"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Isnin, Jun 28, 2010

Bersedekah Harta Yg Terbaik


Sedekah adalah satu keperluan bagi setiap muslim kerna ia menjadi benteng drpada api neraka. Sabda Nabi s.a.w: "Jauhilah kamu daripada api neraka walaupun dengan bersedekah dgn belahan buah tamar."

Sedekah yg dianjurkan oleh Islam adalah seseorang muslim itu memilih hartanya yang terbaik dan paling disukai utk disedekahkan. Firman Allah s.w.t: "Kamu tidak dapat mencapai kebaikan sehingga menginfakkan harta yg kamu kasihi."(92: Ali Imran).

Abu Talhah r.a seorang golongan yg kaya dan mempunyai banyak ladang2 kurma. Harta yg paling disayanginya adalah ladang bairaha. Ianya mengadap masjid Nabi. Rasulullah biasa masuk ke bairuha dan minum airnya yg amat sedap.

Apabila turun ayat ini (ayat diatas) Abu Talhah pergi berjumpa rasulullah s.a.w dan berkata: " Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah taala telah menurunkan kepadamu ayat: (ayat diatas) dan harta yg paling aku sayangi adalah bayruha dan ianya aku sedekahkan kerna Allah. Aku mengharapkan kebaikan dan ganjarannya disisi Allah.

Maka engkau salurkanlah tanah ini mengikut pandanganmu. Rasulullah s.a.w bersabda: "hebat2; itu adalah harta yg membawa keuntungan . Aku dah dengar ape yg engkau perkatakan. Aku berpandangan bahawa tanah ini disedekahkan sanak saudaramu. Abu Talhah berkata "Aku akan buat hai Rasulullah" Lalu dia membahagi2kan tanah tersebut kepada saudara2nya.

Allah melarang kita daripada bersedekah dgn harta yg tak elok. Firman Allah: "Dan janganlah kamu memilih harta yang buruk untuk kamu sedekahkan sedangkan harta tersebut kamu tak ambil jika diberikan kepadamu melainkan dgn kamu memejamkan matamu."(267:Al-Baqarah)

Oleh itu marilah kita memperbanyakkan sedekah harta yg elok di awal bulan zulhijjah ini yg mana palanya lebih besar daripada berjihad di bulan yg lain.



Oleh: akhisalman.blogspot.com



Cina Islam

Saya tidak hebat dalam politik-Khalid Ibrahim


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang berhadapan dengan tekanan dari dalam PKR sejak beberapa bulan lalu dengan rendah diri hari ini berkata, beliau tidak “hebat” dalam politik.
Sehubungan itu ketua kerajaan negeri Selangor ini memberitahu, beliau mahu memberi tumpuan terhadap soal pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri.
“Oleh kerana Selangor sangat penting, jadi saya harus memberikan tumpuan kepada pentadbiran negeri terutamanya terhadap aspek pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.
“Dengan ini, saya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan negeri termasuk di Kampung Baru yang mana saya akan menyumbang pemikiran dan idea agar ia dapat dilaksanakan.
“Saya mahu melihat pembangunan di Selangor bergerak seiring dengan Kuala Lumpur,” kata beliau yang dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum Mac 2008.Perubahan kepimpinan ini diumumkan lima bulan menjelang pemilihan parti.

Khalid, bekas tokoh korporat, disebut-sebut akan digugurkan selepas PKR yang mewakili Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu.
Azmin, Ahli Parlimen dan Adun Selangor pula berkata, rombakan yang dibuat hari ini bertujuan memastikan strategi mempertahankan Selangor dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin tanpa membebankan Khalid.
“Saya akan menguruskan hal-hal berkaitan parti manakala Khalid akan memberikan tumpuan kepada pembangunan negeri.
“Jadi kami berdua akan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan untuk mempertahankan Selangor.
“Ini kerana kerusi yang dimenangi ini harus dipertahankan jadi parti dan kepimpinan negeri perlu memainkan peranan masing-masing dengan sebaik mungkin dalam satu pasukan,” katanya.
Dalam rombakan kecil diumumkan petang semalam, Khalid digantiken oleh Azmin sebagai pengerusi negeri Selangor.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Zaid Ibrahim pula mengambil alih kepimpinan PKR Wilayah Persekutuan menggantikan Azmin.Rombakan diumumkan oleh Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Wan Azizah berkata, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan perhatian terhadap soal pentadbiran kerajaan negeri.M/I
 

Sabtu, Jun 26, 2010

ULAMA YANG DIRAGUI?

Hari ini setelah dijanjikan dalam berita beberapa hari yang lalu,seramai 40 'ulama' telah dengan rasminya menyertai UMNO.Niat sebenar penyertaan mereka secara beramai-ramai hanya Allah sahaja yang mengetahui.Kita sebagai manusia mana mungkin tahu apa yang berada dalam benak 'ulama' ini.Namun,secara zahirnya,penyertaan mereka ke dalam UMNO hanyalah sambungan melukut di tepi gantang.Masihkah anda ingat bilama Almarhum bekas mufti Selangor,Ishak Baharom?Beliau yang begitu lama dalam kerajaan (mungkin bukan ahli UMNO) pun boleh digulingkan oleh UMNO sesuka hati,inikan pula beberapa 'ulama' muda dan segar.....masih mentah dan tidak tahu selok belok permainan politik bahaya UMNO!

Sekali lagi diingatkan kepada mereka yang begitu mengharapkan UMNO  berubah dari UMNO yang pro kebangsaan kepada pro Islamik,bukan mudah membaca gerak kerja manusia,kalau UMNO mahu Islam,mereka sudah pun mengharamkan hiburan tidak kiralah yang melampau atau hiburan yang berlebih-lebihan.UMNO juga pasti menyokong perlaksanaan  hukum sebat Kartika dahulu.UMNO juga sepatutnya berada dengan PAS ketika melaungkan anti Yahudi dan Israel(PM tidak menafikan kebenaran fakta kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Klang).UMNO juga sepatutnya tidak menyokong mana-mana agensi kerajaan yang mahu melaksanakan JUDI BOLA(nak main bola pun nak judi juga)dengan alasan rugi kalau tidak memanipulasi 'keadaan'.

Suka diingatkan,niat yang baik tidak menjanjikan hasil yang baik sekiranya kita membiarkan kebaikkan itu rendah dari keburukan .Mungkin kita rasa nak ubah UMNO dari dalam,takut-takut kita pula yang berubah menjadi UMNO(mungkar)dalam diam,kerana secara tradisinya memang begitu selalu..

Bahimatan Leh

Khamis, Jun 24, 2010

EDISI 1 = FOKUS STRATEGIK ZIONIS DIASIA TENGGARA DAN MALAYSIA

Sebaik sahaja singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965 pihak Israel terus cuba untuk mengadakan hubungan dengan kerajaan singapura dengan berjanji kepada singapura untuk membantu membentuk struktur kententeraannya . Israel melalui duta mereka ke Bangkok(1962-1963) Mordecahi Kidron telah memujuk dan mempengaruhi ( Singapore Founding father )Lee Kuan Yew untuk menerima bantuan Israel dalam membentuk Struktur ketenteraan Singapura dengan alasan Singapura adalah sebuah negara kecil yang sedikit sebanyak mirip kepada negra haram yahudi tersebut yang dikelilingi oleh negara-negara umat islam akhir pada tahun 1965 itu Singapura telah bersetuju untuk menerima bantuan Israel dengan menghantar pegawai tentera Israel Kolonel Yaakov Elazari sebgai pegawai tentera IDF yang bertanggungajawab dalam menstruktur dan membentuk asas ketenteraan dan pertahanan Singapura


Kemudiannya hubungan Singapura dan Israel dikembangkan melalui hubungan perdagangan pada tahun 1968 , akhir pada tahun 1969( the founding father of Singapore) itu telah memberikan keizinan kepada Israel untuk membuka kedutaan mereka di Singapura . Tahun 1969 juga merupakan satu tarikh yang mempunyai sejarah dan siknifikasinya tersendiri kepada lipatan sejarah negara apabila berlakunya peristiwa berdarah rusuhan kaum 13 mei 1969 yang menyaksikan bagaimana sebelum itu umno dan perikatan l mengalami kekalahan yang teruk pada pilihanraya umum yang ke-3 selepas kemerdekaan yang diadakan pada 10 mei 1969.

