"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, April 30, 2010

APCO WORLDWIDE BRANCH IN MALAYSIA

APCO Worldwide Opens in Malaysia

Firm to assist new Malaysian government in strengthening communication

Hong Kong (August 10, 2009) – APCO Worldwide, continuing to broaden its activities in Asia, is opening a new office in Kuala Lumpur, Margery Kraus, president and chief executive officer, announced today. Among the office’s first clients is the Government of Malaysia under the government of Prime Minister Najib Razak.
“Malaysia continues to demonstrate that it is a major player in Asia, one of the great manufacturing nations for electronics and a sophisticated participant in global markets across many sectors,” said Kraus. “APCO’s ability to leverage strategic communication capabilities across borders mirrors the kind of leverage Malaysia has achieved in its approach to business and trade, making this a natural location for our expansion.”
One of the first clients of APCO’s new office will be the Malaysian government, which is retaining APCO to assist in evaluating its capabilities to communicate through new media. APCO will also assist the Malaysian government’s new leadership by sharing recent developments in strategic communication undertaken by governments in Europe, North America and Africa. Separately, APCO will be providing support in Washington, D.C., to Malaysia’s ambassador to the United States.
“As Malaysia moves forward, the government wants to ensure that it is able to provide information to the public quickly and transparently, making use of all relevant new technologies,” said Kraus. “Our team in Kuala Lumpur will include seasoned professionals from many countries, including Malaysia, who are on the cutting edge of new media. They will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”
Paul Stadlen, previously based in APCO’s London office, will serve as managing director of APCO in Malaysia. An award-winning specialist in media relations and international reputation management, Stadlen’s clients include business leaders at blue-chip multinationals from various sectors. Clients have also included government leaders in Europe, the Middle East, Africa and Asia. A former journalist, Stadlen previously worked for the BBC and has written for The Times of London and Prospect magazine.
“This is a time of opportunities for Malaysia,” said Stadlen. “APCO is delighted to share media expertise and strategic communication services with the Malaysian government and other clients in Malaysia. We are excited about Malaysia’s future and our ability to participate in it.”

Khamis, April 29, 2010

SILA BERI PENJELASAN ENCIK MUFTI PERAK

ARB labur dalam Magnum: Harussani diminta beri pandangan
 






















KUALA LUMPUR, 29 April: Para mufti khasnya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diminta memberikan fatwa tentang maklumat kononnya Amanah Raya Berhad (ARB) mempunyai saham dalam syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim dalam facebook menulis, Harussani adalah Penasihat Shariah ARB.

Menurutnya, ARB yang dimilki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia bukan sahaja mempunyai saham dalam syarikat arak, Carlsberg tetapi juga dalam Magnum.

"Rujuk Laporan Tahunan Magnum Corporation 2006. ARB miliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi Magnum Corporation Berhad," tulis Abdullah dalam facebooknya.

Abdullah adalah Naib Ketua Pemuda PAS Pahang. Beliau yang merupakan seorang peguam kini sedang bercuti panjang di London (gambar).

Selain meminta para mufti bersuara dalam hal ini, beliau juga mempersoalkan kenapa Perkasa yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali yang sentiasa mendakwa sebagai pejuang Islam dan Melayu mendiamkan diri.
Menurut Abdullah, laporan tahunan 2009 Carlsberg Brewery, Perkeso yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai saham dalam syarikat itu iaitu sebanyak 2,155,700 unit.

Amanah Raya Berhad pula mempunyai saham sebanyak 585,300 unit saham dalam Carlesberg.

"Perkeso duduk di bawah Kementerian Sumber Manusia. ARB pula GLC di bawah Kementerian Kewangan dan menguruskan hal ehwal pesaka orang Islam. Kenapa Umno tak bising?" soal beliau.

Harakahdaily

Selasa, April 27, 2010

LAPORAN BERBEZA DARI 3 MEDIA TENTANG KES TEMBAK AMINULRASHID

بسم الله الرحمن الرحيم



Kes Tembak AMINULRASHID: Mudahnya Tindakan yang Diambil...Pang, Pang, Pang?



                                             (Jenazah dibawa keluar - Gambar HM)

Malam tadi, saya mengikuti berita di televisyen tentang arwah adik Aminulrasyid (15 tahun) yang ditembak mati oleh pasukan polis. Ketika ditemu ramah, pegawai polis ada menyatakan bahawa arwah disyaki suspek PENJENAYAH. Ketika diperiksa, polis menemukan sebilah PARANG! Sehingga pagi tadi masih terngiang-ngiang lagi perkataan PARANG dan PENJENAYAH.

Jika dibandingkan laporan awal yang dikeluarkan oleh Utusan dengan laporan susulan oleh media lain memang anda akan dapat mengesan pelbagai pencanggahan yang begitu jelas sekali. Kenyataan awal polis kepada pihak media amat-amat meragukan. Kata mereka, ada PARANG di dalam kereta itu, sedangkan hal itu disanggah oleh Khalid Samad yang turut membawa rakan arwah yang berada di dalam kereta itu membuat laporan polis. Malah, budak itu mendakwa turut dibelasah oleh pihak polis sebelum berjaya melarikan diri ke rumah.

Banyak sangat perkara yang meragukan berdasarkan kenyataan awal yang dikeluarkan oleh pihak polis. Hal itu mencetuskan persoalan: Adakah perbuatan "cover up" seperti yang kita tonton dalam filem Barat dipraktikkan di sini? Sebelum ini kita sering kita membaca berita tentang suspek penjenayah yang ditembak mati oleh polis, benarkah begitu realitinya? Bukan mahu menuduh, adakah tindakan pang..pang...pang begitu mudah diambil sedangkan banyak prosedur yang perlu diambil sebelum sebarang tembakan dilepaskan?

Saya berkongsi pendapat dengan orang lain bahawa arwah mungkin panik kerana tidak memiliki lesen memandu. Oleh sebab takut, dia memecut kereta dengan laju untuk pulang ke rumahnya. Itu hanyalah andaian. Biar apa-apapun, 1Malaysia mengharapkan siasatan telus dibuat untuk menyelesaikan kes ini.

Sampai ke pejabat, saya membaca laporan kes yang sama di Utusan Malaysia: (Sila perhatikan ayat yang dimerahkan ketika membaca beberapa siri laporan berita tentang kes ini.)

Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis

SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.

Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.


"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.

"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.



Bandingkan pula dengan laporan Harian Metro:

'Adik Bukan Penjenayah'

KLANG: “Saya tak tahu bila adik tahu bawa (memandu) kereta. Walau apa pun saya tak puas hati dengan apa yang berlaku,” kata Nor Azura Amzah, 39, kakak sulung kepada Aminulrasyid, 15, yang mati terkena tembakan ketika cuba melarikan diri daripada polis di Seksyen 11 di sini, awal pagi semalam.

