengandung merupakan perkara utama dalam kelangsungan hidup ibu-ibu mengandung dan bayi dan kesihatan yang amat penting kepada komuniti Orang Asli. Status pemakanan kanak-kanak Orang Asli dijelaskan sebagai buruk oleh pelbagai kajian. Pada 1987, didapati 54 peratus mengalami kekurangan berat badan dan 66 peratus terencat. Kajian lain mengesahkan bahawa kekurangan zat makanan yang meluas wujud dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli; dan kekerapan terencat adalah daripada 44 peratus dalam kalangan bayi hingga 80 peratus dalam kalangan kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun.



Penyelidik telah merumuskan bahawa “status pemakanan kanak-kanak Orang Asli amat sangat berbahaya”. Disebabkan oleh kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak yang amat serius ditambah dengan cacing usus dan masalah lain, kanak-kanak Orang Asli berdepan kecacatan yang teruk terhadap perkembangan fizikal, intelektual dan sosial mereka.



Perangkaan kesihatan yang menyedihkan ini mendedahkan bahawa keadaan kesihatan yang menyedihkan serta kekurangan zat makanan bagi ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak Orang Asli dalam kalangan komuniti Orang Asli perlu ditangani dengan segera.



Malah Hospital Orang Asli di Gombak hanya melihat sedikit perubahan. Struktur bangunan kayu 'sementara' di Hospital Gombak yang dibina pada 1959 oleh pekerja Orang Asli masih menempatkan pesakit.



Kakitangan hospital masih kekurangan kepakaran dalam pelbagai disiplin perubatan. Pendidikan kesihatan yang sempurna tidak ditangani oleh birokrasi perubatan pada masa ini untuk Orang Asli. Menurut Ketua Hospital Gombak, kesihatan Orang Asli tidak mendapat layanan yang baik oleh 'sikap kakitangan' di kemudahan perubatan itu.



Di bawah undang-undang, semua aspek kehidupan mereka 'diuruskan' oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Pendek kata mereka dinafikan hak dengan mempunyai sedikit ruang untuk menyuarakan hal ehwal dan kehidupan mereka sendiri.



Komuniti Orang Asli mestilah terlibat dalam memutuskan keutamaan dan keperluan mereka memandangkan hanya mereka yang mengetahui masalah mereka dengan baik. Berhubung perkara ini, mobilisasi sokongan yang aktif dan penglibatan komuniti adalah menjadi asas kepada penambahbaikan kesihatan mereka.



Penulis adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

malaysiakini

Reman Setiausaha Sulit Kelantan disambung hingga esok

TERKINI



Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, 28 Mac —Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang ditahan polis Khamis lalu ekoran kenyataan mengenai pemecatan Pemangku Raja disambung reman selama dua hari sehingga esok.

Majestret Nurhaslinda Che Seman membuat keputusan itu pagi tadi.

The Malaysian Insider difahamkan polis Kelantan akan mengambil keterangan daripada pemberita-pemberita yang membuat liputan sidang media Wan Hashim, Khamis lalu.

Wan Hashim ditahan kira-kira sembilan jam selepas sidang media yang diadakan di Istana Mahkota mengumumkan pemecatan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

Wan Hashim tiba di mahkamah kira-kira 10.50 pagi dengan kawalan anggota polis.

Sementara itu peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Wan Hashim semasa ditemui di luar mahkamah memberitahu, pihaknya telah membangkitkan masalah berkenaan kesihatan Wan Hashim dan memohon agar beliau direman di hospital.

“Mereka (polis) pohon untuk tiga hari tapi mahkamah benarkan sehingga esok.

“Puan Majestret juga telah membuatkan satu perintah supaya Datuk (Wan Hashim) dibawa ke hospital selepas prosiding hari ini.

“Reman sehingga esok, pihak polis perlu membuat satu keputusan esok sama ada dituduh atau dibebaskan atas jaminan polis,” kata beliau ketika ditemui di pekarangan mahkamah hari ini.

Wan Hashim ditahan di rumahnya di Taman Sri Aman, Kubang Kerian dan disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menyamar.

Laporan minggu lalu menyebut Wan Hashim, bekas setiausaha kerajaan negeri, telah dilantik sebagai Setiausaha Sulit tetapi dinafikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri.

Bagaimanapun susulan daripada pengumuman itu, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris masih kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota Majlis Perajaan Negeri pada 29 Mei lalu.

Dalam pada itu seorang ahli keluarga Wan Hashim yang dihubungi untuk diminta komen mengenai perkembangan hari ini menerima keputusan tersebut dengan hati yang lapang.

“Tuhan hanya satu, saya hanya mampu pasrah.

“Tak perlu saya beri komen banyak dalam kes ini, tunggu sajalah apa keputusannya nanti,” katanya ringkas.

Polis menahan Wan Hashim ditahan dipercayai berhubung pengumuman pemecatan jawatan Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja.

Desas-desus mengatakan tangkapan tersebut berikutan satu laporan polis dibuat Pengerusi Persatuan Pegawai Tadbir Kelantan, Shafien Ismail berhubung pengumuman penamatanjawatan Tengku Muhammad Faris.