Walaupun untuk membabitkan mereka(zionis ) secara langsung adalah sukar , tetapi sudah tentu apa yang berlaku merupakan satu expresi kepada protokol zionisme itu sendiri terhadap Kemanusiaan –merujuk kepada protokol zionis yang ke-3 yahudi akan menjadikan negara bukan yahudi sebagai gelanggang pertumpuhan darah dan huru-hara dan seterusnya kemerosotan ekonomi

Botaman =dewan pemuda pas parit

PROGRAM HARI KELAURGA DI MASJID GHOFRANIAH

PROGRAM HARI KELUARGA DI MASJID GHOFRANIAH TITI GANTONG

TARIKH:10 JULAI 2010  SABTU
MASA:8:30 PAGI HINGGA 12:00 MALAM
TEMPAT:PERKARANGAN MASJID TITI GANTONG DAN MARKAZ PAS TITI GANTONG

ACARA:-
1-SUKANEKA UNTUK MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
2-BOOTH/GERAI JUALAN DAN PAMERAN
3-CERAMAH AGAMA

SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS

Pelajar RMC mati dipercayai dibuli senior




Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (RMC) Sungai Besi di Kuala Lumpur meninggal dunia awal pagi ini dipercayai dibuli dan didera oleh pelajar senior maktab itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt Abdul Rahim Hamzah Othman berkata siasatan awal mendapati wujud unsur jenayah dalam kes kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16.
"Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan selanjutnya," katanya.
"Kita dapati ada elemen jenayah berlaku, itu kita sedang siasat. Kita tengah kenal pasti siapa bertanggungjawab. Kita belum dapat maklumat itu.

"Setakat ini, kita belum buat tangkapan (suspek) lagi," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Tambahnya, satu laporan polis telah dibuat oleh pihak tentera di Balai Polis Sungai Besi pada jam 2 pagi ini.

"Dalam laporan itu, dia mengadu (allahyarham) pengsan kemudian dibawa ke hospital di dalam kem dan mereka lakukan (pertolongan cemas) CPR.

"Kemudian apabila mangsa disahkan meninggal dunia, mereka buat laporan polis. Bila kita dapat laporan barulah kita pergi ke dalam kem," katanya lagi.

Tambahnya, jenazah pelajar tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) oleh anggota polis.

Dalam satu kenyataan petang ini, Kementerian Pertahanan menyebut bahawa mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, meninggal dunia antara jam 11.30 malam tadi dan 1.20 pagi ini, disebabkan "satu kejadian."

Mohammad Naim Mustaqim disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi.

"Kenyataan tersebut telah disahkan oleh Komandan MTD," menurut kenyataan itu lagi yang dihantar melalui Unit Komunikasi Korporat kementerian berkenaan.

"Lembaga siasatan telah ditubuhkan untuk mengenal pasti punca dan sebab kejadian ini berlaku.

"Sementara itu, beberapa orang (pelajar) yang dikenalpasti bersama-sama dengan allahyarham sebelum itu, telah dipanggil bagi membantu siasatan.

"Untuk keperluan dalaman ATM, Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) dari Cawangan Provos Marsyal (CPM) juga telah diarahkan untuk melaksanakan siasatan susulan," kenyataan itu dipetik.
Sementara itu, pegawai perhubungan awam RMC, Mejar Zunizam Zainuddin memberitahu Malaysiakini, jenazah Mohammad Naim Mustaqim akan diterbangkan dengan pesawat tentera ke Butterworth.
Katanya, dari situ, jenazah allahyarham akan dibawa ke Baling, untuk dikebumikan.

Bijaknya Najib! Tol Singapura turun 30%, Pulau Pinang naik 34

Ibarat kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan, begitulah nasib rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang selepas Najib dengan bijaknya menawarkan pengurangan tol 30% bagi jambatan kedua yang menghubungkan Johor dan Singapura sedangkan untuk Pulau Pinang caj tol dinaikkan 34%.

Saya bukan nak kata orang yang gunakan jambatan kedua Johor-Singapura sebagai Kera, tapi itu hanyalah pepatah orang-orang Melayu sebagai mengambarkan ketidakadilan yang berlaku.

Saya setuju dengan pandangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (DAP) yang mengalu-alukan pengurangan tol dijambatan kedua Johor-Singapura itu kerana sebagai rakyat kita mahu semua tol dikurangkan dan dihapuskan terus. Kalau kerajaan nak hapuskan terus Tol berkenaan pun bagus.

Saya yakin, ramai rakyat yang tidak puas hati dengan layanan Najib kepada Singapura yang mungkin sebagai melengkapkan perjanjian Durian Malaysia-Singapura. Tiap kali ada mesyuarat khas antara Malaysia dan Singapura pasti ada Durian, sebab itu saya panggil perjanjian Durian.

Kenapa Kerajaan hanya beri tawaran kepada Singapura. Kenapa tak nak turunkan Tol Jambatan Pulau Pinang dan semua tol yang ada di negara ini khususnya di Lembah Klang.

Pendapatan rakyat yang bekerja dalam negara bukan macam pelancong Singapura yang berulang laik dari tambak Johor setiap minggu. Rakyat Malaysia begitu banyak berbelanja untuk Tol setiap hari. Mana-mana pergi kat lembah klang ini pasti ada tol.

Hapuskan tol, jagalah kebajikan rakyat bukan sibuk makan durian sahaja.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Herman Samsudeen

MODAL LAMA DIGUNAKAN UNTUK ALIH PERHATIAN


Difahamkan bahawa Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zin (kiri) didakwa telah memberikan penjelasan tentang 'hubungan' Dr Asri dengan Wahabi, JI dan beberapa lagi pemimpin politik negara kepada pegawai yang hadir dalam mesyuarat anti-keganasan di sebuah hotel di Sepang malam Isnin lalu.


Dr Asri, mufti: Mengapa kerajaan BN bohong?


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sehubungan itu, mereka berkata, dakwaan pelbagai pihak, terutama pembangkang, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.

Mereka menegaskan demikian dalam satu kenyataan bersama hari ini bagi mengulas laporan Malaysiakini mengenai taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Malaysiakini difahamkan dalam mesyuarat anti-keganasan di sebuah hotel di Sepang malam Isnin lalu yang melibatkan pegawai tertingginya diberikan penerangan tentang 'hubungan' Dr Asri dengan Wahabi, JI dan beberapa lagi pemimpin politik negara.

Difahamkan juga Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zin (kiri) didakwa memberikan penjelasan itu kepada pegawai yang hadir.

Menurut sumber, turut dikaitkan sama dengan 'lingkaran' itu, antaranya mufti Perlis Dr Juanda Jaya (kiri), mantan menteri besar negeri itu Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengulas lanjut, Dr Juanda dan Dr Asri berkata: "Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan.

"Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamirkan Islam yang tolerance dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami," kata mereka.

Menurut mereka, Abdul Hadi (kanan) dan Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan.

"Beliau (Abdul Hadi) ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat.

"Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Demikian (juga) dengan Datuk Seri Shahidan, (yang juga) (bawah, kiri) bekas MB Perlis dan kini ahli Majlis Tertinggi Umno, naib presiden PERKIM dan akvitis berbagai (pertubuhan) kebajikan rakyat.

"Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya Umno dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu," tambahnya.

Walaupun tidak mempunyai banyak maklumat mengenai JIM, tegas mereka, "namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu.

'Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai," tegas Dr Mohd Asri (bawah, kanan) dan Dr Juanda.

Sehubungan itu, mereka menegaskan bahawa pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai satu fitnah rambang.

