"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Ahad, Januari 30, 2011

KEMPEN BN

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdM8Q5OKXrajiZXxGT6A4gOAVNcVWOQwXQZuz_b1NBUXitsGBG6_sAxpvx_FmMZMf1H25hO1XRsMota228EwxYsg16y5BzUM5qHJJK6kjrvM6d81t-V9jyru7-R9DRP7mSgt5j91JhPrs/s1600/FDAFDAFASFASFSAD.jpg;



DPPK PARIT

Cina nyanyi 'The moon is my heart' bersama Nizar

Cina nyanyi 'The moon is my heart' bersama Nizar

LABIS, 30 Jan: Walaupun hujan lebat namun
kira-kira 800
penduduk Cina pekan Labis setia mendengar
ceramah yang
diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat
malam tadi.

Yang menariknya, mereka dengan penuh ghairah
turut
menyanyi
bersama Datuk Seri Nizar Jamaludin apabila beliau
menyanyikan
lagu Cina, "The moon is my heart" (Bulan adalah hatiku).

Walaupun jam sudah menunjukkan waktu 11.30 malam
namun
mereka masih setia mendengar ucapan demi ucapan dari
para
pemimpin DAP, PAS dan PKR di pusat operasi DAP di pekan
Labis itu.

Di seberang jalan, MCA juga mengadakan majlis ceramah
namun hanya kira-kira 30 penonton menyertainya.

Jika suasana sokongan ini boleh diterjemahkan dengan
undi esok,
nescaya calon Pakatan dari PAS, Cikgu Normala Sudirman
akan mendapat majoriti undi Cina esok.

Teresa Kok yang turut berada di situ menyifatkan hujan
yang
turun ini umpama kerja tuhan membersihkan segala daki
rasuah di atas
bumi Labis ini.

Selain beliau, turut berada di situ adalah Teng Chan
Khim dan Tony Pua.


sumber

PAS kesal dihalang berkempen



LABIS, 29 Jan: PAS kesal dengan sikap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang didakwa berat sebelah terhadap Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, kekesalan tersebut ekoran SPR gagal memastikan semua parti bertanding berhak mengakses ke semua kawasan yang terlibat dengan PRK tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada maklumat yang diterima daripada petugas parti bahawa mereka tidak dibenarkan masuk berkempen di Ladang Labis Utara dan Ladang Bukit Datuk.

"Kenapa BN boleh masuk berkempen, Pakatan Rakyat tak boleh masuk?

"Sepatutnya semua pengundi ada hak untuk akses maklumat daripada kedua-dua parti," kata beliau pada sidang media harian dekat sini, hari ini.

Tambahnya apabila petugas parti memaklumkan perkara demikian kepada SPR, mereka berkata perkara tersebut di bawah kuasa pemilik ladang berkenaan.

"Kita bawa peguam kita jumpa SPR,tapi mereka kata itu terpulang kepada pemilik ladang. Tapi kita katakan SPR bertanggungjawab dalam memastikan rakyat mendapat maklumat," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar SPR dapat mengambil tindakan segera memandangkan hari ini merupakan hari terakhir kempen.

Sementara itu, beliau berkata Pakatan Rakyat akan berhimpun di Dataran Cikgu Mala malam esok bagi mendengar keputusan PRK ini.

"Kita akan adakan perhimpunan untuk dengar keputusan di Dataran Cikgu Mala malam esok samaada menang atau kalah, kita tak kisah," katanya. 


sumber

Rabu, Januari 26, 2011

Bohong: PAS desak calon BN tarik diri






LABIS, 26 Jan: PAS mendesak calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim supaya menarik diri kerana berbohong mengenai isu melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.

Pengarah PRK Dun Tenang, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa isu tersebut masih belum selesai walaupun Azahar menafikannya.

“Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang, di sini, sebentar tadi.

Pemimpin PAS yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Anuar Tahir, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad di samping Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS menambah, isu tersebut bukannya serangan peribadi terhadap Azahar sebaliknya rakyat perlu menilai untuk memilih wakil rakyat yang berintegriti.

Katanya, integriti perlu menjadi perkara serius yang mesti dipertanggungjawabkan kepada mana-mana individu untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Sepertimana yang pihak media ketahui semalam kami telah membangkitkan tentang isu integriti dan kompetensi calon Umno untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Tenang dalam keadaan beliau tidak telus dan mempunyai rekod buruk menyalahguna kuasa beliau sebagai mantan Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat untuk melelong tanah Encik Mansor Bin Mohamad dengan secara tidak sah pada 1/12/2003 dengan harga RM 70,000.

Kami ingin menambah bahawa hartanah Encik Mansor Bin Mohamad yang dilelong secara tidak sah oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat adalah berukuran lebih kurang 8 ekar maka kami percaya rakyat dapat menilai kemunasabahan hartanah seluas 8 ekar tersebut hanya dijual pada harga RM70,000 sahaja.

Dalam reaksinya kepada kenyataan akhbar kami semalam, calon Umno antara lain menyatakan isu yang kami bangkitkan tersebut sudah selesai (lihat Malaysiakini 25 Januari 2011)

Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri.

Bagi menyangkal kenyataan calon Umno bahawa isu yang kami bangkitkan semalam telah selesai kami terangkan maklumat-maklumat berikut dengan para pengundi di DUN Tenang seperti berikut.

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa beliau mengendalikan isu pelelongan hartanah Encik Mansor bin Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta.

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas keempat-empat Defendan tersebut, calon Umno telah dijadikan sebagai Defendan Pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.

Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ).

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan calon Umno sendiri diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno tersebut.

Fakta-fakta di atas menujukkan sekali lagi bahawa calon Umno tidak bersikap telus bukan sahaja kepada rakyat di DUN Tenang sebaliknya kepada partai Umno dan BN itu sendiri.

Hakikatnya fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa ini masih berterusan di Mahkamah.

Mengapakah calon Umno dalam keadaan berhadapan dengan fakta-fakta yang kami nyatakan di atas masih enggan bersikap telus dan terus terang kepada para pengundi di DUN Tenang dengan mengakui bahawa isu kecuaian dan kelalaian beliau dalam melelong hartanah rakyat yang lemah masih belum selesai di Mahkamah dan belum selesai?

Berdepan dengan fakta-fakta yang kami sajikan di atas kami percaya satu-satunya jalan keluar bagi calon Umno untuk membersihkan namanya, jika beliau masih ada saki baki integriti dan harga diri, adalah dengan menarik diri sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Dun Tenang. Bagaimanakah calon yang terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa sebagai penjawat awam dan kini berdepan dengan isu tuntutan RM1.5 juta dari Puan Norhana binti Mohd Ali masih mempunyai kredibiliti untuk mewakili rakyat di DUN Tenang?

Bagaimanakah calon Umno masih kekal dalam penafian untuk terus menjadi calon Umno dan mewakili rakyat di DUN Tenang sedangkan kerana angkara dan tindakan beliau, beliau telah mendedahkan Kerajaan Negeri Johor kepada satu risiko yang tinggi iaitu terdapat kemungkinan besar Kerajaan Negeri Johor akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar gantirigi berjumlah RM1.5 juta. Jika itu yang berlaku bukankah wang rakyat Negeri Johor terpaksa digunakan sekali lagi untuk membayar gantirugi gantirugi RM1.5 juta tersebut?
 

