Khamis, Mei 13, 2010
ISA (INTERNAL SECURITY ACT ) ATAU ISRAEL SECURITY AGENCY
DORON BERGERBEST EILON
Nampaknya sudah ada kecenderungan untuk melabel kan tahanan ISA itu sebagai penganas seperti dipaparkan didalam warta berita tentang kejayaan pasukan anti penganas indonesia membunuh lima orang yang disyaki sebagai penganas ,salah seorang daripadanya ialah seorang induvidu yang bernama maulana yang pernah menjadi tahanan ISA dari tahun 2003 hingga ke 2005 .Beliau dikatakan baru sahaja pulang dari Filipina setelah selesai mendapat latihan militan disana .Kumpula ini dikatakan terlibat didalam serangan berani mati terhadap kedutaaan Australia pada tahun 2004 dan hotel ritz pada julai tahun lepas. Ini merupakan satu perkembangan ,yan g seharusnya dipandang serius kerana kita tidak mahu akta keselamatan dalam negeri ini (ISA ) akan digunakan dengan alasan untuk menahan pengganas .
Apa yang perlu dilihat disini , ada beberapa agenda tersembunyi yang melibatkan kepentingan dan percaturan politik antarabangsa yang melibatkan gerakan zionisme antarabangsa yang menjadikan campurtangan didalam politik didalam negara-negara dirantau ini sebagai satu usaha mereka bagi membendung kebangkitan dan kemajuan umat islam didalam urusan kenegaraan.
Organisasi islam yang berteraskan gerakan politik seharusnya ditekan dan dilumpuhkan dengan memberikan imej buruk mengaitkan kan dengan tindakan-tindakan kegananasan dan menggunakan alasan untuk memusnahkan pertubuhan penggana slalu gerakan-gerakan politik islam in akan dikaitkan dengan dengan aktiviti penganas akhirnya pemimpin –pemimpin gerakan –gerakan inia kan disumbatkan kan didalam penjara dan tahahanan akta keselamatan dalam negeri (ISA) .Sebelum ini pun telah banyak usaha provokatif untuk mendorong tercetusnya situasi bagi memungkin kan pelaksanaannya berlaku . Antara peristiwa yang boleh dirujuk ialah isu kepala lembu, pembakaran geraja , isu kalimah allah semuanya bersifat provokrasi dan dicipta agar berlakunya tindakan-tindakan kegananasan .
Dasarnya yang dicipta Israel dinegara umat-umat islam merupakan satu bon jaminan kepada mereka dan diantara dasar yang dirangka oleh mereka ialah pembentukan akta keselamatan adalam negeri(ISA) yang membolehkan penahanan tanpa bicara dan tampa had masa satu dasar yang jelas melepasi norma-norma asas demokrasi dan kemanusiaan , mungkin ada orang menganggap suatu kebetulan singkatan yang digunakan (ISA) itu menyamai dengan Singkatan agensi keselamatan Israel ( ISA) atau Israel security agensi(atau shin bet) . Kebetulan ..yang ada fakta kebenarannya . Perlantikan Apco oleh kerajaan Malaysia dan sebagai pelanggan pertama bagi apcoworldwide sdn bhd ..bukan sekadar kebetulan tetapi sebuah perancangan yang teliti dan kompleks bagi perkembangan idea zionisme ke seluruh dunia amnya dan secara khusus di ASIA – Malaysia dilihat sebagai jalan masuk syarikat yahudi itu ke Asia ( entry point into asia ) itu penyataan yang diberi oleh laman web rasmi mereka satu penyataan yang terbuka . Walaupun apco worldwide ini berbunyi seperti syarikat koperat yahudi yang lain dengan imej koperat mereka tetapi mereka sebenarnya jauh lebih berbahaya kerana mereka bukan sekadar memberikan kesan kepada ekonomi seperti TESCO ( syarikat Yahudi) COCA-COLA kesan nya lebih besar kerana mereka mempunyai akses secara terus kedalam percaturan politik negara ( political direct intervention). Doron bergerbest eilon merupakan salah seorang lembaga pengarah Apco worldwide bekas Ketua Keselamatan Agensi Keselamatan Israel (ISA) sekali satu kebetulan yang punyai fakta yang nyata dan membimbangkan ..bagaimanakah sesuatu kebetulan yang berfakta sebegini harus disangkal ..yang pasti disebalik semua kebetulan ini ada kebenaran yang tersembunyi.
----botaman dppk parit------
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
1 PANDANGAN
Rabu, Mei 12, 2010
WAJAH-WAJAH ISRAEL DISEBALIK APCO
ITAMAR RABINOVICH (BEKAS DUTA ISRAEL KE US)
SIAPAKAH APCO?
Ahli Lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel iaitu:-
1. Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman)
2. Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat)
3. Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.
Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi Intifada Palestin. Semasa intifada Al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.
Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.
APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.
APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.
1. Jonathan Winer yang merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.
2. Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim Fil Tariq dan Fi Zilal Al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.
DPPK PARIT
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
Isnin, Mei 10, 2010
SORRY PDRM TERSILAP SAPU,SORI AMINUL RASHID TERSILAP TEMBAK
Belum lagi bau hanyir kes Aminul Rashid yang mati ditembak polis di shah alam timbul pula kes baru apabila seorang konstabel polis telah menembak seorang remaja dijalan seremban –jelebu apabila remaja tersebut enggan berhenti , tembakan tersebut telah menyebabkan mohd azizi azizi (17 tahun ) telah mengalami kecedearaan serius di perut dan beberapa hari sebelum itu dilaporkan didalam akhbar beberapa orang remaja telah merompak sebuah cyber café dan menyebabkan seorang daripadanya telah ditembak dikaki oleh oleh anggota polis yang kebetulan berada disitu. Jika diteliti pertembungan polis dengan remaja telah menjadi satu trend didalam seminggu dua ini dan persoalan yang timbul adakah kita mahu melihat perkara ini dari aspek politik sahaja atau kita mahu melihat institusi kepolisan sebagai sebahagian yang daripada perkhidmatan awam dibawah perlembabagaan persekutuan yang mana kehadiran mereka seharusnya menyuntik perasaan selamat didalam masyarakat bukan sebaliknya…..mungkin mengapa adik mohd azizi aziz engggan berhenti kerana dia merasa cuak dan phobia dengan kehadiran anggota polis.’
.Hari ini kita boleh melihat bagaimana penjenayah mempermainkan polis dengan ungkapan sorry pdrm tersilap sapu , bilamana mana penjenayah berkenanaan telah meninggalkan kereta rasmi ketua polis selangor disebuah tempat letak kereta .Kereta tersebut telah dicuri sehari sebelum itu. Nampaknya penjenayah ini benar-benar telah hilang rasa takut dan hormat kepada polis barangkali bersimpati dengan nasib orang awam yang asyik saja menjadi mangsa muncung pistol anggota polis .. yang sepatutnya dihalakakan kepada mereka .
Setipa kali berlaku nya kes seumpama ini anggota berkenaan yang terlibat akan digantung serta merta dan kemudiaanyas akan didakwa dimahkamah sebagai individu yang akan dipertanggung jawabkan diatas kesalahanan mereka secara induvidiu . Oleh itu rsanya perlu untuk kita mencetuskan satu persoalan disini, apa sudah jadi dengan apa yang dipanggil Standard Operation Procedure (sop ) yang diwar-warkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan dan apa sebenarnya arahan yang terkandung sehingga menyebabkan kejadian menemabak orang awam sering kali berulang . rasanya tidak adil semata-mata kita meletakkan kesalahanan keatas anggota bawahan sahaja . Penyiasatan yang lebih teliti perlu djalankan bukan sahaja kepada anggota melakukan kesalahan tetapi juga dasar dan rangka operasi kerja Pdrm juga perlu dilakukan post mortem oleh satu suruhanjaya bebas bagi memasstikan imej Pdrm dapat dipulihkan .
Ini bukanlah kes pertama kesalahna yang melibatkan nyawa orang awan malahan telah berlaku banyak kes sebelum ini .lihat saja kes Kugan yang mati didalam penjara adakah cukup dengan ungkapan sorry tersalah pukul, yang melibatkan kes Altantuya sorry tersalah letup atau yang melibatkan kematian adik Aminul Rashid –sorry tersalah tembak .
Bolehkah kita semua memejamkan mata melihat perkara yang tidak sepatutnya berlaku didalam negara kita. Kes yang melibatkan Altantuya dua inspektor dari unit tindakan khas dihukum gantung sampai mati , atas sebab melakukan pembunuhan tanpa sebab-
Membunuh dengan membabi buta , adakah jawapan seumpama ini dapat kita terima dengan akal yang waras sudah tentu ada arahan (chain of command) yang menyebabkan anggota tersebut melakukan perkara perbuatan terssebut begitu juga kes yang melibatkan Adik Aminul Rashid sudah tentu sesuatu yang terkandung didalam Stanadard Operation Procedure (sop) itu telah mendorong anggota tersebut melepaskan tembakan kepada adik Aminul Rashid da Adik Azizi Aziz ..semuanya perlu diperbetulkan ..perlu ada total tranformation didalam Instutuisi kepolisan…..
-------botaman-------
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
Sabtu, Mei 08, 2010
SEDIKIT GURAU SENDA BLOGGER,MARI KITA IKUTI!!!
Aku pun macam Topeng Perak sokong Judi WorldCUP!