Beliau ditahan di IPK Kelantan sejak pukul 8.40 malam Khamis lalu.

the malaysain insider

A SAMAD SAID: Menyukat degup jantung negara di Memali

DUA minggu lalu saya kembara ke Kedah. Saya ke Memali sebenarnya. Saya menyukat degup jantung negara. Rancangan awalnya saya hanya ingin ke sebuah madrasah di Padang Lumat — berceramah syahdu sambil menderma buku. Tapi, terlanjur dekat, saya terindu ke Memali.


Selama ini saya hanya mendengar sejarah pilunya. Sekelompok pendakwah di situ diwarnakan sebagai penyebar ajaran sesat yang jati.

Dakwaan pedih itulah yang mendorong saya untuk mencari setitis kebenaran seputarnya. Kisah peristiwa Memali berdarah itu sebenarnya tertinggal di simpang jalan. Kita dipamerkan dua buah lukisan abstrak yang sangat berantakan. Dari sisi pemerintah, kelompok pendakwah ini 'sah' penyebar ajaran sesat. Tapi, dari sisi keluarga Allahyarham Ibrahim Libya, kelompok itu diluhuri perjuangan syahid.

Saya cuma ingin menaati pesanan Ka'ab bin Malik. Kebenaran sangat utama. Sahabat Rasulullah s.a.w itu bercakap benar. Ka'ab mengakui kesilapannya terlupa menyertai rombongan pejuangan syahid ke Tabuk. Allah Yang Maha Kuasa memaafkan dosa hambanya itu kerana ketulusan pengakuan hamba tersebut. Saya coba mengunyah iktibar di sebaliknya.

Dalam negara kita kini memang banyak kecuaian sedemikian. Lihatlah - terhidu wabak menyonglap dana; tersebar istilah berubah makna; terpercik ghaib enjin 'jet' sendiri; tertular pejuWang melelong diri.

Apabila kita mula ghairah menimbus kebenaran sebagai kepalsuan — dan serentak — menggali kepalsuan sebagai kebenaran, kita mereputkan akar peribadi bangsa. Jika berlanjut, kita bakal menjadi bangsa yang sebal.

Lihat, kita sudah jarang mengingati Visi 2020. (Adakah lagi wawasan itu?) Kita semakin jarang menyebut agenda pertingkat penduduk ke 40 juta. (Memang adakah dasar rasminya?) Kita mula melupai Islam Hadhari. (Apakah kini memang harinya terhad?)

Sebaliknya, dalam rahsia, kita mula mempertanya tentang kerugian bilionan di bawah kuasa dua orang bekas Perdana Menteri; berhujah tentang pencemaran makna 'royalti'; berdebat tentang mengapa selepas 6 Perdana Menteri Melayu berkuasa kita masih juga terpaksa menjerit Melayu terancam?

Harakahdaily

Jumaat, Mac 26, 2010

Pesawat TUDM Terhempas Di Hutan Sintok

Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 Mark II yang dipandunya terhempas di kawasan hutan dekat Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, kira-kira pukul 10.15 pagi Khamis.

Juruterbang pesawat itu, Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, jurulatih di Kolej Penerbangan TUDM Alor Setar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut kenyataan media Kementerian Pertahanan, pesawat tersebut berlepas dari pangkalan TUDM Kepala Batas, dekat Alor Setar pukul 10.03 minit pagi untuk tujuan latihan apabila kejadian itu berlaku.

Jenazah Mejar Muhammed Zulrihan ditemui pasukan mencari dan menyelamat TUDM berdekatan pesawat yang terhempas dan dibawa keluar dari hutan menggunakan helikopter S61A-4 Nuri.

Jenazahnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk dibedah siasat, kata kenyataan itu.

Allahyarham yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, meninggalkan seorang balu, Wizana Abdul Ghani dan tiga orang anak. Allahyarham menyertai TUDM pada 25 Februari 1991 dan berkhidmat sebagai jurulatih penerbangan di kolej itu sejak 1 Januari 2008.

Menurut kenyataan itu, TUDM telah menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud dan seluruh warga TUDM mengucapkan takziah kepada isteri, anak-anak serta semua ahli keluarga Allahyarham.

"TUDM amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh wira TUDM ini dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara," kata kenyataan itu.
~Bernama

SIDANG DUN PERAK: BATALKAN SELAGI PERTIKAIAN SPEAKER BELUM SELESAI

Kenyataan Media (25 Mac 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencadangkan agar dibatalkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijangkakan akan diadakan pada 30 Mac ini yang tinggal 5 hari sahaja lagi selagi pertikaian berkaitan kedudukan Speaker DUN Perak masih belum diselesaikan yang sudah hampir 10 bulan semenjak Persidangan DUN Perak yang telah diadakan pada 7 Mei tahun lepas.