Nor Azura berkata, adik bongsu daripada lapan beradik itu bukan seorang penjenayah sehingga perlu ditembak mati.

Adik saya bukan penjenayah. Mungkin dia panik dan tak tahu apa nak buat selepas lihat rakannya lari menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Walaupun sukar menerima kejadian ini, ia sudah berlaku dan saya pasrah,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam.

Aminulrasyid mati di tempat kejadian selepas terkena sedas tembakan di belakang kepalanya...

Harakah Daily:

Bunuh juvana: Khalid minta polis lindungi saksi

SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah, 15, yang membabitkan empat pegawai polis, pagi semalam.

"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.

Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.

"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.

"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."

Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.

Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.

Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.

"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.

Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.

Manakala, Monaliza Mokhtar Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.

Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.

Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.

Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara.

duniacacamerba
 
Bujang Susah

SETAKAT NAK BERTUMBUK,ANYTIME LAH!!!RESPECT OUR MUJAHIDEEN




INSIDEN HILANG SABAR DI HULU SELANGOR,SIAPA YANG MULAKAN DULU?


DPPK PARIT

PRK Hulu Selangor – Satu Perspektif Perjuangan



Sebagaimana kita maklum, keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu telah berpihak kepada Barisan Nasional. Sementara Pakatan Rakyat pula berjaya mempertahan undi yang diperolehi pada 2008 lalu. Sekadar ingatan, pada pilihan raya 2008 Pakatan Rakyat mendapat 23,177 undi dan pilihan raya kecil ini mendapat 23,272 undi. Bermakna jumlah undi Pakatan Rakyat tidak berkurang malah bertambah 95 undi.

Berdasarkan pilihan raya kecil ini, kenapa keputusannya jadi begitu?  Sudah tentu di pihak Pakatan Rakyat ada kelemahannya menyebabkan tidak mencapai undi majoriti. Sebaliknya, pihak Barisan Nasional pasti ada kekuatannya menyebabkan mereka menang dan mencapai undi majoriti.

Atas dua nilai itu, segala kelemahan yang ada di sebelah Pakatan Rakyat, maka kita hendaklah sedia memperbaiki dan mengambilnya sebagai pengalaman. Paling penting untuk digunakan bagi mempersiapkan pasukan lawan menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

Begitu juga, segala kekuatan yang ada di pihak Barisan Nasional hendaklah dijadikan asas kajian dan disesuaikan dengan keupayaan Pakatan Rakyat. Malah harus jadikan ikutan demi memantapkan jentera pilihan raya untuk berdepan dengan Barisan Nasional nanti.

Pengalaman Pengkalan Pasir

Ukuran pilihan raya kecil Hulu Selangor mungkin sesuai dibandingkan dengan pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada Disember 2005. Keputusannya sama, iaitu PAS telah kalah sebanyak 134 undi. Namun yang penting ialah pengajaran diperolehi daripada kekalahan itu telah mendorong kepada gerak kerja mempersiapkan jentera, terutama pendaftaran pemilih dan program cakna rakyat.

Hasilnya pada pilihan raya umum 2008, PAS kembali meraih kemenangan besar mencecah majoriti lebih 2,348 undi. Wajarlah pihak Pakatan Rakyat di Selangor membina kembali imej kalah itu kepada matlamat kemenangan.

TerloNdeh kekotoran Umno

Kempen kotor Barisan Nasional memburuk-burukkan Zaid adalah gambaran strategi kempen bebal pihak Barisan Nasional yang akhirnya memabukkan pemimpin Umno/Barisan Nasional sendiri denga isu minum arak. Sebagaimana didedahkan oleh rakan-rakan kita dari KeADILan yang pernah ’tidur sebantal’ dengan pemimpin itu, hanya Tun Abdullah Ahamad Badawi (Pak Lah) sahaja yang dikatakan tidak terlibat dengan gaya hidup yang memabukkan itu. Pak Lah yang diketahui tidak minum arak itu pun turut dilodehkan sendiri oleh Umno. Sedangkan minum arak itu adalah ummul kabir (ibu bagi segala dosa besar).  Semuanya, sekaligus mendedahkan sebahagian besar perangai pemimpin mereka, dan ini mencerminkan pegangan longgar Islam pemimpin Umno yang boleh dipanggil Islam Umno.

Atas pendedahan ini, sukacita dinyatakan sikap PAS yang tidak bersetuju untuk berbaik dengan Umno amatlah tepat.

Perjuangan Islam sesuai bersama Pakatan Rakyat

Sesungguhnya, pendekatan kempen Pakatan Rakyat telah memberi ruang kepada PAS mendedahkan Islam. Ini kerana rakan-rakan parti Pakatan Rakyat adalah parti yang  memperjuangkan bangsa dan tidak berasaskan Islam. Malah, parti-parti rakan Pakatan Rakyat dilihat sama dengan perjuangan parti-parti politik di negara-negara Eropah yang jelas tidak memperjuangkan Islam.

Hakikat parti yang tidak memperjuangkan Islam ialah parti tidak akan membawa perjuangan ke arah mentakwakan Allah. Sedangkan perjuangan Islam adalah bermatlamat membawa anggotanya bertakwa dari segi akidah, ekonomi, muamalat, munakahat, perundangan dan bertakwa dalam serba-serbi kehidupan.

Oleh sebab itu, bila manusia tidak didedahkan dengan Islam melalui aktiviti parti atau program kerajaan, bagaimana kita nak bawa manusia itu mengenali diri dan mengenal tuhan? Jauh sama sekali bagi manusia untuk memahami asas-asas martabat diri di dunia mahupun di akhirat. Kepada rakan Pakatan Rakyat, terimalah pendekatan Islam yang dibawa PAS ini sebagai isi perjuangan yang boleh melengkapkan keharmonian masyarakat berteraskan agama.

Tazkirah kiamat

Sebenarnya rangkaian perjuangan politik Islam hendaklah dikaitkan dengan dunia dan akhirat. Merujuk firman Allah SWT (al-Waqiah 56:3) bermaksud, “Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat).”  Justeru itu, setiap orang harus ingat bahawa Allah berkuasa penuh di akhirat nanti. Maka Allah akan merendahkan pangkat dan kedudukan orang-orang yang didapati ingkar terhadap perintah-Nya. Sebaliknya Allah akan meninggikan pula orang yang taat kepada Allah di akhirat kelak. Sehubungannya, tanggungjawab parti yang memperjuangkan Islam hendaklah memupuk kefahaman kepada masyarakat agar menerima kebenaran Islam dan menerimanya sebagai satu sistem hidup yang menyeluruh di dunia sehinggalah ke akhirat.

Begitu pula, firman Allah SAWT (al-Hasyri 59:19) bermaksud, “dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka).”

