"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, April 15, 2010

CIPTAAN

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal



 al Hujurat,13



DPPK Parit

Selasa, April 13, 2010

ORANG PARIT LOMPAT PARTI LAGI ,MENJELANG PILIHANRAYA HULU SELANGOR








                                       inilah beruk tersebut......... 



                               Nasarudin Hashim ......orang yang dikatakan membawa beruk tersebut ke Sabah      



Khabarnya  ade beruk dari parit  yang mengumumkan keluar dari PKR disabah .Beruk ini telah dibawa ke sabah oleh orang yang bertanggungjawab memulakan adengan lompat-melompat di perak .

Beruk tersebut akan membuat pengumuman keluar parti bersama dengan beberapa  buah cawangan  menjelang penamaan calon hulu selangor

jadi sama -samalah kita tunggu kemunculan  beruk-beruk   yang akan melompat menjelang  pilihanraya hulu selangor .......

DPPK PARIT

Isnin, April 12, 2010

SIAPA PULA BLOGGER YANG HARAKAH MAKSUDKAN???

Blogger kecewa jadikan PAS sebagai mangsa
Asqolani   
KOTA BHARU, 12 April: Dewan Pemuda PAS Kelantan menyifatkan seorang blogger yang kini menjadikan PAS sasaran kecamannya sebagai seorang yang kecewa.
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kerana tidak mendapat habuan yang diharapkan, dia menjadikan PAS sebagai mangsa termasuk Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Dia membuat pengakuan kononnya banyak membantu PAS dalam pilihan raya, sedangkan pengakuan tersebut langsung tidak disertakan dengan bukti dan fakta yang jelas.
“Saya penuh meyakini dakwaannya banyak membantu kempen PAS di Kelantan merupakan satu pembohongan semata-mata. Hakikatnya, dialah yang mencari makan dengan kerajaan PAS sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sebelum ini, sebuah blog yang ditulis oleeh penulis kecewa itu mendedahkan beberapa dokumen secara terbuka melibatkan urusan parti dan kerajaan negeri.
Selain itu blogger terbabit mendakwa kerajaan negeri meminta mereka yang memohon tender kawasan balak memberi sumbangan kepada PAS Kelantan.
Ahmad Fadhli berkata, kemungkinan apa dia lakukan hanyalah semata-mata untuk memperagakan kebolehan mencari maklumat dan dibeli dengan harga mahal oleh pihak lain.
“Saya juga mencabar dia membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika meyakini terdapat penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri di bawah Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak 1990.
“Menteri Besar sering kali membuka ruang pintu siasatan kepada SPRM sepanjang masa bagi membuktikan ketelusan pentadbiran dan kesediaan untuk disiasat,” ujarnya.
Bagaimanapun, katanya yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar, blogger terbabit tidak pernah membuat laporan polis atau SPRM biar pun begitu galak membuat pendedahan dalam blog.
“Ini kerana semua pihak  tahu bahawa pendedahan yang dibuat tersebut tidak boleh diketagorikan sebagai penyelewengan dan salah guna kuasa,” katanya.

Harakahdaily

APA STATUS NEGARA HARAM ISRAEL DARI PANDANGAN NAJIB?

Israel: Najib digesa jelas pendirian tegas negara kepada Obama
Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 12 April: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan pendirian tegas Malaysia tentang status negara haram zionis-Israel kepada Barack Obama dalam Sidang Kemuncak Nuklear di Washington hari ini dan esok.
Beliau juga menyeru kerajaan memperbaiki kepakaran para diplomat tempatan supaya tugas-tugas diplomatik secara profsional di Washington boleh dilakukan oleh Kementerian Luar Negara sendiri.
"Latihlah para pegawai diplomat kita kalau kita lemah dalam melobi di Washington (supaya) kontrak-kontrak diberikan pada (firma) luar (negara) supaya menguruskan kerja-kerja kementerian luar,” ujarnya di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut beliau, kerajaan tidak perlu menggunakan firma-firma luar yang dikaitkan dengan pengaruh zionis-Israel, seperti Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) untuk memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama di Washington.
"Kalau Yang Berhormat Perdana Menteri bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat sekalipun, kita tidak perlu pelobi-pelobi luar, khususnya yang ada hubungan dengan Israel."
Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail meminta Kamaruddin menjelaskan sejauh mana aktiviti melobi di Washington penting untuk tanah air.
Menjawab soalan itu Kamaruddin berkata, sewaktu Tun Dr. Ismail Abdul Rahman menjadi duta sulung Malaysia ke Washington, aktiviti melobi tidak berlaku.
Pun begitu, menurut beliau, semua ahli Parlimen perlu mengakui bahawa budaya di Washington menggalakkan aktiviti melobi.
Sebab itu, menurut beliau, para diplomat tempatan perlu diasuh supaya menjadi pelobi profesional bertaraf antarabangsa.