DPPN Pk merasakan Seri Paduka Sultan Perak boleh menyelesaikan kemelut rampasan kuasa kedua oleh Umno / Barisan Nasional (BN) berkaitan kedudukan Speaker DUN Perak. Oleh yang demikian DPPN Pk mengharapkan agar usaha untuk menyelesaikan pertikaiaan kedudukan Speaker DUN Perak dapat diselesaikan secepat mungkin. Malah DPPN Pk merasakan perlunya campur tangan Seri Paduka Sultan Perak di dalam menyelesaikan kemelut ini.

Bagi DPPN Pk selagi pertikaian kedudukan Speaker DUN Perak ini belum diselesaikan, akan merumitkan lagi keadaan di Negeri Perak khasnya. DPPN Pk juga mencadangkan agar kedua-dua pihak yang melibatkan kedudukan Speaker DUN Perak ini merafak sembah Seri Paduka Sultan Perak bagi mengemukakan bukti-bukti berkaitan kedudukan mereka sebenarnya.

Bukannya memperalatkan institusi yang berkaitan bagi mengukuhkan kedudukan mereka yang bukannya berlandaskan peruntukan Undang-Undang yang sedia ada. Oleh yang demikian DPPN Pk juga akan mengambil peluang memohon sekali lagi perkenan bagi merafak sembah Seri Paduka Sultan Perak bagi mengemukakan bukti-bukti bahawa V. Sivakumar adalah Speaker DUN Perak yang sah.

DR RAJA AHMAD AL-HISS

Setiausaha,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Wan Hashim : Masih ditahan , atau sudah bebas ?

Sehingga malam tadi kita menerima berita Bekas Setiausaha Kerajaan negeri kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud telah ditahan oleh sekumpulan pegawai polis di rumahnya dekat Kubang Kerian kira-kira jam 8.45 malam tadi.


Beliau kemudiannya dibawa ke Balai Polis IPK Kota Bharu dan masih berada di sana sehingga kini. Dia disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu melakukan penipuan.

Namun begitu setelah menghubungi banyak pihak saya masih ,gagal mendapatkan maklumat mengenai status Wan Hashim adakah dibebas atau masih ditahan.

Beliau yang mendakwa dilantik menjadi Setiauasaha Sulit Sultan Kelantan minggu lalu telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan perlucutan jawatan Tengku Faris Petra sebagai pemangku raja Kelantan. Beliau juga mengumumkan perlantikan Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN) Tengku Abdul Aziz Hamzah sebagai pemangku raja menggantikan Tengku Faris.

Ekoran kenyataan media itu, Pengerusi Persatuan Pegawai Tadbir Kelantan, Shafie Ismail membuat satu laporan polis terhadap beliau.

Berita mengenai kemungkinan penangkapan terhadap Wan Hashim gencar apabila Pemangku Raja akan berangkat pulang ke Kelantan lewat petang kelmarin.

~cina islam

Tengku Abdul Aziz Hamzah dilucut jawatan YDP MPN

KOTA BHARU, 26 Mac: Kemelut istana Kelantan terus meruncing apabila Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra mengumumkan Tengku Sri Utama Raja, Tengku Abdul Aziz Hamzah dilucutkan jawatan sebagai Yang DiPertua Majlis Perajaan Kelantan (MPN) berkuat kuasa semalam, 25 Mac 2010.


Menurut perisytiharan yang dibacakan oleh Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd Aiseri Alias hari ini berkata, Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Al-Haj dilantik sebagaiYang DiPertua MPN yang baru.

"Bagi menjunjung titah perintah Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra bahawa Yang Mulia Tengku Abdul Aziz Hamzah (Tengku Sri Utama Raja) dibatalkan perlantikan dan dilepaskan daripada menjadi Yang Di Pertua Majlis Perajaan Negeri berkuat kuasa 25 Mac 2010.

"Saya juga ingin memaklumkan Yang Maha Mulia Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra telah mengampuni perkenan dan melantik Yang Berhormat Mulia Tengku Abdul Halim Al-Haj (Tengku Laksamana Kelantan) sebagai Yang Di Pertua Majlis Perajaan Negeri berkuat kuasa 25 Mac 2010," katanya sebentar tadi.

Pada sidang media sama beliau juga turut menjelaskan, majlis penganugerahan pingat kebesaran negeri pada 30 Mac ini tiada kaitan dengan sambutan hari keputeraan raja Kelantan.

Menjelas lanjut beliau berkata, ianya dibuat berdasarkan undang-undang tubuh negeri mengikut peruntukan perkara 43 (1).

Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud mengumumkan Sultan Kelantan melucutkan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan diganti YDP MPN, Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah.

Bagaimanapun Setiausaha MPN, Datuk Mohd Aiseri Alias semalam berkata, perlucutan kedudukan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhamad Faris Petra adalah tidak sah kerana didakwa tidak mewakli keputusan MPN.
Kata beliau Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan Majlis Perajaan Negeri tidak akan menjadi sah dan terbatal melainkan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu.

Oleh itu, katanya, Tengku Faris kekal sebagai pemangku raja Kelantan.

~harakahdaily

Khamis, Mac 25, 2010

Bekas tahanan ISA hilang ganti rugi RM2.5 juta

Seorang bekas tahanan menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hilang ganti rugi RM2.5 juta setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan tuntutan samannya.