Natijah perjuangan yang berlandaskan nafsu tanpa dikukuhkan dengan akal akidah Islam pasti tidak menjadi amalan yang boleh menyelamatkan kita di akhirat kelak. Malah, Allah SWT mengecapkan para pejuang nafsu itu sebagai puak fasik dan penentang Allah yang tegar.

Sehubungan itu, peringatan penting untuk para pejuang parti politik sekalian, hendaklah kita memastikan perjuangan yang didukung itu boleh mengingati kita kepada Allah sepanjang masa. Janganlah jadi seperti sesetengah pejuang parti yang langsung tidak ingin menyentuh aspek agama dalam program mereka. Maka janganlah tiru perjuangan orang-orang yang lupa diri dan melupakan Allah.

Ingatlah, kita akan menerima bala daripada Allah apabila kita lupa diri, tak ingat dosa-pahala dan tidak langsung mengingati Allah. Sebenarnya, sifat lupa diri dan melupakan Allah termasuk dalam sifat orang-orang yang fasik. Janganlah semata-mata kita berjuang dan berpolitik menyebabkan kita tergolong ke lembah kefasikan. Semoga Allah menyelamatkan umat Islam daripada karenah perjuangan yang fasik.

Wassalam.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Penolakan Cina, BN sukar di Sibu



KUALA LUMPUR, 27 April: Barisan Nasional (BN) kini sangat bimbang menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sibu ekoran penolakan besar pengundi Cina terhadap mereka seperti ditunjukkan dalam PRK Hulu Selangor pada 25 April lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, BN akan menghadapi laluan sukar apabila majoriti masyarakat Sibu adalah dari kaum itu.

"Jika sentimen di Semenanjung sama dengan Sarawak, BN akan sukar di Sibu," katanya yang juga bekas Pengarah Pilihan raya PAS Pusat dalam sidang medianya di sini.
Pada PRK Hulu Selangor Ahad lalu, lebih 70 peratus pengundi Cina memberikan undi kepada PKR.

Zaid telah berjaya meningkatkan enam kali ganda undinya di DUN Kuala Kubu, iaitu kawasan pengundi Cina,  berbanding PRU 2008 lalu.

Di Sibu, lebih 60 peratus pengundinya adalah Cina. Dengan sentimen penolakan ini, ianya merisaukan pemimpin BN.

Pengerusi Perkasa, sayap ekstrem Umno, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan pengundi Cina sebagai 'tidak sedar diri' apabila menolak BN.

Beliau mahu masyarakat Cina dihukum dengan menyekat sebarang peruntukan pembangunan ke kawasan mereka.

"Cuma yang saya tidak pasti di Sibu, calon Cina BN akan lawan calon Cina Pakatan Rakyat. Jadi saya rasa ia satu pertembungan sengit," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat dijangka akan mengumumkan calonnya daripada DAP bagi PRK itu pada satu majlis makan malam, hari ini.
Anggota Parlimen Sibu, Sarawak yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau meninggal dunia 9 April lalu akibat barah.

Lau, 68, dari parti SUPP, salah satu komponen BN, memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi menewaskan dua calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu iaitu calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya  membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil iaitu  yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.



Harakahdaily

Ahad, April 25, 2010

BN Menang dengan membawa identiti One Israel-Syabas dari DPPK

Rasmi: BN berjaya rampas kerusi Hulu S'gor

Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan pada jam 9.20 malam. 



maklumat dari Detikdaily

JANGAN LUPE BORANG 14 ,HATI-HATI DENGAN PENGUNDI HANTU

Setakat pukul dua tadi dijangkakan 52.8 % pengundi telah berpihak kepada Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional 47.2 % , walau pun waktu untuk mengundi Cuma sekadar 1.5 jam sahaja lagi petugas-petugas perlu lebih berhati-hati dan peka terhadap kehadiran pengundi-pengundi hantu yang dikatakan akan menjadi senjata terakhir Barisan Nasional berdasarkan kenyataan dari SPR yang menjangka 80% pengundi akan membuang undi pada hari ini merupakan satu jumlah peratusan yang keluar mengundi lebih daripada biasa dan seharusnya kita mesti lebih berhati –hati mengenai perkara ini kerana peratusan yang menjadi ukuran ialah 75% sahaja . Ini mungkin akan menjadi usaha pihak Barisan Nasional disaat-saat akhir dan antara perkara yang paling akhir yang perlu dingatkan agar poling agent /counter agent yang berada di pusat pembuangan undi agar tidak lupa untuk memastikan borang 14 berada ditangan mereka selepas pengiraan kertas undi dijaklankan ..dan jangan lupa juga untuk mendapatkan tandatangan Ketua Tempat Mengundi (KTM ) . semoga pilihraya kecil ini menjadi satu titik tolak utnuk menjatuhkan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional ….takbir!!!!!!!!!!!!!!!






DPPK Parit

Jumaat, April 23, 2010

CAMPURTANGAN ZIONIS DIDALAM POLITIK NEGARA


                                              Pertemuan Najib -Obama












Pertemuan Najib danObama bukan satu perkara yang boleh dimegahkan oleh rakyat Malaysia terutama sekali umat islam didalam negara ini ,walaupun bagi sesetengah orang yang buta politik ini merupakan sesuatu yang harus dibanggakan kerana najib merupakan satu-satunya pemimpin dari asia yang mendapat peluang untuk bertemu dengan obama.Ini merupakan satu keadaan yang cukup tipikal kepada kebanyakkan orang ,perubahahan yang cuba dibawa oleh najib yang cuba menonjolkan kepimpinan yang berjiwa rakyat sedikit sebanyak telah mengaburi pemikiran rakyat tentang agenda yang tersembunyi yg mampu mengancam kestabilan dan kehormonian masyarakat berbilang bangsa didalam negara ini. . Bagi mereka –mereka celik politik tentu sahaja mudah untuk memahami perkembangan yang berlaku , pertemuan najib dan obama bukan lah sesuatu yang terjadi dengan sendirinya bayangkan daripada berpuluh-puluh negara yang dijemput ke ( nuklear security summit ) persidangan keselamatan nuklear itu cuma perdana menteri Malaysia sahaja yang dapat bertemu dengan Presiden Amerika


Barrack Obama secara peribadi..lebih-lebih lagi setelah pengakuan yang dibuat oleh Dato Nazri Aziz diParlimen menjawab soalan Tian Chua ( Pkr ) tentanng sejumlah wang yang dibayar(rm 77 juta)kepada sebuah Firma perhubungan awam antarabangsa (Apco) untuk tujuan perundingan strategik komunikasi yang sudah pasti menjadi pengantara antara Presiden Amerika Syarikat Barrak Obama dan Najib .Mungkin ada dikalangan kita yang menganggap Apco itu sama sahaja seperti Tesco , tidak memberikankan kesan yang negatif sebaliknya merupakan satu kelebihan untuk berkerjasama dengan mereka.. lihat sahaja bagaimana pasar raya milik yahudi yang bernama Tessa Cohen itu menghapuskan survival peniaga-peniaga kecil dengan mendominasi pasaran lantaran kelemahan kita dalam membuat justifikasi ekonomi .