Judi World Cup.. Barulah ini dinamakan Malaysia... :)TPU: Geng... dekat bawah ni artikel paling best untuk tahun ni dari geng Gua Edyes.com... geng... penghargaan untuk Edyes, kalau komen untuk artikel ni yang menyokong usul Edyes cecah 500 (sokongan), gua belanje Edyes 17hb ni geng...
Saya mengucapkan syabas di atas keberanian kerajaan 1Malaysia dengan cadangan ideal mengeluarkan lesen pertaruhan halal sempena kehadiran World Cup dan juga Piala Thomas nanti.
Kita sebagai rakyat tidak harus hanya memandang serong terhadap tindak-tanduk kerajaan. Janganlah kita hanya tahu mengkritik tanpa mengambil kira pandangan dan faktor dari pelbagai sudut.
Memang benar bagai dikata, sekiranya kerajaan tidak mengeluarkan lesen yang halal untuk perjudian Piala Dunia , aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan yang akhirnya menyebabkan kecacatan dalam pemerintahan negara.
Seperti sebelum ini, saya juga menyokong pemberian kondom percuma kepada remaja-remaja yang mahu mempraktikkan cara -cara menghasilkan zuriat, sebagai sumber pembelajaran dan sumber rujukan supaya gejala pembuangan bayi dapat dielakkan. Ini kerana sekiranya kondom tidak disediakan, perlakuan seks secara bebas pasti tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan jabatan agama.
Oleh demikian, dicadangkan juga dengan pemberian kondom tersebut, pakej seterusnya ialah menawarkan bilik hotel dengan kadar separuh bayaran, supaya gejala ini tidak berlaku di taman-taman bunga yang akhirnya akan mencacatkan pemandangan. Jika bilik hotel ini tidak disediakan, pasti taman bunga, rumah terbengkalai, panggung wayang, tangga-tangga apartment menjadi sarang melepaskan maksiat.
Justeru itu saya juga ingin mencadangkan agar lesen pelacuran juga diperkenalkan kerana aktiviti sosial seumpama ini tidak lagi dapat dibendung oleh pihak berkuasa. Contohnya yang berlaku di lorong Haji Taib, pusat-pusat karaoke dan rumah-rumah urut. Daripada membiarkan gejala ini berlaku secara haram, adalah lebih baik kerajaan menawarkan lesen pelacuran dengan cukai yang tinggi, lantas langkah anjakkan paradigma ini memberi pulangan terhadap kantung kewangan negara.
Pengeluaran lesen pelacuran halal ini juga akan membuka ruang kepada pelancung dari negara china untuk berkerjaya dengan lebih profesional kerana selama ini mereka kerap mengambil kesempatan di atas kapasiti pas lawatan sementara. Dengan kebenaran ini, ia memberi ruang kepada warga tempatan yang melalui kesempitan hidup agar mencuba nasib sebagai pelacur berlesen. Tidak kurang juga kekosongan jawatan sebagai bapak ayam berlesen.
Pihak kerajaan 1Malaysia memang prihatin keperluan semasa kerana Islam 1Malaysia itu adalah Islam yang mengikuti peredaran zaman. Kita sebagai rakyat yang bijak tidak harus hanya tahu memberi kritikan lantang semata-mata.
Tanpa kerajaan 1Malaysia, sudah pasti negara ini kucar-kacir dan berada di dalam kegelapan zaman. Kita akan ketinggalan arus sekiranya tidak menyokong kerajaan 1Malaysia kerana tanpa 1Malaysia, maka tiadalah jalan raya, tiadalah hospital, tiadalah sekolah, tiadalah empangan, tiadalah kapal selam yang tidak boleh menyelam, tiadalah pili air, tiadalah menara berkembar, tiadalah pusat judi 4 nombor ekor, tiadalah proton sagat, tiadalah litar F1, tiadalah masjid kristal berupa vincent tan, tiadalah macam-macam lagi dan mungkin juga, tiadalah agama...
Revolusi ini menuntut setiap nafas yang dihirup itu dibayar dengan keazaman menegakkan keadilan !!
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
Jumaat, Mei 07, 2010
GADIS MALANG YANG SUKA UNTUK DIMALANGKAN
Hilang ‘mahkota’ dalam tandas
MELAKA: Memualkan apabila seorang gadis berusia 14 tahun yang ponteng sekolah tergadai ‘mahkotanya’ selepas dipercayai melakukan perbuatan terlarang dengan seorang pelajar lelaki yang juga kenalannya di dalam tandas awam di pusat bandar ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari Selasa lalu, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di pinggir bandar ini baru mengenali pelajar lelaki tingkatan tiga berusia 15 tahun terbabit pada awal bulan lalu dan bertemu di sebuah pusat beli-belah di Bandar Hilir, dekat sini.