Hakim Md Raus Shariff yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan bahawa penahanan Abdul Malek Hussein adalah sah dan menolak semua dakwaan yang dia diseksa semasa dalam tahanan.

Dua hakim lain yang itu ialah hakim mahkamah persekutuan - Sulong Matjeraie dan Ahmad Maarop.

Berikutan keputusan itu, Abdul Malek (kiri) tidak layak mendapat sebarang pampasan kewangan tetapi sebaliknya diarahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk membayar kos RM50,000.

Sementara itu, Abdul Malek berkata beliau akan membawa kesnya itu ke Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan hari ini.

Abdul Malek, ditangkap dan mendakwa dia diseksa oleh kerajaan pada tahun 1998.

Beliau kemudiannya memfailkan saman pada Mac 1999, terhadap anggota cawangan khas, Borhan Daud; Ketua Polis ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kerajaan Malaysia.

Pada 2007, hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan penahanan Abdul Malek ketika demonstrasi reformasi itu dibuat dengan niat jahat berdasarkan Artikel 5, Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah juga menganugerahkan gantirugi RM2.5 juta kepadanya.


-malaysiakini-

Tengku Muhammad Faris kekal Pemangku Raja Kelantan

KOTA BARU, 25 Mac — Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris Petra Tengku Ismail Petra kekal sebagai Pemangku Raja Sultan kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.

Beliau, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, berkata pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud awal hari ini mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta merta adalah tidak terpakai kerana ia tidak mewakili MPN.

“Ia adalah sama sekali tidak mewakili keputusan Majlis Perajaan Negeri Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan majlis (MPN) tidak akan sah dan terpakai kecuali sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata Tengku Abdul Aziz telah bertindak secara berseorangan tanpa memanggil MPN bersidang.

“Ini jelas bahawa tindakan tersebut adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang tersebut dan ia tidak terpakai,” katanya.

Laporan awal hari ini menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra didakwa telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Titah tersebut disampaikan Tuanku Ismail Petra kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Wan Hashim di Istana Mahkota di sini hari ini.

Menurut Wan Hashim, sehubungan itu juga baginda didakwa telah menitahkan jawatan itu diserahkan kepada Tengku Abdul Aziz, abang kepada Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Wan Hashim berkata keadaan Sultan Kelantan kini: “Baginda boleh bertitah boleh bercakap dan ingatan baginda bagus.”

Katanya Tengku Abdul Aziz berpendapat bahawa tidak perlu dipanggil anggota MPN untuk diadakan mesyuarat majlis itu bagi memutuskan keputusan pemecatan Tengku Muhammad Faris kerana Sultan Kelantan sudah boleh bertitah dan sihat serta tindakan itu tidak salah.

Mohd Aiseri berkata oleh kerana Tengku Muhammad Faris Petra dilantik ekoran kegeringan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua, maka Tengku Muhammad Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga MPN membuat keputusan seterusnya mengikut undang-undang.

Pada sidang media yang sama, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub berkata pendirian kerajaan negeri adalah mengikut Perlembagaan negeri.

“Kita tetap dengan undang-undang dalam Perlembagaan. Apapun yang berlaku kita merujuk kepada Perlembagaan negeri iaitu Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja. Pemangku Raja masih lagi pemangku walaupun ada pihak lain isytihar pemangku telah digugurkan,” katanya.

Beliau berkata perkara itu tidak perlu lagi dibincangkan dan tidak perlu dilakukan pindaan perlembagaan serta tidak perlu diadakan Sidang Dewan Undangan Negeri tergempar.

Beliau berkata sebagai usaha kerajaan negeri menghentikan kemelut Istana, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shafie Ismail telah membuat laporan polis hari ini.

Sehubungan itu beliau menasihatkan semua pihak menghormati undang-undang perlembagaan tanpa bertindak membelakangi undang-undang yang sedia ada.

-bernama-
KUALA LUMPUR, 25 Mac: Keputusan kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai syarikat perunding komunikasi 1Malaysia menyerlahkan Umno sebagai tali barut Israel, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).


Beliau berkata demikian kerana Umno tidak mampu menyatakan komitmennya terhadap syarikat tersebut walaupun syarikat itu dikatakan umum sebagai pro zionis Israel.

"Ini serlahkan bahawa Umno adalah tali barut Yahudi zionis kerana dia (Umno) tak boleh menyatakan pendirian (tentang Apco)," jelas beliau petang tadi.

Tidak cukup dengan itu, kata beliau, tidak mustahil kerajaan Malaysia turut memberikan maklumat yang strategik pada Apco kerana Apco tidak berupaya memberikan nasihat yang strategik.

"Kalau Umno tidak diberi maklumat yang strategik seperti demografi negara, bagaimana Apco nak beri nasihat supaya Najib dilihat baik, 1Malaysia direalisasikan.