Inikan pula sebuah Firma Perhubungan Awam Antara bangsa yang mempunyai hubungan dengna negara Israel yang mula dibuka ruang untuk memberikan nasihat kepada kerajaan Malaysia didalam permasalahan POLITIK negara.Sudah pasti kesan yang akan kita terima akan menjadi lebih krtitikal lagi .



Tidak seperti pertemuan Mahathir –Bush ianya mungkin sekadar pertemuan untuk meningkat imej politik beliau tanpa ada kerjasama jelas terhadap dasar luar Washington terutama berhubung dengan negara-negara islam yang dianggap ancaman kepad Israel walaupun dikhabarkan sejumlah 4.5 juta ringgit terpaksa dibayar kepada Jack Abromoff untuk melobi bagi membolehkan pertemuan itu .Kali ini kita melihat pertemuan Najib –Obama bukan sahaja untuk (political image builder )pembinaan imej politik tetapi ianya telah melibatkan pembabitan didalam dasar luar Amerika atau lebih tepat lagi untuk memenuhi agenda Zionis Antarabangsa dalam usahamemerangi negar-negara umat islam iaitu dengan melemahkan negara –negara tersebut melalui sekatan ekonomi ( economic sanction) . Hasil dari pertemuan itu Malaysia telah memberhentikan penghantaran minyak kenegara Iran selaras dengan apa yang diucapkan oleh oleh Perdana Menteri Israel Benyamin Netanyahu melalui temuramah didalam sebuah rancangan tv good morning America yang menyatakan bahawa sekatan terhadap minyak bertapis ( refined oil ) terhadap kerajaan Iran akan melemahkan mereka kerana Iran tidak mempunyai fisiliti penapisan minyak , ini adalah antara bentuk usaha yang dilakukan oleh mereka untuk memudahahkan penaklukan keatas bumi-bumi umat islam seperti mana yang telah dilakukakan oleh mereka keatas Iraq pada suatu masa dahulu .



Kita seharusnaya malu dengan negara seperti Vanuzuela dan Bolivia kerana tidak tunduk dengan desakan Zionis antarabangsa yang mahukan sekatan dikenakan kepada negara Iran , lebih-lebih lagi sebagai sebuah negara umat Islam seharusnya kita terus mempertahan kan maruah Islam sebaliknya bersengkongkol dengan yahudi dalam usaha mereka memusnahkan satu-satunya negara islam yang cukup maju sudut sains ketententeraanya .Tindakan

najib merupakan satu deklerasi sumpah setia kepada Zionis Antarabangsa dan pengkhianatan kepada dunia islam .Apa yang dilakukan sudah tentu memberikan kesan yang besar kepada landskap politik negara ini samaada diperingkat local dan global ..kini Malaysia boleh duduk sama tinggi dengan negara seperti Mesir dalam kerja –kerja pengkhianatan kepada dunia islam . Bemula dengan perjanjian camp david 1978 pertemuan antara Anwar sadat –menachem begin (Pm Isreal ) perjanjian antara mesir dan Israel yyang menyaksikan presiden amerika pada ketika itu Jimmy carter sebagai mediator perjanjian tersebut.Perjanjian camp david merupan satu titik tolak kepada satu sejarah pengkhinatan yang panjang kepada dunia islam yang dilakukan oleh mesir.Setelah terlaksananya perjanjian tersebut bermualalah tekanan yang dikenakan terhadap gerakan islam ,maka ramai dikalangan pemimpin ikwan yang ditangkap dan di bunuh ...begitu juga nasib umat islam palestin yang ditindas tidak mendapat mendapat pembelaan malah mendapat tekananan dari pada kerajaan mesir yang meyekat bantuan kemanusian

untuk sampai ke bumi palestin kerana mengikut kata telunjuk yahudi.



Kalau pertemuan antara Anwar sadat dan menachem begin itu dijadikan ukuran sudah tentu pertemuan diantara Najib dan Obama itu pasti akan memberikan implikasi yang lebih buruk kepada gerakan islam dinegara ini .Sekatan bekalan minyak ke Iran itu merpakan satu bukti bahawa apa yang kita khuatirkan itu pasti akan terjadi .Sekarang ini sahaja telah berlaku banyak pelanggaran hak-hak demokrasi terutama menjelang hari pembuangan undi , istilah fair play itu semakin terhakis dari kamus Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia apabila mereka seolah –olah menjadi agen kepada Barisan Nasional dengan mengubah persempadanan kawasan mengundi iaitu memindahkan 13 ribu orang pengundi ,langkah yang tidak seharusnya dilakukan oleh sebuah suruhnajaya yang sepatutnya bebas daripada dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Pembelotan dari aspek teknilkal ini merupakan antara bentuk penipuan yang cuba dilaksanakan bagi memastikan kemenganan Barisan Nasional di dalam pilihanraya dan selepas ini pasti akan ada perkara –perkara teknikal yang akan diubah mengikut keperluan mereka walaupun apa yang dilakukakan adalah satu bentuk penyelewengan dan pencabulan kepada sistem demokrasi. Mungkin satu hari nanti apa yang menimpa gerakan islam di Mesir itu akan melanda gerakan islam dinegara ini. Akta Isa yang selama ini menjadi alat kepada mereka untuk melaksanakan agenda politik mereka untuk menyekat kebangkitan politik islam , tidak mustahil ianya akan digunakan secara meluas dan yang lebih teruk lagi bentuk penahanan itu akan menjadi sama taraf dengan

‘apa yang berlaku diteluk Guantanamo .



Najib dan Umno seakan –akan dirasuk oleh saka Zionis tindakan yang dilakukan betul-betul berwajah kan zionis….sang saka bangsa (sectarianisme ) yang dicipta oleh zionisme …menunjukkan wajah iblis nya sebenar bila rentak dan langkah yang diatur sudah mula menghinjak-hinjak dunia islam dengan tindakan awal menurut desakan zionis , itu sekadar penyataan awal janji setia kepada zionis antarabangsa. .Sebelum ini penglibatan zionis didalam politik dalam negara ini boleh dilihat melalaui tindak tanduk najib yang membenarkan perampasan negeri perak dari tangan pembangkang melalui kudeta semua nya mengambarkan tindakan yang yang dibelakangi oleh yahudi . Tidak cukup dengan itu pembunuhan politik( political assinnations ) juga berlaku didalam negara ini , bermula dengan kematiaan Teoh Beng Hock dan yang terbaru pembunuhan Siva Pandian ketua Pemuda Dewam Himpunan Penyokong Pas Perak .Kalau kita amati perkara seperti ini juga pernah berlaku di Amerika syarikat apabila Presiden Amerika pada masa itu John F Keneddy telah ditembak mati gara-gara telah memberikan

tekanan kepada Perdana Menteri Israel pada ketika itu Ben Gurion agar tidak menggunakan senjata nuklear terhadap musuh arab mereka. Akhirnya keluarga kenneddy ini seorang demi seorang menemui ajal mereka dengan berbagai cara.