Mereka juga meminta pihak polis supaya menyiasat individu yang membuat tuduhan tersebut.

Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan individu tersebut, tambah mereka, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri "seakan-akan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas".

"Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

"Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab.

"Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit," tambah mereka

Jimadie Shah Othman / Malaysiakini



Dr. Halimah

Selasa, Jun 22, 2010

Zahrain Bakal Dibogelkan


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Amir Ghazali membidas kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembohong.

Menurut Amir AMK Pulau Pinang tidak akan berdiam diri setelah melihat tindakan Zahrain yang disifatkan sebagai keterlaluan dan melampaui batas.

"Siapa Zahrain ini sebenarnya yang begitu celupar mulutnya untuk berkata sesuatu mengikut citarasa hatinya sahaja. Kami AMK Pulau Pinang tidak akan berdiam diri. Kami akan membongkar siapa beliau sebenarnya dalam masa terdekat ini.

"Beliau jangan cuba hendak menjadi ayam sabung Umno, melalak tidak tentu haluan. Siapa yang menjadi lanun sebenarnya di Pulau Pinang sebelum ini akan kami bongkar kepada rakyat.

"Kita akan bongkar dan dedah kepada masyarakat siapa Zahrain sebelum ini.Kita akan perjelas kedudukan, fakta dan segala kemungkaran yang telah dilakukan semasa beliau menerajui dan menganggotai beberapa portfolio dan agensi negeri sebelum ini," kata Amir pada pertemuan membantah lesen judi sukan bola sepak di Perda baru hari ini.

Beliau juga menyelar ahli parlimen Bebas itu yang hanya berani untuk berkokok selepas tidak menganggotai KEADILAN lagi.

"Kenapa sebelum ini membisu seribu bahasa? Kenapa setelah tidak mendapat apa yang diingini maka berkokok sebagai ayam sabung siang dan malam? Kita tunggu dan lihat bagaimana pendedahan dan pembongkaran yang akan dilakukan oleh AMK Pulau Pinang bagi menyedarkan rakyat sikap sebenar ayam sabung Umno ini, " ujar beliau lagi. -SK

Isu Lompat Parti, Pengundian Semula Adalah Cara Terbaik


9 Rejab 1431 H
oleh : ibnuirfadzil.blogspot.com

Isu yang hangat di Negeri ku ketika ini ialah isu lompat parti, dan saya rasa suka untuk mengulas perkara ini tanpa cenderung kepada mana-mana parti politik. Apabila seseorang itu melompat dari A ke B, pastinya terdapat sebelah pihak yang mendakwa sebagai khianat, dan sebelah pihak lagi akan bertepuk tangan.

Semalam, seorang sahabat saya bertanya tentang perkara ini, lalu saya menjawab mudah bahawa “cara yang terbaik ialah dengan pengundian semula”. Bermaksud, sekiranya terdapat calon di sesebuah tempat itu “melompat parti” tidak kira samada parti A ke B, atau B ke A, maka cara yang paling adil ialah dengan melakukan pengundian semula.


Ini adalah susulan daripada kepercayaan rakyat yang berada di bawah naungan calon tersebut, mencalonkannya atas dasar parti yang dipegangnya, bukan disebabkan dirinya secara peribadi. Namun, masih ada yang mempertikaikan, “apabila rakyat mengundi saya, bermakna mereka menyokong saya walaupun apa jua parti saya”.

Maka, jawapan sebegini boleh dijawab dengan “sila datangkan bukti rakyat sokong anda kerana diri anda, bukan disebabkan parti”. Maka, bukti yang paling sesuai ialah dengan mengadakan pengundian semula. “tanpa mengira arah lompat parti tersebut”.

Saya yakin, dengan membuat pengundian semula, ia akan meraikan banyak pihak, dan sistem demokrasi diamalkan dengan telus. Sekiranya tidak, rakyat seolah-olah ditipu dan dipermainkan. Bahkan lompat parti tanpa pengundian semula adalah di antara perbuatan zalim yang jelas menindas masyarakat yang mengundinya.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Khamis, Jun 17, 2010

NAJIB JELMAKAN AGENDA YAHUDI ANTARABANGSA


Kehadiran kapal-kapal dagang yahudi yang berlabuh di port klang adalah salah satu daripada rentetan perkara yang dilakukan oleh pentabiran Najib TuN Razak setelah kerajaan melantik apco worldwide sebagai penasihat . Ini merupakan petanda permulaan penerimaaan terhadap negara haram Israel itu kedalam negara ini secara yang lebih terbuka . Jelas sekali apa yang dilakukan , adalah perubahan pendirian dasar luar terhadap hubungan diplomatik antara Malaysia dan Israel . Mungkin hari ini apa yang dilakukan belum betul –betul menampakkan kesannya , sedangkan serangan-serangan melalui ekonomi itu sebenarnya telah bermula dengan sejak sekian lama cuma sebelum ini ianya dilakukan melalui persaingan pasaran terbuka (open market )didalam perniagaan yang sebenarnya adalah satu cara untuk memonopoli pasaran .


Untuk membolehkan usaha monopoli terhadap ekonomi sesebuah negara itu, Apa yang dilakukan ialah melemahkan ekonomi negara tersebut dan melaksanakan sabotaj-sabotaj ekonomi .Kita sebenar nya dapat melihat dengan jelas bagaimana agenda ini dilaksanakan oleh mereka melalui pemimpin-pemimpin sesebuah negara yang mereka kuasai iaitu dikalangan pemimpin –pemimpin sesebuah negara yang korup dan lemah.

Hari kita melihat bagaimana apa yang dikatakan sobotaj ekonomi itu telah mula dilaksanakan didalam negara ini . Negara ini dibawah kepimpinan Najib Tun Razak telah menyerahkan Blok L dan M kepada Brunei yang dianggarkan bernilai lebih Rm 320 biliion , penyerahan tanah KTMB di Tanjung Pagar , Bukit Timah dan Woodland seluas 271 hektar seperti yang dilaporkan oleh YB salehudin ayub didalam harakah. Tanah milik KTMB tersebut merupakan antara aset strategik terakhir negara direpublik itu sedangkan pembangunan di Iskandar Malaysia dikuasai oleh pelabur –pelabur luar khususnya pelabur –pelabur dari singapura ,Najib akhirnya melengkapkan hajat singapura untuk memiliki setiap inchi tanah di republik tersebut .

Kita semakin kehilangan aset negara seinci demi s inchi sedangkan negara yang sekecil singapura itu semakin menampakkan penguasaanya secara berstrategik . Bukan salah singapura tetapi semuanya gara-gara pucuk- pimpinan negara yang lemah dan korup . Ada agenda besar disebalik apa yang berlaku . Najib sebenarnya hanyalah sebuah buah catur yang digerakkan untuk mencapai matlamat yang besar yang bila- bila masa sahaja boleh dikorbankan . Zionis sebenarnya mempunyai agenda yang cukup besar terhadap umat islam diasia Tenggara khususnya semuanya telah dijelmakan sejak sekian lama tanpa kebanyakan daripada menyedarinya, apabila Singapura keluar dari Malaysia mereka telah memulakan hubungan dengan singapura dengan membantu negara republik tersebut membentuk dan menubuhkan pasukan tenteranya , bagi mereka ( zionis) singapura merupakan fokus strategik mereka diAsia tengara sedang kan kita dengan mudah melepaskan aset kita begitu sahaja tanpa memikirkan kesan dan implikasinya.

Kalau hari ini kita dapat melihat kapal –kapal dagang Israel diperlabuhan –perlabuhan berlabuh tidak mustahil satu hari nanti kita akan melihat kapal-kapal perang Israel pula atau proksi-proksinya . Justeru sebelum mimpi buruk ini menjadi realiti marilah kita bersama-sama satukan tekad untuk bersungguh-sungguh berusaha menjatuhkan kerajaan yang ada bagi memastikan kesejahteraan umat islam dan rakyat di negara ini secara keseluruhannya agar terus berkekalan



 botaman  Dppk parit

PAS tampilkan ‘ikon’ Bola Anti-Judi

 PAS kini menampilkan bintang bola sepak negara Radhi Mat Din sebagai ‘ikon’ kempen menentang pemberian judi sukan di negara ini.

