|     |   
|     |   
|     KUALA LUMPUR, 26 April: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai pendirian Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali   yang menjelaskan kenyataannya diputar belit oleh Umno. Bagi   Anwar, fitnah Umno dan percubaan untuk melagakan pemimpin Pakatan Rakyat   hendaklah ditolak. Beliau yang juga Ahli Parlimen   Permatang Pauh menyatakan perkara itu di laman twitter. Mustafa pada 23 April lepas   menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan yang mendakwa beliau berkata   PAS akan menilai semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video   seks selesai. Sambil kesal dengan sikap tidak   bertanggungjawab akhbar pro Umno itu, Setiausaha Agung PAS itu berkata,   laporan tersebut berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya. Katanya, dia sama sekali tidak   pernah mengaitkan isu video seks dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat   pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, 22 April. "Saya ditanya berhubung   saranan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan   (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) melakukan sumpah mubahalah. "Jadi saya jawab, perkara itu   tidak timbul kerana kerajaan sekarang ini menggunakan undang-undang sivil,   Polis siasat sahajalah. "Kalau ubah kes ini ke   Mahkamah Syariah, baru kita (PAS) tengok kembali apa pendirian kita dalam isu   tersebut," katanya. Akhbar Utusan Malaysia pada 23   April menyiarkan laporan sidang media Mustafa semalam itu dengan tajuk 'PAS   tunggu siasatan selesai'. Laporan itu menyebut bahawa PAS   akan membuat ketetapan baru mengenai masa depan parti itu dalam pakatan   pembangkang, apabila siasatan mengenai rakaman video seks yang pelakonnya   dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim siap sepenuhnya. Selain Utusan, beberapa media lain   termasuk Berita Harian dan The Star turut melaporkannya. Sehubungan itu, beliau mahu   media-media yang terlibat agar memohon maaf serta memperbetulkan laporan   mereka sebelum tindakan perundangan diambil. “Saya hargai pendirian beliau dan   PAS. Tolak fitnah Umno dan percubaan melagakan...” tulis Anwar.  |   
