Jumaat, Mac 05, 2010

ADUN BN Kelatan tak sokong usul royalti

Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad menegaskan semua ADUN BN di Kelantan tidak menyokong usul untuk membawa kes tuntutan royalti minyak kepada mahkamah. Beliau memaklumkan semasa usul itu dibentangkan, semua wakil rakyat BN tiada di dewan. Bagaimanapun beliau menyokong usul itu untuk dibahaskan. Bagaimanapun ADUN BN tidak bersetuju dengan usul ADUN Pulau Chondong, Zulkifli Mamat yang mahu Petronas menjelaskan bayaran dengan kadar segera.


Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengkritik tindakan DUN Kelantan untuk membawa usul tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke mahkamah. Beliau menegaskan tindakan tersebut adalah tidak wajar kerana terdapat saluran yang boleh digunakan.

-malaysiatoday-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.