"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, September 30, 2010

BAHAYA TAUGE(TAPI TAUGE SEDAP YOP!!!)


بسم الله الرحمن الرحيم

Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow. hmmm rangup... tapi nak beli taug...eh tu kene buat eksperimen dulu la.

beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari. pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.

kepututsan yg mungkin boleh didapati... lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam. bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing. dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri. kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje. kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja.

ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip. siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2 taugeh tu.

dan kenapa taugeh jodik mangsa? sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm
batangnya. tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2 dari baja.

tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran bukan secara fotosintesis. tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham.. so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2 hanching dgn taugeh2 bumiputera.Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..

- info


BS

BN TERLALU FEUDALISTIK DALAM KONTEKS FEDERALISME

Konsep federalisme seharusnya menjadi pemangkin kepada pembentukan sebuah negara yang stabil dari semua segi dan menjadi payung kepada negeri-negeri yang bernaung dibawahnya dengan memberikan pengertian kepada perlaksanaan keadilan dan kebajikan. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pelaksanaan yang bersifat autorititatif melakukan diskriminasi terhadap negeri yang ditabir oleh kera jaaan negeri yang mengamalkan ideologi politik yang berbeza.Kepelbagaian ideologi politik merupakan maknisme asas yang menghidupkan sistem demokrasi itu sendiri dan sudah tentu ianya tidak harus dihalang kerana setiap ideology itu pasti mempunyai nilai yang akan menyokong kelangsungan demokrasi , semuanya dapat dilihat dinegara –negara maju seperti amerika , England dan jerman bagaimana sistem perlbagai parti ini memainkan peranannya dalam menjamin ketelusan pentabiran dan kesejahteraan rakyat. Sokongan rakyat mereka bergantung kepada integriti dan prestasi sesebuah kerajaan itu dan bukan berdasarkan dogma politik yang sempit.


Penguasaan beberapa negeri oleh Pakatan Pembangkang seolah –olah telah membuat kan kerajaan persekutuan mahu mengabaikan nilai yang terkandung didalam konsep federalisme dengan mengetepikan hak-hak beberapa negeri tentu .Nampaknya mereka mahu mengembalikan pemerintahan negara ini kembali ke zaman feudal atau mungkin lebih tepat lagi membawa kesatu era feudal moden ( modern feudal ) ,rakyat di jadikan liege-man satu istilah yang digunakan didalam zaman kegelapan itu bahawa rakyat harus memberikan perkhidmatan secara percuma kepada Tuan Tanah ( land Lord) tanpa mendapat hak semua nya bergantung kepada ikhsan sahaja. Adakah BN sebagai Parti yang memerintah negara ini merasakan mereka mempunyai hak mutlak terhadap setiap inchi tanah negara dan setiap hasil mahsul yang dikeluarkan oleh negara dengan menafikan hak rakyat samada melalui kuasa autoritatif yang berada ditangan mereka atau melalui penyelewengan atau ketelusan yang dipersoalkan . Sebagai contohsejak tahun 1990 kuasa pemerintahan dinegeri Kelantan telah bertukar tangan dan sejak itu juga hak royalti minyak yang seharusnya dinikmati oleh rakyat Kelantan telah dinafikan oleh kerajaan persekutaan, sebaliknya royalty itu telah digantikan dengan wang ehsan jelas sekali ianya bertentangan dengan perlembagaan negara yang menjamin hak sesebuah negeri untuk mendapat royaltinya .

Mungkin Robin hood dizaman feudal menggunakan anak panah dan busar untuk mendapatkan kembali hak yang dirampas daripada rakyat dan dikembalikan semula kepada rakyat tetapi dizaman ini mahkamah dan pilihanraya merupakan anak panah dan busar yang akan membidik sasaran .langkah kerajaan negeri Kelantan membawa kes royalti minyak kemahkamah merupakan keputusan yang tepat kerana ianya akan memberikan satu gambaran hak rakyat yang harus dituntut dari pemerintah yang zalim .Mereka (BN) mungkin merasakan bahawa mereka mesti terus berlagak menjadi sheriff seperti dizaman feudal yang melakukan kezaliman dan melakukan penindasan untuk terus mengekalkan kuasa mereka tanpa memperdulikan kebangkitan kuasa rakyat . PIlihanraya Kecil Galas mungkin akan menjadi medan yang menentukkan samaada anak panah yang yang dibidik itu akan mengenai sasaran ?