Bagaimanapun, rahsia mereka terbongkar selepas pihak sekolah remaja perempuan terbabit menghubungi ibunya bertanyakan mengapa anaknya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.
Tembelang gadis terbabit terbongkar selepas ditanya ibunya sebelum membuat laporan polis polis sehingga remaja lelaki terbabit ditahan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata remaja lelaki terbabit kini ditahan reman tujuh hari mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Katanya, siasatan lanjut mendapati pasangan berkenaan berkenalan pada awal bulan lalu apabila mereka bertemu secara kebetulan di bandar ini ketika sama-sama ponteng sekolah.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari Selasa lalu, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di pinggir bandar ini baru mengenali pelajar lelaki tingkatan tiga berusia 15 tahun terbabit pada awal bulan lalu dan bertemu di sebuah pusat beli-belah di Bandar Hilir, dekat sini.
Bagaimanapun, rahsia mereka terbongkar selepas pihak sekolah remaja perempuan terbabit menghubungi ibunya bertanyakan mengapa anaknya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.
Tembelang gadis terbabit terbongkar selepas ditanya ibunya sebelum membuat laporan polis polis sehingga remaja lelaki terbabit ditahan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata remaja lelaki terbabit kini ditahan reman tujuh hari mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Katanya, siasatan lanjut mendapati pasangan berkenaan berkenalan pada awal bulan lalu apabila mereka bertemu secara kebetulan di bandar ini ketika sama-sama ponteng sekolah.
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
SAMAN JANGAN TAK SAMAN!
Suami isteri saman polis, kerajaan RM4.75 juta
Saman itu dibuat melalui Tetuan M Manoharan & Co, menamakan Konstabel Razlan Mohd Khairi dan Koperal Abdul Wahab Ishak, sebagai defendan pertama dan kedua, manakala Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof; Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Kerajaan Malaysia, sebagai defendan ketiga, keempat, kelima dan keenam, dalam writ saman itu.
Pada kejadian itu, Siti Nusrinda mendakwa cedera di bahgian pinggang manakalasebutir lagi peluru mengenai tudungnya.
Selain itu, Siti Nusrinda juga menuntut agar anggota polis yang menembaknya dan Mohd Daud yang merupakan tunangnya ketika itu, menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat selama dua tahun.Katanya, tindakan itu sebagai pengajaran kepada anggota polis berkenaan supaya tidak lagi mengulangi kesilapan mereka.
Saman itu difailkan oleh peguamnya, M Manoharan, yang juga ahli dewan undangan negeri Kota Alam Shah.
Saman itu difailkan oleh peguamnya, M Manoharan, yang juga ahli dewan undangan negeri Kota Alam Shah.
Sebuah kereta peronda kemudiannya menghampiri mereka sambil menyalakan lampu beberapa kali. Pasangan itu mendakwa mereka ketakutan dan terus memecut.
Pihak polis dilaporkan terus mengejar dan tanpa amaran terus melepaskan beberapa tembakan.
Sebutir peluru menembusi kerusi penumpang dan mencederakan Siti Nusrinda di bahagian pinggangnya.
Mohd Fauzi yang memandu kereta itu kemudiannya memberhentikan kenderaan itu dan diberitahu mereka disiasat kerana memecut, berkhalwat dan menghalang tugas polis.
Mereka mendakwa, kedua-dua anggota polis keluar dari kereta peronda dan terus mengacukan pistol mereka ke arah mereka.
Sehubungan itu, sebagai plaintif, mereka memplidkan kedua-dua defendan pertama dan kedua cuai dan gagal dalam menjalankan tugas mereka sebagai anggota polis yang bertanggungjawab selain mereka tidak mengendahkan langsung kepentingan nyawa plaintif dan orang awam.
-malaysiakini-
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
Selasa, Mei 04, 2010
SEGELINTIR POLIS MEMANG DICIPTA UNTUK MENJADI SAMSENG
Terkini! POLIS Lagak Samseng di Shah Alam
May 3, 2010, Seorang pelajar kolej (gambar) cedera ketika polis menyerbu program belia anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam malam tadi.Serangan pihak polis benar-benar mengejutkan semua hadirin pengunjung dataran pada malam tersebut. Polis memasang perangkap untuk memerangkap para hadirin dengan mengadakan sekatan di semua jalan keluar dataran dan menyerang dari jalan masuk.
Saksi awal, En Adha (urusetia program) menyatakan, polis datang dan terus menendang-nendang hadirin yang ada di dataran Shah alam tanpa sebarang amaran awal sehingga mencetuskan keadaan panik. Ramai remaja yang baru selesai menonton program sedang berada di astaka Dataran dengan motosikal di letakkan dihadapan astaka.