"Dengan maklumat strategik ini, bermakna keselamatan negara sendiri terdedah pada pihak luar,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyuarakan rasa curiga pada kerajaan kerana melantik Apco secara tender yang eksklusif sedangkan Apco dibayangi oleh beberapa pemimpin zionis Israel seperti Shimon Stein (bekas Duta Kehormat Israel ke Jerman), Profesor Ittamar Rabinovich (bekas Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat), Doron Bergerbest-Eilon (bekas Jeneral Major di Agensi Keselamatan Israel, ISA), David Heral (anggota perisik di ISA), Oded Raz (bekas Pegawai Kanan di ISA) dan Elliott Abrams (proksi Yahudi, bekas pembantu khas kepada Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush).

"Kesemua mereka jelas pro zionis Israel, sebab itu rakyat perlu diberitahu atas asas apa mereka ini dipilih," jelasnya.

"Dengan pemilihan Apco ini, apakah membabitkan individu di dalam kerajaan sendiri kerana ini bukan tender terbuka, dilanti khusus untuk perbaiki imej Najib."

Ekoran itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan kerajaan itu seolah-olah tidak mengiktiraf kelayakan beberapa syarikat perunding tempatan yang sebenarnya mempunyai kelayakan dan wajar diberi peluang.

Bercakap di Dewan Rakyat, beliau turut menasihatkan kerajaan supaya tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada syarikat yang dipercayai umum pro zionis Israel itu.

Ini kerana, beliau berkata, Israel pernah menggunakan maklumat komunikasi daripada agensi komunikasi Amerika Syarikat untuk turut serta secara tidak langsung dalam Perang Teluk pada 1988 lalu, bagi mengenakan Iraq.

-harakahdaily-

CERAI SMS ATAU RUJUK SMS... SAH KE???

Dulu heboh sah atau tak sah cerai melalui sms. Ia membabitkan hukum baru kerana dulu tak de sms lagi.kini dah ada .. Ulama memutuskan talak yang dibuat melalui sms adalah sah jika memenuhi syarat syaratnya.


Terbaru rujuk pulak melalui sms. Apakah rujuk melalui sms sah. Jika talak melalui sms di anggap sah, maka tentunya rujuk melalui sms juga sah.... bagaimana jika yang dirujuk itu bukan isteri, tetapi kerusi... adakah ia juga sah....??? disini

Mufti tak perlu pening memikirkannya...serah saja pada speker kerana ia bukan membabitkan mahkamah. Speker punyai kuasa tertinggi dalam sebuah dewan undangan negeri. Speker boleh memutuskan apa sahaja di bawah kuasa dewan undangan negeri atauparlimen. Itulah kuasa speker yang luas dan tak terbatas selagi di bawah dewan yang dia adalah tuannya.... seluruh dunia mengakui speker adalah raja dan berkuasa penuh di dewan negeri atau parlimen.... Hanya di Perak ia berbeza..

Mungkin kerana Perak bukan lagi negeri demokrasi... tetapi negeri yang dimiliki dari anugerah dan kurnia di mahkamah....

-anak sengat-

Rabu, Mac 24, 2010

Pulau Pinang, Selangor bidas SPR tolak pilihan raya PBT

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menolak hasrat mereka untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan.


Mereka menyifatkan pendirian suruhanjaya itu sebagai menghalang proses demokrasi untuk memberikan peluang undi ketiga kepada rakyat.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata keputusan SPR menolak itu adalah satu bentuk halangan kepada demokrasi walaupun SPR membuat pendiriannya berdasarkan kekangan undang-undang.

“Ada baiknya jika SPR mula mempertimbangkan untuk mengadakan semula pilihan raya kerajaan tempatan di mana penduduk setempat boleh mengadakan hubungan baik dengan pihak berkuasa tempatan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider di bangunan Parlimen hari ini.

“Ini salah satu usaha untuk menjadikan amalan demokrasi negara ini lebih bersifat matang,” katanya.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata barisan Exconya akan diberi taklimat tentang sebab SPR menolak rayuan kerajaan-kerajaan negeri PR.

Kedua-dua kerajaan negeri dimaklumkan keputusan SPR itu petang semalam.

Pagi tadi, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada “undang-undang yang membolehkan” pihaknya untuk mengembalikan undi ketiga menerusi pilihan raya kerajaan tempatan.

Ia sekali gus menolak permintaan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor.

Beliau menjelaskan pilihan raya kerajaan tempatan telah dimansuhkan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Seksyen itu mengatakan bahawa “kesemua peruntukan dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan pilihan raya kerajaan tempatan telah dimansuhkan ataupun tidak lagi berkuat kuasa.”

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, pemimpin kerajaan negeri PR yang pertama menulis kepada SPR memberitahu, beliau tidak terkejut dengan pendirian suruhanjaya itu.

Kata Lim keputusan itu memang dijangkakan selepas Perdana Menteri Najib Razak tidak memihak kepada seruan dikembalikan pilihan raya kerajaan tempatan.

“Kita tidak harus terkejut dengan keputusan ini,” katanya.

“Jika tauke telah memberikan pandangannya, maka siapa yang akan memberikan jawapan bertentangan? SPR harus bertindak bebas, ini menunjukkan SPR tidak bebas,” kata beliau pada sidang media di lobi bangunan Parlimen.