Dalam ceramah perdana sempena muktamar PAS ke-56 malam tadi, Radhi diminta merasmikan Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ) – gabungan NGO dan pembangkang khusus khusus untuk menggagalkan usaha kerajaan itu.

Tampil dalam gaya kasual – berseluar trak dan berkemeja-T di hadapan kira-kira 3,000 penyokong pembangkang – Radhi mengimbau kembali bagaimana ‘runtuhnya’ kegemilangan bola sepak di zamannya lebih 10 tahun lalu akibat perjudian haram dan rasuah.

Menceritakan pengalaman peribadinya, Radhi berkata, ketika mengetuai pasukan Kedah pada tahun 1996 berlaku “peristiwa malang” apabila seramai 136 orang telah dituduh terlibat dalam rasuah yang diakibatkan oleh aktiviti pertaruhan haram.

“(Permainan) bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pula yang diubatnya.

“Kerajaan seharusnya mengetatkan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya,” katanya yang kini berkhidmat sebagai jurulatih pasukan Kedah.

Radhi, anak kelahiran Kedah merupakan kapten paling lama dalam skuad hijau-kuning. Pemain tengah itu pernah mewakili negara dan menempa populariti dalam liga semi pro negara sekitar 90-an.

Penampilannya malam ini dilihat bagi menarik sokongan peminat bola sepak tempatan yang merindui aksi-aksi menarik sekitar zaman bola sepak tempatan yang mendapat perhatian besar ketika itu.

DPPN Perak

ADUN BEBAS: TIADA MARUAH DAN DAYUS

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kecewa dengan tindakan tidak bermoral K. Keshvinder Singh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar daripada DAP yang telah mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang dilihat telah mengkhianati amanah rakyat dan tidak layak menjadi Yang Berhormat dengan tindakkannya tersebut.


DPPN Pk mendesak agar Keshvinder meletak jawatan jika beliau benar-benar menghormati rakyat yang telah memilihnya. DPPN Pk juga mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tindakkan tidak bermoral yang telah dilakukan oleh Keshvinder tersebut yang memungkinkan gejala rasuah berlaku.



MOHD MUNIR ALI

Timbalan Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Rabu, Jun 16, 2010

UMNO PULAU PINANG PULA KRISIS:BEBERAPA CAWANGAN TUTUP

Sekumpulan pemimpin Umno di Jelutong begitu berang dengan tindakan setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim kerana mengumumkan kepada media bahawa beberapa cawangan di negeri berkenaan akan ditutup.


Ketika sidang media lebih dua jam di Hotel Grand Continental, Pulau Pinang, mereka mencabar Azhar membuktikan bahawa cawangan berkenaan benar-benar tidak aktif dan mendakwa tidak dimaklumkan berhubung pembubaran itu oleh majlis tertinggi parti.

Kumpulan berkenaan berkata urusan membubarkan mana-mana cawangan sepatutnya dibuat oleh pemimpin tertinggi Umno dan bukannya oleh Azhar.

Menurut pemimpin Umno cawangan Persiaran Perak, Idris Osman, Pendaftar Pertubuhan juga tidak memaklumkan berhubung pembubaran cawangan berkenaan.

Katanya, semakan dengan pendaftar dua bulan lalu mendapati cawangan-cawangan berkenaan masih aktif.

"Sepatutnya majlis tertinggi parti yang patut membuat pengumuman itu, bukannya Azhar. Siapa dia untuk berbuat demikian,” katanya dengan nada sinis.

Nada yang sama disuarkan oleh pemimpin cawangan Taman Perak, Mahadzir Mohd Mustaffa yang menuduh Azhar bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menutup cawangan berkenaan demi kepentingan politiknya menjelang pemilihan parti akan datang.

"Azhar mesti melawat cawangan-cawangan berkenaan dan melihat sendiri keadaan yang sebenar. Ini isu yang besar yang bakal menentukan masa depan Umno, bukan sahaja di Jelutong tetapi juga Pulau Pinang,” katanya.

Dalam pada itu, pemimpin cawangan Jalan P Ramlee Syed Feisal Syed Mohd mendakwa 13 cawangan berkenaan ditutup kerana ahlinya didakwa menyokong Pakatan Rakyat.

"Kita tidak sepatutnya bertindak tanpa sebarang bukti. Kecuali mereka didapati berceramah di pentas Pakatan Rakyat, membawa bendera pembangkang ataupun membidas Umno, kita tidak boleh mengandaikan mereka menyokong pembangkang,” katanya.

Semalam, Azhar, yang juga ADUN Penaga (BN) mengesahkan 13 cawangan Umno dibubarkan.

Katanya, keputusan itu dicapai pada mesyuarat Barisan Nasional di Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Beliau juga memaklumkan bahawa semua ahli daripada cawangan yang dibubarkan itu diserapkan ke 25 cawangan yang lain.

Briged MP Segambut

Selasa, Jun 15, 2010

Kain rentang ‘mana royalti’ sambut Najib esok

KOTA BHARU, 15 Jun: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) bercadang meneruskan misi menuntut kerajaan Pusat membayar royalti minyak kepada rakyat Kelantan melalui satu perhimpunan sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan esok.
Setiausahanya, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata Gegar akan meneruskan hasrat murninya itu sehingga episod tuntutan tersebut menemui garis penamatnya.
"Maksudnya sehingga tuntutan itu ditunai atau sehingga ada apa-apa tindakan daripada kerajaan negeri sendiri berhubung tuntutan itu yang menterpaksakan Gegar berhenti dari melaksanakan aktiviti berkaitan.
"Gegar tidak akan berhenti daripada meneruskan perjuangannya begitu saja, dan Gegar akan lakukan apa saja selagi tidak bercanggah dengan hak asasi rakyat," katanya ketika dihubungi lewat petang ini.
Sambil itu beliau memaklumkan satu kain rentang bersaiz 4 x 20 kaki yang bertulis "PM: MANA DUIT ROYALTI KELANTAN RM2 BILLION?? Kami tak mahu Ehsan, Kami mahu ROYALTI" akan dinaikkan pada malam ini sebagai isyarat kepada Najib bahawa rakyat Kelantan sebenarnya tidak pernah berdiam diri dalam perkara berkenaan.
Menurutnya banner-banner tersebut akan dinaikkan di persekitaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa, Pasir Pekan dan sekitar bandar Kota Bharu.
Dalam pada itu, satu perhimpunan aman dijangka akan turut diadakan sebagai tanda protes terhadap penafian hak rakyat oleh kerajaan Pusat.
"Sekurang-kurangnya Perdana Menteri akan lihat sendiri bahawa hak mutlak rakyat tidak boleh dipolitikkan malah rakyat Kelantan khususnya menolak kerajaan yang menggunakan harta rakyat untuk kepentingan politik," tegasnya.

Harakahdaily

ANTARA PERANGAI PEMUDA UMNO


Aksi panas Pemuda dan Puteri UMNO !!

Acuan Islam Hadhari UMNO



Inilah kejayaan UMNO mentadbir Malaysia.

Sah la Pemuda dan Puteri Umno. Takkan la Pemuda dan Puteri MCA atau MIC kot.. hahaha...

Batu Gajah Mari

ADUN Malim Nawar: Bersih dan Sapu Bersih, Siapa Dalang?



KL, 15 Jun: Pada 25 Februari lalu, Adun Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

Tetapi hari ini, dalam sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi Adun Bebas dan menyokong Barisan Nasional. Beliau menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini dan mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau.

"Saya bersih," kata Adun Malim Nawar itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, Keshvinder menang dengan majoriti 1,362 mengalahkan calon MCA Dr Chai Song Poh. Beliau menyalahkan DAP dan mendakwa partinya itu tidak membantu beliau untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan terpaksa menggunakan dana sendiri untuk memberikan khidmatnya sebagai wakil rakyat.