Namun disebabkan cara serangan polis yang menyerang seolah-olah mahu menangkap mereka menyebabkan suasana menjadi panik dan mereka terus menghidupkan motosikal dan bergegas beredar dari tempat kejadian. Ada beberapa motosikal yan baru memasuki dataran nyaris ditendang oleh pihak Polis.
Insiden berterusan sehingga menyebabkan seorang remaja yang cuba bergerak dengan motosikalnya ke arah Quality Inn berlanggar secara sisi dengan sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut.
Pada waktu kejadian urusetia program dan beberapa ahli Dewan Pemuda PAS Shah Alam yang bersama-sama dalam program masih berlegar-legar ditempat program untuk berkemas-kemas pulang.
Motosikal yang terjatuh ini berjaya bangun kembali dan bergerak masuk ke arah Quality Inn, malangnya baru beberapa meter bergerak motornya ditendang oleh polis sehingga berlanggar dengan sebuah van yang sedang parking di situ.
Lebih malang lagi seorang anggota polis yang dikenali sebagai Izwan datang dan terus menendang penunggang motosikal yang telah sedia cedera akibat terkena cermin van tersebut.
Penunggang yang dikenali sebagai Mohd Nazmi Annuar Mohd Adil, 20, merupakan seorang pelajar Pusat Teknoloji dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) di Shah Alam adalah antara belia yang menyertai program anjuran kerajaan negeri Selangor itu.
Bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertanggungjawab terhadap satu perhimpunan aman.
Beliau mendakwa, mereka datang seolah-olah hendak berperang, dengan tiba-tiba menyerbu tempat tersebut tanpa sebarang amaran.
Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Azli Yusof yang menganggotai jawatankuasa pengajuran program tersebut berkata beliau terkejut dengan apa yang berlaku malam tadi.
Katanya, program tersebut yang mendapat sambutan menggalakan dari kalangan belia, tamat sekitar waktu tengah malam.
Beliau mendakwa, anggota polis secara tiba-tiba menyerbu ke arah mereka, sambil menendang motosikal mereka yang diletakkan di situ, menyebabkan kumpulan belia itu bertempiaran dari situ.
Ketika itulah, katanya beliau ternampak Mohd Nazrul, dekat Quality Inn, bertembung dengan kereta dan terjatuh.
Menurutnya, Mohd Nazrul bangun dan cuba menunggang motosikalnya, tetapi motosikalnya ditendang oleh seorang anggota polis, menyebabkan dia terlanggar sebuah van yang terletak di situ.
Azli berkata beliau sempat mengambil nama anggota tersebut - seorang konstabel - dan nombor perkhidmatannya.
Antara Konstabel - konstabel itu ialah Konstabel Sayuti yang telah yang telah menendang motorsikal remaja terbabit sehingga jatuh dan merempuh sebuah Van yang di letak kan di tepi sebuah kafe di dataran Shah Alam tersebut manakala Konstabel Izwan pula meluru kearah Remaja terbabit untuk memijaknya tetapi di halang oleh beberapa Pemuda PAS yang ada di situ.
Tragedi biadap itu menyebabkan para hadirin mula naik angin dengan sikap biadap polis dan mula menyerbu pihak polis. Apabila diaju dengan pelbagai persoalan demi persoalan oleh hadirin pihak Polis ternyata gagal memberikan alasan bagi tindakan biadap mereka itu. Saudara Nazmi telah pun jatuh dan tercedera mengapa perlu dipijak lagi???Keadaan Menjadi lebih kecoh apabila Inspektor Safuan mengajak Pemuda PAS yang cuba membantu Remaja terbabit untuk bergaduh dan ini telah membuat kan pemuda termasuk orang ramai bertambah berang.
Beberapa pemuda PAS Shah Alam yang menyedari peristiwa tersebut bertindak mengawal pengunjung, kerana rata-rata pengunjung sudah hilang sabar dengan sikap biadap polis tersebut. Kesemua pengunjung yang hadir menyalahkan sikap biadap polis tersebut.
Setelah pengunjung mengasak dengan beberapa persoalan yang tidak terjawab oleh pihak polis, akhirnya pihak polis membatalkan "Operasi Gila" tersebut dan menyatakan agar melupakan saja peristiwa malang pada malam tersebut. Ternyata orang ramai cukup kecewa dengan kebiadapan polis.
Ada hadirin yang menyatakan, sebelum ini mereka mempercayai apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Polis, namun selepas kes ini berlaku didepan mata mereka mula sangsi tentang cara Polis bertindak dalam menangani masalah sosial.
dilaporkan oleh : AMK Shah Alam
MOHAMAD AZHAN BIN HJ DESA
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
2
PANDANGAN
Ahad, Mei 02, 2010
Rashid Sidek dan Anaknya Disahkan Positif H1N1
KUALA LUMPUR : Jurulatih badminton perseorangan lelaki negara Abdul Rashid Mohamed Sidek disahkan positif Influenza A (H1N1).
Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata perkara itu disahkan oleh hospital swasta yang kini merawat Rashid dan seorang anak perempuannya yang juga disahkan positif jangkitan tersebut.
"Kami telah dimaklumkan oleh pihak hospital yang mengesahkan perkara itu dan tindakan susulan akan diambil oleh pihak ISN bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung wabak tersebut daripada tersebar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
Rashid dan anak perempuannya yang berusia lima tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan petang tadi setelah menunjukkan simptom-simptom dijangkiti H1N1.
Rashid merupakan salah seorang jurulatih skuad kebangsaan yang terlibat di dalam Kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber yang akan berlangsung mulai 9 hingga 16 Mei ini di Stadium Putra Bukit Jalil.
Sementara itu Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh berkata, satu pemeriksaan kesihatan akan dilakukan ke atas semua pemain skuad kebangsaan pada Isnin ini untuk memastikan mereka tidak dijangkiti virus tersebut.
Katanya ISN dan KKM juga akan membuat pemantauan teliti bagi membendung penularan wabak tersebut pada kalangan pemain skuad kebangsaan.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang dihubungi Bernama pula berharap kejadian tersebut tidak akan akan memberi kesan negatif kepada moral skuad negara.
"Saya harap pemain badminton negara terus cekal untuk hadapi kejohanan tersebut dan bebas dari wabak H1N1," katanya.
Zolkples berkata kemungkinan besar wabak H1N1 tidak akan berjangkit dengan pemain negara kerana Rashid dipercayai mendapat jangkitan itu di rumah.
Namun katanya pemantauan teliti perlu dibuat.
Era Pakatan
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
BUNUH BUKAN SEKADAR PERKARA MAINAN BAGI PEMUDA INI!!!
Ugut bunuh Nik Aziz, lagi laporan polis dibuat
Hafiz Irwan
Dalam profil sebelum ini, Safuan meletakaan ahli Umno pada bahagian pandangan pilitiknya.
Semalam juga, Dewan Pemuda PAS Pusat, turut membuat laporan sama bagi menggesa pihak polis menyiasat ugutan bunuh itu.
Ketuanya, Nasrudin Hassan semalam turut meminta supaya pergerakan Pemuda Umno menafikan bahawa Mohd Safuan ini adalah ahli mereka.
HARAKAHDAILY
Hafiz Irwan
PENGKALAN CHEPA, 2 Mei: PAS Kawasan Pengkalan Chepa, membuat satu laporan polis berhubung ugutan bunuh terhadap Mursyidul Am Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh seorang pemilik akaun facebook, yang dikenali sebagai Mohd Safuan Hilmi.
Setiausahanya, Hassan Mamat membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di Pengkalan Chepa, dekat sini.
Kehadiran beliau ditemani hampir 30 penyokong PAS.
"Saya membuat laporan ini kerana berpendapat kenyataan penulis itu adalah satu tulisan ataupun komen yang berunsurkan provokasi terhadap keselamatan dan juga satu ugutan jenayah secara terbuka terhadap seorang ketua sebuah kerajaan.
"Oleh itu kami (PAS) pohon pihak polis dapat membuat penyiasatan penuh dan seterusnya mendakwa penulis terbabit sebagaimana peruntukan undang-undang bagi mengelakkan budaya mengugut yang mengancam keselamatan orang lain daripada terus berleluasa" katanya ditemui di luar pejabat IPD.
Mohd Safuan, melalui laman web sosial facebooknya dikatakan telah menulis "Belum lengkap lagi sbb (sebab) sekor (seekor) lagi barua x (tidak) mati iaitu nik aziz. Tggu (tunggu) aku p (pergi) bunuh nik aziz dulu baru lengkap. Setan tu x layak duk kt (dalam) muka bumi ini lagi.
"Senang bunuh org (orang), tikam je, aku snggup (sanggup) dihukum gantung jika aku dpt (dapat) bunuh nik aziz al dajjal tu" katanya semasa berkomunikasi dengan salah seorang daripada rakan facebook.
Facebook Safuan Hilmi bagaimanapun di tutup selepas perkara itu menjadi perbincangan orang ramai di laman web sosial tersebut.
Dalam profil sebelum ini, Safuan meletakaan ahli Umno pada bahagian pandangan pilitiknya.
Semalam juga, Dewan Pemuda PAS Pusat, turut membuat laporan sama bagi menggesa pihak polis menyiasat ugutan bunuh itu.
Ketuanya, Nasrudin Hassan semalam turut meminta supaya pergerakan Pemuda Umno menafikan bahawa Mohd Safuan ini adalah ahli mereka.