Apa yang berlaku bukanlah disebabkan secara langsung oleh Umno dan Barisan Nasional tetapi mungkinkah perkara yang telah berlaku ini merupakan satu perancangan dan pelaksanaan oleh pihak ketiga yang menggunakan kelemahan Najib yang mahu terus berkuasa ianya dijadikan pertukaran untuk melindungi kepentingan dan agenda mereka diAsia am nya dan asia tenggara khususnya. Bagi Asia tenggara Malaysia khususnya dilihat sebagai negara yang berpontensi untuk memecahkan ideology Nasionalisme ( sectarianisme) yang selama ini menjadi benteng-benteng perlindungan kepada ideologi Zionisme dengan penerimaan awal konsep pentabiaran islam oleh masyarakat pelbagai kaum negara ini . Diseluruh dunia Ideologi kebangsaan ini telah menjadi tembok –tembok besar yang menghalang penyatuaan umat islam dan umat manusia seluruhnya . Namun kecenderungan untuk melihat ideologi ini sebagai fahaman yang sempit dan tidak lagi relevan telah benar –benar menyebabkan Malaysia dirantau ini telah menjadi focus dan agenda penting pihak zionis kerana apa yang menjadi nadi kepada survival ideologi mereka mulai terancam. Usaha-usaha untuk mengujudkaan ketegangan kaum yang akan menyuburkan kembali semangat dan ideology nasionalisme juga sudah dilakukan dengan pelbagai cara , antaranya melontar kepala Khinzir , membakar geraja,perarakn kepala lembu dan sebagainya . Usaha yang dilakukan oleh mereka sebenarnya telah gagal ,termasuk juga agenda Islamic Phobia itu sendiri kelihatan tidak berapa memberikan kesan kepada masyarakat didalam negara ini.

Perkara ini menyebebkan Malaysia akan terus menjadi agenda utama gerakan zionis antarabangsa dan perlu dingatkan bahawa cabaran untuk  gerakan islam semakin hari semakin hebat  , kalau selama ini kita merasakan hanya berhadapan dengan umno /Barisan Nasional tetapi hari ini kita terpaksa berhadapi dengan gerakan Yahudi antarabangsa yang sudah tentu cabarannya lebih getir dan sukar .



Akhirnya usaha keras perlu dilakukan untuk membebas kan negara ini dari cengkaman zionisme sebelum ianya berjaya menjalar kedalam masyarakat , usaha berterusan perlu dilaksanakan untuk menyedarkan rak yat tentang bahaya APCO ini yang kalau dibiarkan berterusan akan menggangu kestabilan dan keamanan negara dan rantau ini . Kerajaan yang bersengkongkol dengan zionis antarabangsa ini perlu ditumbungkan untuk memastikan kedaulatan negara ini terus terpelihara.



…………botaman……………

Khamis, April 22, 2010

SENARAI PEMBABITAN PEMIMPIN UMNO DALAM SYARIKAT JUDI

بسم الله الرحمن الرحيم



Lihat siapa yang kena...








Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -


Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:


Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.


Jumlah saham - 1,900,000


Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari


Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)


Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.


Jumlah saham - 1,666,666


Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.


Jumlah saham - 680,334


Dalam Genting Berhad


Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.


Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)


Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)


Jumlah saham - 3,334,600


Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.


Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.


Dalam Sports Toto


Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.


Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.


Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)


Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.


Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).


Jumlah saham - 292,336,584


Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.


Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

penawar rinduku

PERUTUSAN KHAS UNTUK PENGUNDI DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA DARI MURSYIDUL AM





Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, dan Salam Sejahtera.






Firman Allah SWT (al-An’am 6:162),




Maksudnya, “Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”


Sesungguhnya, segala puji-pujian yang tidak terhingga kepada Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Puji-pujian juga yang teramat tinggi kepada Nabi Muhammad Pesuruh Allah, Nabi pengakhir zaman.


Didoakan kepada semua pengundi bagi pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor berada di dalam keselamatan dan kesejahteraan hendak-Nya.


Tuan-puan, dan saudara-saudari yang dihormati sekalian.


Bersempena dengan musim kempen pilihan raya ini, sukacita saya mengingatkan diri saya dan menyampaikan ingatan sama kepada sidang pengundi sekalian yang bakal mengundi pada hari Ahad, 25 April 2010 nanti.


Jadilah ingatan ini sebagai panduan utama untuk sidang pengundi sekalian menjadi seorang yang berhak mengundi, menunaikan tanggungjawab mengundi dan memangkah kertas undi dengan pasangkan niat , “sesungguhnya aku mengundi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.”


Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.


Perkara pertama kita kena tahu, betapa Umno telah menghancurkan simbol Bulan Bintang yang dipakai oleh PAS pada tahun 1971. Sedangkan pada PAS, Bulan Bintang itu mempunyai makna yang besar dari segi mendidik rakyat kepada cara hidup beragama. Pertama, Bulan Bintang itu dipakai di atas menara masjid-masjid –– rumah Allah Tuhan yang Maha Kuasa.


Kedua, Bulan Bintang adalah simbol bagi PAS untuk menghidup dan menghayati serta melaksanakan falsafah hidup beragama (muslim sejati) berteraskan doa iftitah yang selalu dibaca ketika permulaan sembahyang. Doa yang dimaksudkan ialah “sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi ‘alami).” Oleh sebab itu, melalui simbol Bulan Bintang apabila dilihatnya, maknanya seseorang diajak untuk mengingati tanggungjawab beragama –– sembahyang dan beribadat, serta memikirkan soal hidup dan mati.


Dengan cara itu, harapan PAS supaya rakyat sentiasa berada di dalam kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.Akibat daripada larangan penggunaan simbol Bulan Bintang itulah dapat dilihat hari ini, bila mana rakyat hari ini begitu bercelaru amalan hidupnya –– terbabit dengan segala amalan maksiat dan kerosakan akhlak serta berlaku amalan hidup yang berlawanan dengan apa yang ucapkan di dalam solat. Di samping berlaku tingkah laku yang di luar daripada sifat kemanusiaan seperti membuang bayi dan pembunuhan sesama insan.