Katanya, surat keluar dari parti telah dihantar kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pagi tadi. Bagi beliau, tindakannya ini untuk kepentingan rakyat di kawasan yang diwakilinya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: "Saya bersih," kata Adun Malim Nawar itu. Bersih dan sapu bersih? Kemelut politik Perak makin menarik, siapa dalang, siapa penghalang?

Ibnu Hasyim

Isnin, Jun 14, 2010

SEBUAH EPISOD HYPPOKRASI

KAPAL ISRAEL BERLABUH DI PERLABUHAN KLANG

Zim Israel Navigation comp –syarikat
Terbesar di Israel ‘

Berlabuh Di Port Klang Pada = 09-06-2010

Najib membahaskan usul mengutuk
kekejaman Israel pada = 07-06-2010

BUKTI SIKAP HIPOKRIT NAJIB


Perisik Parit

YANG PERGI TAKKAN KEMBALI-USTAZ HASSAN SYUKRI

Ustaz Hassan Syukri dalam kenangan



Pemergian Ustaz Hassan Syukri mengejutkan ramai pihak khasnya di dalam PAS. Ia merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara. Berikut adalah tulisan yang pernah dibuat wartawan AZAMIN AMIN yang disiarkan oleh akhbar Siasah Oktober 2009.

Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun ‘bermandi darah’ di Kuala Lumpur dalam peristiwa 13 mei, dia sudah terpacul tegap menantikan kedatangan mereka. Ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.

Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya, dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkandia yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan ‘parang terbang dan selempang merah’ untuk mara ke ibu kota.

Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing.

Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. malah ketika negara dilanda krisis, Tun Razak sendiri menghubunginya setiap hari. Sehari kadang-kadang sampai dua kali! Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti di bibir pejuang dan penyokong PAS selama ini agak kelam dan menyepi. entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di malaysia ini umpama membawa diri. Namun rajuknya tidak ke mana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini.

Hassan Shukri yang dipanggil ‘ustaz’ masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di markas PAS Taman melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.

Baginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi dalam dirinya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Agung PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja laut Kuala lumpur, begitu sinonim dengan Hassan Shukri.

Masakan tidak idea penubuhan markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal Rm20,000, beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina markas.

Kemudian beliau berbincang pula dengan Yang Dipertua PAS, Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis, ustaz Hashim Jasin dan ustaz Nakhaei untuk mereka samasama membeli tanah dengan harga sekitar Rm26,000 bagi meluaskan kawasan markas sekitar tahun 1982. Selain menerima sumbangan wang, markas itu turut didirikan secara bergotong royong pada peringkat awalnya.

Kemudian dengan kebijaksanaan Hassan, beliau mengarahkan setiap satu cawangan PAS menyiapkan satu tiang bangunan tanpa menggunakan jengkaut untuk menggali lubang tapak asas.

Semenjak itu, markas PAS Taman melewar telah menjadi tempat persinggahan atau bermalam paling murah di Kuala lumpur kepada orang ramai yang mahu melancong atau berurusan di ibu kota malah hari minggu atau cuti sekolah, banyak bas persiaran serta bas sekolah singgah dan memenuhi laman markas itu.

Lebih menarik, ia menjadi persinggahan paling penting kepada rombongan haji sebelum melapor diri di lapangan Antarabangsa Subang sebelum wujudnya KlIA dan Pusat Transit Tabung Haji Kelana Jaya.

Cetusan idea Hassan itu kemudiannya menjadi buah mulut orang dan menjadikan PAS terkenal di setiap pelosok negara. Hassan dikenali sebagai tokoh yang membangunkan markas PAS dan ramai yang tidak tahu, beliau adalah individu penting di sebalik perlembagaan PAS dan merupakan “buku undang-undang PAS” yang masih hidup serta sentiasa menjadi rujukan.

Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951,Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.

“Sebabnya ialah loteri kebajikan yang saya terima daripada guru saya dan saya bawa pulang ke rumah.

“Akhirnya saya dimarahi dan dihamun oleh ayah saya...disebabkan itu, saya mula berjinak-jinak dengan mengikuti aktiviti PAS di kampung dan mula menyertai secara aktif pada tahun 1951,” ujarnya penuh semangat.

Hassan yang memegang nombor keahlian PAS 12,016 itu kemudiannya diberi peluang untuk bertanding di kawasan Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum tahun 1969.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah usaha memujuk, mengugut, ancaman dan merasuah beliau untuk tidak bertanding, namun ditolak mentah-mentah Hassan dengan memberi kata dua yang cukup meninggalkan bekas kepada pencabar dan lawan politiknya. “Saya katakan kepada mereka, kalau nak masukkan guni, cubalah...!” katanya tegas laksana pahlawan yang bermaksud seolah-olah ‘jangan mencari pasal’ dengan beliau.

Beliau turut mengimbau kembali kejadian ceramahnya di Sabak Bernam didatangi oleh beberapa orang berketurunan Jawa Penegoro sambil menghayunkan senjata parang.

Kebetulan kawannya, Hassan Adli boleh berbahasa Jawa, maka orang-orang yang berparang itu akhirnya “ditumpaskan” hanya melalui kata-kata berbisa.

Hassan juga menceritakan bagaimana musuh politiknya berusaha menjatuhkan maruah dan nama baiknya dengan cuba memerangkap beliau dengan dua orang wanita yang tidak dikenali di Kampung Parit, Sabak Bernam. Dengan kecekapan perisik-perisik PAS, beliau dinasihatkan untuk tidak memberhentikan keretanya suatu malam apabila diminta oleh dua wanita terbabit.

“malam itu di tepi jalan berhutan, sudah siap kamera dan beberapa jurugambar mahu memerangkap jika saya memberhentikan kereta untuk ditumpangi oleh dua wanita itu,” katanya sambil menasihati bahawa insiden dan taktik musuh itu masih diguna pakai sehingga sekarang.

Oleh sebab itulah, setiap kali bermesyuarat di Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja laut, berdekatan lorong Haji Taib itu, Hassan tidak pernah menggunakan jalan belakang bangunan PAS itu, kerana bimbang ‘diperangkap’ oleh kamera-kamera musuh yang cuba mengaitkannya dengan penghuni atau pekerja seks lorong hitam itu.

“Saya selalu menasihati beberapa pimpinan PAS untuk berhati-hati berjalan di lorong belakang itu bagi mengelakkan fitnah dan dimanipulasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya tersenyum.

Setelah tewas dalam pilihan raya itu, beliau kemudiannya menunaikan haji di makkah dan kisah perjalanannya menuju tanah suci itu, penuh liku-liku dan peristiwa indah yang tidak upaya diluahkan memandangkan masa yang terbatas. memadai katanya, perjalanan itu memakan masa 6 bulan 3 hari!

“Dari Pulau Pinang naik kapal laut. Sampai di madras, kami terus menggunakan jalan darat untuk ke makkah. “Dalam perjalanan ke sana, saya sempat menubuhkan Persatuan melayu Iraq di Baghdad dan setelah menunaikan haji, saya mengahwini isteri tercinta dan dikurniakan 6 orang anak,” katanya bangga dengan pencapaian anak-anaknya itu, meskipun beliau bukanlah seorang yang berharta.

Semasa beliau penuh aktif dalam PAS, Hassan pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS di bawah tiga orang Presiden PAS iaitu Datuk Asri muda, ustaz Yusof Rawa dan Almarhum Datuk Fadhil Noor. Beliau merakamkan semula detik-detik manis selama berada dalam perjuangan PAS ini sambil menceritakan beberapa kisah mencuit hati yang tidak dapat dilupakannnya.

Antaranya, beliau terpaksa mengendong atau mengangkut pembesar suara (speaker) sejauh empat batu menggunakan basikal, manakala ada perwakilan yang jatuh ke gaung dalam perjalanan ke muktamar PAS tapi tidak mengalami kecederaan.

