Selasa, Mei 18, 2010

SOKONG PENDIRIAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO PARIT ( BANTAH LULUS LESEN JUDI BOLA )



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Parit

Parit –Dewan Pemuda Pas Parit , hari ini  menyokong pendirian pemuda umno  parit dalam menyatakan bantahan kepada kerajaan terhadap  kelulusan lesen judi sempena piala Dunia 2010.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Parit , Khairul Effendy  berkata perkara  yang melibatkan hukum-hukum  agama islam wajib disokong  dan diperjuangkan demi kesucian agama islam itu sendiri malahan bukan sekadar isu kelulusan judi bola patut ditentang , banyak lagi contoh-contoh judi yang terang-terangan wujud sejak sekian  lama seperti   sport toto , Magnum ,Genting dan lain-lain lagi .
Persoalan yang melibatkan isu ini bukanlah berkaitan  politik semata-semata ini adalah  melibatkan  akidah umat islam keseluruhan nya tanpa mengira  kefahaman politik ,walaupun isu ini akan   menyebabkan rakyat mencemuh dan menyalahkan kerajaan .Pendirian Pergerakan   Pemuda  Umno parit amat wajar disokong oleh semua .
Dewan Pemuda Pas Parit percaya  keputusan yang dibuat oleh  kabinet untuk meluluskan lesen judi ini sudah tentu mendapat perhatian serius daripada  Perdana Menteri ,yang seharusnya  memikirkan buruk baiknya tindakan tersebut terhadap masyarakat  demi untuk mengaut  keuntungan segera.Mana mungkin seorang PM itu tidak mengetahui keputusan yang dibuat oleh  kabinetnya sendiri  sesuatu agak ganjil dan melucukan .Akhirnya, Dewan Pemuda Pas Parit  mempelawa  Pergerakan Pemuda Umno Parit untuk terus bersama dalam menyatakan pendirian menentang sebarang bentuk aktiviti perjudian ……

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.