TERUS KE VIDEO TERBARU SERANGAN ISRAEL
18 ditangkap 3 dipukul, peguam disepak curi di himpunan solidariti Adam Adli
41 minit yang lalu
....menyampaikan maklumat demi perjuangan Islam....
| Wan Nordin Wan Yaacob |
KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) segera bertindak terhadap serangan tentera Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza, pagi ini. Sehingga kini, dilaporkan 16 aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal berkenaan meninggal dunia yang turut disertai wakil Malaysia.Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, akan mengadakan himpunan aman membantah serangan tersebut di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, selepas solat Jumaat, 4 Jun ini. Sehubungan itu, PAS mengajak orang ramai juga menyertai himpunan aman tersebut. Ujarnya lagi, PAS kesal dan mengutuk serangan ke atas aktivis kemanusiaan ini sambil menyifatkan ianya sebagai satu lagi kekejaman Israel. "Kita mahu Malaysia selaku negara anggota OIC segera mencadangkan sidang tergempar bagi menyatakan pendirian dalam isu ini," ujarnya lagi. PAS juga, katanya akan menganjurkan persidangan khas mengenai perkara itu. Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, kekejaman Zionis ini mesti dikutuk segera oleh masyarakat dunia. "Mari kita sama-sama bermunajat menyelamatkan Gaza dan Masjid Al-Aqsa," katanya. Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad pula meminta supaya rakyat dinegara ini melakukan solat hajat dan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan anggota konvoi ini dan rakyat Palestine. Semua masjid dan surau diminta mengadakan majlis solat hajat besar-besaran minggu ini sebelum demontrasi besar bersama NGO dan penyokong soladariti Palestine Jumaat ini di hadapan kedutaan Amerika. Selain itu, Ketua Dewan Muslimat PAS N.Selangor, Wan Hasrina bt Wan Hassan melahirkan kekesalan terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang dilihat masih berdiam diri dari menyelamatkan Konvoi Kemanusiaan tersebut. "Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan untuk bangkit menyatakan sokongan kepada Rakyat Palestin dan kita juga mengecam Amerika Syarikat yang membiarkan saja kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel," katanya. Harakahdaily |
Hari ini Bukan sahaja MP Shah Alam malah seluruh rakyat satu malaysia mempertikaikan mengapa Azamuddin Omar saksi Utama kes tembak mati seorang remaja di seksyen 11 aminulrasyid iaitu azamuddin Omar di tahan oleh polis.Apa kah muslihat di sebalik semua ini,alasannya ialah untuk membantu siasatan pihak polis tetapi kini di lihat Azamuddin telah di tahan selama berhari-hari.


Harga petrol mungkin dinaikkan buat permulaannya 15 sen bagi setiap liter daripada harga sekarang pada tahun ini.| |
![]() |
![]() |
| Rusli Islam |
| KUALA LUMPUR, 27 Mei: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Ahmad Ismail telah kembali rahmatullah jam 3 petang tadi di kediaman beliau, Taman Kasawari, Bukit Rotan. Menurut anaknya, Mus'ab ketika dihubungi, allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Teluk Piai pada pukul 10 pagi esok. Sebelum ini, Ustaz Ahmad telah menjalani rawatan kimoterapi kerana mendapat jangkitan kuman di kiri leher sejak beberapa bulan yang lalu. Allahyarham yang juga merupakan mantan Setiausaha Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat dikatakan tidak pernah ketinggalan semenjak pertama kali menjadi perwakilan Dewan Ulamak ke Muktamar PAS Pusat. "Beliau banyak banyak memberi tunjuk ajar dalam urusan organisasi parti terutamanya dalam hal-hal kepejabatan di Dewan Ulamak PAS Pusat," kata Ustaz Wan Ahmad Rashidi Wan Othman, Setiausaha Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat. Allahyarham juga meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak. Harakahdaily |
![]() |
TAWAU, : Jika di Semenanjung demonstrasi aman diadakan sebagai bantahan kerajaan meluluskan judi bola sepak, orang ramai di sini menyertai himpunan aman bagi membantah konsert Inul Daratista yang diadakan di Masjid Al Kauthar, selepas solat Jumaat tadi.