“Saya pernah merasa pengalaman tidur di Balai Raya Datuk Keramat. Ahli-ahli di situ menyediakan segala kelengkapan seperti bantal, tilam dan selimut untuk para perwakilan dan ahli PAS yang menyertai muktamar ketika itu,” katanya lagi.

Pada sekitar tahun 50-an, muktamar pada ketika itu, nama awalnya lebih dikenali sebagai kongres dan ditukarkan supaya ia tidak menyamai dengan parti-parti lain pada masa itu.

Bezanya dahulu, apabila muktamar berlangsung, semua perwakilan dan ahli-ahli yang datang menumpang teduh di merata-rata sekitar madrasah, pondokpondok agama, balai raya berhampiran dan juga rumah-rumah ahli yang secara sukarela menjadikan rumah mereka sebagai tempat tumpangan.

Beliau dalam masa sama menasihati supaya pemimpin dan ahli melahirkan semangat persatuan dan berpasukan di samping kerjasama yang mantapdan ada peningkatan dalam soal pemikiran dan kerja di semua peringkat.

“Apa jua kekuatan adalah kesatuan dan sahabatsahabat (ahli-ahli PAS) kena tahu ‘style’. Kena faham cara orang kampung bekerja berbeza dan tidak sama dengan orang Shah Alam (bandar) bekerja. “Tulis khutbah pun kena beza. Takkan nak baca yang sama. Begitu juga pendekatan, ada yang berhemah, tegas dan adakalanya secara berseloroh,” katanya lagi.

Beliau menasihati pemimpin PAS atasan atau pertengahan, mesti mengetahui serba sedikit suasana dan keadaan masyarakat di malaysia dan menambah di Nusantara terdapat 6,832 suku seperti Jawa, mandeling, Banjar dan lain-lain yang berjaya disatukan melalui Islam.

“Jangan lupa turun padang dan dekati orang bawahan akar umbi ini. mereka ini kita sapa dan senyum cukup besar hati dah...” kata Hassan yang juga bekas Senator. Selain itu, Hassan sebagai orang lama dalam PAS menyarankan segala masalah atau perselisihan pendapat antara pimpinan-pimpinan PAS disuarakan melalui syura atau mesyuarat dan perbincangan agar ia tidak dipergunakan oleh musuh untuk melaga-lagakan antara satu sama lain.

“Dengan cara itu tidaklah keluar kenyatan yang bercanggah. Kenapa media memainkan isu tertentu, supaya orang Cina dan India berhenti menyokong PAS...itu saja. Jadi jangan biarkan kita terdedah dengan perkara macam itu,” katanya ketika diminta pandangan berhubung isu-isu semasa.

“malah masuk PAS bukan kerana ikut orang, kalau ikut orang, sudah lama PAS ini terkubur. Sertai dan sokong PAS sebab hendakkan kepada Islam.

“Kita sudah lama tarbiyah ahli-ahli PAS bahawa jangan memuja pemimpin tetapi menjunjung perjuangan Islam,” kata bekas Timbalan Presiden PAS itu yang turut merujuk beberapa kepimpinan yang keluar parti itu seperti Datuk Asri muda dan Haji Ahmad Fuad yang tidak sedikit pun menjejaskan PAS sehingga kini.

Kini Hassan masih menyumbang buah fikiran dan pandangannya kepada PAS sebagai Ahli majlis Syura. Beliau juga masih lagi menyampaikan kuliahnya di Sabak Bernam serta memenuhi pelbagai jemputan majlis-majlis agama dan ceramah.

Walaupun usia telah menjangkau 70-an, Hassan masih kelihatan gagah dan berupaya mengingati satu persatu sejarahnya bersama PAS. Wawancara yang berlangsung hampir dua jam itu terasa begitu singkat, memandangkan kepetahan dan nada selorohnya, membuatkan penulis terpegun dan asyik dengan kisah lamanya.

“Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS. “Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah,” katanya tersenyum semula.

Mengakhiri perbualan yang “berlangsung” di kediamannya sendiri Jumaat, 2 Oktober lalu, Hassan sempat menyuntik semangat kepada ahli-ahli PAS seluruh negara supaya sentiasa mengukuhkan perjuangan dan menolak sama sekali fikiran jumud bahawa jika bersama PAS, mereka akan menemui kesukaran dan kepayahan hidup.

“Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan...Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.

“Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...,” katanya sambil mencebiskan nasihat kepada pemimpin agar sentiasa merapatkan saf antara satu sama lain termasuk dengan golongan bawahan supaya parti akan terus kukuh, disegani dan bertambah kuat di masa mendatang.

Azamin Amin

Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah


KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah beliau masih lagi di hospital kini.

Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.

"Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.

Sebelum timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 9.00 pagi esok di Surau Taman Melewar.


Harakahdaily

Ahad, Jun 13, 2010

Malaysia tak serius menangani isu Palestin

Satu hari kita bertempik menyatakan bantahan keras pada regim haram Israel, menuntut dunia mengutuk dan bertindak keras terhadap mereka angkara jenayah kemanusiaan mereka terhadap rakyat Palestin khasnya di Gza dan Tebing Barat, tetapi di waktu yang lain kita menyepi apabila Israel berlabuh di bumi kita!

Kemneterian Pengangkutan bersahaja menyatakan memang selama ini kerajaan kita membenarkan kapal-kapal kargo Israel memasuki pelabuhan negara bagi urusan perdagangan.

Tidakkah inimenjadikan Malaysia satu negara hipokrit! Berlakon di pentas seolah kita juara dan jaguh. Lihat anak-anak bangsa kita sanggup merempuh tentera dan kapal perang Israel demi kemanusiaan rupanya demi keuntungan kita juga mengalu-alukan penjenayah dunia ini berdagang dengan kita asal sahaja kita untung.

Syaratnya kapal-kapal Israel jangan kibarkan bendera mereka apabila menghampiri dan berlabuh di pelabuhan kita dan anak-anak kapal mereka tidak dibenar turun. Tidakkah ini menjadikan kita satu negara tidak bermaruah dan bermoral di bawah kerajaan BN?!

Anak bangsa Palestin menderita angkara tindakan kebinatangan regim haram ini, menahan dan menyekat bantuan dunia masuk ke Palestin.Kerana itu mereka terpkasa menyabung nyawa mengorek terowong-terowong tanah, meneyeludup masuk barang-barang, memohona dan merayu bantuan dunia. Israel ini jahat, Israel ini tidak berperi kemanusiaan.

Tiba-tiba kita yang kononnya mahu menjadi jaguh isu ini senang-senang mengizinkan pedagang-pedagang negara haram itu datang berdagang ke sini. Tidakkah kita fikirkan keuntungan yang mereka raih itulah nanti yang akan memodalkan pembelian senjata yang akan menghala dan meledak ke arah rakyat Palestin?!

Kerajaan Najib Tun Razak perlu berterus-terang. Hentikan terus apa sahaja bentuk kerjasama dan perdagangan dengan Israel. Duit mereka haram di negara kita kerana mereka bukan manusia tetapi binatang. Jangan berdegar-degar bagai ayam jantan perkasa tetapi hakikatnya ekor begelumang najis yang jijik dan busuk.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.


Roslan SMS (Harakahdaily)

PAS yakin ke Putrajaya

PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang optimis PAS dan Pakatan Rakyat mampu menawan Putrajaya suatu hari nanti.

Beliau sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan di muktama PAS kali ke-56, di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini berkata, tidak mustahil suatu hari nanti Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negara melihat kepada sokongan yang biberikan oleh rakyat termasuk orang bukan Islam terhadap PR.

"Ke Putrajaya InsyaAllah, kita membawa kemenangan. Orang kata kita bermimpi, tapi kta bermimpi yang soleh," katanya disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Beliau juga berkata, sekiranya syariat Islam benar-benar diamalkan di negara ini, segala permasalahan sosial yang melanda negara dapat diselesaikan.