Botaman

Dewan Pemuda Pas Parit

Rabu, September 29, 2010

Bapa ganas tiada belas kasihan

 sekadar gambar hiasan



KUALA LUMPUR: “Anak sulung lelaki berusia 18 tahun terpaksa bergantung dengan ubat sejak setahun lalu kerana otak mengalami gegaran selepas kepalanya dihentak menggunakan rotan sebesar buluh lemang. Manakala anak kedua (15 tahun) sudah tiga kali patah tangan akibat dipukul.
“Malah, anak perempuan ketiga berusia 14 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) berbirat seluruh badan akibat dirotan. Hanya anak lelaki bongsu berusia 10 tahun terselamat daripada kekejaman suami,” kata seorang suri rumah berusia 39 tahun yang enggan namanya disiarkan.
Akibat tidak tahan dengan perbuatan suaminya selain bimbang keselamatan serta pencapaian anak sulung dan kedua yang masing-masing mendapat keputusan cemerlang iaitu 9A dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan 8A untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini, suri rumah terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk menghentikan kekejaman suaminya itu.
Wanita terbabit menceritakan kekejaman suaminya berusia 41 tahun yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel kerana sering melepaskan kemarahan kepadanya, selain membelasah tiga anaknya itu sejak tujuh tahun lalu.
Difahamkan, suspek akan menggunakan rotan berkenaan sebagai ‘senjata’ untuk menghukum anaknya sekiranya dia mendapati mereka melakukan kesalahan.
Dalam kes terbaru di rumah mereka di Gombak, di sini, kelmarin, lelaki itu membelasah anak keduanya sehingga patah tangan kanan hanya kerana disebabkan kesalahan kecil.
Difahamkan, suspek berang selepas anak keduanya itu kononnya tidak mendengar arahannya supaya tidak membuat bising kerana dia mahu tidur selepas pulang bekerja.
Menurut suri rumah berkenaan, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, suaminya yang bagaikan dirasuk syaitan membelasah anak perempuannya itu hampir 20 minit.
“Walaupun saya cuba menenangkan suami, dia tidak mengendahkannya sebaliknya mengugut untuk mencederakan seluruh keluarga.
“Saya hanya menangis melihat kekejaman suami membelasah anak seperti binatang,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Menurutnya, anaknya itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, sebelum tangannya yang patah dirawat dan dibenarkan pulang ke rumah.
Katanya, kejadian itu bukan kali pertama berlaku terhadap anak-anaknya sebaliknya mereka sekeluarga bagaikan hidup dalam ‘neraka’ sejak tujuh tahun lalu.
“Anak sulung, bukan saja mengalami kemurungan kerana sering dibelasah sebaliknya dia terpaksa bergantung kepada ubat kerana otaknya mengalami gegaran akibat kepalanya dipukul bapanya.
“Anak ketiga yang juga OKU turut menjadi mangsa kekejaman suami. Mungkin kerana dia (bapa) tidak dapat menerima anaknya yang cacat itu menyebabkan dia sanggup memukulnya,” katanya.
Beliau berkata, suaminya yang dikahwini sejak 20 tahun lalu, sebelum ini seorang yang sopan dan mula berubah perwatakan sejak tujuh tahun lalu.
“Saya tidak tahu apa masalahnya, dia (suami) mula menjadi bengis dan pemarah atas kesalahan kecil sebelum memukul anak-anak,” katanya.
Sebaik menerima laporan itu, polis memberkas suspek di rumahnya bagi membantu siasatan.
Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan difahamkan, lelaki terbabit akan dikenakan pertuduhan hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan penahanan lelaki terbabit.
“Kami sudah merakamkan percakapan lelaki itu (suspek), pengadu (isteri suspek) termasuk mangsa (anak- anak suspek) bagi membantu siasatan. “Malah, kertas siasatan sudah lengkap dan kami (polis) bersedia untuk membuat pertuduhan,” katanya.

kini2u

CERAMAH


Warga Parit jangan tak datang!!!

DPPK PARIT

Selasa, September 28, 2010

Tujuan Rekod: Gambar Sekitar Solat Jenazah ADUN Galas

Tujuan Rekod: Gambar Sekitar Solat Jenazah ADUN Galas


8 Syawal 1431H.

GUA MUSANG : Dianggarkan sekitar 3000 orang yang hadir dalam solat jenazah ADUN Galas, Chek Hashim Sulaima awal pagi tadi. Sembahyang diimamkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berikut ini adalah koleski gambar yang diambil oleh Blogger Topeng Perak dan Blogger Tok ggawo.

dari : idhamlim.blogspot.com











Ulasan GB

Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau

Ikan berenang di dalam lubuk.
Ikan belida terkena panah.
Adat pinang pulang ke tampuk.
Adat jasad pulang ke tanah.

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Anak haruan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Budi tuan dalam perjuangan kami terima,
Terhutang sampai bertahun-tahun.

KERANG BERPERISA BABI

بسم الله الرحمن الرحيم


(Gambar: Dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit)

KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.

Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.

Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.

“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.

Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging. - Harian Metro


BS

Ahad, September 26, 2010

SEKITAR JAMUAN EDUL FITRI

                          MB Perak yang sah mengikut Perlembagaan


 antara hadirin




DS Nizar menyampaikan ucapan selamat



 PSJ Perak, Ust Abu Bakar Hussin




Ustaz Ismi dan Dr. Najihah sedang menyampaikan duit raya




Ape yang dibuat tu?



SETAHUN JAGUNG

Salam edul fitri untuk semua pelayar siber di seluruh Malaysia.Hari ini genaplah setahun jagung blog DPPK Parit ini ditubuhkan.Sebenarnya pada awalnya blog ini adalah milik persendirian,kemudiannya melalui transformasi secara perlahan.

Walaupun cara penyampaian maklumat sememangnya ada banyak kelemahannya,namun itu bukan alasan untuk tidak menyampaikan maklumat dan dakwah agama ini.Begitu banyak teguran membina serta cemuhan dari pelbagai masyarakat dari pelbagai lapisan masyarakat namun ianya tetap dianggap secara positif dan tidak sikit pun 'disimpan' dalam hati.

Semoga anda semua masih sanggup membaca isi kandungan blog ini.   

Terima kasih daun keladi,

Khamis, September 23, 2010

ZAINUDIN MAIDIN GAGAL MEMBEZAKAN ANTARA DOGMATISME UMNO DAN PAS

Zainuddin Maidin (UMNO Dogmatarian)
-he should join KIMMA a synonymous place for him

Kenyataan bekas Menteri penerangan Dato zainuddin maidin bahawa pas berdasarkan sejarahnya merupakana parti yang berteraskan perkauman dan keagamaan dogmatik merupakan satu ungkapan berniat menghasut yang penuh kejahilan dan kedangkalan . Dari Perspektif islam dogmatism merupakan kepada denyut nadi kepada kekuatan dan kelangsungannya. Sudah tentu setiap ajaran dan hukum –hakam islam ialah satu dogma (kepatuhan tanpa persoalan ) , dengan tidak mempersoalkan apa yang diturunkan oleh kitab suci al-quran dan sunah rasullah s.wt jauh sekali untuk bersifat perkauman kerana ajaran islam itu bersifat universal tidak terkongkong dengan unsur-unsur rasisme, islam sama sekali –sekali melarang penganut-penganutnya untuk membezakan warna kulit kerana setiap muslim itu adalah bersaudara dan setiap rakyat yang berlainanan bangsa dan agama wajib diberikan hak dan keadilan kepada mereka. itulah dogma sebenar yang menjadi sandaran kepada perjuangan pas selama ini .