Harakahdaily

Ahad, April 11, 2010

Selepas Australia dan Amerika,145 Negara Desak Gugur Tuduhan Liwat Siri 2

Pada 2 April, satu persidangan ahli ahli parlimen dunia yang ke 122 telah diadakan di kota bangkok. Ianya diwakili oleh ahli parlimen dari 145 buah negara. Selain berbincang permasalahan semasa di seluruh dunia, kesemua ahli parlimen dari 145 buah negara tersebut sebulat suara menyokong satu usul supaya mendesak kerajaan malaysia menggugurkan tudukan liwat siri 2 terhadap Anwar. Mereka juga melahirkan rasa kebimbangan yang sangat serius terhadap penglibatan pihak yang sama dalam siri 1 dan 2, iaitu pihak pendakwa kes liwat siri 1, yang kini adalah peguam negara.

Penafian hak Anwar untuk mendapatkan dokumen pihak pendakwa menimbulkan rasa keraguan kepada mereka apakah akan ada satu pihak yang akan merekacipta bukti pendakwaan. Mereka juga merasa hairan dengan dua laporan perubatan yang tidak menyatakan ada tusukan secara jelas namun perbicaraan tetap diteruskan. Oleh itu pihak ahli ahli parlimen tersebut akan cuba menghantar pihak pemerhati dan pemantau ketika perbicaraan di mahkamah berjalan nanti.

Sangatlah memalukan bagi negara Malaysia, bila persidangan ahli parlimen yang ke 122 itu sebenarnya beragenda besar dalam membincangkan masalah penyeledupan dadah dan senjata seluruh dunia, pemerdagangan manusia dan hak asasi manusia, bencana besar Chile dan Haiti, namun menyelitsama isu kes liwat 2 terhadap Anwar. Seolah olah ianya satu contoh pencerobohan hak asasi manusia berlaku di malaysia. Malu kerana dalam keadaan dunia sibuk berbincang tentang masalah kemunduran di negara sedang membangun tetapi mereka terpaksa campur tangan dalam isu di negara Malaysia.

Jadi mahu tidak mahu, pihak pendakwa perlu menyediakan bukti yang jelas dalam perbicaraan liwat 2 nanti. Ianya perlulah dilihat adil, jika tidak sudah pasti ianya akan memberi imej yang sangat buruk kepada Malaysia di mata dunia. Nyatalah perbicaraan Liwat Siri 2 akan membawa mata seluruh dunia tertumpu, memerhati ke arah Malaysia. Jika sekali ianya dilihat tiada keadilan berlaku di Malaysia maka dengan jelas dan nyata Malaysia akan dipacu ke arah jurang yang suram dan gelap samada dari sudut ekonomi, pelaburan dan juga prestij di mata antarabangsa.

Detikdaily

Rekod Bukit Selambau Berulang?

KUALA LUMPUR : Rekod 15 calon merebut kerusi DUN Bukit Selambau April 2009 — paling ramai bertanding dalam satu-satu pilihan raya kecil — kemungkinan berulang di Hulu Selangor?


Sama ada suasana itu akan dapat disaksikan pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan ini masih menjadi teka-teki.

Bagaimanapun setakat semalam sembilan borang penamaan calon telah diambil, demikian disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak borang akan diambil selepas ini.

Borang-borang ini diambil sama ada dari pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya atau Pejabat Pilihan Raya Selangor di Shah Alam.

“Tidak ada borang diambil dari ibu pejabat SPR,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sambil menyifatkan jumlah itu “agak ramai”, Wan Ahmad berkata pihaknya tiada maklumat tentang parti politik pihak yang mengambil borang-borang ini mewakili.

“Biasanya kami tidak akan tanya parti politik yang mereka wakili kecuali minta berikan nama dan nombor kad pengenalan mereka.

“Ada jua yang mengambil borang bagi pihak parti dan ada kemungkinan ada pihak yang mengambil lebih daripada satu borang sebagai langkah berjaga-jaga (jika berlaku kesilapan),” katanya.