Selasa, Januari 25, 2011

GAMBAR MENARIK MINGGU INI

'



SUMBER

Calon BN cuai sebagai ADO

LABIS, 25 Jan: Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil Dun Tenang didakwa cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai kerajaan sebelum ini dan pernah disaman kerana melelong tanah tanpa pengetahuan tuan tanah.


Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mendedahkan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim didapati cuai dan lalai ketika memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga disaman pada tahun 2004 oleh tuan tanah, Mansor Mohamad.


Katanya, Azahar yang dikenali dengan panggilan Tok Ai telah disaman di Mahkamah Tinggi Muar melalui Saman Pemula No: 24 (L) - 674-2004 berkaitan kes siasatan hartanah HS (M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat.


Menurut beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian Azahar yang ketika itu sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah mengakibatkan satu Perintah Jualan ke atas hartanah Mansor Mohamad pada 18 September 2009.


"Kerana kecuaian Tok Ai tanah tersebut secara tidak sah telah dilelong pada 1 Disember 2003 dengan harga RM70,000," ujarnya.


Beliau kesal dengan kecuaian Tok Ai yang menyebabkan tuan tanah, Mansor menjadi mangsa kezaliman kerana hartanahnya dilelong kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan beliau.


Justeru kata beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian itu telah mengakibatkan nama baik dan intergriti Pejabat Pentadbir Tanah Segamat terjejas teruk sekaligus menghakis keyakinan rakyat pada ketelusan Pejabat Tanah Daerah Segamat.


Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Asnawi telah membenarkan tuntutan Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat pada 29 Januari 2008 dengan kos akibat kecuaian Tok Ai mengendalikan isu tersebut.


Salahudin yang juga Pengarah Pilihan Raya Dun Tenang mempersoalkan mengapa calon yang telah dibuktikan oleh Mahkamah cuai dan lalai dalam melaksanakan tugas awam masih dicalonkan untuk PRK Dun Tenang.


"Tidakkah tindakan Umno ini membuktikan Umno tidak menghiraukan isu integriti dan kompetensi seorang calon bagi mewakili rakyat atau pengundi Dun Tenang," tegasnya.


Beliau yakin dengan pendedahan itu membuktikan bahawa Umno memang sengaja menyembunyikan fakta-fakta tersebut kerana bimbang pengundi Dun Tenang akan menolak calon Umno-BN.


Merujuk rekod buruk Tok Ai, Azahar Ibrahim, PAS yakin dan percaya rakyat Dun Tenang tidak akan tertipu dengan janji-janji manis beliau untuk menyelesikan maalah tanah di Labis.




Ini kerana katanya, fakta dan keterangan tersebut jelas menunjukkan tanah rakyat dengan mudah telah dilelong dengan secara tidak sah.


"Kami menyeru pengundi Dun Tenang jangan gadaikan maruah dan masa depan anak bangsa dengan memilih calon Umno yang terbukti didapati bersalah oleh Mahkamah kerana menganiayai rakyat," tegasnya.


Salahudin menegaskan pendedahan itu bukan merupakan serangan peribadi calon tetapi ia menyentuh isu integriti dan kelayakan Azahar (Tok Ai) untuk menjadi calon di Dun Tenang.


SUMBER

Sabtu, Januari 22, 2011

Cikgu Mala sedia bawa suara rakyat ke Dun Johor

LABIS, 22 Jan: Calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman berazam untuk membawa suara wanita ke Dun Johor dan mengajak para guru untuk membuat perubahan.
Normala yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala yakin pengundi di Tenang sudah berani membuat perubahan dengan memberi undi kepadanya seterusnya menambahkan kerusi Pakatan Rakyat di Dun Johor.
"Saya yakin pengundi mampu dan berani membuat anjakan paradigma dan sebenarnya pencalonan  ini satu pengiktirafan yang diberikan kepada golongan wanita khususnya dan mewakili seluruh golongan pendidik di Malaysia.
"30 Januari ini pengundi di Dun Tenang akan membuat satu kejutan dan perubahan demi kelangsungan masa depan anak bangsa dan membawa permasalahan mereka ke Dun Johor dan menjadikan tujuh kerusi untuk Pakatan Rakyat di Dun Johor," kata beliau pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis, dekat sini hari ini.
Normala juga berkata, beliau sudah bersedia untuk memikul amanah dalam memberikan khidmat kepada rakyat khusunya di Dun Tenang.
"Alhamdulillah, Allah bagi satu keberanian untuk saya membuat satu perubahan kerana saya telah iltizamkan dalam diri saya perjuangan ini untuk mencari keredhaan Allah," katanya tenang.
Justeru, bekas guru itu menyerahkan kepada pengundi untuk membuat pilihan terbaik pada 30 Januari nanti.
"Saya sangat optimis dan berkeyakinan mandat itu akan diberikan dan saya percaya pengundi di Dun Tenang mampu membuat pilihan terbaik.
"Pengundi sudah bijak untuk membuat pilihan dan saya serahkan kepada mereka pada 30 Januari ini," katanya.
Turut bersama pada sidang media itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

sumber

Khamis, Januari 20, 2011

Pemuda PAS Perak serah Surat Permohonan mewartakan fatwa kepada Mufti

Last Updated on Thursday, 20 January 2011 12:38

sumber

GODAM BLOG MUSLIMAT, LAPORAN POLIS AKAN DIBUAT

Sebuah laman blog muslimat Kawasan di Perak telah berjaya digodam oleh celakawan dari blogger yang berniat jahat.Berita dari sahabat yang mahu merahsiakan nama blog tersebut mengatakan, update terbaru menayang dan memaparkan/mempromosikan laman lucah antarabangsa.

Kemungkinan laporan polis bakal dibuat bagi menangkap blogger tersebut yang menggunakan BRAND PARTI ISLAM SEMALAYSIA dan  MUSLIMAT PAS.Harap maklum.

Keputusan Speaker Selangor tepat, tiada unsur dendam


SHAH ALAM, 20 Jan – Keputusan Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Kim mengistiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang adalah tepat dan menjadi tugas beliau sebagai seorang speaker, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Haniza Talha.

Beliau turut menolak kenyataan Badrul Hisham Abdullah, yang menyifatkan tindakan keputusan Speaker DUN adalah semata-mata ingin membalas dendam bagi pihak Pakatan Rakyat yang marah dengan tindakannya keluar meninggalkan PKR pada Oktober 2009.

“Apabila seorang wakil rakyat tu tak hadir ke sidang, melebihi tempoh 6 bulan atau tempoh yang ditetapkan (6 bulan tak hadir kira dah langgar peraturan) jadi speaker mengisytiharkan kerusi wakil rakyat tu sebagai kosong, memang kuasa speakar.

“Dia (speaker) hanya menjalankan tugas sebab itu diperuntukkan dalam peraturan tetap, dia kena mengumumkanlah. Dalam undang-undang tubuh memang ada dinyatakan secara spesifik tuan speaker mengumumkan kerusi tersebut sebagai kosong,” katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Semalam, Speaker DUN Selangor mengumumkan bahawa kerusi DUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah kosong setelah ADUN itu tidak hadir ke sidang DUN sejak Julai 2010.