Bagaimana Pas boleh dikaitkan dengan rasisme /perkauman sedang melayu tidak menjadi agenda dan teras kepada perjuangannya melainkan islam itu menjadi agenda utama iaitu menjadikan al-quran itu sebagai perlembagaaan sedangkan UMNO sebut sahaja pada nama nya jelas agenda melayu menjadi keutamaan dibawah bayang-bayang inggeris ( United Malay National Organisations ) bukan satu bentuk sindiran atau fitnah tetapi suatu realiti yang yang terpahat didalam sejarah , mengapa tidak diberi nama melayunya mungkin pengaruh inggeris itu sudah terlalu lama meresap kedalam urat –saraf mereka atau mungkin jenab sudah menjadi janet , wahida sudah menjadi wanda atau mungkin umno itu sendiri tidak pernah pasti dengan identitinya .

Seharus ,Dato Zainuddin Maidin tidak meyebut persoalan dogmatisme kerana sesungguh sudah jelas dogma umno itu ialah melayu, walaupun UMNO itu bukanlah perkataan melayu dan mungkin itu adalah kekuatan yang ada pada UMNO masih lagi melayu kononnya walaupun sudah lama diInggeriskan . Ironinya pada hari yang yang sama Ketua Penerangan Umno Dato Ahmad Maslan menyatakan bahawa Umno tidak akan melarang ahlinya untuk menyertai perhimpunan perkasa pada hari sabtu ini di stesyen kereta api Pasir Mas sedangkan PERKASA dianggap ekstrim oleh rakan-rakan mereka dikalangan MCA dan MIC .Tuduhan Dato Zainudin Maidin bahawa pas merupakan parti perkauman dan ekstrim ( keagamaan dogmatik ) sama sekali tidak dapat mencipta rasa takut kepada kaum-kaum lain sebaliknya apa yang mahu dilakukan oleh mereka telah menimbukan rasa kurang senang dikalangan sahabat-sahabat mereka dikalangan MCA dan MIC terutama dengan penglibatan ahli UMNO didalam aktiviti PERKASA .Nyatakan sekali tuduhan yang dilemparkan oleh Dato Zainudin Maidin merupakan tuduhan liar dan dangkal dan diluar dari realiti sebenar dan seharusnya beliau berasa malu dengan penyataan-penyataan sedemikian.

Botaman –Dewan Pemuda Pas Parit

CARA KURANG AJAR BANGSA MELAYU(UMNO) RAIKAN AIDILFITRI



DPPK Parit

Rabu, September 22, 2010

SEPANDAI PANDAI MATADOR MENGELAK

Sehari selepas matador terkenal dari Sepanyol, Julio Aparicio menunjukkan kehebatannya dengan memotong telinga dua ekor lembu-lembu jantan yang ditewaskannya, seekor daripada lembu jantan telah dapat membalas dendam dengan menikam matador itu dengan tanduknya menembusi kerongkongnya dan keluar ke mulutnya. Matador Sepanyol, Julio Aparicio dirodok oleh seekor lembu jantan semasa satu laga lembu San Isidro Feria di arena laga lembu Las Ventas di Madrid.


Aparicio memegang mantel merahnya dan pedang terhunus keluar dia cuba untuk menjatuhkan binatang seberat 1,100-pound dinamakan Opiparo. Ketika matador hilang keimbangannya lembu jantan itu berupaya menusuk tanduknya pada matador.










"Tanduk melalui lidah dan menembusi lelangit, mematahkan tulang rahang atasnya", menurut laporan pasukan medik yang merawat Aparicio selepas kemalangan ngeri memberitahu AFP di Madrid.






Matador kelahiran Seville , yang berasal dari sebuah keluarga matador terkenal, berada dalam keadaan kritikal tetapi dijangka dapat bertahan semalam.




BS

Selasa, September 21, 2010

Kain Rentang Terbaik UMNO(adegan yang patut anda lihat)




banner kelakar
Bila masa pulak Aidilfitri Al-Mubarak. Hehehe. Lawak wei.  Kredit kepada BlogSerius.

banner kelakar
banner kelakar
banner kelakar,
 KUANG...KUANG...KUANG...

Royalti Minyak - 40 ulamak bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah


SHAH ALAM 21 Sept - Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa menyeru rakyat bersama-sama bermunajat bersama 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas.
Di dalam twitternya, Husam berkata sebuah laman web, www.munajatroyalti.com serta laman sosial facebook -www.facebook.com/pages/Misi-Munajat-Royalti-Rakyat telah diwujudkan bagi rakyat melayari dan seterusnya menyatakan sokongan mereka kepada usaha tersebut.
Menurut laman itu, kutipan derma telah dilancarkan bagi menampung kos membawa 40 ulamak serta tok guru pondok dari seluruh Kelantan untuk bermunajat secara khusus selama 40 hari dan 40 waktu di Mekah.
Majlis membaca doa dan beribadah di kota suci itu bertujuan untuk memberi sokongan spiritual kepada seluruh rakyat negeri itu berhubung tuntutan tersebut.
"40 ulamak dan tok guru pondok dari seluruh Kelantan akan bermunajat untuk memohon kerahmatan dan kesejahteraan khusus buat rakyat negeri Kelantan semuanya dan untuk seluruh rakyat Malaysia amnya.
"Tujuan kami adalah untuk mempertahankan dan memartabatkan kepimpinan ulamak, alim ulama dan ahli agama di dalam kehidupan hal ehwal seharian kita sebagai umat islam," menurut laman tersebut.
Tuntutan royalti minyak Kelantan dianggarkan bernilai lebih RM800 juta setahun sejak 2005 dan sehingga tahun kini jumlah terkumpul dianggarkan sebanyak RM4.8 bilion.
Ekoran kezaliman Umno-BN ini menafikan royalti minyak kepada Kelantan, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu.
Kerajaan negeri mendakwa Petronas telah melanggar Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 kerana tidak membayar royalti, hasil daripada minyak dan gas di perairannya dan di kawasan laut yang bertindih di antara Kelantan-Thailand, Kelantan-Vietnam dan Kelantan-Terengganu.


Ahad, September 19, 2010

PENYEMBELIHAN DI SABRA, SHATILA

بسم الله الرحمن الرحيم

Peristiwa pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila dari 16 hingga 18 September 1982 tidak mungkin terpadam daripada sejarah kemanusiaan, walaupun media arus perdana seakan-akan tidak pernah tahu tentang hakikat peristiwa tragis itu.