Lim berhujah bahawa di bawah Artikel 113 (4) Perlembagaan Persekutuan ada dinyatakan bahawa undang-undang persekutuan dan negeri memberi kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Katanya kerajaan negeri akan mengkaji kandungan surat penolakan suruhanjaya untuk tindakan masa depan tetapi tidak akan mengubah kedudukan mereka dalam perkara itu. -

TheMalaysianInsider


 

Pembunuhan Altantuya: Perencanaan siapa terhadap Sirul?

Di Dewan Rakyat, Zulkifli Noordin sebentar tadi sakan-sakan membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu (saya akan siarkan hansard ucapannya di bawah bila hansard tersebut disiapkan nanti). Itu hak dia.


Sambil kita tidak berhak untuk menuduh Perdana Menteri terlibat, ia tidak bermakna kita tidak berhak untuk merasa hairan dengan kelakunya yang begitu pelik dalam isu tersebut.

Kita juga berhak bertanya apa sebenarnya di sebalik keluhan Koperal Sirul Azhar Umar seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini 4/2/09 dalam berita bertajuk "Saya sekadar dikambing hitam, kata Sirul" seperti di bawah:

Tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan.

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.

Sirul, 37, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman, turut menyentap perasaan mereka yang berada dalam mahkamah dengan merayu agar tidak dijatuhkan hukuman mati, lapor Bernama

"Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya," katanya sambil dilihat mengesat linangan air mata.

Rakyat mesti bangkit bertanya, siapakah mereka yang tidak berada dalam mahkamah untuk menghadapi pertuduhan? Perencanaan siapa terhadap Sirul? Kalau penyiasat persendirian P Balasubramaniam berbohong dan pembohong besar, adakah tidak pelik seseorang yang berkuasa tidak dilihat berani menghadapi si pembohong yang tidak ada kuasa sehingga terpaksa dibikin drama melarikan si pembohong itu?

Saya tidak tuduh Najib. Saya hairan. Bila saya hairan, saya tanya. Itu sahaja.

-penarik beca-

Isnin, Mac 22, 2010

Saya mungkin ditahan di bawah ISA - Mazlan

BERA, 22 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) berkata, terdapat banyak maklumat yang menunjukkan kerajaan akan melakukan tindakan agresif terhadapnya termasuk kemungkinan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, penahanannya baru-baru ini bertujuan untuk menakutkan dirinya dan masyarakat peneroka menghadiri program yang dianjurkan sekali gus berusaha menutup kepincangan pengurusan Felda dan kerajaan Umno/BN.

“Penahanan saya adalah untuk menakutkan masyarakat Felda untuk menjemput saya berceramah. Mereka berusaha untuk menutup kepincangan yang dilakukan dalam pengurusan Felda termasuk penindasan terhadap masyarakat peneroka.

“Saya menerima banyak maklumat yang diberikan oleh banyak pihak tentang bagaimana penyelewengan berlaku. Saya ada 15 isu yang akan saya dedahkan satu persatu. Saya akan dedahkan walau pun saya juga mendapat maklumat bahawa saya dicadangkan agar saya ditahan dibawah ISA,” katanya ketika berucap dalam program yang dianjurkan PAS kawasan di Darul Ikhwan, Mengkarak, dekat sini semalam.

Selepas peristiwa yang berlaku di Felda Lembah Klau, baru-baru ini, beliau menerima banyak sokongan dari masyarakat peneroka dan generasi kedua Felda yang mahu penjelasan diberikan agar kehidupan mereka terbela.

“Selepas saya ditangkap ramai peneroka terutama generasi keduanya tak puas hati dan marah kepada Felda. Malahan, selepas itu semakin ramai anak Felda yang mahu menyertai persatuannya kerana tahu inilah saja pentas yang boleh diharapkan dapat membela masa depan mereka,” katanya.

-harakahdaily.net-

Ahad, Mac 21, 2010

MP BN terduduk apabila dicabar untuk pendedahan peminum arak

Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.

"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.

"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.

Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja.

"Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.

Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.

Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.

Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.

Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.

Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;

"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata.'

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.

Saifudin menyambung;

“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marah kenapa, duduklah.

YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?

Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;

“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.

Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?

Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin. -EP

http://warkahdaily.blogspot.com/

Khamis, Mac 18, 2010

ANTARA PEMBUNUHAN KAREKTOR DAN PEMBUNUHAN POLITIK

Mendiang J F Kennedy

Allahyarham Samad Gul


Mendiang Teoh Beng Hock



Tahun 1963 dunia dikejutkan dengan pembunuhan J F kennedy presiden Amerika yang ke presiden amerika syarikat yang ke -35 .Peristiwa itu berlaku kira-kira jam 12.30 tgh ketika kennedy bergerak didalam perarakan presiden di dealey plaza .Pembunuhan presiden amerika itu telah menimbulkan pelbagai persoalan kemungkinan pembunuhan keneddy melibatkan konspirasi pihak-pihak tertentu atau sekadar hanya melibatkan pembunuh psiko seperti lee Harvey Oswald.Namun ramai yang percaya pembunuhan JFK adalah merupakan pembunuhan politik ( Political assassination) yang melibat kan konspirasi antarabangsa bangsa khususnya melibatkan zionis kerana tindakan Kennedy berjumpa dengan perdana menteri Israel Ben Gurion dan memberikan tekanan kepada Israel agar menutup operasi loji nuklear mereka dan tidak menggunakan senjata nuklear terhadap negara-negara arab .Itu merupakan antara versi , tentang teori konsipirasi yang menyebabkan berlakunya pembunuhan Kennedy .