"Jika benar-benar kita mengamalkan syariat Allah, insyaAllah segala permasalan sosial dan moral dapat diseesaikan," katanya.

Beliau berkata, PAS berada dalam bahtera yang selamat bersama rakan-rakan Pakatan yang lain.

"Yakinlah, kita sekarang ini berada dalam bahtera yang selamat. Teruslah besama Pakatan rakyat untuk ke Putrajaya," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji mutu perbahasan seluruh perwakilan yang disifatkan sebagai matang dan menepati isu.

"Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh perwakilan yang menyampaikan perbahasan yang mutunya semakin meningkat," katanya.


Sabtu, Jun 12, 2010

TAHUKAH ANDA?

-Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi
tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi. 
-Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup
kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah
sejauh 9 meter.
-Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan
tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula
dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-
beza.

-Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

-Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya
inframerah dan ultraungu 
-Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter
pembulu darah 
-Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan
tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas.
Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada
memakan sesama sendiri.

Berjaya tetap bertegas telah dapat kelulusan


Mega-konglomerat Berjaya Corporation terus berusaha untuk menutup mulut pengkritiknya, dengan sekali lagi menegaskan bahawa ia telah mendapat kelulusan kerajaan untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan secara sah.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu mempertahankan pengumumannya kepada bursa pada 12 Mei lalu mengenai cadangannya untuk mengambil alih 70 peratus pegangan dalam Ascot Sports Sdn Bhd - syarikat yang mempunyai lesen pertaruhan tersebut - bernilai RM525 juta.

Menurutnya, terdapat banyak percanggahan perbahasan mengenai status sebenar kelulusan yang diberikan kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan di negara ini.

Dalam mematuhi arahan Bursa, syarikat itu mengulangi kembali bahagian-bahagian tertentu dalam pengumuman 12 Mei lalu yang menyatakan bahawa menteri kewangan telah memberi kelulusan untuk menerbitkan semula kepada Ascot lesen untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan mengikut terma dan syarat-syarat tertentu.

Menurutnya, dalam perenggan 8 yang menyenaraikan Kelulusan Diperlukan, perenggan kecil (d) menyatakan, "Menteri kewangan untuk menerbit semula lesan pertaruhan sukan dan perubahan pemegang saham dan pengarah di Ascot, jika perlu."

Dengan demikian, katanya terbukti daripada kenyataan di atas bahawa Ascot telah mendapat kelulusan daripada menteri kewangan untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan dan bahawa lesen rasmi yang pertama kali diberikan pada 1987 adalah menunggu untuk diterbitkan semula.

Sebanyak 70 peratus saham Ascot Sukan diilik oleh pengerusi Berjaya Corp Tan Sri Vincent Tan.


Malaysiakini

PAS Pusat diminta desak mufti hadir demontrasi

KOTA BHARU, 12 Jun: PAS Pusat diminta menghantar surat kepada mufti-mufti di seluruh negara untuk mendesak mereka turun padang membantah judi bola sepak yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada perhimpunan 3 Julai ini.

Perwakilan Teberau, Shamsul Bakri berkata, semua pihak termasuk mufti perlu hadir pada demontrasi itu sebagai menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen judi terbabit.

"Kita juga perlu tetapkan diri hadir pada demontrasi yang diadakan badan-badan Islam biar pun bukan dikendalikan di bawah PAS.
"Kita kena bertindak secara berterusan bagi memansuhkan semua jenis judi di negara ini," katanya ketika menyokong usul Dewan Pemuda PAS Pusat yang mendesak kerajaan memansuhkan judi sukan.

Usul itu mendesak kerajaan Malaysia memansuhkan judi sukan, mengetatkan penguatkuasaan terhadap undang-undang judi dan mendidik rakyat membenci judi.

Pada 3 Julai depan himpunan 100,000 mansuhkan judi bola akan diadakan di Kuala Lumpur bagi menyerah memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Shamsul berkata, gerakan membantah judi akan dimobilisasi secara berterusan pada bila-bila masa sahaja bagi memberi kefahaman lebih jelas kepada rakyat.

"Kita akan turun sekali lagi bagi menentang kelulusan lesen judi-judi lain. Tidak kiralah judi nombor ekor, judi di laut, judi di atas gunung," katanya sambil menyokong penuh usul tersebut.

Perwakilan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Fadzli Saari turut meminta semua rakyat turun membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak pada 3 Julai ini.

Katanya, ketika demontrasi itu diadakan perlawanan bola sepak Piala Dunia baru masuk pusingan suku akhir.

Harakahdaily

Khamis, Jun 10, 2010

Muslimat lulus usul tergempar kecam rejim Israel

Muslimat lulus usul tergempar kecam rejim Israel


KOTA BHARU, 10 Jun: Usul tergempar Dewan Muslimat PAS Pusat mengutuk kekejaman rejim zionis Israel terhadap umat Islam Palestin diluluskan sebulat suara dalam Muktamar tahunan parti itu kali ke-50 sebentar tadi.

Usul yang dibentangkan oleh Umu Aiman Athirah Al-Jundy yang turut mendesak kerajaan Malaysia supaya konsisten terhadap usul yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Jun lalu itu disokong sebulat suara para perwakilan tanpa bahas.

Bukan itu sahaja, sebaik sahaja usul tergempar itu tamat dibentangkan oleh Aiman, laungan Allahuakhbar bergema di Dewan Duyung, Perdana Resort disamping laungan kutuk kekejaman Israel ‘jahanam yahudi, jahanam Israel, tentera Muhammad pasti datang, selamatkan Gaza' berkumandang silih berganti.

Serentak itu, juga muslimat yang diketuai ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh, sambil diiringi timbalan dan naibnya turut membakar bendera Israel dan Amerika sebagai simbolik kuasa negara terbabit yang menghalalkan kezaliman terhadap bumi Palestin.

Aiman Athirah ketika membentangkan usul berkenaan memberitahu, memandangkan muslimat menginsafi betapa ramai umat Islam Palestin dan aktivis sukarelawan kemanusiaan antarabangsa ramai yang terkorban, Israel melakukan kezaliman yang tiada hentinya, Dewan Muslimat PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis itu.

Sidang muktamar hari ini katanya, menyokong penuh perjuangan para wanita Palestin dan keluarga mereka dalam menegakkan Islam.

Sambungnya, muslimat juga turut menyokong tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah membuat pendedahan berhubung isu APCO di Malaysia.

Pada masa yang sama, muslimat berharap PAS dan Pakatan Rakyat menjuarai usaha penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza bersama negara lain.



Harakahdaily

Rabu, Jun 09, 2010

4 wakil Hamas sertai Muktamar PAS



KOTA BHARU, 8 Jun: Empat wakil Hamas bakal hadir ke Muktamar Tahunan PAS ke-56 yang bakal berlangsung pada 10 hingga 13 Jun ini di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini.Juga dijangka akan hadir ialah tetamu jemputan dari Maldives dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) serta beberapa tokoh Islam dari luar negara.

Pengarah Muktamar PAS ke-56, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar), berkata kehadiran tetamu luar amat dialu-alukan terutama dalam isu Palestin yang kini hangat diperkatakan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan perjalanan muktamar yang bakal berlangsung dua hari lagi.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu satu usul tergempar berhubung sokongan PAS terhadap pergerakan Palestin akan dikemukakan.

Menyentuh tentang perjalanan muktamar, katanya ianya akan dimulai oleh muktamar dewan-dewan bermula pada 10 Jun ini.

“Muktamar Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan berlangsung di tiga kawasan berasingan, iaitu di Kompleks Madu Machang, Kelantan Trade Centre (KTC) dan Perdana Resort.

“Bagaimanapun, majlis perasmiannya akan bermula serentak pada 9 Jun di Putik iaitu malam esok kira-kira pukul 9.00 malam,” ujarnya.

Jelasnya, perubahan buat julung kali diadakan itu dengan harapan ketiga-tiga dewan terbabit akan mendapat maklumat terus dari pimpinan secara serentak.