Serangan dan pembunuhan di Sabra dan Shatila itu merupakan salah satu daripada rentetan sikap keji yang dilakukan oleh rejim pengganas Zionis Israel atas arahan secara langsung oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Ariel Sharon. Sharon menggunakan taktik jahat dan hina dengan mengambil kesempatan daripada krisis militia Palangist Kristian di Lubnan bagi menghancurkan rakyat Palestin yang terpaksa menumpang hidup di kem-kem pelarian berkenaan.

Batalion Palangist ini menyerang, menyiksa dan membunuh secara kejam wanita, anak-anak dan warga tua sementara tentera Zionis yang mengawal perimiter kem-kem tersebut membiarkan sahaja keganasan itu berlaku dan menghalang pihak luar daripada memasuki kawasan.

Serangan brutal dan tragis selama 3 hari itu telah mengorbankan seramai 3,500 pelarian Palestin. Ramai lagi dilaporkan hilang dan terkubur di bawah runtuhan bangunan. Ratusan mangsa serangan yang masih hidup telah dibawa menaiki trak menuju ke tempat misteri, yang sehingga ke hari ini tidak diketahui nasib mereka.

Bukan sahaja tentera Zionis tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang serangan dan pembunuhan, malahan mereka membantu puak militia Palangist dengan tembakan-tembakan cahaya ke udara supaya pembunuhan dapat diteruskan pada waktu malam.

Siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Kahan di bawah arahan pemerintah rejim Zionis pada bulan Februari 1983 memutuskan bahawa Sharon telah bersalah secara langsung kerana membenarkan puak Palangist masuk ke kem-kem tersebut dan seterusnya gagal menghalang pembunuhan ribuan orang awam. Tentera Sharon juga membekalkan senjata dan peralatan kepada Palangist dan menyediakan pengangkutan untuk membawa masuk militia.

Walaupun sikap keji Zionis ini mendapat kutukan dunia, termasuk negara-negara Barat sendiri, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga Majlis Keselamatan PBB terus menunjukkan sikap dingin terhadap desakan supaya menghukum mereka yang ternyata bersalah.

PBB mengutuk tindakan zalim Zionis ini melalui Resolusi 521 (19 September 1982,) namun tidak pernah ada sebarang hukuman dikenakan terhadap Sharon, pemerintah mahupun tentera Zionis. Malahan ramai daripada keluarga mangsa-mangsa pembunuhan itu terpaksa membuat dakwaan secara sendirian ke atas Sharon.

Pada bulan Februari 2003, Mahkamah Tinggi Belgium memutuskan untuk membicara kes jenayah perang ke atas Sharon, tetapi Israel menuduh tindakan tersebut sebagai berbau politik. Pada bulan September 2003, memandangkan tidak seorangpun daripada mereka yang membuat dakwaan ke atas Sharon berbangsa Belgium, Mahkamah Tinggi Belgium terpaksa menggugurkan kes ini.

Mereka yang bersalah terus bebas dan merencana kezaliman demi kezaliman ke atas kemanusiaan, khususnya ke atas rakyat Palestin. - Harakahdaily

Note: Namun kita di malaysia masih sayang akan meggi, mc donal dan kentucky, masih bangga dengan burger king. masih minum fanta, sprite, coca cola, milo dan nescafe serta segala produk nestle. Kita yg kononnya bersedih bila tahu saudara islam tersiksa tetapi dalam masa yang sama kita laburkan setiap sen kita untuk meningkatkan saham segala produk israel yang sebahagian hasilnya dilaburkan untuk membunuh saudara kita. Kita sedar kita tidak mampu pergi berperang.. kita sedar kita tak mampu menghulur bantuan.. Tidakkah kita sedar kita jualah yang turut membunuh saudara kita? Tepuk dada tanya iman kita.. apa yang telah kita lakukan .. wallahualam.



BS

Sabtu, September 18, 2010

FAIZAL LENTENG KELUAR PKR

Bekas Exco PKR Perak hari ini dengan bangganya telah mengumumkan secara rasmi,keluar dari PKR.Seperti biasa,Exco yang dimaksudkan ini keluar beramai-ramai sebagai satu tanda protes kononnya terhadap kepimpinan PKR sekarang.

Alasan yang mereka gunakan seperti biasa,PKR sudah hilang hala tuju mereka dan mereka yang keluar ini pula menyangkakan mereka di pihak yang benar apabila secara mudah termakan dengan pujukan rayuan 'broker katak' dari UMNO.

Exco ini sebelumnya pernah meletakkan semua jawatannya dalam PKR,cuma perbezaannya kali ini,beliau keluar dari parti yang didukungnya sejak krisis Anwar - Mahathir(1999)

Sudah menjadi trend dalam ahli PKR sekarang,asal tidak puas hati pada kepimpinan,keluar parti.Seolah-olah perjuangan parti mereka tidak ada langsung sifat amanah dan tanggungjawab.

UMNO pastinya gembira sakan dengan keputusan bekas ahli PKR itu.Sedikit sebanyak,nasihat APCO menjadi dalam perancangan jahat mereka.

Semoga 'mereka' mendapat hala tuju perjuangan sebenar setelah begitu mudah digoncang dengan muslihat politik UMNO dan BN

MAT MISKIN

Jumaat, September 17, 2010

SAMBUTAN 16 SEPTEMBER DIMANA REALITINYA

                                               16 september 1963 -hari malaysia

Setelah 47 tahun wujudnya Malaysia buat pertama kalinya hari kita menyambut tarikh bersejarah 16 september 1963 dimana tertubuhnya Malaysia yang terdiri daripada semenanjung tanah melayu , sabah , Sarawak dan singapura. Apakah signifikasi sebenarnya disebalik sambutan tersebut, setelah berpuluh tahun baru hari ini diadakan sambutan sedemikian , semuanya dilakukan disaat –saat Barisan Nasional memerlukan sokongan rakyat terhadap mereka . Kehilangan sokongan disemenanjung telah membuat mereka sekarang ini begitu resah dan terpaksa bergantung kepada sokongan daripada sabah dan Sarawak yang merupakan talian hayat mereka yang terakhir bagi menentukan survival mereka untuk menghadapi pilhanaraya yang ke-13 .