Peristiwa pembunuhan kennedy merupakan satu kes yang cukup sinonim dengan apa yang dipanggil (political assassination ) pembunuhan politik yang melibatkan konspirasi dan yang sebenarnya didalam politik teori konpirasi ini bukan sekadar teori tetapi ianya merupakan satu realiti dunia politik . Bermula dengan pembunuhan karektor (character assassination ) hinggalah pembunuhan politik (political assassination ) ianya seolah –olah merupakan satu bentuk praktis wajib didalam percaturan politik ..malahan percaturan politik didalam negara ini juga tidak terlepas daripada perkara-perkara ini .

Kita melihat bagaimana kes penangkapan dato seri anwar Ibrahim pada tahun 1998 yang mencetus gerakan reformasi didalam negara ini.. merupakan satu contoh bentuk pembunuhan karektor yang cuba dilakukan untuk membunuh karier politik beliau sebagai salah seorang yang mempunyai pengaruh yang besar didalam keraajaan pada ketika itu . Hari ini perkara yang hampir sama dilakukan bukan sahaja untuk menjatuhkan karier politik beliau atau untuk menjaga kepentingan pemimpin –pemimpin politik tertentu tetapi kali ini adalah untuk menentukan survival gerakan politik mereka akan terus hidup .’Character Assassination’ ini akan terus berlaku dan malahan dalam banyak keaadan ianya akan bertukar menjadi “ political assassination ‘ terhadap pemimpin parti-parti pembangkang seperti yang terjadi dikebanyakkan negara yang mengamalkan cara pemerintahan kuku besi dan apa yang berlaku didalam negara mukhtakhir ini menyaksikan berlakunya pembunuhan dikalangan mereka yang mempunyai hubungkait dengan parti-parti politik pembangkang . Bermula dengan kematian Teoh Beng Hock semasa sesi siasatan SPRM di plaza masalam dan yang terbaru pembunuhan mendiang Siva Pandian Ketua Pemuda Dewan Himpunanan Penyokong Pas Perak , beliau ditembak mati oleh penyerang bermotosikal yang tidak dikenali , walaupun pembunuhan politik ini bukan lah perkara baru dalam sejarah politik moden negara tetapi perkembangan yang berlaku ini memberikan suatu gambaran yang buruk kepada sistem kehakiman dan keadilan negara. Jika kita menyingkap tirai sejarah sudah pasti akan timbul beberapa nama yang telah menjadi mangsa pembunuhan politik antaranya mereka ialah allahyarham samad gul , Dr zulkiflee Ust Ibrahim libya dan lai-lain lagi..

Akhir nya , ‘political assassination ‘ ini akan terus menjadi tradisi didalam sistem demokrasi dan sudah pasti akan muncul watak –watak marcus brutus yang sentiasa berusaha untuk menentukan survival politik mereka agar terus hidup , walau dengan apa cara sekalipun hatta membunuh ….





------botaman-----

Rabu, Mac 17, 2010

Tanah 'ditipu', orang Asli protes di Putrajaya

Lebih 2,000 Orang Asli ke Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri berkenaan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.


Kira-kira seribu lagi petang tadi berkumpul di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.

Mereka bagaimanapun dihalang berbuat demikian oleh anggota polis yang bertugas sekitar kawasan itu.

Bagaimanapun setelah perbincangan kira-kira 15 minit, pihak polis memberi jaminan untuk membenarkan lima orang wakil Orang Asli untuk menghantar memorandum berkenaan.

Keputusan itu disambut dengan pekikan "boo" oleh Orang Asli.

Polis juga meminta Orang Asli supaya tidak berarak dan mempamerkan kain rentang serta sepanduk mereka.

Pakai pakaian tradisional

Kumpulan itu bagaimanapun akur untuk tidak menghalang laluan ke JPM dan berkumpul di bahu jalan.

D
alam perhimpunan ini, orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang,antaranya berbunyi 'Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati', 'Jangan Hapuskan Akta Kami' dan 'Iktirafkan Wilayah Adat Kami'.

Ada juga Orang Asli yang memakai pakaian tradisional mereka.

Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.

Perhimpunan hari ini adalah yang kedua seumpamanya, selepas satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lalu.

Kira-kira 2.30 petang, kumpulan tersebut berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada perdana menteri melalui pegawai tugas-tugasnya, Datuk Ghazali Ibrahim.

Memorandum tersebut diserah oleh presiden POASM, Majid Suud. Kedengaran tepukan gemuruh selepas dimaklumkan bahawa memorandum tersebut telah berjaya diserahkan.