Keputusan dibuat mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN selama lebih setengah tahun.


 sumber

Selasa, Januari 18, 2011

Isa Samad Dedah Pekung UMNO Tak Berapa Faham Islam, Maka itu Ada Penari Seksi Dan Bir


Penari seksi dan Isa Samad di jamuan 1Malaysia

Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam.

Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Bekas Menteri Besar Negri Sembilan Mentri Besar itu yang berjaya merampas kerusi Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 2009 mengalahkan calon PAS - menjadikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran utamanya.

Sambil menuduh Anwar sebagai penipu, Isa memberikan contoh 'peristiwa 16 September' di mana ketua pembangkang itu mendakwa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan yang mencukupi bagi mengambil-alih kerajaan dan kabinet bayangan yang dijanjikannya itu.

"Mana menteri kabinet bayangannya? Adakah mereka bercakap mengenai ekonomi dan pembangunan? Tidak ada. Kabinet bayangan pun tidak nampak.

"Semua ini tipu. Kita - BN sudah memerintah negara lebih 50 tahun. Kita tidak perlu berjanji seperti janji 100 hari. Kita berusaha setiap hari,” kata Isa yang berkemeja T jingga dengan tertera logo 1Malaysia.

"Saya kenal Anwar, kami belajar di universiti yang sama dan kami sama-sama dalam Umno. Jika beliau ikhlas mahu menolong Melayu, Cina dan India, dia sepatutnya lakukan ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu.

"Parti pembangkang cekap memutar-belit. Mereka boleh memutar dari 180 darjah kepada 360 darjah.

Tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya Anwar,” kata Isa sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.

Isa juga tidak melepaskan peluang menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP.

"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa.

Ulasan GB

Tahniah UMNO/BN. Pekung anda semakin ternganga. 1Malaysia dengan bir dan wanita seksi. Dan Boss FELDA, Isa Samad dedahkan:

Kita (UMNO) sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham.



sumber

Isnin, Januari 17, 2011

Berita Sedih dari Kedah

Maahad Qiraat Musnah Dijilat Api


Alor Setar: “Kebakaran ini terlalu pantas dan tidak sampai 10 minit api marak sehingga memusnahkan keseluruhan bilik,” kata Ahmad Firdaus Lokman, 25, pelajar Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zalifah di Lorong Pak Mat Kastam, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini, awal pagi semalam.

Gambar: PELAJAR sekolah agama Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zalifah di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar, semalam, menyusun sebahagian kitab yang masih boleh digunakan dan gambar kanan pula pelajar membantu mengangkat zink yang rosak selepas maahad itu terbakar. - Foto Shahrizal Md Noor

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, kebanyakan pelajar bercuti, manakala sebahagian kecil tinggal di beberapa bilik di tingkat atas bangunan dua tingkat itu.

Ahmad Firdaus berkata, ketika kejadian, dia berehat dalam sebuah bilik di tingkat atas bangunan terbabit apabila ternampak api marak membakar bahagian atas pusat pengajian itu.

Katanya, dia memanggil rakannya, Abdul Rufie Ismail, 19, yang berada di bilik bersebelahan supaya menyelamatkan diri dan memberitahu pengetua mereka, Mohd Rodhi Abdul Rahman, 41, mengenai kejadian itu.

Kebakaran itu menyebabkan lima pelajar yang tinggal di situ tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka termasuk pelbagai kitab pengajian.

“Kami cuba memadamkan api, tetapi ia marak terlalu cepat dan menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

“Kebakaran ini merosakkan banyak barang milik saya termasuk komputer bimbit, telefon, buku, kitab, pakaian, dompet dan wang tunai dianggarkan bernilai lebih RM5,000.

“Saya sedih dengan kejadian ini kerana pada Ogos nanti saya akan menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir, namun dengan kejadian ini, ia menyukarkan saya ke sana,” katanya.

Sementara itu, Mohd Rodhi berkata, maahad itu yang dibina sejak 1998 mempunyai 65 pelajar, termasuk 11 perempuan yang berusia antara 13 dan 25 tahun.

Mohd Rodhi berkata, kebakaran itu menyebabkan mereka kerugian kira-kira RM150,000.

“Ketika kejadian saya mengadakan mesyuarat bersama lima guru di tingkat bawah sekolah dan terdengar riuh-rendah orang ramai di luar bangunan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan dari Balai Bomba Jalan Raja, Mohamad Shukri Nayan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.57 pagi dan mengerahkan tiga jentera bersama 14 anggota untuk memadamkan api.