HARAKAHDAILY
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
Sabtu, Mei 01, 2010
Muhyiddin demam, tidak hadir 2 majlis Umno di Janda Baik
KUALA LUMPUR, 1 Mei — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) dan retreat Umno yang diadakan di Janda Baik dekat ini semalam dan hari ini, dipercayai kerana demam.
Muhyiddin (kiri) yang juga Timbalan Presiden Umno telah dimasukkan ke hospital dan dijangka kembali bertugas Isnin ini.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri ada memaklumkan ketidakhadiran Muhyiddin pada kedua-dua pertemuan itu yang berlangsung di Pusat Latihan Umno, Janda Baik.
Mesyuarat MT diadakan petang semalam dan disusuli dengan retreat membabitkan ketua-ketua Umno bahagian yang membentangkan laporan KPI masing-masing.
Gambar majlis penyerahan borang masuk Umno oleh Adun Pelabuhan Klang, yang disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan juga menunjukkan Muhyiddin tidak menghadiri mesyuarat MT Umno semalam.
Beberapa pemimpin Umno menghadiri retreat berkata Perdana Menteri memaklumkan bahawa Muhyiddin mengidapi demam.
Bagaimanapun beliau dikatakan tidak memberikan butiran lanjut.
Ketua Umno Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed mengesahkan Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dimasukkan ke hospital kerana demam.
“Ya, beliau demam dan telah dimasukkan ke hospital. Tetapi tidak serius,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.
Muhyiddin dijadual untuk menghadiri Konvensyen Antarabangsa BIO di Chicago, Amerika Syarikat mulai 3 hingga 6 Mei ini.
Bagaimanapun difahamkan kemungkinan beliau tidak akan menghadiri pertemuan itu.
The Malaysian Insider
Muhyiddin (kiri) yang juga Timbalan Presiden Umno telah dimasukkan ke hospital dan dijangka kembali bertugas Isnin ini.
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri ada memaklumkan ketidakhadiran Muhyiddin pada kedua-dua pertemuan itu yang berlangsung di Pusat Latihan Umno, Janda Baik.
Mesyuarat MT diadakan petang semalam dan disusuli dengan retreat membabitkan ketua-ketua Umno bahagian yang membentangkan laporan KPI masing-masing.
Gambar majlis penyerahan borang masuk Umno oleh Adun Pelabuhan Klang, yang disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan juga menunjukkan Muhyiddin tidak menghadiri mesyuarat MT Umno semalam.
Beberapa pemimpin Umno menghadiri retreat berkata Perdana Menteri memaklumkan bahawa Muhyiddin mengidapi demam.
Bagaimanapun beliau dikatakan tidak memberikan butiran lanjut.
Ketua Umno Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed mengesahkan Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dimasukkan ke hospital kerana demam.
“Ya, beliau demam dan telah dimasukkan ke hospital. Tetapi tidak serius,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.
Muhyiddin dijadual untuk menghadiri Konvensyen Antarabangsa BIO di Chicago, Amerika Syarikat mulai 3 hingga 6 Mei ini.
Bagaimanapun difahamkan kemungkinan beliau tidak akan menghadiri pertemuan itu.
The Malaysian Insider
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
HARGA GETAH NAK JATUH PULAK???!
Harga getah dijangka jatuh
Harga getah Malaysia dijangka lebih rendah pada minggu depan kerana kekurangan permintaan berikutan cakap-cakap mengenai kekurangan bekalan dan cuti umum akan datang di Jepun dan China, kata para peniaga.
Bagaimana pun, para peserta kemungkinan memilih untuk melengahkan pembelian baharu dan kekal di luar pasaran sehingga harga mulai turun.
Bagi minggu yang baru berakhir, harga getah menjejaki penurunan mendadak di Bursa Komoditi Tokyo yang menyaksikan kontrak penanda aras turun di bawah paras sokongan 300 yen.
Ini menyebabkan arus jualan pada pasaran Jepun yang dirangsang oleh peserta yang mahu melupuskan kedudukan masing-masing sebelum cuti umum.
Berasaskan minggu ke minggu, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR20 merosot 51.5 sen kepada 1,009.5 sen sekg daripada 1,061.0 sen sekg Jumaat lepas manakala harga lateks pukal merosot kepada 17.5 sen kepada 757.0 sen sekg daripada 774.5 sen sekg sebelum ini.
Harga penutup tidak rasmi bagi SMR20 turun 57.0 sen kepada 1,001.0 sen sekg daripada 1,058.0 sen sekg pada minggu lepas dan harga lateks pukal turun 20.5 sen kepada 774.0 sen sekg daripada 753.5 sen sekg pada Jumaat lepas.