Tinggal hanya satu minggu sebelum hari penamaan calon.

Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor akan berlangsung 17 April ini manakala hari pengundian dijadual 25 April.

Setiap borang penamaan calon berharga RM20.

“Maklumat kami menunjukkan sembilan borang dikeluarkan setakat petang ini (semalam).

“Setakat hari ini sahaja sembilan borang sudah dikeluarkan. Masa ada masa lagi (menjelang hari penamaan calon)

“Kemungkinan akan ada lagi yang akan ambil borang penamaan calon,” kata beliau.

Setakat ini dua orang telah menyatakan pendirian akan bertanding sebagai calon Bebas selain pesaing tradisi Barisan Nasional (BN) dan komponen Pakatan Rakyat (PR) akan menurunkan calon masing-masing.

Difahamkan akan ada calon daripada Umno dan Pakatan Rakyat akan turun gelanggang ekoran rasa tidak puas hati dengan pemilihan calon.

Umno dari awal mahu kerusi itu diberikan kepada parti itu.

Bagaimanapun Rabu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan kerusi itu akan ditandingi oleh MIC bagi pihak BN.

Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah pada 7 April 2009 menyaksikan 15 calon termasuk BN dan PR bertanding merebut kerusi itu selepas ia kosong kerana penyandangnya, seorang Exco, meletakkan jawatan. -MI

EraPakatan

Orang Asli lebih terbela di bawah Pakatan Rakyat

SHAH ALAM, 11 April: Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin dan memberi perhatian yang serius terhadap taraf sosioekonomi Orang Asli di negeri ini yang seolah-olahnya tidak dibela oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.


Justeru, masyarakat Orang Asli termasuk di Hulu Selangor merasakan nasib mereka lebih terbela di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri sekarang.

Menurut sumber, penyelesaian terhadap nasib masyarakat Orang Asli itu terkandung dalam Bajet 2010 negeri yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) pada 10 November tahun lalu.

Bagi Kerajaan Selangor, isu tanah pusaka Orang Asli merupakan isu pokok kepada masyarakat yang sekian lama diketepikan oleh pentadbiran kerajaan negeri yang lalu.

Pada tahun lalu, kerajaan negeri telah menjalankan kajian secara mendalam berhubung dengan isu tanah pusaka Orang Asli dan justeru itu, pada tahun ini kerajaan negeri bersedia untuk memberi milik tanah-tanah pusaka itu kepada Orang Asli yang berhak.

Untuk itu, kerajaan negeri juga telah menubuhkan Badan Bertindak Tanah Orang Asli yang diketuai dan dianggotai oleh wakil-wakil Orang Asli mereka sendiri, iaitu suatu jawatankuasa unik dan tidak pernah ditubuhkan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Sumber itu menyebut, objektif Badan Bertindak itu adalah untuk memastikan bahawa masalah-masalah tanah yang sedang dihadapi oleh Orang Asli dapat diselesaikan melalui perbincangan dengan kerajaan negeri.

Untuk mencapai matlamat tersebut, Kerajaan Negeri Selangor menyediakan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk menjalankan dua projek perintis ujian bagi menaik taraf hidup kumpulan Orang Asli termiskin.

Sehingga hari ini, masih banyak terdapat kampung-kampung Orang Asli tidak mendapat bekalan elektrik, air minuman bersih, dan jalan raya di mana Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di bawah Kerajaan Persekutuan gagal menyediakan dana sebelum ini.

Untuk itu, kerajaan negeri merancang untuk memastikan pembangunan sosial dan ekonomik yang bersepadu, melalui program-program pendidikan golongan dewasa, skim pinjaman secara kecil-kecilan, dan program membangunkan diri.

Kesemua program tersebut bermatlamatkan untuk membolehkan masyarakat Orang Asli berdikari demi menentukan masa hadapan mereka sendiri.

Harakahdaily

Khamis, April 08, 2010

SEKITAR MESYUARAT AGONG DPPK PARIT

agaknye sessi tidur kut...



tetamu vvip


Ketua Pemuda ust. Zaid


antara kehadhiran perwakilan dan pemerhati


Ustaz Karim


Yang ini bos pra mesyuarat agong,Hakimi


orang lama haji Muad


Ust. Karim menyampaikan hujjah-hujjah bernasnya





saguhati untuk Abang Mior Hussin-anugerah Pasti Parit



Yusuf Abd. Rahman-wakil Unit Amal Kawasan-anugerah Kemasyarakatan


Mantan ajk pemuda,saudara Syamsul Kamal Jamhari-anugerah Khidmat Setia


yang ni bukan anugerah...tapi cabutan bertuah,saudara Harfizi perwakilan Layang-Layang Kiri


Ketua pemuda memberi cenderahati kepada Ustaz Karim


Ajk berpeluh-peluh semasa sessi soal jawab...