SUMBER

Sokong larang pekerja Islam di premis arak


Kenyataan akhbar ini merujuk kepada isu garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya yang melarang umat Islam daripada bekerja di premis yang menjual arak.
Dalam hal berkenaan arak, Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran:-
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).” (Maksud Surah Al Maidah ayat 90-91)
Islam dengan tegas melarang meminum arak dan sebarang minuman yang memabukkan bertujuan untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan manusia. Demikian juga, semua agama di dunia melarang meminum arak dan sebarang minuman yang memabukkan.
Kemudaratan arak dan implikasi negatifnya ke atas peminum arak memang sudah jelas samada daripada aspek kesihatan mahu pun sosial. Menyedari kemudaratan arak ini, kerajaan Amerika Syarikat pernah mengharamkan penjualan, pengilangan dan pengangkutan arak melalui pindaan kepada Perlembagaan negara itu yang dinamakan The Eighteenth Amendment yang telah dibuat pada 16 Januari 1919. Volstead ActNational Prohibition Act pula telah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat pada bulan Oktober tahun yang sama. Walau bagaimanapun, pada 22 Mac 1933 Presiden Franklin Roosevelt menandatangani undang-undang baru menggantikan Volstead Act dengan membenarkan pengilangan dan penjualan arak tertentu. Kemudian pindaan Perlembagaan pula dibuat pada 5 Disember tahun 1933 melalui Twenty First Amendment bagi membatalkan Eighteenth Amendment tersebut.
Tindakan tersebut membawa kesan negatif yang besar kepada keadaan sosial masyarakat di negara tersebut seperti meningkatnya kes keganasan rumahtangga dan kadar kemalangan jalanraya akibat pemandu mabuk. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat begitu juga di England, Wales, Kanada dan Afrika Selatan mendapati bahawa terdapat korelasi yang ketara antara ketagihan arak oleh suami atau isteri yang mengakibatkan meningkatnya kes keganasan rumahtangga yang parah terhadap pasangan masing-masing. Di samping itu, statistik tahun 2008 menunjukkan bahawa di Amerika Syarikat kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol telah menyumbangkan 37% atau 13,846 daripada sejumlah 37,261 kes kemalangan maut di seluruh negara tersebut. Sudah pasti kita tidak mahu fenomena sedemikian berlaku di negara ini.
Salah satu prinsip yang telah diakui oleh Islam ialah apabila Islam telah mengharamkan sesuatu, maka wasilah, cara atau jalan apapun yang membawa kepada perbuatan haram itu, maka hukumnya adalah juga haram. Oleh kerana itu, kalau Islam mengharamkan zina misalnya, maka semua pendahuluan dan apa saja yang dapat membawa kepada perbuatan zina itu, adalah diharamkan juga. Contohnya dengan menunjukkan perhiasan diri atau aurat yang tidak sepatutnya, bersekedudukan (“co-habitation”), pergaulan dan seks bebas, pornografi, berkhalwat, nyanyian-nyanyian yang mengasyikkan yang mendorong kepada zina dan yang seumpamanya. Dari sinilah, maka para ulama ahli fiqah membuat suatu kaedah: “Apa saja yang membawa kepada perbuatan haram, maka hukumnya adalah haram”.
Selain dariapda itu, terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Termidzi seperti berikut:
"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, 10 golongan:-
(1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya,(5) yang minta dihantarnya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya."
Berdasarkan hadis tersebut jelaslah bahawa yang dilarang bukan hanya ke atas peminum arak sahaja tetapi juga golongan yang lain termasuklah mereka yang bekerja menghasilkan, menghidangkan dan mengangkut arak tersebut. Anggapan sebahagian masyarakat Islam bahawa yang dilarang hanyalah meminumnya sahaja adalah kurang tepat.
Sehubungan dengan perkara di atas, kami dengan ini mengambil pendirian sebagaimana berikut:-
Menyokong usaha Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang mengeluarkan garispanduan melarang pekerja beragama Islam bekerja di premis yang menjual Arak. Sudah tiba masanya masyarakat Islam dan bukan Islam di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya disedarkan bahawa implikasi penggunaan arak adalah lebih banyak berbentuk negatif daripada positif.
Menggalakkan masyarakat Islam mencari rezeki dan pendapatan daripada sumber-sumber yang halal kerana rezeki yang halal membawa keberkatan dalam kehidupan. Kami juga yakin bahawa sumber rezeki dan peluang pekerjaan begitu luas di mukabumi Malaysia yang makmur dan kaya dengan hasil mahsulnya. Jika tidak masakan begitu ramai pendatang asing yang datang bekerja di negara ini. Walau bagaimanapun, kami mengalu-alukan pengumuman kerajaan Negeri Selangor mewujudkan skim khas bagi membantu pekerja-pekerja Islam yang akan berhadapan dengan masalah kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat penguatkuasaan garis panduan tersebut.
Menggesa agar semua pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor mencontohi usaha yang baik yang dimulakan oleh MPSJ ini.
Menyeru pihak berkuasa terutama Pejabat Tenaga Rakyat dan Kesatuan Sekerja agar dapat membela nasib pekerja-pekerja beragama Islam yang terpaksa terlibat di dalam mengilang, menjual, mengangkut dan menghidangkan arak tanpa kerelaan mereka. Pihak majikan seharusnya prihatin akan perkara ini dengan membenarkan pekerja tersebut diberikan pilihan sama ada hendak terlibat ataupun tidak, tanpa sebarang diskriminasi ke atas pekerja beragama Islam tersebut.
Menyeru masyarakat sama ada Islam atau bukan Islam agar bersama-sama membenteras penggunaan arak terutama di kalangan golongan muda, yang menjadi salah satu punca gejala sosial yang berleluasa dalam negara kita ini. Kami juga menyeru agar golongan muda memilih gaya hidup sihat tanpa arak yang akan menjamin kesejahteraan fizikal dan minda mereka dalam menghadapi tekanan kehidupan yang begitu mencabar.
Tarikh: 17 Januari 2011 bersamaan 12 Safar 1432H
Penandatangan:
1. Pertubuhan IKRAM Malaysia, (IKRAM) Negeri Selangor
Tn Hj Mazmi Kamal
TYDP IKRAM Negeri Selangor
(Pemangku YDP IKRAM Negeri Selangor)
HP No.: 013-233 8135
E-mail: atau mazmikamal@gmail.com
2. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Negeri Selangor
Tn Hj Mohammad Kamal Bin Mohammad Rathi
YDP JIM Negeri Selangor
HP No: 012-2917217
E-mail: mkmr2001@yahoo.com
3. Pertubuhan IKRAM Malaysia,(IKRAM) Daerah Subang Jaya
Ustaz Hajar Opir
YDP IKRAM Daerah Subang Jaya
HP No: 019-277 1713 

Sumber

Sabtu, Januari 15, 2011

HEBATNYA POLIS PARIT

Ceramah Adun Hulu Kelang,Saari Sungib pada 16 Januari ini ditukar sebanyak beberapa kali.Poster yang siap dicetak sepatutnya akan diadakan di Markaz Kg Kuchai,Lambor Kiri,akhirnya ditukarkan ke Markaz Tarbiah Pas Kawasan Parit di Kg Titi Gantong.

Entah yang keberapa kali pegawai besar polis bersenang hati ibarat bermain bola sepak,sekejap bagi permit,kemudian tak bagi permit,kemudian tarik permit dan kemudian bagi permit dan kemudian nak mahukan bukti tuan tanah izin ke tak izin ke.Sebijik macam passing bola.

Persoalannya,adakah kita suka dijadikan seperti bola hanya semata2 merasakan polis akan beri kerjasama dan permit?Adakah kita sudah lupa bagaimana bayak kes-kes dimahkamah,[kita menang] menyebelahi PAS yang kononnya buat ceramah tak ada permit walaupun dalam premis sendiri.

Sampai bila mahu begini?Bermain bola itu memang boleh,tapi dijadikan seperti bola itu,pantang sekali.Fikir-fikirkanlah,sudah sampai waktu jangan lagi meminta permit,buat saja,dan risiko kita semua sudah pasti tahu.

Selain harga diri,apa lagi yang anda ada wahai orang PAS?

MAT MISKIN

Jumaat, Januari 14, 2011

PUTARBELIT DARI MALAYSIAKINI

Isu SUK: Hasan Ali, PAS Selangor nafi belakangi Pakatan





KUALA LUMPUR, 14 Jan — PAS Selangor berkata rakan komponen Pakatan Rakyat itu komited dengan pendirian kerajaan negeri dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan memanggil sidang khas Dewan Undangan Negeri 24 Januari ini untuk meminda perlembagaan negeri.

Dalam kenyataan dikeluarkan bagi menjelaskan laporan menggambarkan Pesuruhjayanya Datuk Dr Hasan Ali (gambar) ‘menyokong’ pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri baru, PAS Selangor berkata, pihaknya juga menolak sebarang bentuk campur tangan kerajaan pusat.

“Sesungguhnya PAS Selangor menolak sebarang bentuk campur tangan dan gangguan dari kerajaan persekutuan berhubung pelantikan khasnya para pegawai kanan negeri tanpa melibatkan kerajaan negeri dalam prosesnya,” kata Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir.

Sidang khas Dewan Undangan Negeri hujung bulan ini bertujuan mengembalikan kuasa istana dan negeri dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor.

Laporan media kelmarin, yang dilihat yang pertama secara terbuka sejak Hasan pulang dari luar negeri, beliau dipetik berkata masih yakin isu berhubung pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri akan dapat diatasi.

Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam dilaporkan berkata, tidak wujud masalah apabila Khusrin melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkannya.

Katanya, isu-isu berkenaan dapat diatasi dengan cara rundingan dan komunikasi yang baik.

Tambahnya, beliau akan dapat bekerjasama dengan baik dengan Khusrin memandangkan beliau telah mempunyai pengalaman seperti itu dalam kerajaan.

Kata Hasan, isu yang timbul susulan daripada pelantikan Khusrin lebih banyak disebabkan amalan biasa tidak dipatuhi.

Sehubungan itu kata Roslan Shahir, Hasan dan pemimpin-pemimpin kanan PAS Selangor telah mengunjungi Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan video rakaman sepenuhnya sidang media kelmarin juga telah dipertontonkan kepada beliau petang semalam.