Najib kelihatan bersungguh-sungguh cuba mempamerkan nilai-nilai penyatuan dengan konsep satu malaysianya , walaupun realitinya apa yang cuba dilakukakan oleh beliau hanyalah gambaran satu nilai yang bersifat kosmetik sahaja(cosmetic value)menyembunyikan perkara sebenar .

Rakyat Malaysia diajak untuk bernostalgia dengan sambutan hari Malaysia 16 september sedangkan perkara yang sama dilakukan semasa sambutan kemerdekaan juga sebenarnya gagal untuk membuai rakyat dengan nostalgia lama untuk merangsang pemikiran rakyat bagi kembali memberi sokongan kepada mereka . Mungkin 20 tahun dahulu perkara-perkara seperti ini sudah cukup memberikan kesan tetapi dizaman maklumat yang bergerak begitu pantas merentas tanpa mengira sempadan mereka masih lagi hidup dizaman batu untuk membohongi rakyat.Adakah dengan mengajak rakyat bernostalgia akan dapat menutup segala kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan.

Bermula dari tahun 1965 kita sudah kehilangan singapura yang asalnya sebahagian daripada Malaysia cuma mampu bertahun untuk satu tempoh masa yang singkat dengan alasan untuk menghalang pengaruh komunis dari terus menular ketanah melayu maka dipisahkan singapura dari Malaysia apabila rang undang-undang perpisahan antara singapura dan Malaysia diluluskan di parlimen pada 9 ogos 1965 akhirnya apa yang kita lihat singpaura menjadi antara kuasa ekonomi penting dirantau ini dan bukan menjadi sebuah negara komunis . Penguasan republik kecil itu semakin dominan apabila kita kehilangan pulau batu putih kepada singapura dan tanah ktm dipulau itu gagal dipertahankan . Semakin lanjut usia tertubuhnya Malaysia kita menjadi semakin resesif dan menjadi satu ironi apabila Perdana Menteri Malaysia Dato Najib Tun Razak memilih sabah sebagai vanue pertama untuk sambutan satu 16 september , sedangkan dibawah pentabiran beliau rakyat sabah telah dinafikan hak mereka keatas blok minyak L dan M yang berada diluar pantai sabah diserahkan kepada Brunei yang dianggarkan bernilai lebih 32 billion ringgit yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat sabah secara khususnya.

Pesoalan nya, cukupkah sekadar membuai rakyat dengan nolstalgia lama agar mereka diulit mimpi indah walau pun hakikatnya ianya sekadar mimpi yang bertentangan dengan realiti sebenar . Mampukah mereka menyorokkan bangkai gajah yang begitu besar dengan sehelai daun kering dan layu dari pengetahuan rakyat , semua nya akan terjawab pada pilihanraya yang akan datang.

Botaman - dewan pemuda pas parit

Selasa, September 14, 2010

Tiada mahkamah boleh cabar pelantikan Sultan

Katanya, ini kerana keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan berdasarkan Pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Oleh itu, tiada pihak yang boleh mencabar keputusan MPN dalam urusan pelantikan atau pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru kerana ia dibuat mengikut perlembagaan di bawah undang-undang tubuh kerajaan Negeri,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, di Kota Bharu hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.

Mohd Shukri yang mengaku dititahkan oleh Sultan Kelantan untuk mengendalikan sidang media itu juga turut merujuk kepada kenyataan media yang dibuat oleh seorang peguam dari firma guaman Tetuan Rashid Zulkifli mewakili Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra semalam yang mempertikaikan keputusan MPN mengadakan majlis pemasyuran pelantikan Sultan Kelantan yang baru itu.

Beliau berkata, pelantikan Tetuan Rashid Zulkifli sebagai peguam kepada Sultan Ismail Petra masih lagi dipertikaikan dan kini sedang dicabar.

“Ini merupakan suatu perkara yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan melalui petisyen No 1, 2010 dan Petisyen 2, 2010 ekoran ketidak upayaan Sultan Ismail (berikutan kegeringannya)," katanya.
Keterangan perubatan

Beliau mendakwa, tetuan Rashid telah gagal mengemukakan apa-apa keterangan perubatan untuk membuktikan Sultan Ismail Petra mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk mengarahkan firma tersebut bertindak bagi pihak baginda berhubung dengan prosiding di depan Mahkamah Persekutuan sekarang.

“Tetuan Rashid juga gagal untuk mendedahkan apa-apa keterangan perubatan yang menunjukkan Sultan Ismail Petra mempunyai keupayaan untuk memahami kandungan petisyen dan afidavit yang didakwa difailkan di Mahkamah Persekutuan melalui petisyen no.1 2010 dan petisyen no.2 2010 terbabit,” katanya.
Beliau berkata, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) boleh dan telah dipinda dengan cara perisytiharan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan dengan izin dan persetujuan Majlis Penasihat Raja.

Mohd Shukri mendakwa, kedua-dua petisyen yang didakwa telah difailkan oleh Tetuan Rashid Zulkifli di Mahkamah Persekutuan bagi pihak Sultan Ismail Petra adalah tidak relevan dengan isu sama ada pindaan-pindaan berasaskan Perkara 3 undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kelantan adalah sah atau tidak.
Shad Saleem Faruqi: Boleh dicabar

Di Kuala Lumpur , pakar perlembagaan Profesor Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi berkata, mengikut Perkara 63, Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, sebarang kekeliruan tentang pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan boleh diperjelaskan di bawah Mahkamah Persekutuan.
Pensyarah Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata Perkara 63 menyebut Sultan Kelantan boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan jika sebarang keraguan ditimbulkan akibat salah tafsir berkenaan Perlembagaan Kerajaan Kelantan.

"Peruntukan Perkara 23(A) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan
(Bahagian Yang Kedua) jelas menyatakan jika siasatan mendapati raja mempunyai kecacatan besar sehingga menjejaskan keupayaan memerintah, Majlis Perajaan Negeri (MPN) berhak mencari pengganti sultan.