Ntah ape le yang di senyumkan Hamzah-Perwakilan dari Sedec


Kepimpinan DPPK Parit


Perjalanan Mesyuarat pada ahad lepas berlangsung dari pukul 2:30 ptg dan berakhir jam 7:30 malam.Kali ini nampaknya berlangsung dengan tenang dan santai.Banyak persoalan dan pandangan dari perwakilan dan pemerhati,sedikit sebanyak membantu dari segi memantapkan DPPK.Terima kasih sahabat -sahabat semua.

Rabu, April 07, 2010

GEMPA MELANDA BOTA KIRI

sekadar gambar hiasan


Seawal jam 6:15 pagi tadi Kawasan Parit dikejutkan sedikit gegaran antara 2 hingga 5 minit.Ini berikutan gempa yang kuat  iaitu 7.8 pada sekala richter melanda Utara kepulauan Sumatera,Indonesia.Ramai yang menyedari hakikat gempa pagi tadi dan ada juga penduduk bertindak keluar rumah demi untuk menyelamatkan diri.

KLIK BERITA BERKAITAN

DPPK Parit

TERKINI!!!MCA KURANG AJAR DENGAN UMNO,APA LAGI????!!!

Konvensyen BN, wakil MCA bertindak keluar dewan

Usaha Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dengan agenda konvensyennya di Shah Alam, hari ini menerima tamparan apabila 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu.

Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai yang dihubungi melalui telefon berkata antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan.

Antaranya, hanya lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu parti komponen lain tidak diendahkan.

“Konvesyen itu dianjurkan oleh BN, jadi menyanyikan laguUmno tidak mencerminkan semangat BN dan juga 1Malaysia,” kata Song lagi.

Selain itu, katanya, hanya tetamu dan pemimpin utama dari Umno yang dijemput duduk di pentas utama. Mereka termasuk Datuk Mohd Zin, Datuk Seri Noh Omar, Shafei Abdullah dan seorang lagi.

Tiada tetamu ataupun pemimpin parti komponen lain yang dijemput ke pentas utama.

Menurut Song apa yang menghangatkan lagi suasana ialah ketika ucapannya, Noh Omar yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor berkata orang Melayu telah banyak berkorban demi rakan-rakan bukan Melayu.

Menurut Noh, rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima-kasih kerana diberikan kerakyatan.

Noh Omar juga memetik ucapan daripada presiden keempat MCA, Tun Tan Siew Sin dan presiden kelima MIC, Tun VT Sambathan pada zaman era tahun 1960an yang memuji Umno kerana memberikan kerakyatan kepada bukan Melayu.

Song berkata bahagiannya menganggap ucapan Noh itu satu penghinaan kepada masyarakat Cina dan India di negara ini.

Di sebalik memulaukan sebahagian besar aktiviti konvensyen itu, Song dan ahli-ahlinya akan kembali petang ini untuk menghadiri pelancaran kempen 'BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN dan Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13.

Sementara itu, setiausaha agung MIC, S Murugesan juga melahirkan rasa kurang senang kerana tiada pemimpinnya diletakkan di pentas utama.

"Nampaknya mereka seperti tidak menghormati kami,” katanya.

Bagaimanapun katanya, aduan sudah disampaikan oleh pengerusi penganjur, Mohd Zin yang berjanji memperbetulkan keadaan.

"Mereka telah meletakkan kerusi tambahan di pentas dan berjanji kepada saya bahawa lagu Umno tidak akan dinyanyikan pada sessi petang apabila Perdana Menteri, Najib Razak tiba.

