"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, April 01, 2010

Syabab Race menggegarkan Kawasan Parit

                    Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit merasmikan program Syabab Race


28 Mac 2010 - Buat julung-julung kalinya, Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit telah menganjurkan program yang bermotifkan seperti explorace namun diberi nafas baru iaitu Syabab Race. Syabab yang bermaksud Pemuda melambangkan jati diri para peserta yang gagah dan perkasa. Kegagahan para pemuda diserlahkan lagi dengan kesepakatan untuk memakai berbaju hijau bersimbolkan ikon rakyat, Datuk Seri Ir. Haji Nizar Jamaludin pada program yang berlangsung di Parit pada hari Ahad lalu.


                                               Plan perjalanan program Syabab Race

                      Antara peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan Syabab Race.




                  Saudara Al-Hakimi As-Syah Alami selaku pengarah membuat ucapan alu-aluan.

Program yang direncana dengan penuh keunikan ini berjaya menghimpunkan hampir seratus orang anak muda termasuk para petugas. Keunikan program Syabab Race jelas terserlah apabila peserta yang dibahagikan kepada 3 orang satu kumpulan dikehendaki menyiapkan tugasan yang memberikan 'milage politic' kepada PAS dalam mengejar status johan pertandingan.

                       Tetap tersenyum riang walaupun disimbah dengan bahang mentari yang panas

Kepuasan dapat membersihkan kubur dalam salah satu 'checkpoint'


Program ini telah bermula di Dewan Darul Mubarak, Parit hinggalah ke Kampung Belanja Kiri dengan hanya berjalan kaki. Setiap kumpulan dikehendaki berjalan sejauh hampir 6km untuk menyiapkan tugasan seperti melukis pelan lokaliti, membersihkan kubur, membersihkan surau, mengemaskini mtd, menghias pasti dan memancing bendera pas.

Nikmat berjemaah jelas tergambar di wajah para pemuda ini semasa di 'check point' membersihkan masjid

           Bukan sekadar ikan sahaja yang boleh dipancing, Bendera Pas pun turut boleh dipancing!

                     Peserta bergambar riang dengan 'hasil tangkapan'. Waah.. berapa kilo tu bang? :)

Alhamdulillah. Pasangan suami isteri ini mengisi borang PAS pada hari ini. Tidak sia-sia datang melancong ke Parit.


Keunikan pertandingan ini jelas terserlah apabila peserta dikehendaki untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 3 pengundi baru dan 2 orang ahli pas baru bagi setiap kumpulan. Alhamdulillah, dalam masa lebih kurang 2 jam sahaja, hampir30 pengundi baru berjaya didaftarkan dan berpuluh-puluh lagi orang ramai di pekan Parit mendaftar sebagai ahli PAS.

Keghairahan untuk bertanding dan merebut kejohanan yang menawarkan RM150 bagi tempat pertama sama sekali tidak menyebabkan para pemuda PAS melupakan kebajikan masyarakat. Buktinya, di 'chekcpoint' yang terakhir, para peserta diminta untuk menanam pokok buah-buahan seperti rambutan, mangga, langsat dan banyak lagi di beberapa rumah yang terpilih. Bukan itu sahaja, galakan markah bonus menyamarakkan lagi semangat peserta melakukan aktiviti tambahan dengan mengemas dan membersihkan persekitaran rumah yang rata-ratanya terdiri dari orang susah dan memerlukan bantuan.

                         Ketua Pemuda , Ust Zaidan sendiri turun padang menjadi peserta program.

Pengarah program, Saudara Al-Hakimi As-Syah Alami menyebut bahawa program-program yang dianjurkan seperti inilah yang dinanti dan ditunggu oleh masyarakat. Walaupun penyertaannya terdiri dari Pemuda Pas Kawasan Parit, namun impak program tersebut amat dirasai oleh masyarakat setempat. Beliau menyifatkan program ini membuktikan bahawa PAS adalah milik semua dan bersifat inklusif dan bukannya ekskusif. Beliau juga menyentuh bahawa rata-rata masyarakat yang ditemui oleh pemuda PAS semasa pertandingan melahirkan rasa kekaguman atas kesantunan dan budi bahasa pemuda PAS.

  Ust Zaidan , KP Kawasan Parit bersama Pengarah Program, Saudara Al-Hakimi As-Syah Alami

Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit, Ustaz Zaidan Abd Ghani juga mengambil kesempatan memuji kegigihan para pemuda Pas meredah keperitan panas mentari sambil bibir terus memapar senyuman ikhlas kepada masyarakat. Beliau menyifatkan para pemuda Pas berjaya membawa dengan baik moto pemuda iaitu "Duta Penyelamat dan Kasih Sayang".

     Jentera Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit yang merealisasikan Duta Penyelamat dan Kasih Sayang

Program yang bermula jam 8 pagi itu berakhir pada jam 2 petang dengan jamuan tengahari yang ditaja oleh mantan Calon Dun Belanja, Ustaz Mohd Ismi Mohd Taib merangkap Timbalan YDP Kawasan Parit. Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada kepimpinan Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit yang proaktif dalam menarik minat anak muda untuk menyokong Pas.

DPPK PARIT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!