| KLANG, 23 Mei: Keterbukaan PAS menerima orang bukan Islam menyertai parti Islam itu melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan bahawa PAS sedang menyatupadukan semua kaum di negara ini. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika semua kaum dan etnik di negara digabungkan dengan baik, ianya akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara. "PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS. "Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran DHPP di Klang hari ini.Sebagai gimik pelancaran, beliau menyentuh sebuah glob bertulis DHPP. Terdahulu dalam ucapannya beliau juga berkata, apa yang boleh menyatukan kaum ialah keadilan dan saling menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain, dan ianya sedang dibuktikan oleh PAS. Mengulas lanjut beliau memberitahu, PAS mengambil langkah proaktif sewaktu memerintah Terengganu apabila mencadangkan supaya orang bukan Islam dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). "Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam," katanya lagi. Turut hadir Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad. Manakala pimpinan lain termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum, Dr. Mujahid Yusof, Timabalannya, Dr.Halimah Ali yang juga pengarah program serta pengerusi dan timbalan pengerusi DHPP Hu Pang Chaw dan N.Balasubramaniam. Harakahdaily |
Bagai sudah dijangka, amuk puak-puak BN tidak berakhir disitu. Selepas Speaker DUN Sarawak menggantung ADUN Pakatan Rakyat iaitu Dominique Ng Kim Ho (Parti Keadilan Rakyat (PKR)-Padungan) dan Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) semalam, kini bagai menerima arahan beliau sekali lagi bakal mengambil tindakan yang sama terhadap seorang lagi ADUN DAP iaitu Ting Tze Fui - foto (Maradong). Beliau telah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, dewan Undangan Negeri Sarawak berhubung satu kenyataan yang dibuatnya November lalu. Beliau juga akan dihadapkan ke jawatankuasa itu Jumaat ini berikutan usul yang diluluskan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Wong Soon Koh pada persidangan DUN hari ini. Tindakan drastik yang dilakukan ini jelas sekali merupakan satu usaha untuk menghalau perwakilan Pakatan Rakyat di DUN Sawarak. Menurut ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng penggantungan ADUN DAP semalam dan cadangan mengheret Ting ke jawatankuasa khas itu sebagai dendam BN atas kekalahan kerusi Sibu, Ahad lalu.| Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 20 Mei: Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah di sini membenarkan isteri kedua sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, 31 melawat suaminya, Tuanku Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra. Panel tiga hakim diketua Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad membenarkan lawatan itu setelah mengadakan semakan terhadap afidavit pihak Elia Suhana dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.Hakim lain yang turut bersidang iaitu Tan Sri Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan Wan Hassan Wan Muhamad. Daud berkata, keputusan penangguhan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 April lalu tidak sepatutnya berlaku kerana perintah itu dikeluarkan ke atas isteri yang sah. Bagaimanapun Elia Suhana mendakwa dihalang Raja Perempuan Kelantan dan dua pengawal peribadinya untuk bertemu suaminya. Dan pada 21 Februari lalu mahkamah mengarah ketiga-tiga defendan hadir untuk tunjuk sebab. Sedangkan sebelum itu pada 4 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di Kota Bharu membenarkan isteri kedua melawat Sultan Kelantan setiap Sabtu sehingga pagi Isnin. Bagaimanapun Mahkamah Tinggi Syariah menangguhkan kes permohonan Elia Suhana bagi mendapatkan hak lawatan kekal ke atas suaminya kepada 13 Jun depan. Penangguhan itu disebabkan Mahkamah Tinggi Syariah mahu permohonan itu didengar selepas kes bantahan awal pengesahan lafaz cerai Sultan Kelantan ke atas Elia Suhana diputuskan pada 23 Mei ini. Elia Suhana memfailkan permohonan interlokutori pada 21 Mac lalu untuk membatalkan permohonan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap dirinya yang difailkan seorang wanita, Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60. Sultan Kelantan didakwa menjatuhkan talak ke atas Elia Suhana pada 12 Februari lalu ketika menjalani rawatan di Singapura. Peguam Fakhrul Azman Abu Hassan mewakili Elia Suhana, manakala Raja Perempuan Kelantan diwakili peguam Zainul Rijal Abu Bakar. Harakahdaily |