"Jadi buat masa ini, saya tiada masalah,” katanya.

malaysiakini

Selasa, April 06, 2010

MEMBINA UMMAH , MEMPERKASA PENDIDIKAN

Mungkin nama khir johari itu akan senantiasa meniti dibibir-bibir intelukual dan para-para daei-daie agama setiap kali membicarakan tentang nasib tulisan jawi yang kian terpinggir jauh dari sanubari generasi muda . Pemansuhan tulisan jawi menyebabkan masyarakat islam semakin hilang dan lupa tentang jati diri mereka ,menyebabkan mereka semakin hari semakin jauh dari al-quran semuanya dilakukan secara halus oleh musuh-musuh islam dengan menjauhkan umat islam dari tulisan jawi itu sendiri yang sebenarnya kunci untuk memahami dan mempelajari bahasa arab.Apabila kunci bahasa itu tidak ada lagi ditangan umat islam akhir umat islam tidak lagi memahami al –quran dan identity mereka sebagai seorang islam yang benar-benar beramal dengan ajarannya mulai terhakis sedikit-demi sedikit . Generasi muda semakin hari semakin jauh tersasar dari landasan agama hasil daripada kegagalan mereka untuk mengenali alquran mana tidaknya kebanyakkan dari mereka ini ‘buta jawi’ sesuatu yang amat mendukacitakan . kita khuatir alquran akhir nya akan dianggap manuscript lama yang hanya dijadikan bahan pameran dimuzim. Kegagalan untuk memahami alquran menyebabkan umat islam tidak lagi menghayati dan mengmalkan segala tuntutan yang telah diperturunkan oleh allah s.w.t melalui rasulnya kepada manusia . Hari ini ternyata usaha-usaha sekularisme pendidikan ini telah benar-benar menyebabkan kemusnahanahan akhlak dan akidah generasi muda saban,hari kita melihat dan mendegar pelbagai gejala negative yang telah melanda masyarakat ,gejala kerutuhahan akhlak yang melibatlkan generasi






muda semakin bermahraja lela seolah-olah langsung tidakdibendung .Bermula dari masalah penyalahan dadah ,perzinaan, buang anak ,rogol ,bunuh dan black metal sebutkan sahaja pasti kita akan ada senarai yang begitu panjang untuk diselesaikan .

Selama berpuluh-puluh tahun kita telah tertipu ,kita merasakan sistem pendidi kan sekular itu adalah sistem terbaik yang dapat membina masyarakat .Dengan menukarkan tulisan Arabic itu kepada tulisan romawi , pada satu ketika dahalu ramai merasakan kita telah melangkah kesatu tahap yang lebih tinggi kononnya ianya satu kejayaan dalam usaha taransformasi sistem pendidikan moden yang diharap menjadi pemangkin dalam usaha untuk merubah landskap ekonomi negara kearah negara maju . Sebenarnya bila berkata soal kemajuan adakah meeka merasakan cukup sekadar kemajuaan yang bersifat materialis semata –mata tanpa sedikitpun memandan soal-soal ukhrawi .Mungkin inilah benchmark (penanda aras ) yang telah ditanamkan oleh penjajah dan telah meresap masuk dan sebati kedalam jiwa umat islam . Apa sahaja yang yang datang dari islam itu seringkali diselewengkan oleh orientalis dan yang menjadi anak didik mereka, islam dilabel anti kepada kemajuan atau sistem yang dibawa oleh islam itu tidak lagi memenuhi tuntutan dan kehendak zaman yang telah berubah walhal jika ukur dari sejarah , sebenarnya islam lah membuka lembaran baru dalam mentafsirkan kemajuan dari segenap sudut termasuk juga bila membicara kan soal sistem pendidikan buktinya ketika eropah masih berada didalam kegelapan umat islam telah mencapai kemajuan lihat sahaja senarai universiti tertua dunia , universiti yang diasaskan oleh umat islam mendahului senarai teratas ,universiti karaouine di kota fez moroko misal nya merupakan universiti tertua didunia ditubuhkan pada tahun 859 masihi dan diikuti oleh universiti al-azhar pada tahun 875 masihi . Semuanya mengambarkan kemajuaan yang begitu pesat dan hebat yang telah dicapai oleh umat islam .



Penubuhan universiti-universiti ini telah merangsang pertumbuhan madarasah-madrasah atau pondok-pondok pendidikan islam di seluruh dunia termasuk juaga seluruh nusantara (archipelago ) sebagai subsector pendidikan yang menyumbangkan kepada perkembangan berterusan instituisi pendidkan peringkat tertinggi , maka ramai diantara pelajar –pelajar yang belajar madrasah-madrsah melanjutkan pelajaran mereka keuniversiti-universiti tersebut . Para pelajar-pelajar ini kemudiannya pulang kenegara mereka dan menjadi daie-daie dan pemimpin –pemimp in gerakan islam yang dianggap merupakan ancaman besar kepada agenda dan objektif orientalis barat .