Perkara kedua yang perlu diingati ialah tindakan pemimpin Umno yang telah menghapuskan penggunaan tulisan jawi. Tulisan jawi juga dihapuskan dalam pendidikan di sekolah. Ia berlaku zaman Almarhum Khir Johari, menghapuskan pengajaran dan penggunaan tulisan jawi itu.


Kesannya ramai orang Melayu, khususnya generasi sekarang tidak pandai membaca dan menulis jawi. Sedangkan jawi adalah tulisan dan bahasa al-Quran, dan ia adalah warisan ilmu orang Melayu zaman berzaman. Maka, ia bukan sekadar menghapuskan budaya ilmu yang menjadi medium pendidikan utama orang Melayu, malah orang Melayu kini amat dangkal dengan pengetahuan al-Quran kerana mereka sudah tidak pandai membaca al-Quran. Inilah bahananya dasar Umno.


Rakyat kena persoalkan, kemana Umno nak bawa rakyat. Nak kata Umno nak bawa ke jalan agama, jelas Umno sudah buat banyak perkara yang bercanggah dengan kehendak Islam seperti melarang guna Bulan Bintang dan tulisan jawi.


Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.


Pekara ketiga, layak juga dipersoalkan kepada pemimpin Umno, apakah tujuan sebenar Umno lawan sangat PAS ini? Sedangkan PAS sudah diakui sebagai parti yang berjuang untuk Islam, demi untuk melaksanakan pentadbiran dan mengamalkan sistem masyarakat Islam di Negara ini. Boleh jadi, Umno lawan PAS atas dasar demokrasi.


Jika begitu, kaedah demokrasi sebenarnya mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak. Apabila bertanding dalam pilihan raya, hendaklah mengamalkan pilihan raya yang adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Jika PAS menang, kena terima itu mandat rakyat dan perlu dihormati. Persoalannya, apa pasal pula Umno begitu gah kononnya berjuang ikut demokrasi, tetapi prinsip demokrasi tidak sedikit pun dipatuhi?


Tengok saja atas isu wang royalti petroleum. Sekian lama negeri Terengganu di bawah kuasa BN, royalti minyak dibayar kepada kerajaan negeri . Tetapi bila saja PAS menang di Terengganu tahun 1999, setahun selepas itu royalti sudah ditarik dan ditukar pula kepada wang ihsan. Itupun sudah tidak diberi kepada kerajaan negeri. Ia disalur terus kepada Umno bahagian. Semuanya adalah bukti Umno sendiri tidak hormat, malah melakukan perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.


Benarlah Umno yang mendakwa berpegang dengan prinsip demokrasi, hakikatnya Umno tidak mematuhi prinsip demokrasi.


Cuba kita renungkan sedikit, bagaimana Islam pula mengajar umatnya berjuang. Sesungguhnya Islam adalah lebih bertamadun berbanding demokrasi, kerana demokrasi tidak mengajar soal dunia dan akhirat. Namun, Islam dikatakan lebih bertamadun kerana mengajar kita dengan prinsip bahawa ‘apa saja yang kita perjuangkan, semuanya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat.’ Prinsip seumpama ini adalah selari dengan prinsip ‘sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku, semuanya kerana Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.’ Barang ini (prinsip ini) tidak ada dalam perjuangan Umno.


Sebab itulah kita berani katakan bahawa perjuangan Umno adalah perjuangan sekular. Lebih-lebih lagi, Umno dilihat lebih mengutamakan pembangunan berteraskan kebendaan semata-mata. Maka, tidak ada bezanya perjuangan Umno itu dengan perjuangan parti politik di Barat yang mementingkan pembangunan dan kemajuan semata-mata. Sebab itulah, perjuangan Umno mengasingkan prinsip agama dengan politik. Maka jadilah Umno sebagai parti sekular, iaitu sebuah parti yang mengamalkan politik suku, agama suku. Ia memberi makna, semacam kerja politik tiada kaitan dengan dosa dan pahala lagi. Sebab itulah ada pemimpin Umno berani melakukan segala amalan politik yang bercanggah dengan ajaran agama. Mereka mengamalkan politik wang, politik ugut dan politik paksa. Sedangkan kesemuanya itu bercanggah dengan ajaran Islam dan dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW.


Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi yang dikasihi sekalian.


(Akhirnya), perkara keempat mengenai perjuangan Umno ialah amalan salah Umno yang sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum. Akibat amalan salah Umno itu, akhirnya orang Melayu dibeza-bezakan dengan bukan Melayu. Dan paling salah membeza-bezakan antara Melayu yang sokong Umno sebagai Melayu-Umno dan yang sokong PAS sebagai Melayu-PAS.


Kemudian berlaku pula pengasingan antara hak Melayu dengan hak bukan-Melayu, diikuti pula hak Melayu-Umno dengan hak Melayu-PAS. Paling teruk juga, orang Melayu-PAS telah dibeza-bezakan dari segi jawatan dan kenaikan pangkat, subsidi dan bantuan, dan hak-hak antara negeri diperintah Umno-BN dengan negeri diperintah PAS-Pakatan Rakyat. Seperti juga berlaku pada akhir-akhir ini, bila mana persoalan wang royalti petroleum untuk Kelantan sendiri tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sedangkan kepada kerajan negeri Sabah dan Sarawak terus diberi. Apa yang berlaku, ‘royalti’ ditukar kepada ‘ihsan’ dan pemberian ihsan pula adalah kepada Umno bahagian.


Demikianlah, buruknya amalan membeza-bezakan itu. Ia telah mendera rakyat Kelantan, kerana kerajaan negeri Kelantan hari ini adalah dipilih atas hak dan kehendak rakyat. Amalan Umno sebegitu telah menepikan langsung nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Sekaligus bertentangan dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun adalah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS.


Oleh itu, kembalilah kita kepada ajaran Islam dan mengamalkan cara hidup beragama. Sesungguhnya sistem Islam adalah benar dan adil untuk semua kaum. Ingatlah, firman Allah (surah Ali-Imran 3:102-103),


Bermaksud, “wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai .”


Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Menolak perjuangan Umno sudah pasti membebaskan diri kita daripada segala-gala amalan salah.


Sehubungan itu, saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi Hulu Selangor yang budiman lagi bijaksana, undilah calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dari parti KeADILan. Saya penuh yakin dan percaya di atas pengalamannya selaku bekas ahli parlimen dan menteri kabinet, sesungguhnya beliau mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk membela dan menunaikan harapan rakyat di parlimen Hulu Selangor. Keluarlah mengundi beramai-ramai, jangan hiraukan ugutan Umno-BN dan selamat mengundi.


Semuga tuan-puan, dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

“Harapan Baru Malaysia”


*** PAS UNTUK SEMUA ***




Muslimeen United

NAJIB ADA BANYAK RAHSIA ANWAR,TAPI MALU NAK DEDAH

Najib mula berkempen di Hulu Selangor, rahsia penuh poket bila mahu dedah ?