“PAS Selangor ingin menegaskan kenyataan akhbar dibuat Dato Hasan semalam (kelmarin) di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru adalah selaras dengan arahan parti dan Presiden PAS,” katanya.

Kata Roslan Shahir, PAS Selangor kesal kenyataan dibuat pada sidang akhbar tersebut telah diputarbelitkan sehingga menggambarkan seolah-olah PAS Selangor bersetuju dengan proses pelantikan Khusrin dan terpisah dari pendirian Pakatan Rakyat Selangor dan kerajaan negeri.

Katanya, PAS Selangor sedang menimbang untuk mengambil tindakan tegas terhadap Malaysiakini kerana melaporkan perkara yang tidak benar dan berbentuk fitnah.

Dalam laporan terbaru semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberikan ingatan kepada pimpinannya di Selangor supaya tidak bertindak atau membuat kenyataan yang berbeza dengan pendirian yang telah diputuskan parti itu seperti yang dinyatakan oleh presidennnya baru-baru ini.

Dipetik Harakahdaily, Mustafa berkata, parti itu bersama dengan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan bahawa mereka akan menyokong penuh pucuk pimpinan kerajaan negeri di Selangor dalam menghadapi isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Antaranya adalah menyokong penuh cadangan meminda perlembagaan negeri untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan pegawai kanan kerajaan negeri sebagaimana yang diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor.

Pemimpin utama PAS pada Ahad lalu berhimpun di Stadium Malawati, Shah Alam bagi menunaikan solat hajat dan menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kerajaan negeri Selangor.

Hasan juga dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang antara lain berkata, beliau boleh bekerja dengan Khusrin kerana beliau pernah bekerja dengan kerajaan.

Hasan juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana “ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada.”

“Jika mereka buat piket, kita akan bermasalah,” kata Hasan. (MalaysianInsider) 
 

Selasa, Januari 11, 2011

USTAZ MISBAH KEMALANGAN...DOAKAN BELIAU SELAMAT




Dipetik daripada http://pastanjungmalim.blogspot.com

Mantan Setpol MB Perak Kemalangan

Sebentar tadi, Pas Kawasan Tg Malim dimaklumkan tentang berita kemalangan yang melibatkan mantan Setiausaha Politik MB Perak yang sah, iaitu AF Ustaz Misbahul Munir.

Beliau yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur bersama anaknya telah terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS laluan antara Tg Malim dan Behrang. Kejadian berlaku ketika hujan lebat.

Ketika kejadian, kereta yang dinaiki oleh beliau dipandu oleh anaknya telah terbabas. Keadaan kereta beliau remuk.

Beliau dikejarkan ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan. Sejurus selepas itu, beliau terus dibawa ke Hospital Besar Ipoh untuk rawatan lanjut.

Menurut AF Ust Mohd Shafie, AJK Pas Kawasan Tg Malim, keadaan luka di kepala beliau agak parah, namun kedua-dua anaknya dilaporkan dalam keadaan stabil, hanya cedera ringan.

Marilah semua berdoa agar AF Ustaz Misbahul Munir diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan bersama Gerakan Islam dan Pakatan Rakyat.

Pihak Pas kawasan Tg Malim mengucapkan takziah atas ujian yang menimpa AF ustaz dan berharap keluarga dan sahabat handai terus bersabar dan berdoa kesejahteraannya.

Gambar di bawah menunjukkan keadaan kenderaan beliau...









http://pastanjungmalim.blogspot.com

DPPK PARIT

Ahad, Januari 09, 2011

Pelancong Warga Ireland Maut Digigit Dua Ekor Anjing Rottweiler

GEORGE TOWN: Seorang pelancong warga Ireland maut diserang dua ekor anjing jenis Mogul semasa dia bersama teman wanitanya sedang mengambil gambar di sebuah ladang Organik di Balik Pulau dekat sini Ahad.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zin berkata Sullivan Maurice, 50, meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kaki, bahu, dada, pipi kiri, dagu serta kening, di samping putus telinga, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi.

Beliau berkata Maurice meninggal dunia di tempat kejadian manakala teman wanita lelaki Ireland itu, yang merupakan seorang warga Poland berumur 28 tahun, tidak cedera.

"Lelaki itu diserang seekor anjing betina dan seekor anjing jantan milik pemilik ladang berkenaan. Kedua-dua pelancong itu dipercayai bermain dengan empat ekor anjing milik pemilik ladang tersebut semalam. Dua daripada anjing itu terbabit dalam serangan pagi ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Maurice berada di ladang itu atas jemputan pemilik ladang berkenaan, dan beliau menginap di penempatan homestay berhampiran.

Hatta berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat warga Ireland itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - BERNAMA
 
SUMBER

DPPK PARIT

Memerangi khurafat Melayu di Tenang






Kamus Dewan mendefinisikan khurafat sebagai kepercayaan yang karut, dongeng. Apabila disebut khurafat, antara perkara yang terbayang di fikiran kita ialah mandi safar atau mandi tolak bala, kenduri pecah perut, kenduri tolak bala, upacara mendirikan rumah baru, upacara penyembelihan ayam hitam, cukur jambul dan banyak lagi.


Umumnya semua umat Islam tahu bahawa mempercayai dan mengamalkan perkara-perkara khurafat adalah berdosa kerana haram hukumnya. Namun Khurafat jenis ini telah semakin berkurangan kerana kebanyakan generasi baru sama ada telah celik Islam dan meninggalkan amalan-amalan ini.


Ada juga yang tidak mengamalkan perkara-perkara khurafat tersebut kerana mereka berasa amalan tersebut kolot dan ketinggalan zaman. Bukan kerana kefahaman melalui agama.


Namun, ramai yang tidak sedar masih ada khurafat yang lebih besar daripada khurafat di atas. Khurafat jenis ini memang pernah dibincangkan tetapi masih dalam kerangkan kecil-kecilan.


Memandangkan masyarakat Malaysia telah semakin cerdik, maka wajar khurafat jenis ini dibincangkan kembali dengan lebih serius. Antara khurafat yang besar dan masih diamalkan oleh sebahagian rakyat Malaysia ialah “Hanya Umno-BN boleh memerintah negara”. Khurafat jenis ini hendaklah dimasukkan sekali dalam kempen Pilihan raya Kecil Dun Tenang, Johor supaya orang Melayu terutamanya di Felda Tenang terbuka sedikit mindanya.


Selama lebih 50 tahun khufarat jenis ini berjaya memukau kebanyakan pengundi terutamanya orang Melayu. Selama tempoh itu jugalah apa sahaja tindakan Umno-BN disandarkan kepada khurafat ini. Rakyat ketika itu menerima penyelewangan, penindasan, penipuan dan sebagainya kerana percaya khurafat yang mengatakan pihak lain tidak boleh mentadbir negara.


Jika pihak lain yang memerintah rakyat akan susah kerana siapa nak buat jalan raya, sekolah, masjid, universiti. Siapa yang nak bagi subsidi atau insentif, siapa nak bagi air dan elektrik. Hanya Umno-BN yang boleh bagi semua itu. Begitulah khurafat yang ditanam selama ini ke dalam minda rakyat khususnya yang masih duduk di bawah tempurung.