Hari kita melihat bagaimana dasar yang telah dipusakai oleh orientalis itu telah diperturunkan kepada anak-anak didik mereka dan mereka telah melaksanakan pelbagai bentuk sekatan terhadap sistem pendidikan islam itu sendiri antara perkara yang cukup memberikan impak kepada sistem pendidikan islam dinegara ini ialah penarikan bantuan perkapita kepada sekolah –sekolah agama rakyat (sar) sehinggabanyak sekolah agama rakyat yang terpaksa ditutup kerana tidak lagi mampu menanggung kos operasi yang begitu tinggi .

Kemudian mereka menawarkan bantuan kepada sekolah-sekolah agama tersebut dengan dengan syarat menerima bentuk sukatan mata pelajaran baru , akhir instituisi yang begitu berjasa dalam mempertahankan akidah umat islam

itu seakan –akan mulai kehilangan izzahnya

dimana penekanan kepada konsep jihad didalam sistem pembelanjaran sekolah-sekolah agama rakyat ini telah dihapuskan . Sikap mereka yang tidak pernah senang dengan ajaran islam itu sendiri bukan sahaja dijelmakan dengan sikap mereka yang memberikan tekananan didalam bentuk kewangan malahahan sebarang usaha dan kejayaan sekolah-sekolah agama rakyat cuba dinafikan, Kejayaan siti fatimah Mokhtar seorang pelajar sekolah agama rakyat (yayasan islam Kelantan )yang mendapat keputusan 20a1 itu telah berjaya membuka dan merubah perspektif minda masyarakat yang selama ini terbelenggu dengan agenda jahat orientalis yang menanamkan didalam benak pemikiran



masyarakat bahawa sistem pendidikan islam tidak lagi releven dan kompetetif .

Kejayaan demi kejayaan yang ditempa oleh sekolah-sekolah agama rakyat telah memberikan impak terhadap sistem pendidikan sekular yang diamalkan dinegara ini yang jelas gagal dalam banyak aspek mungkin sistem yang ada mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dari sudut akademik tetapi gagal dalam membentuk keperibadian

yang mulia. Lantaran daripada kejayaan institusipendidikan yang berteraskan pendidikan islam kementerian Pendidikan telah menghad pengambilan subjek dididalam peperiksaan spm hanya untuk 12 subjek sahaja ,semuanya dilakukan kerana mereka tidak mahu mengakui keupayaan induvidu-induvidu yang dilahirkan oleh sistem pendidikan islam itu sendiri lantaran mahu menutup kegagalan mereka.

Tekanan –demi tekanan yang dihadapi seharusnya melonjakkan lagi momentum kepada umat islam untuk meleraikan belenggu yang telah merantai ummah sebegitu lama

Sudah tiba masanya

untuk umat islam merubah persepsi mereka terhadap sistem pendidikan yang ada dinegara ini dengan memberikan sokongan dan bantuan untuk memperkasa sistem pendidikan islam disetiap peringkat bermula dari peringkat pra-sekolah lagi . Sekolah asuhan Tunas islam ( pasti ) sebagai contoh seharusnya diperkasa kan dengan memeberikan penekanan kepada soal –soal pentabiran dan pengurusan untuk terus mampu bersaing sebagai wadah yang membentuk jati diri generasi muda islam .Lihat sahaja program permata negara peruntukkan yang diberikan bernilai puluhan juta ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana seriusnya mereka dalam usaha mereka untuk mencantas akar pemikiran generasi generasi muda islam sedangkan

mereka masih lagi menjaditunas –tunas kerdil kepada kesinambungan perjuangan islam itu sendiri.



Oleh itu umat islam perlu menjadi lebih informatif dan supportif

kepada perkembangan dan keperluan ummah., jangan dibiarkan institusi pendidikan islam itu menderita menunggu ajal tanpa dbela. Sesungguhnya islam ini bermula dengan pendidikan , bila wahyu pertama dilafaz kan oleh malaikat jibrail rasullah sollahalaihiwassam

…”iqra” ..bacalah …

Setiap Institusi pendidikan islam itu

perlukan pembelaan tidak kira diperingkat pra ,sekolah rendah dan menengah

terpulanglah

kepada kita samaada kita mahu menunaikan amanah sebagai seorang muslim

yang yakin tentang persolaan yang harus

kita jawab dihadapan allah s.w.t nanti … sekian







…………………botaman …………..

Khamis, April 01, 2010

ANAK NAZRI AZIZ





GILA BOLA!