Sekembalinya dari lawatan ke luar negara Pengerusi BN yang juga PM 1Malaysia terus turun berkempen di Hulu Selangor. Saya sempat menyaksikan beberapa petikan dari ucapan najib yang disiarkan dalam Berita Pagi di TV 3.


Antara yang tergelak besar bila Najib dengan ucapan bersemangatnya mendakwa ada pihak semasa lawatannya yang bertanyakan mengenai Model Ekonomi Baru (MEB) yang didakwa oleh pemberita dalam bacaan beritanya "barat berminat dengan MEB".


Selain itu dia mendakwa rahsia yang disifatkan ada semua dalam poket yang dia dapat dengan Zaharin dan Zul Nordin yang ikut rombongan bersamanya di US. Saya tidak pasti apakah rahsia yang dimaksudkaannya, dengan katanya biarlah dia sahaja tahu dan orang berkenaan tahu dan Allah yang tahu.


Bagi saya kalau ianya penting sangat, baiklah Najib umumkan rahsia-rahsia itu supaya boleh menjadi bahan penting dan penyebab untuk memenangkan calon BN Kamalanathan. nanti menyesal kalau sudah kalah baru hendak dedahkan.


Namun saya juga yakin Najib juga menyedari banyak rahsianya ada dalam poket pimpinan Pakatan Rakyat. Juga Allah maha mengetahui apa yang kita semua lakukan. kalau secara jujur Najib bercakap tahu rahsia orang lain, apalagi kejujuran sangat dituntut untuk menyedari apa yang pernah kita lakukan dalam hidup ini.


Setiap insan tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa, cuma yang penting adakah kita telah insaf dari ketelanjuran itu seperti yang sanggup dilakukan oleh calon Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim. Tindakan menyerang peribadi masa lampau beliau menyerlahkan kejujuran beliau dengan mengakui kesilapan itu dan mengatakan dia telah memohon ampun kepada Allah SWT.

Kita tunggu kalau Najib akan bercakap apa yang ada dalam poket nya sebelum pengundian pada 25 April ini. Atau poketnya akan tembus sendiri kerana tersimpan bnayak sangat rahsia peribadi yang selama ini kita tunggu untuk sama-sama bercakap kalau ianya perlu kita cakapkan di Hulu Selangor.

cina Islam

Selasa, April 20, 2010

DPPK PARIT KECEWA DENGAN PENDIRIAN PRO-AMERIKA/ZIONIS ISRAEL KERAJAAN BN

Tanpa gasoline Iran akan lumpuh - Benjamin Netanyahu






KUALA LUMPUR, 20 April 20: Selepas beberapa hari Malaysia mengumumkan langkahnya menghentikan eksport gasoline - petroleum bertapis - kepada Iran, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini mendesak dunia agar menghentikan eksport gasoline ke Iran untuk menghentikan negara itu dari meneruskan projek nukleurnya.


Gesaan itu dibuat Netanyahu melalui rancangan “Good Morning America” (Selamat Pagi Amerika) di saluran tv ABC yang dipancar di Amerika.


"Jika anda menghentikan Iran dari mengimport petroleum bertapis (refined petroleum) - nama fency untuk gasoline - regim ini akan lumpuh kerana Iran tidak mempunyai kepakaran penapisan," kata Netanyahu dalam rancangan itu sebagaimana yang dipetik oleh agensi berita hari ini.


Amerika sedang menjalankan kempen besar-besaran untuk menekan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar mengenakan sekatan ke atas Iran yang disifatkan oleh negara barat sebagai sedang membina senjata nukleur.


Bagaimanapun Iran mendakwa, apa yang dibuat oleh negara itu adalah menggunakan tenaga nukleur untuk menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan awam di negara itu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tindakan menghentikan eksport gasoline ke Iran selepas tiga hari berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama baru-baru ini.


"Sekatan tambahan tidak boleh dielakkan di masa terdekat kecuali satu tindakan yang betul diambil oleh Iran," kata Najib kepada wartawan di Washington, lapor agensi berita antarabangsa.


"Ia terletak kepada Iran sekarang untuk bertindak bagi mengelakkan lebih sekatan dikenakan," tambahnya.


Bagaimanapun, laporan itu dinafikan oleh Najib. Penafian itu dibuat kepada wartawan Malaysia yang menyertai lawatan beliau ke Amerika itu.


Najib menyatakan bahawa laporan media asing yang memetik beliau sebagai berkata Malaysia sudah menghentikan bekalan gasoline ke Iran, sebagai tidak tepat.


"Ia tidak betul dan keputusan itu bukan diambil bersendirian oleh Petronas. Ia membabitkan jualan setempat dan ia tidak lagi diperlukan, oleh itu mereka tidak lagi melakukannya (menjual)," katanya kepada wartawan Malaysia pada Jumaat.


Najib berkata ia merupakan transaksi komersil semata-mata dan jika ada permintaan untuk jualan setempat, terpulang kepada pihak-pihak terbabit memutuskannya.


Namun begitu, agensi berita antarabangsa itu mempertahankan laporannya.


Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melantik firma perhubungan awam yang berpusat di Washington, APCO Worlwide menjadi penasihat kerajaan Malaysia dan seterusnya menghasilkan slogan 1 Malaysia.


Anwar menunjukan bukti di Parlimen bahawa APCO juga adalah syarikat yang terlibat dalam membina imej Ehud Barak melalui projek One Israel.

Beliau juga menunjukkan bukti bahawa APCO adalah syarikat yang dikuasai oleh orang Yahudi termasuk para bekas perisik kanan Israel.



Harakahdaily
 
ternyata,BN terdesak memulihkan imej Najib dengan menerima pakej 'MAUT' ini,iaitu
 
-mengambil APCO sebagai perunding Imej sekali gus mendedahkan Malaysia kepada ancaman Pembunuh Berlesen iaitu Israel
-mendapat tempat dalam sessi dialog dunia dengan Obama dan sangat relevan dengan pendedahan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim
-bersetuju dengan Amerika untuk menyekat gasolin ke Iran demi melihat kononnya imej Najib bakal dibersihkan
 
Ternyata sensitiviti masyarakat Malaysia dengan proksi Amerika/Israel ini semakin terhakis disebabkan kerja buat UMNO/BN selama 50 tahun lalu dan ianya semakin jelas diakhir-akhir masa ini.
 