Khurafat jenis ini memang payah nak diubah. Ada banyak faktor yang menyukarkan mengikis khurafat jenis ini. Hal ini kerana khurafat jenis ini turut dianuti oleh sesetengah ahli agama. Kadang kala sukar dipercayai bagaimana ahli agama turut terpengaruh. Adakah kerana RM? Padahal sudah terang lagi bersuluh, rezeki datangnya dari Allah, tugas pemimpin hanyalah mengagih-agihkan mengikut keperluan masyarakat. Bukan untuk dibolot oleh diri sendiri, ataupun ahli keluarga yang tidak layak.


Lihat sahaja sejarah Umar Abdul Aziz. Semasa menjadi Perdana Menteri atau khalifah, baginda telah memberi kata dua kepada isteri kesayangannya Fatimah Abdul Malek, “Pilih aku atau gelang di tanganmu”. Fatimah memilih suaminya, Umar. Gelang hadiah daripada ayahanda dimasukkan ke dalam baitul mal.


Bukan ahli agama tidak tahu kisah Umar Abdul Aziz ini. Mereka buka sahaja tahu kisah ini, malah tahu ciri-ciri orang yang sepatutnya diangkat sebagai pemimpin. tetapi mungkin mereka sayangkan RM dan pangkat maka mereka buat-buat tak tahu.


Apabila ahli agama sendiri meletakkan hukum berlandaskan RM, apalah diharapkan rakyat marhaen ini. Mujurlah masih ada ahli agama yang tidak tertarik dengan RM. Mereka inilah yang benar-benar menjadi “ulama pewaris para nabi”. Mereka mengorbankan peluang untuk senang kerana mempertahankan Islam yang sebenar.


Ulama pewaris para nabi bukan sahaja perlu berhadapan dengan pemimpin yang zalim, rakyat yang jahil bahkan terpaksa berhadapan dengan golongan “ahli agama RM”.


Ahli agama RM ini diangkat oleh pihak pemerintah agar segala kegiatan khurafat mereka dapat diselindungkan. Maka rakyat yang buta mata hatinya akan lebih mudah dipengaruhi. Selain ahli agama, mana-mana penjawat awam yang mempunyai kepercayaan khurafat ini dengan mudah dinaikkan pangkat ke kedudukan yang strategik dalam kerajaan. Mereka secara tidak langsung menjadi mata dan kepala untuk memerhatikan dan mengawal mana-mana kakitangan kerajaan yang tidak berpegang kepada khurafat ini.


Golongan yang paling ramai menganuti khurafat ini kebanyakannya warga emas, warga Felda, dan para pecinta RM. Lihat sahaja dalam PRU12 pada tahun 2008 yang lalu. Salah satu kubu kuat penganut tegar khurafat ini datangnya dari kawasan Felda. Berapa banyak kerusi yang dimenangi oleh Umno-BN bersandarkan kelompok ini.


Jika khurafat ini berjaya dihapuskan atau setidak-tidaknya dikurangkan, bukan sahaja Dun Tenang, malah Malaysia pun boleh dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Majdan Dagang