"Walau bagaimanapun, saya pasti perkara ini akan dipersoalkan oleh pihak tertentu iaitu sama ada pindaan Perkara 23(A) pada 22 Julai lalu dilakukan di bawah keadaan sah atau tidak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan pemasyhuran itu di Balai Rong Seri Istana Balai Besar Kelantan yang turut dihadiri Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.
Langgar perlembagaan negeri

Bagaimanapun, pemasyhuran tersebut dipertikai kekanda Sultan Ismail Petra, Tengku Merjan Sultan Yahya Petra yang mendakwa pelantikan anak saudaranya itu tidak memenuhi syarat dan melanggar perlembagaan negeri.
Situasi tersebut sekaligus menyebabkan krisis keluarga diraja Kelantan semakin meruncing dan beberapa anggota kerabat yang menyokong Sultan Ismail Petra bertegas mahu membawa kes tersebut ke Mahkamah Khas Raja-Raja di Putrajaya.

Pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (bawah, kiri) menegaskan setiap negeri di Malaysia mempunyai perlembagaan tersendiri dan setiap kes harus ditangani mengikut perlembagaan dan undang-undang yang telah termaktub.

"Saya rasa yang paling penting, sejak 31 ogos 1957, setiap raja di negara ini telah menjadi Raja Perlembagaan dan perlembagaan tersebut haruslah dipatuhi.

"Walau bagaimanapun, sekiranya pihak yang menimbulkan keraguan berjaya membuktikan pelantikan tersebut tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan, maka ia tidak sah dan mahkamah berhak menentukan tindakan seterusnya," katanya.
PAKATAN sambut baik

Sementara itu, Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim Malaysia (PAKATAN) melahirkan rasa syukur atas pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan baru semalam.

Presidennya Datuk Dr Noordin Ab Razak berkata keprihatinan tinggi Tuanku terhadap rakyat jelata di samping mementingkan keadilan dan kebajikan hamba rakyat menyebabkan persatuan tersebut melahirkan sokongan tidak berbelah bagi terhadap pemerintahan baru tersebut.

"Sebagai rakyat Kelantan yang berada di perantauan, kami berasa amat berbangga dan bertuah sekali berpayung di bawah naungan Tuanku.

"Sikap penyayang Tuanku terhadap rakyat terbukti dengan penganjuran program-program kebajikan seperti pengurniaan zakat kepada orang-orang miskin yang terdapat di seluruh jajahan di negeri Kelantan," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Noordin turut berkata PAKATAN akan sentiasa bersedia untuk membantu apa yang terdaya dalam mengangkat kembali taraf Kesultanan Kelantan yang sentiasa dijunjung dan disayangi.
"Sesungguhnya kami sebagai rakyat jelata, amat yakin Tuanku akan dapat memajukan dan memakmurkan lagi negeri Kelantan dengan sokongan padu daripada pihak kerajaan, pegawai-pegawai dan juga rakyat sekalian," katanya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub turut mengucapkan tahniah kepada Tuanku Muhammad Faris Petra atas pelantikan baginda sebagai Sultan Kelantan.

"Warkah ikhlas yang tidak sepertinya ini adalah sebagai pengganti diri daripada patik diutus dengan hasrat mengucapkan sembah tahniah di atas pemasyhuran yang memegang tahta Al-Sultan Kelantan yang ke–29 pada hari semalam," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu dalam satu kenyataan.

3 remaja perempuan hilang selepas beraya di rumah rakan

Dua beradik kembar perempuan dan seorang rakan mereka dilaporkan hilang selepas beraya di rumah kawan mereka di Kampar, kira-kira 45km dari sini, pada hari raya kedua Sabtu lepas.


Ketua Polis Daerah Kampar, Supt. Abdul Aziz Salleh berkata, mereka dikenal pasti sebagai Nurulashiqin Kamarazmi dan kembarnya, Nurulain dan rakan mereka Suhaily Abdul Razak, masing-masing berusia 14 tahun berasal dari Taman Sentosa, Kampar.

Mereka bertiga dikatakan pergi beraya di rumah rakan-rakan di sekitar Kampar pada pukul 11 pagi, tetapi tidak pulang sehingga pukul 11 malam pada hari sama, katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, ibu dua beradik kembar itu, Harliza Samah, 44, membuat laporan polis mengenai kehilangan mereka.Abdul Aziz berkata, ketiga-tiga remaja itu bersekolah di Sekolah Menengah Sentosa, Pekan Baru, Kampar. – Bernama

Jumaat, September 10, 2010

SALAM IDUL FITRI KEPADA SEMUA WARGA PARIT DAN MALAYSIA

Di kesempatan yang singkat ini,DPPK Parit mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Idul Fitri istimewa untuk warga Parit dan Malaysia keseluruhannya.

Kami juga memohon maaf andai ketika kami menyampaikan mesej dan berita di dunia siber yang serba luas ini menyinggung perasaan anda.

Kami menyedari,pengalaman yang cetek dalam bidang penyiaran siber ini,memungkinkan berlakunya keterlanjuran bahasa dan tata tertib pemberitaan.

Akhir kata,semoga hari raya kali ini memberikan makna besar kepada semua gerakan Islam di Malaysia dan di dunia.Jangan lupa,kita ada banyak tugasan yang tertangguh di bahu kita,di mana gunung pun tidak sanggup untuk memikulnya,

SALAM IDUL FITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN
DPPK PARIT

Rabu, September 08, 2010

ABU LAHAB DAN GENG

Semalam penulis telah dijemput menghadhiri majlis Iftar di masjid Jamek Al-Ansar di Chankat Lada.Sebenarnya penulis sudah mengetahui yang malis tersebut sengaja dan sememangnya akan diganggu oleh pihak-pihak tertentu,jadi penulis mengambil keputusan untuk melihat-lihat dulu kawasan persekitan Changkat Lada ini.

Sampai disana jam 6:20 petang,jadi masih berbaki masa yang agak lama juga untuk berbuka.Berehat sekejap di Pasti tidak jauh dari masjid tersebut.Program petang itu dikhabarkan PAS kawasan Pasir Salak akan memberi sumbangan,tidak ingat pula sumbangan yang bagaimana.Lebih kurnag jam petang,rombongan PAS tadi sampai di Pasti.Seorang sahabat mengatakan kepada kami,bahawa program PAS nampaknya sengaja diganggu oleh puak Abu Lahab(Tajuddin).Mana tidaknya,PAS sudah menempah tarikh IFTAR sebulan lebih kurang dan pengerusi Masjid Al Ansar sendiri menyedari akan hal ini.

