"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Mei 06, 2011

Pemuda Pas Parit Prihatin : Selesai Masalah Rakyat




Parit,  – Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit sekali lagi menunjukkan rasa prihatin dan cakna terhadap masalah rakyat apabila mengunjungi penduduk kampung di Parit 8 tempohari sekaligus menghulurkan sedikit bantuan kebajikan. Rombongan tersebut telah diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit, Ustaz Shah Hakimi Shah Alami dan turut disertai oleh beberapa Exco Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit.


Program ziarah kebajikan semalam telah singgah di dua buah rumah penduduk yang dalam keadaan daif serta serba kekurangan. Seorang penduduk kampung Parit 8 yang diziarahi tempohari yang hanya mahu dikenali sebagai Din berkata, beliau berasa sangat terharu atas keprihatinan Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit akan nasibnya yang ditimpa strok kecil seterusnya menyebabkan tidak mampu untuk mencari sumber pendapatan dan terpaksa bergantung harap kepada ehsan isteri dan anak-anaknya.


Din yang juga ahli Umno Kawasan Parit melahirkan rasa kecewa dengan pimpinan Umno Kawasan yang langsung tidak menjenguk beliau dan bertanya khabar walaupun merupakan penggerak kuat Umno di cawangan beliau. Dalam kesempatan ziarah tersebut, Din telah menyatakan hasrat untuk menyertai PAS dan bersedia untuk menjadi penggerak PAS yang kuat di cawangan beliau.


Dalam ziarah di rumah yang kedua, Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit begitu tersentuh akan nasib seorang ibu tunggal yang tinggal dalam sebuah rumah yang begitu kecil tidak berbilik dan tidak mempunyai elektrik. Kedaifan hidup ibu tunggal tersebut semakin menghibakan kerana beliau baru sahaja kehilangan sumber pendapatan utamanya iaitu mencari buah luruh di ladang kerana peraih yang selalu membeli buah tersebut telah berpindah ke tempat lain.


Memetik ucapan Ustaz Shah Hakimi semasa program Ceramah Isu Semasa pada sebelah malamnya, “Pemuda Pas Kawasan Parit akan mencari alternative pekerjaan untuk kedua-dua buah rumah yang baru sahaja diziarahi ini. Insya Allah, dalam masa terdekat, Pemuda Pas Kawasan Parit akan bergotong royong membantu membina bangunan baru untuk ibu tunggal yang amat memerlukan bantuan tersebut. “


Menurut beliau, “Rakyat di Kawasan Parit ini seharusnya memahami bahawa UMNO sudah tidak relevan untuk menjadi wakil rakyat di kawasan ini kerana masalah rakyat seperti di dua buah rumah ini sudah lama berlaku dan sampai sekarang masih tidak ada penyelesaian sedangkan ianya boleh diselesaikan. “


Ustaz Shah Hakimi menegaskan lagi bahawa, “Sekarang sudah masa untuk rakyat memilih PAS dan Pakatan Rakyat sebagai wakil rakyat mereka demi membela nasib dan kebajikan mereka.”

Dppk Parit

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!