DPPK PARIT

SUK: Jangan dua kali dipatuk dari lubang sama

  
Krisis perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang dipaksakan kepada YAB Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah jelas lagi terang merupakan agenda UMNO/BN yang dikepalai oleh DS Najib Razak. Hanya orang-orang yang naif atau bodoh bendul sahaja yang tidak mempercayainya. Sesungguhnya krisis tersebut adalah sesuatu yang dapat dielakkan jika Ketua Setiausaha Negeri (KSN) bersikap professional terhadap tugasnya serta tidak merelakan agenda politik UMNO/BN menjadi faktor pertimbangan langsung dalam menilai kesesuaian sesuatu perlantikan SUK dimana-mana negeri pun.
SUK adalah Pegawai Kerajaan yang paling tinggi dalam hairaki sebuah perkhidmatan awam Negeri. Perkhidmatan awam adalah agensi perlaksana dasar-dasar Kerajaan yang ditentukan oleh rakyat melalui Kerajaan yang mereka pilih setiap 4-5 tahun. MB pada hakikatnya dipilih oleh rakyat untuk merangka dasar-dasar politik, sosial dan pembangunan yang disukai rakyat. Kalau MB gagal memahami kehendak rakyat, dia akan dijatuhkan melalui pilihanraya. MB adalah ketua eksekutif Kerajaan Negeri dan SUK bekerja secara amanahnya untuk rakyat sesebuah negeri melalui usaha sungguh-sungguhnya dan ketaatannya kepada Kerajaan hari itu (goverment of the day). SUK tidak boleh mempunyai agenda lain daripada itu. Walaupun beliau boleh menerima arahan-arahan perkhidmatan secara umum daripada KSN tetapi dalam mematuhi polisi-polisi pentadbiran beliau sesungguhnya bekerja dibawah arahan MB. Itulah rasional kenapa sebelum perlantikan mana-mana SUK baru, MB perlulah dirujuk oleh KSN dan bukan dipaksakan kepada beliau untuk menerima. Sukar sangatkah untuk KSN melakukan sedemikian. Lainlah jika beliau ada agenda lain.
Tidak timbul langsung perlantikan seorang Ketua Polis Negeri, Ketua Briged Tentera, Pengarah Kastam atau Pengarah Imegresen Negeri perlu dirujuk kepada MB ! Kononnya jika perlantikan SUK perlu dirujuk kepada MB maka nantinya perlantikkan Ketua Polis Negeri dan lain-lain yang disenaraikan diatas juga mesti dirujuk kepada MB. Inilah kekhuatiran MP Kulim yang sebenarnya menyerlahkan kedunguan dan kecelaruan pemikiran beliau. Kalau tak tahu lebih baik senyap !
Kenapa isu perlantikan Dato Khusrin sebagai SUK Selangor terpaksa diharungi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor ? Sebaiknya terima sajalah dengan mudah. Boleh tutup episod hitam ini dan Kerajaan Selangor tidak terpalit dengan pelbagai fitnah yang sudah dan bakal dicetuskan oleh UMNO dan juak-juak medianya khusus Utusan Malaysia. Di Malaysia ini hanya UMNO dan Perkasa sahaja yang taat kepada Raja! Apa sahaja krisis yang dipaksakan oleh UMNO kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri PR, fitnah yang akan dijual kepada rakyat ialah Pakatan Rakyat derhaka Raja.
Rasulullah pernah berpesan dalam satu sabdanya yang bermaksud: orang Islam tidak akan dipatuk 2 kali dari lubang yang sama; maksudnya jangan lakukan kesilapan yang sama berulang kali. Untuk memahami apa yang berlaku rakyat boleh belajar daripada pengalaman Kerajaan PR Perak (Mac 2008-Februari 2009) yang mempunyai SUK yang tidak ¡®mesra PR¡¯ (not PR friendly). Tindakan-tindakan SUK Perak tersebut perlulah dibaca sekali dalam semangat bahawa sejak awal-awal lagi Najib dan lanun-lanun politik di Perak sudah mengetus pelbagai agenda dan menyatakan secara terbuka untuk menjatuhkan Kerajaan PR Perak  walau dengan apa cara sekalipun ¨C termasuk perangkap rasuah dan sex, culik Wakil Rakyat dan lain-lain.
Apa yang telah berlaku di Perak?
Di awal-awal pemerintahan PR ada taklimat tertutup dan sulit pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri supaya tidak memberikan kerjasama terbaik kepada Kerajaan PR. Antaranya pastikan perolehan Kerajaan Negeri (hasil cukai dan lain-lain) tidak dikutip sungguh-sungguh. Biarkan Kerajaan tidak cukup dana.
Banyak rahsia-rahsia mesyuarat Exco yang bocor dalam waktu yang tidak munasabah pantasnya.
Beberapa cadangan-cadangan pelaburan yang melibatkan pelabur-pelabur asing sengaja dilewatkan surat menyuratnya.
Berlaku peristiwa dimana SUK Perak dikesan hadir dalam majlis di bangunan Pejabat UMNO Negeri sedangkan ada majlis rasmi Kerajaaan Negeri.
Pernah Setiausaha Dewan Negeri Perak (pegawai dibawah SUK) diarah untuk hadir dalam mesyuarat di pejabat UMNO Negeri  bagi merancang rampasan kuasa Speaker DUN Perak yang sah.
Beberapa hari menjelang sidang DUN Perak, dewan DUN Perak dikatakan dibenarkan dicerobohi oleh bomoh pawang kurafat pelaku syirik dalam keadaan dewan tersebut sepenuhnya di bawah kuasa pentadbiran SUK.
Dalam sidang DUN Perak dirsertai puluhan orang polis bahkan dikesan membawa senjata api memasuki dewan DUN Perak sedangkan dewan tersebut sepenuhnya dibawah kuasa SUK.
Banyak lagi yang boleh ditulis, namun sebagai persiapan supaya Kerajaan Selangor tidak dijatuhkan oleh lanun-lanun politik UMNO secara yang sama dengan Perak, lebih baik Kerajaan PR Selangor berpatah tulang dan mandi keringat lebih awal sebelum nantinya berputih mata ! Sebagai renungan untuk difikir bersama perhatikanlah 2 fakta ini :
i)         SUK Perak sekarang mempunyai jawatan hakiki yang sudah melayakkan beliau memegang jawatan KSU di Putrajaya. Beliau sudah pegawai turus (SUK hanya jusa A) tetapi tetap menjadi SUK Perak. Terloponglah pegawai-pegawai lain tak dapat naik pangkat jadi SUK hanya kerana agenda UMNO/BN. Mengapa KSN tidak berlaku adil dan ikut amalan biasa urusan kenaikan pangkat.
ii)        Seorang pegawai kanan yang pernah menjadi pengarah SPRM Perak diberikan gelaran Dato¡¯ 2 bulan setelah rampasan kuasa di Perak. Umum mengetahui peranan beliau yang jahat dalam komplot rampasan kuasa tersebut (SPRM menyediakan pelacur-pelacur untuk perangkap sex Adun-Adun PR). Adalah menjadi amalan bagi pegawai-pegawai Kerajaan anugerah Dato adalah melalui cadangan (recommendation) SUK di Negeri masing-masing.
Beberapa kesimpulan dapat dibuat supaya rakyat, pegawai-pegawai Kerajaan lebih-lebih lagi institusi istana disemua Negeri dapat menilai seadil-adilnya tindakan-tindakan UMNO mutakhir ini.
UMNO/BN tidak memperdulikan ketenteraman dan keharmonian rakyat asal sahaja agenda mabuk kuasa mereka tercapai.
Keputusan rakyat dalam pilihanraya yang walaupun berat sebelah kepada UMNO/BN tidak akan pernah dihormati.
Aturan kenaikan pangkat pegawai Kerajaan dibakul sampahkan  dan senioriti tidak penting sekiranya anda tidak sanggup jadi perkakas UMNO/BN.
Institusi Raja boleh dihina atau disanjung berdasarkan keperluan agenda mengikut kesesuaian nafsu politik UMNO/BN.
Undang-undang peraturan hanya perlu dipatuhi jika bersesuaian dengan nafsu UMNO/BN. Di Negeri-Negeri UMNO/BN berkuasa : Sultan dikatakan Raja berperlembagaan dan Speaker DUN ada kuasa mutlak. Di Negeri-Negeri PR mentadbir dikatakan Sultan berkuasa sebagai ¡°absolute monarch¡¯ dan speaker DUN tiada kuasa apa-apa pun. Anehnya mahkamah Malaysia  mengabsahkan diri sebagai rakan kongsi UMNO untuk menafikan keadilan kepada rakyat.
Sesungguhnya Allahlah pemilik kuasa mutlak. Kita makhluknya hanyalah insan-insan kerdil yang bakal memasuki neraka Allah jika kita membelakangkan keadilan dan mendakap kezaliman.  
Dr Khairuddin Abdul Malik,
Ahli Majlis Perunding MAPIM.

DPPK PARIT

Ganas!!!Polis serbu belum sempat ceramah




KUALA LUMPUR, 9 Jan: Belum pun sempat Pentas Pemuda yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Titiwangsa bermula, lebih kurang 20 orang anggota polis terus menyerbu Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa kira-kira jam 7 malam tadi.


Eizat, salah seorang ahli Pemuda PAS Titiwangsa telah dikasari sehingga pakaian beliau koyak rabak hanya kerana enggan memberikan kad pengenalan kepada pihak polis tanpa sebab.


Beliau yang pada masa itu berseorangan, cuba melepaskan diri tetapi ditangkap dan dicekup dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

Polis memberikan alasan bahawa ceramah yang diadakan pada malam tadi tidak mendapat permit polis walaupun ceramah akan diadakan di kawasan premis persendirian dan tidak mengikut peraturan.


Salah seorang polis yang mengetuai operasi itu, Azman pula mengatakan bahawa ceramah boleh diteruskan dengan syarat ia dibuat di dalam Pejabat Pusat Khidmat dan tidak boleh menggunakan pembesar suara kerana kononnya akan mengganggu orang lain.


Walaubagaimanapun ceramah akhirnya dapat diteruskan seperti biasa selepas wakil peguam PAS, ZulHazmi berunding sendiri dengan OCPD Zulkarnain.


Eizat juga akhirnya dibebaskan kira-kira jam 9 malam dan ketibaan beliau dengan baju yang koyak rabak di sambut dengan laungan takbir oleh pemuda-pemuda PAS.


Antara pemidato yang memberikan ceramah pada malam tersebut dengan tema Masa Untuk Berubah ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi, Ahli Parlimen padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria, Ustaz Firdaus Jaafar (MP Jerai) dan Suhaizan Kaiat.


Suhaizan dalam ceramah beliau juga turut menegaskan bahawa ceramah pada malam itu sah dan tidak perlu mendapatkan permit polis kerana diadakan di dalam kawasan premis persendirian.


"Kalau ini pun tak boleh, masjid pun tak bolehlah azan, tak bolehlah solat berjemaah sebab tak dapat permit," seloroh beliau.


Eizat dan Pemuda PAS Titiwangsa juga dijangka akan membuat laporan polis di atas tindakan polis yang tidak bertamadun tersbut.


"Polis sudah melampau, sepatutnya kejadian seperti ini tidak akan berlaku sekiranya polis bertindak profesional," kata Suhaimi, Ketua Dewan Pemuda PAS Titiwangsa.


SUMBER

Rabu, Januari 05, 2011

NUH DAN PERAHUNYA

Bahteri Nuh, Cuba Buktikan Secara Ilmiah..