Bernama
Harga getah Malaysia dijangka lebih rendah pada minggu depan kerana kekurangan permintaan berikutan cakap-cakap mengenai kekurangan bekalan dan cuti umum akan datang di Jepun dan China, kata para peniaga.
Bagaimana pun, para peserta kemungkinan memilih untuk melengahkan pembelian baharu dan kekal di luar pasaran sehingga harga mulai turun.
Bagi minggu yang baru berakhir, harga getah menjejaki penurunan mendadak di Bursa Komoditi Tokyo yang menyaksikan kontrak penanda aras turun di bawah paras sokongan 300 yen.
Ini menyebabkan arus jualan pada pasaran Jepun yang dirangsang oleh peserta yang mahu melupuskan kedudukan masing-masing sebelum cuti umum.
Berasaskan minggu ke minggu, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR20 merosot 51.5 sen kepada 1,009.5 sen sekg daripada 1,061.0 sen sekg Jumaat lepas manakala harga lateks pukal merosot kepada 17.5 sen kepada 757.0 sen sekg daripada 774.5 sen sekg sebelum ini.
Harga penutup tidak rasmi bagi SMR20 turun 57.0 sen kepada 1,001.0 sen sekg daripada 1,058.0 sen sekg pada minggu lepas dan harga lateks pukal turun 20.5 sen kepada 774.0 sen sekg daripada 753.5 sen sekg pada Jumaat lepas.
Bernama
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
Istana rakam takziah pada mangsa tembak
Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU, 1 Mei: Kejadian kes tembak terhadap seorang kakitangan Istana Kelantan, Ramli Mohd pada jam 12.25 tengah malam tadi mendapat perhatian serius daripada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Baginda telah menitahkan agar Ketua Polis Kelantan memberi tumpuan untuk menyiasat segera kes itu secara terperinci dan menyeluruh.
Titah tersebut dibaca oleh Pengelola Istana Diraja Datuk Abdul Halim Hamad di sidang media hari ini.
Menurut Datuk Halim, mangsa adalah merupakan seorang yang berjawatan sebagai Pengawal Keselamatan di Istana Mahkota dan Istana Negeri.
Semasa kejadian, beliau baru habis bertugas dan ia berlaku di Kampung Sungai Nyior, Palekbang di kampung mangsa.
Mangsa yang berusia 50 tahun itu telah berkhidmat di istana selama 17 tahun dan merupakan seorang yang penuh dedikasi semasa bertugas, dilantik secara kontrak dengan istana.
Sebelum ini, beliau merupakan bekas tentera dan berkhidmat selama 15 tahun dan penuh berpengalaman telah diberi tugas sebagai pengawal keselamatan bagi keluarga diraja serta membantu tugas-tugas pengawal peribadi yang lain.
Datuk Halim juga berkata mangsa kini sedang dirawat di Wad Unit Kawalan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu dan dalam keadaan serius yang ditembak di dada dan peluru masih lagi berada dalam badan mangsa.
“Saya difahamkan semasa kejadian, mangsa tidak mempunyai apa-apa senjata termasuk senjata api,” katanya lagi.
Harakahdaily
KOTA BHARU, 1 Mei: Kejadian kes tembak terhadap seorang kakitangan Istana Kelantan, Ramli Mohd pada jam 12.25 tengah malam tadi mendapat perhatian serius daripada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Baginda telah menitahkan agar Ketua Polis Kelantan memberi tumpuan untuk menyiasat segera kes itu secara terperinci dan menyeluruh.
Titah tersebut dibaca oleh Pengelola Istana Diraja Datuk Abdul Halim Hamad di sidang media hari ini.
Menurut Datuk Halim, mangsa adalah merupakan seorang yang berjawatan sebagai Pengawal Keselamatan di Istana Mahkota dan Istana Negeri.
Semasa kejadian, beliau baru habis bertugas dan ia berlaku di Kampung Sungai Nyior, Palekbang di kampung mangsa.
Mangsa yang berusia 50 tahun itu telah berkhidmat di istana selama 17 tahun dan merupakan seorang yang penuh dedikasi semasa bertugas, dilantik secara kontrak dengan istana.
Sebelum ini, beliau merupakan bekas tentera dan berkhidmat selama 15 tahun dan penuh berpengalaman telah diberi tugas sebagai pengawal keselamatan bagi keluarga diraja serta membantu tugas-tugas pengawal peribadi yang lain.
Datuk Halim juga berkata mangsa kini sedang dirawat di Wad Unit Kawalan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu dan dalam keadaan serius yang ditembak di dada dan peluru masih lagi berada dalam badan mangsa.
“Saya difahamkan semasa kejadian, mangsa tidak mempunyai apa-apa senjata termasuk senjata api,” katanya lagi.
Harakahdaily
BERITA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT
0
PANDANGAN
Langgan:
Catatan (Atom)