Tidak tahu apa silapnya ,memandai-mandai Si Abu Lahab tadi sibuk juga nak adakah program berbuka di tempat yang sama setelah di nasihati sendiri oleh PAS agar jangan bertindih program,namun Si Abu Lahab sememangnya lahab,tak hiraukan gesaan PAS PASIR SALAK,maka diteruskan juga pertindihan program itu.Sebelum majlis berbuka tu,Puak mereka ada memeberi sumbangan duit raya kepada penduduk tempatan,itu bukanlah msaah sangat.Tapi yang menyakitkan hati dan jiwa setiap penduduk tempatan,mengapa mahu diadakan juga program itu sedangkan bukankah lebih mulia dan sopannya jika Abu Lahab pilih ditempat yang lain.Tapi itulah realitiya Abu Lahab,melakukan sesuatu perkara dengan niat untuk mengganggu dan merosakkan majliss pihak lain.

Byangkanlah perjalanan pada majlis itu!satu pihak baca doa ,satu pihak berzikir.Jadi boleh dikatakan majlis ini gagal berjalan lancar,dan sangat-sanagt terganggu oleh pihak yang berkepala otak seperti Abu Lahab.Niatnya memang nak merosakkan program orang lain.Diharapkan kita mengambil iktibar dari pengalaman ini,agar lebih bersedia dari segi strategi perlaksanaannya.

PASIR SALAK

Isnin, September 06, 2010

Bazar Ramadhan: Ke mana Perkasa, media Umno apabila DBKL tindas peniaga Melayu?

NAiB Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoal langkah berdiam diri media-media arus perdana kerana tidak melaporkan aksi protes segelintir peniaga kecil Melayu di ibu negara.
Dilaporkan, Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu (PPPKM) Wilayah Persekutuan hari ini bertindak protes ke atas Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) gara-gara tidak berpuas hati dengan agihan tapak bazar Ramadhan di sekitar Jalan Masjid India.
“Kalau dulu, media-media ini menggambarkan yang Ketua Menteri (Lim Guan Eng) pinggir peniaga-peniaga Melayu Pulau Pinang dari berniaga di Komtar, kenapa diam dalam isu protes peniaga Melayu hari ini,” soalnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.
Kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, jangan disebabkan insiden protes tersebut berlaku di negeri yang diperintah Umno BN, maka media-media propaganda di bawah pentadbiran Najib sanggup menenggelapkan isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat, iaitu orang-orang Melayu sendiri.
Sambil menganggap langkah berdiam diri media arus perdana sebagai usaha memperbodoh orang-orang Melayu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna PAS Pusat berkata, ianya menyerlahkan sifat munafik Umno dalam memperjuangkan kepentingan Melayu.
Mewakili PAS, beliau menyuarakan sokongan kepada PPPKM kerana berani mempertikai kaedah agihan gerai-gerai bazar Ramadhan yang mungkin berpunca oleh amalan kronisme dan rasuah.
“Sepatutnya diagihkan pada ahli-ahli persatuan terbabit tetapi nampaknya DBKL beri pada syarikat-syarikat besar yang mungkin sebab kroni atau rasuah,” ujarnya lagi.
Beliau turut Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Umno) melampau kerana sanggup berputeh mata membiarkan DBKL menafikan hak Orang Kurang Upaya (OKU) dari mendapat 20 tapak yang sepatutnya dikhaskan pada golongan istimewa.
Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat kian celik dengan motif politik perkauman Umno BN belakangan ini, iaitu demi menutup kezaliman mereka ke atas rakyat.
Kelmarin, Yang Dipertua PPPKM, Bahrim A. Razak dilaporkan mendakwa sebanyak 109 tapak perniagaan sepatutnya diperuntukan pada peniaga-peniaga Melayu.
Manakala, DBKL pula dilaporkan meluluskan hanya 380 tapak perniagaan dari 580 tapak perniagaan keseluruhannya sempena musim Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini.
Lanjutan itu, mereka yang terbabit bertindak menghantar suatu memorandum protes kepada Datuk Seri Najin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden Umno.


DPPN P.P

Ahad, September 05, 2010

PERSOALKAN APAKAH DIRI ANDA YANG SEBENAR

Kami  ingin tahu tentang siapakah anda mengikut kategori manusia seperti dalam senarai kami.

1-Muslim/muslimah yang yakin dengan Al-quran dan As -sunnah tanpa berbelah bagi.

2-Muslim/muslimah yang kurang yakin dengan Kitab Allah dan Sunnah Nabi

3-Muslim/muslimah yang tidak yakin dengan apa yang disampaikan oleh Muhammad SAW

4-Muslim/muslimah yang  bukan saja tidak yakin dengan Al-quran dan Sunnah nabi malah menentang Allah 
dan Rasul(walaupun sedikit).

5-Muslim/muslimah yang bukan saja menentang,lebih teruk lagi bersekongkol dengan musuh Islam
menghancurkan agama Allah  

6-Muslim/muslimah yang bukan saja menentang dan bersekongkol,tetapi menjadi pengkhianat/talibarut
pula dalam jemaah Islam.

7-Muslim/muslimah seperti no 2,3,4,5,6 dan semua
sekaligus,tetapi masih kekal dalam jemaah Islam dan  
kononnya berasa selamat seolah-olah pejuang sejati.

Sekiranya anda dalam senarai no 1,syukurlah dan mohonlah dari Allah dengan rendah hati,moga di berkati amal ibadat kita.Tapi selain dari no 1 itu,anda sebenarnya tidak mahu ada ruang dalam ilmu tauhid dan berjaga-jagalah dengan janji-janji Allah.Sila respon apa yang kami sampaikan ini sekiranya anda tidak berpuas hati ataupun ada pandangan sendiri.Semua pandangan dan respon anda adalah di dahului sengan ucapan terima kasih.

DPPK PARIT

Sabtu, September 04, 2010

IFTAR JAMA'EI SPORTS TOTO,APA KATA MUFTI?