AL-QURAN, telah merakamkan banyak kisah-kisah sejarah lalu, antaranya ialah kisah Nabi Nuh AS dan bahteranya. Umatnya ditenggelamkan Allah sebagai pengajaran, kerana ingkar tidak mengikut petunjukNya.

Kini ada yang cuba membuktikan secara ilmiah. Sejak tahun 1949, sudah ditemukan lokasinya dan kemudian dilakukan penggalian oleh penelitian sekumpulan ahli antropologi yang dipimpin oleh Prof. Ron Wyatt di Turki sejak tahun 1977.

Berikut ini adalah sebahagian foto-fotonya.

1. Awal Penemuan

Pemotretan awal oleh Angkatan Udara AS di 14,000 kaki (sekitar 4.600 meter). Kemudian, awal tahun 1960, berita dalam Life Magazine: Pesawat Tentara Nasional Turki menangkap sebuah benda mirip perahu di puncak gunung Ararat yang panjangnya 500 kaki (150 meter) yang diduga perahu Nabi Nuh AS (The Noah’s Ark)

2. Foto-foto tahun 1999-2000


Siri pemotretan oleh Penerbangan AS IKONOS tahun 1999-2000 tentang dugaan adanya perahu di Gunung Ararat yang tertutup salju.
3. Peta Lokasi Perahu Nabi Nuh
5. Tapak Perahu Nabi Nuh sebelum dibersihkan
picture2.jpg
6. Pengukuran di Atas Perahu

7. Struktur Perahu menurut para arkeologi yang menemukannya
picture3.jpg
8. Bentuk Perahu Nabi Nuh AS

The Real Noah’s Ark! Top Points to Consider


10 Hal Penting untuk Diketahui tentang Perahu Nabi Nuh:!!
  1. It is in the shape of a boat, with a pointed bow and rounded stern. Bentuknya adalah perahu dengan deknya berbentuk bundar/melingkar.
  2. Exact length as noted in biblical description, 515 feet or 300 Egyptian cubits. (Egyptian not Hebrew cubit would have been known to Moses who studied in Egypt then wrote Genesis.) Panjangnya seperti dinyatakan Bible adalah 515 kaki atau 300 cubit Mesir [± 160 meter.
  3. It rests on a mountain in Eastern Turkey, matching the biblical account, “The ark rested . . . upon the mountains of Ararat” Genesis 8:4. (Ararat being the name of the ancient country Urartu which covered this region.) Perahu ini terdampar di Timur Turki, selaras dengan pernyataan Bible, “Perahu itu terdampar … di atas pegunungan Ararat” (Genesis 8:4). (Ararat adalah sebutan untuk negara kuno Urartu yang meliputi wilayah ini.
  4. Contains petrified wood, as proven by lab analysis. Dari pengujian makmal, perahu itu adalah kayu yang sudah membatu.
  5. Contains high-tech metal alloy fittings, as proven by separate lab analyses paid for by Ron Wyatt, then performed later by Kevin Fisher of this web site. Aluminum metal and titanium metal was found in the fittings which are MAN-MADE metals! Dari beberapa pengujian berasingan, bahannya mengandung metal yang sangat kuat dan berteknologi tinggi. Metal alumunium dan titanium ditemukan menyatu yang dibuat tangan manusia.
  6. Vertical rib timbers on its sides, comprising the skeletal superstructure of a boat. Regular patterns of horizontal and vertical deck support beams are also seen on the deck of the ark. Bingkai timah vertikal pada sisi-sisinya menunjukkan kerangka struktur perahu yang canggih. Pola-pola yang sama pada dek melintang dan menegak yang memperkuat balok-balok tiang juga terlihat di atas dek perahu.
  7. Occupied ancient village at the ark site at 6,500 ft. elevation matching Flavius Josephus’ statement “Its remains are shown there by the inhabitants to this day.” Lokasi perahu itu menutupi sebuah desa kuno di ketinggian 6.500 kaki (2275 meter.
  8. Dr. Bill Shea, archaeologist found an ancient pottery sherd within 20 yards of the ark which has a carving on it that depicts a bird, a fish, and a man with a hammer wearing a headdress that has the name “Noah” on it. In ancient times these items were created by the locals in the village to sell to visitors of the ark. The ark was a tourist attraction in ancient times and today. Dr. Bill Shea, seorang antropologi, menemukan pecahan-pecahan tembikar sekitar 18 meter dari perahu yang memiliki ukiran2 burung, ikan, dan orang memegang palu dengan memakai hiasan kepala yang bertuliskan “Nuh.” Pada zaman kuno, barang-barang tersebut dibuat oleh penduduk lokal di desa itu untuk dijual kepada para pengunjung perahu. Sejak zaman kuno hingga sekarang, perahu tersebut telah menjadi lokasi pelancongan.
  9. Recognized by Turkish Government as Noah’s Ark National Park and a National Treasure. Official notice of its discovery appeared in the largest Turkish newspaper in 1987. Sekarang ini lokasi itu dijadikan Taman Nasional Perahu Nabi Nuh dan Warisan Nasional. Pejabat setempat menyebutkan berita liputan penemuan perahu tersebut muncul dalam akhbar terbesar Turki pada tahun 1987.
  10. Visitors’ center built by the government to accommodate tourists further confirms the importance of the site. Bangunan Pusat Turis dibangun oleh Pemerintah untuk mengakomodasi pelancong agar mengetahui pentingnya lokasi tersebut.
  11. Huge anchor stones were found near the ark and in the village Kazan, 15 miles away, which hung off the rear of the ark to steady its ride. Jangkar batu besar ditemukan dekat perahu di Desa Kazan, berjarak 15 mile (24 meter) yang menggantung di bahagian belakang perahu untuk mengokohkan tumpangan.
  12. The ark rests upon Cesnakidag (or Cudi Dagi) Mountain, which is translated as “Doomsday” Mountain. Perahu terletak di atas Gunung Cesnakidag yang diertikan sebagai “Gunung Kiamat.”
  13. Dr. Salih Bayraktutan of Ataturk University stated, “It is a man made structure, and for sure it’s Noah’s Ark” Common Sense. This same article also states “The site is immediately below the mountain of Al Judi, named in the Qur’an as the resting place of the Ark.” Houd Sura 11:44. Dr. Salih Bayraktutan dari Universiti Ataturk menyatakan “ Perahu ini adalah struktur yang dibuat manusia dan kerana itu, ia yakin ini adalah Perahu Nabi Nuh.” Artikel itu juga menyatakan, “Lokasinya di Gunung Judi yang disebut dalam Al-Qur’an sebagai tempat pendaratan bahtera.” Surat Hud ayat 44.
  14. Radar scans show a regular pattern of timbers inside the ark formation, revealing keels, keelsons, gunnels, bulkheads, animal chambers, ramp system, door in right front, two large barrels in the front 14′ x 24′, and an open center area for air flow to all three levels. Imbas radar menunjukkan pola timah yang tetap di dalam betuk sebuah perahu, ada balok-balok kayu besar di dasar perahu, dinding pemisah, kandang-kandang binatang, sistem lorong-lorong jalan dalam perahu, pintu bahagian hadapan, dua tong besar berukuran 14’x24’, dan sebuah pusat area terbuka untuk ruang udara di tiga tingkat ruangan dalam perahu.
Sekian, Wallahu aklam.

Ikutilah selanjutnya..

sumber

GILA BOLA!