"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Isnin, Februari 28, 2011

Kedah tanggung belajar pulang, wang poket RM500

ALOR SETAR, 28 Feb: Kerajaan Negeri Kedah memberi khabar gembira kepada pelajar Mesir di Kedah apabila sanggup menanggung segala perbelanjaan balik pelajar ke Mesir di samping wang poket untuk setiap pelajar.

Menteri Besar Negeri Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan demikian dalam satu perjumpaan dengan pelajar- pelajar Mesir yang berasal dari Negeri Kedah semalam.

"Kita (kerajaan negeri Kedah) telah menyewa 3 buah kapal terbang Egypt Air untuk menghantar pelajar ke Mesir semula.

“Sebagai kerajaan, kita (kerajaan Kedah) rasa bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat Negeri Kedah.

“Kerajaan Kedah menghabiskan 2.5 juta ringgit dalam projek penghantaran kembali pelajar Kedah ke Mesir," katanya dalam ucapan di depan pelajar Mesir di Kedah dan para waris hari ini.

Kerajaan Kedah, katanya, mempunyai perancangan rapi untuk rakyat Kedah untuk mencapai Kedah Sejahtera.

Walaubagaimanapun, pelajar tajaan MARA akan di tanggung sendiri oleh pihak MARA.

Ustaz Azizan juga mengumumkan setiap pelajar akan di beri duit poket 500 ringgit setiap orang serta pelajar akan di hantar terus menaiki kapal terbang dari KLIA ke Kaherah.

Penerbangan perama di jadualkan berlepas pada 5 Mac iaitu seramai kira-kira 220 orang pelajar dan penerbangan seterusnya sehingga 10 Mac.

Perjumpaan tersebut diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alorsetar turut di hadiri exco Hal Agama dan Pelajaran Negeri Kedah, Datuk Taulan bin Rasul itu di anjurkan oleh Yayasan Islam Negeri Kedah.

1 ulasan:

  1. tahniah kepada kerajaan kedah yang menghantar pelajar balik ke mesir dan tahniah dan terima kasih juga kepada kerajaan malaysia yang membawa pulang rakyat kita....kerjasama seperti inilah yang akan memberi faedah kepada rakyat kita..

    BalasPadam

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!