Apabila Teo Nie Ching(MP Serdang) masuk ke surau,habis 'semua ayam-ayam sabung UMNO tak kira jantan betina tak berhenti-henti berkokok.Kata mereka wanita cina itu menghina Islam kerana tidak menutup aurat,yang bercakap itu pun menteri wanita UMNO yang rambutnya menggelabang mengalahkan pontianak harum sundal malam.Tapi bila Spots TOTO menaja IFTAR jama'ei,semuanya diam seribu bahasa,dan lebih-lebih lagi mufti yang jadi jaguh kononnya perbuatan MP Serdang itu adalah haram,sedangkan judi itu  jelas HARAM di sisi Islam.Jadi dimana jaguh-jaguh yang kononnya membela Islam itu tadi???

DPPK PARIT

PASAR IFTAR SERI ISKANDAR GAGAL DIURUS DENGAN BAIK












Ustaz Hakimi Bin Nor

Ketua Penerangan
Pas Cawangan Bandar Universiti


Pas Cawangan Bandar Universiti amat terkejut dengan beberapa pendedahan yang dilakukan oleh beberapa peniaga Bazar Ramadhan bertempat di Bandar Sri Iskandar, Bota, Perak. Ketua Penerangan Pas Cawangan Bandar Universiti, Ustaz Hakimi ketika ditemui melahirkan rasa kekecewaan terhadap pengurusan bazar Ramadhan yang gagal menguruskan tapak gerai dengan baik hingga menyebabkan berlaku banyak kekosongan gerai menjelang penghujung Ramadhan ini.


Kekosongan gerai yang ketara itu sekaligus menyebabkan pengunjung berasa hampa kerana terpaksa berjalan jauh antara satu gerai ke gerai yang lain seterusnya menyebabkan mereka merasa bosan dan tidak lagi berkunjung ke bazar Ramadhan pada hari yang berikutnya. Fanomena ini akhirnya menyebabkan bilangan pengunjung ke Bazar Ramadhan itu menyusut dengan mendadak dan memberikan kerugian kepada para peniaga. Difahamkan kekosongan gerai itu berlaku kerana ketidak seriusan dan kelemahan pihak pengurusan yang tidak mengambil sebarang kaedah berkesan untuk memastikan para peniaga yang sudah menempah gerai menjalankan perniagaannya di tapak tersebut.

Ustaz Hakimi juga merasa kesal akan ketidakpekaan pihak penganjur dalam menyediakan tempat yang bersih dan berdekatan dengan bazar untuk para peniaga mendirikan solat . Para peniaga yang terpaksa membuka gerai seawal jam 3 petang mengalami masalah yang besar untuk menunaikan solat Asar di tempat yang berhampiran dengan bazar kerana kesulitan untuk meninggalkan tapak perniagaan kerana pada waktu tersebut orang ramai sudah mula memenuhi bazar untuk membeli belah. Pas Cawangan Bandar Universiti berpandangan masalah ini mampu diselesaikan seandainya pihak pengurusan menyediakan tempat khas untuk solat memandangkan hampir 100% peniaga di bazar adalah orang Islam. Di harapkan pihak pengurusan bazar Ramadhan di Bandar Sri iskandar dan diseluruh negara dapat mengambil berat permasalahan yang berlaku ini dan mengatasinya dengan segera.

Jumaat, September 03, 2010

Anak Exco Kedah koma terbabit kemalang



Shubihi Muhamad Zain 

SUNGAI PETANI, 3 Sept: Dua anak lelaki kepada Exco kerajaan Negeri Kedah, Dr Hamdan Mohamed Khalib dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dekat Jeniang, petang semalam.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 5 petang ketika kedua-dua beradik yang menaiki kereta Perodua Kelisa bersama dua lagi rakan mereka dalam perjalanan pulang dari Sik ke rumah mereka di Sungai Petani.

Menurut saksi kejadian, kereta yang dinaiki mereka terbabas di sebuah selekoh berhampiran Pekan Jeniang ketika cuba mengelak dari bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Kedua-dua beradik yang tidak sedarkan diri dan kritikal itu terpaksa dikejarkan ke HSAH dan dimasukkan ke ICU, manakala rakan-rakan mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan stabil dirawat di Hospital Sik.

Dr Hamdan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan ketika ditemui berkata, salah seorang dari anaknya itu masih dalam keadaan kritikal dan terpaksa menjalani dua kali pembedahan.

Kerabu Bersuara

Khamis, September 02, 2010

Bendera M'sia dibakar lagi, telur, ikan busuk dilontar

23 Ramadhan 1431 H


Sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-undang Jakarta) semalam bertindak mengotorkan bendera Malaysia dengan telur sebelum membakar dan melontarkan Jalur Gemilang yang terbakar sebahagiannnya itu ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.


Dalam demonstrasi membantah insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau baru-baru ini, mereka turut melontar telur dan ikan masin busuk ke dalam kawasan kedutaan besar itu selain mengotorkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia itu dengan tepung gandum dan ikan masin busuk.


Mereka membawa beberapa sepanduk yang antara lainnya ditulis "diplomasi mati suri", "ganyang Malaysia", "bela harga diri bangsa" serta "malingsia serumpun yang durhaka".


Demonstrasi selama kira-kira setengah jam mulai jam 11.05 pagi itu diawasi oleh kira-kira 60 anggota polis Indonesia.


Dalam insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia pada 13 Ogos lalu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing dengan alasan pencerobohan terhadap wilayah perairan masing-masing.


Sungguhpun semua mereka dibebaskan pihak berkuasa kedua-dua negara empat hari kemudian, perasaan marah rakyat Indonesia terhadap Malaysia tidak pernah padam kerana mereka mendakwa Malaysia bertindak merendahkan martabat Indonesia dan meminta Malaysia memohon maaf kepada republik itu.


Kumpulan-kumpulan masyarakat di sini turut mengkritik kerajaan Indonesia yang didakwa tidak tegas terhadap Malaysia berhubung insiden itu.






Malaysiakini/-

Rabu, September 01, 2010

SEMUA SULTAN WAJAR MELIHAT YOUTUBE INI.



SUMBER

Apa pula pandangan anda?-DPPK PARIT

GILA BOLA!