Lima minit kemudian satu lagi memorandum diserahkan kepada Shafie oleh penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Perak, Tijah Yok Chopil.

'Kami tidak berpecah dua'

Memorandum pertama yang diserahkan oleh Majid berkaitan perlantikan senator Orang Asli yang telahpun diserahkan kepada perdana menteri pada 9 Disember tahun lalu.

Bercakap kepada pemberita, Majid berkata kumpulan itu tidak pernah berpecah dua seperti yang didakwa.

Sebaliknya, tambahnya, kumpulan tersebut tiba lewat dan tidak berjaya mengikuti program bersama Shafie di kementerian tersebut.

"Sebenarnya ada kawan saya yang terlewat kerana datang dari jauh. Kalau ikut jadual kita hendak serah memorandum (pada) jam 2.30, (tetapi) dia tak sampai lagi. Ini yang jadi masalahnya. Ini kumpulan yang sama, tak ada berbeza kumpulan," katanya.

Memorandum kedua yang diserahkan Tijah pula berkaitan bantahan ke atas dasar pemberimilikan tanah Orang Asli.

Sembilan perkara yang digariskan dalam memorandum itu antaranya menyebut, dasar berkenaan diluluskan tanpa melibatkan rundingan dengan masyarakat Orang Asli dan bercanggah dengan peruntukan dalam perlembagaan.

Memorandum tersebut turut menuntut supaya dasar pemberimilikan dimansuhkan dan hak wilayah adat Orang Asli hendalah diwartakan sebagai Rizab Orang Asli.

Turut dikepilkan dalam memorandum berkenaan ialah cadangan pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) yang dikemukakan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia.

Menteri: 'Bukan protes, tapi jalan-jalan di Putrajaya'

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Tijah (bawah) yang juga pengasas Jaringan Kampung Orang Asal Semalaysia berkata, kumpulan Orang Asli yang diketuainya itu tidak sempat hadir di program yang diadakan di kementerian Shafie.

"Masa penyerahan memo tadi saya tidak dengar Datuk Seri Shafie sebut apa-apa jaminan. Saya hanya mampu menekan beliau dan wakil perdana menteri supaya menyampaikan kepada perdana menteri.

"(Saya juga menekan supaya) meneliti memorandum ini dan lupuskan terus dasar pemberimilikan tanah dan teliti tuntutan kami," katanya.

Manakala Shafie pula, ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan hari ini, sambil tersenyum berkata: "Mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan kita juga bagi mereka makan-makan."

"Yang majoriti ini kumpulan yang jumpa dengan saya tadi. Sebenarnya mereka nak datang, di samping nak menyaksikan penyerahan memorandum ini.

"Mereka juga datang untuk cuti sekolah hendak ambil gambar di Putrajaya sebab mereka cuma tengok Putrajaya dalam televisyen.

Tambahnya, beliau sedia mendengar apa-apa masalah yang dikemukakan oleh masyarakat, khususnya daripada Orang Asli.

"Jika ada sesiapa kata kami mengabaikan atau menidakkan hak mereka, itu tidak benar kerana kita telah menbelanjakan lebih daripada RM400 juta setahun untuk memastikan pendidikan dan prasarana mereka (terjamin).

-malaysiakini-

Isnin, Mac 15, 2010

Sambungan N3 Ahli Umno Murtad yang di iktiraf...

Ini merupakan gambar bukti bahawa ayah Pin merupakan ahli Umno.. Tapi! ini bukannya isu pokok sekarang nih... Sijil yang aku letakan dalam blog sebelum ini adalah bukti bahawa pengiktirafan kerajaan Malaysia terhadap isu murtad.. Pada aku Ayah Pin memang bukan Islam lagi... Tapi kenapa perlunya Kerajaan memberikan pengiktirafan terhadap si Murtad ini? Sepatutnya Kerajaan membantu untuk menjalan kan hukum Allah terhadap Ayah Pin bukan mengiktirafnya...

Itu yang menjadi persoalan aku sekarang nih... Kenapa perlunya pengiktirafan? Adakah ini disebabkan konspirasi mereka...? Kita tahu bahawa AyahPin dan Rasul Melayu itu ahli Umno maka mereka dapat satu keistimewaan? Mereka keluar Islam itu hak mereka tapi kita sebagai kerajaan perlu jalankan tanggung jawab kita..

Cuba korang bayangkan tetiba DSAI menyatakan untuk keluar Islam adakah korang rasa Kerajaan Umno akan mengiktiraf? Sumpah aku katakan tak...! Kompem mereka akan berdemo kepada Agung untuk menjalankan hukum bunuh pada Anwar.. Tapi bila kene dekat Parti Umno semua boleh jalan... sebab ape? Sebab mereka Umno..

Selebihnya aku harap korang tambah lah... Sebab korang kan memang terror bab nasik tambah nih... kahkahkah... Aku kecewa sebab yang mereka iktiraft u orang Melayu, yang mengiktiraf juga orang melayu Islam.. Kalau depa jalankan hukum Allah pada si Melayu Murtad nih aku jamin kurang orang yang berani nak keluar agama nanti...

-era pasca-

GILA BOLA!