DPPK Parit

Isnin, April 19, 2010

INI JUGA YANG ASLI

Gambar calon PKR Zaid Ibrahim beserta sahabat jemaah lain ( gambar dari Blog-List Malaysia)


Gambar ini bukti keadaan  pentadbiran BN Melaka (gambar dari Blog-list Malaysia)


 DPPK Parit

PENJELASAN ISU GAMBAR ZAID BERSAMA ARAK

Gambar yang dikatakan sedang panas dalam blog,rupa-rupanya adalah super impose/ubahsuaian gambar sahaja dan ini merupakan  suatu penganiayaan kepada calon PKR itu.


Manakala gambar diatas ini pula bukan super Impose,ianya adalah tulen 100% dan tidak palsu!
DPPK Parit

Ahad, April 18, 2010

Bila Perempuan Puaka Dapat Anugerah Negara Puaka






Selepas pertemuan najib –obama yang dikatakan sebagai satu pengiftirafan kepada negara kononnya kerana hanya beberapa pemimpin –pemimpin negara dunia yang diberi peluang unutk bertemu dengan obama kini giliran rosmah mansor pula untuk diberikan anugerah keamananan antrabangasa oleh Majlis perniagaan dan persefahaman antarabangsa (BCIU ) sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh rumah putih.. Ini merupakan satu perkara yang cukup melucukan , baru sahaja setahun menjadi najib menjadi Perdana Menteri isterinya pula telah mendapat anugerah , anugerah keamananan sedunia pulak tu…sepatutnya anugerah seumpama itu yang hanya layak menerimanya adalah individu –individu seperti Nelson Mandela yang betul memperjuangkan keamaman di bumi Pretoria ..bukannya Big Mama yang orang kait-kaitkan dengan macam-macam kes dan penuh puaka..Atau yang lebih lucu lagi negara yang mencetuskan peperangan dan menjadi pak si kepada kezaliman itu memberikan anugerah keamananan sedunia kepada Malaysian most big mama ..( isteri perdana menteri Malaysia) yang kita semua kasihi ..mendapat anugerah daripada negara yang kerjanya hari –hari meratahah memamah dan menghirup DARAH UMAT ISLAM … adakah kah kita akan bebanggga dengan anugerah tersebut….Mungkinkah nilai yang dibayar kepada APCO itu cukup tinggi …hinggakan Malaysia dijemput untuk menghadiri persidangan keselammatan nuklear sedang negara ini bukan lah negara kuasa nuklear…sedang masaalah penyeludupan dadah pun gagal dibendung usahkankan unutuk memnbendung penyeludupan bahan –bahan nuklear ,. Tetapi ada satu fakta yang menarik dan rasakan cukup penting , disebalik lawak bodoh yang cuba dilakonkan oleh najib dan rosmah itu ialah persoalan adakah Malaysia sebenarnya sudah mulai diterima sebagai satu agenda perancangan zionis antarabangsa dalam membendung kebangkitan islam diasia tenggara ..kerana perkembangan politik hari yang berlaku dinegara ini telah membuktikan penerimaan orang-orang bukan islam terhadap islam tanpa ada sebarang fobia ..sudah tentu perkara ini akan membuat pihak zionis antarabangsa tidak senang duduk kerana agenda yang dipelopori oleh mereka bagi mengujudkan (Islamic Phobia )didalam masyarakat dunia itu tidak dapat menguasai masyarakat berbilang-bangsa dinegara ini..islam pernah menyatukan segala macam umat didunia ini sejak tertubuhnya kerajaan islam madinah yang diasaskan oleh rasullah s.w.t hinggalah kezaman pemerintahan kerajaan islam ottoman (turki) .Pihak Zionis antarabangsa sentiasa berusaha dengan pelbagai cara agar islam sebagai anutan yang bersifat syumul (sempurna ) dan universal itu akan sentisasa akan disalahkan diatas setiap perlakuan terrorisme dan disalah ertikan oleh penganut –penganut agama lain




.Islamic Phobia sebenarnya suatu agenda yang cukup besar dan penting kepada mereka manakala perkembagan politik negara ini merupakan satu ancaman yang cukup besar kepada agenda besar mereka .. mana mungkinn pernah kita membanyangkan akan mendapat sokongan daripada pelbagai bangsa yang menganut agama berbeza sedangkan apa kita bawa adalah wadah yang berwajahkan agama iaitu islam itu sendiri.

.Hari ini kita boleh melihat ada india dan cina yang memakai baju Partai Islam Semalaysia … semua ini sudah tentu menjadi ancaman besar kepada agenda zionis sedunia… dan apa kita lihat  bagaimana pengiftirafan yang diberi kepada rosmah mansor dan najib cukup jelas kepada kita bagaimana bentuk kepimpinan yang mahu diujudkan dan dikekalkan oleh zionis antarabangsa didalam negara umat islam …sekian







-------------------botaman-----------------------------

Sabtu, April 17, 2010

BEKAS PEMUDA PAS PULAU PINANG KECEWA

Mohd. hafiz Nordin
Pengerusi Badan Anti IFC (Badai)
...inilah wajah penuh yakin seorang yang menyangkakan sudah bijak dalam muslihat politik Malaysia...


Ex- Pemuda Pas Pulau Pinang,hari ini membidas Pas yang sanggup bersekongkol dengan Zaid Ibrahim dalam PRK Hulu Selangor.Sahabat-sahabat boleh melihat petikan berita tersebut dalam Sinar Harian hari ini.

Siapakah beliau dan apakah motif beliau menyatakan hujjah lemah sebegini?Mungkin beliau merasakan beliau sudah boleh mentafsirkan perjuangan PAS walaupun beliau  masih mentah dalam selok-belok dan tipu muslihat suasana politik Malaysia.Adakah beliau sudah merujuk pimpinan tertinggi Jemaah sebelum memberikan maklum balas seperti ini yang pastinya mengukirkan senyuman buat BN dan UMNO?Ini hanya satu tindakan paling bengap minggu ini.


DPPK Parit

Jumaat, April 16, 2010

Pernah tengok ular makan ular?


Amarah



Khamis, April 15, 2010

CIPTAAN

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal



 al Hujurat,13



DPPK Parit

Selasa, April 13, 2010

ORANG PARIT LOMPAT PARTI LAGI ,MENJELANG PILIHANRAYA HULU SELANGOR








                                       inilah beruk tersebut......... 



                               Nasarudin Hashim ......orang yang dikatakan membawa beruk tersebut ke Sabah      



Khabarnya  ade beruk dari parit  yang mengumumkan keluar dari PKR disabah .Beruk ini telah dibawa ke sabah oleh orang yang bertanggungjawab memulakan adengan lompat-melompat di perak .

Beruk tersebut akan membuat pengumuman keluar parti bersama dengan beberapa  buah cawangan  menjelang penamaan calon hulu selangor

jadi sama -samalah kita tunggu kemunculan  beruk-beruk   yang akan melompat menjelang  pilihanraya hulu selangor .......

DPPK PARIT

GILA BOLA!