Sementara itu, bandar Kota Bharu hari ini mula dikunjungi para pelancong termasuk para pemerhati muktamar menyebabkan jalan-jalan utama mulai sesak.

Takiyuddin ketika mengulas perkara itu, berkata hotel-hotel dan rumah tumpangan yang telah ditempah sejak April dan Mei lalu oleh perwakilan dan pemerhati sudah mula diisi oleh tetamu muktamar itu.

Persiapan muktamar, katanya kini hampir siap 100 peratus termasuk khemah pameran, ekspo, ruang makan, bilik media dan berbagai lagi.

Difahamkan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekali lagi akan melakukan lawatan ke Putik petang ini untuk meninjau perkembangan persiapan terakhir muktamar.

Semalam juga, rakan-rakan media turut dijemput meninjau bilik khas untuk mereka di samping mendengar taklimat khas dari pengarah muktamar.

Harakahdaily/-

Selasa, Jun 08, 2010

Keputusan nikah Zizie, Bung Moktar, Khamis ini



Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini menetapkan 10 Jun ini untuk kes pengesahan dan pendaftaran pernikahan antara pelakon Zizie Izette dan suaminya, Bung Moktar Radin.

Pasangan itu hadir di mahkamah dengan ditemani peguam syarie, Zulkifli Che Yong dan Normawaddah pada jam 11.30 dalam kamar Hakim Kanan Syarie, Mohd Abdul Radzi Abd Latif.

Mereka memfailkan permohonan bagi mendapatkan pengesahan dan pendaftaran pernikahan pada 4 Jun lalu.

Dalam permohonan itu, pasangan berkenaan juga memohon pernikahan tersebut diterima dan didaftarkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan selari dengan Seksyen 12(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mereka bernikah pada 16 Disember tahun lalu di sebuah bumah banglo di Hulu Klang, Selangor Disember tahun lalu dengan mas kawin RM80 tunai dan hantar RM31,000.

Pada 19 Mei lalu, Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman penjara selama sebulan atas kesalahan poligami tanpa kebenaran ke atas ahli parlimen Kinabatangan itu.

Bung Moktar juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Isteri keduanya, Zizie Ezette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.

Pelakon terkenal itu bersalah atas tuduhan bersubahat bagi kesalahan poligami tersebut dan juga kesalahan pernikahan tanpa kebenaran.

Malaysiakini

JK Hak, Kebebasan Mula Bermesyuarat : Demokrasi ala UMNO

Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen memulakan mesyuaratnya bagi menentukan sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikenakan tindakan kerana kenyataannya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel.




Anwar tiba pada jam 12.35 tengah hari, sejam selepas jawatankuasa itu bermesyuarat tetapi diarahkan meninggalkan bilik itu.



Ini kerana jawatankuasa yang bersidang belum membuat keputusan berhubung permintaannya supaya perbicaraan diadakan secara terbuka dan dia dibenarkan diwakili oleh peguam.



Beberapa ahli parlimen – Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Loh Gwo-Burne (PKR-Kelana Jaya) cuba memasuki bilik mesyaurat sebagai pemerhati tetapi juga diarahkan keluar.



“Ia adalah jelas. Menurut peraturan, hanya ahli parlimen dibenarkan masuk, tetapi apabila kita membuat bantahan, mereka sedang mempertimbangkannya,” kata Gobind. Continue reading ‘JK Hak, Kebebasan Mula Bermesyuarat : Demokrasi ala UMNO’

Anwar Ibrahim

Ahad, Jun 06, 2010

Bau jenazah anggota sukarelawan sewangi kasturi



ALLAH itu Maha Berkuasa. Kunfayakun, jika dikata jadi, pasti akan berlaku. Kuasa Allah juga jelas ditunjukkan ketika kejadian serangan komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara Ahad lalu yang disaksikan bukan seorang malah hampir kebanyakan sukarelawan Malaysia yang turut serta dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza itu.



Timbalan Presiden Yayasan Amal, Jamuliddin Ilias cukup terpegun apabila melihat sekumpulan ikan lumba-lumba berenang laju mengiringi kapal itu sejam sebelum serangan dimulakan seakan memberi tanda sesuatu yang buruk sedang hampir di belakang mereka.



“Sepanjang perjalanan, ada juga kami memancing, tetapi jangankan dapat ikan, bayangnya juga tiada, tetapi entah dari mana datangnya, tiba-tiba sekumpulan ikan lumba-lumba ada di belakang kapal mengiringi kami. Ia bagai satu tanda.



“Banyak sebenarnya kejadian pelik yang dapat dilihat sepanjang insiden itu. Antaranya, angin kuat yang muncul tiba-tiba setiap kali komando Israel membaling bom asap pemedih mata. Banyak yang mereka lontar tetapi satu pun tak jejaskan kami. Tak ada seorangpun cedera atau pedih mata.



“Tiap kali bom itu meletup, ada angin kuat menolak asap ke arah lain. Beberapa orang di kalangan kami pula boleh dengan selamba mengutip bom kosong itu umpama mengutip bertih jagung dan membuangnya ke laut. Tak langsung terasa gentar,” katanya.



Menurut Pengerusi Aqsa Syarif, Hasanuddin Mohd Yunus, pula ia disifatkan sebagai bantuan Allah yang mengirimkan tenteranya untuk menghulurkan bantuan. Malah, kejadian ikan lumba-lumba itu juga membuktikan kekuasaan Allah.



Jamuliddin menyambung ceritanya dengan berkongsi satu senario pelik dan lucu di mana ramai tentera Israel yang lari dan tak berani menghampiri beberapa sukarelawan yang hanya mempertahankan diri menggunakan botol air mineral.



“Bukannya berbahaya pun. Sekadar baling botol mineral ke bot mereka. Kelam kabut mereka lari. Apabila mereka berpatah balik, kami mengacah dengan tangan kosong, itupun mereka cuba mengelak.



“Paling tidak boleh dilupakan, ketika kami semua sudah ditawan, ada beberapa rakan lain yang cedera parah diangkut dengan pengusung ke helikopter dan melalui kami. Terharu rasanya kerana meskipun kecederaan mereka sangat parah, tiada langsung tanda kesakitan di wajah mereka.



“Malah mereka masih tersenyum dan melambai gembira ke arah kami. Salah seorang daripadanya dikhabarkan sudah meninggal dunia,” katanya.



Doktor perubatan dari Haluan Malaysia, Dr Arba’ai Shawal, pula masih jelas terbayang bau wangi umpama kasturi yang dihidu dari tiga jenazah sukarelawan Turki sebelum beliau melangkah keluar dari Mavi Marmara.



“Saya pernah ke gua di mana menjadi tempat nabi disembunyikan ketika perang Uhud yang baunya masih kuat sehingga kini. Bau tiga jenazah itu memang sama dengan bau itu. Sebak di hati saya kerana wajah mereka juga tidak seperti baru menempuh kesakitan. Nampak seakan tersenyum,” katanya.



Burung layang-layang di tengah laut dan hinggap di atas kapal pastinya pelik. Ini kerana burung itu selalunya terbang berkawan dan tidak ada di tengah laut. Namun, ia disaksikan sukarelawan Malaysia dari Muslim Care Malaysia, Halim Muhamad Redzuan beberapa jam sebelum serangan udara dilancarkan tentera Israel.



“Ia mungkin nampak seperti tidak ada apa-apa petanda tetapi bagi saya ia cukup pelik dan luar biasa. Apatah lagi, ia muncul beberapa ketika sebelum serangan udara dilancarkan,” katanya.



Mustapa Mansor dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia pula menyifatkan tidak ada apa yang lebih menyentuh perasaannya dan di luar kebiasaan apabila melihat beberapa Ahli Parlimen dari pelbagai negara sanggup tidur di lantai bersama sukarelawan lain sebagai tanda bersatu berjihad untuk penduduk Palestin.



Sumber: BHarian

GILA BOLA!