"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Mac 25, 2011

Begini lah agaknya konspirasi Anwar

Sabtu, Mac 19, 2011

Blogger terus diburu menjelang pilihanraya-che'GuBard


Kenyataan Media
19 Mac 2011

Solidariti Anak Muda M'sia (SAMM) mendapat berita hampir tgh malam tadi kediaman adik Hanief seorang blogger yg porpular dgn pembikinan klip video informatif dan mengkritik regim telah ditahan dan rumahnya diserbu. Semua komputer termasuk milik ahli keluarga yg lain dirampas oleh pihak berkuasa tanpa memberi alasan munasabah.

SAMM melihat ini tindakan terdesak regim penguasa yg tertekan dengan gerak kerja anak muda yg bangkit dgn perbagai cara menumbangkan regim khususnya dalam meningkatkan kesedaran rakyat menggunakan media baru. Dalam mood pilihanraya yang mungkin dalam masa terdekat ini blogger dijadikan sasaran untuk ditakutkan. Baru saja blogger Din Binjai (sharpshooter) disaman Menteri propaganda Bn, kini adik Hanief dan keluarganya pula menjadi mangsa.

SAMM melihat ini perkembangan ini sebagai serius dan mengecam tindakan penguasa ini.
che'GuBard sendiri pernah berdepan dengan tangkapan gunakan alasan tulisan di blog walaupun diyakini tangkapan adalah berkaitan kerana hari tersebut baru saja pulang dari diskusi buku Misteri disebalik Pembunuhan Altantuya di Jakarta. Komputer cheGuBard dirampas termasuk cubaan memasuki Ibupejabat PKR menggunakan kes tersebut. Namun setelah disusahkan sebegitu rupa kes tersebut tidak dilanjutkan kerana ternyata atas laporan polis yang lemah sekali.
che'GuBard juga punya pengalaman membuiat laporan polis terhadap blogger pro Umno yang ternyata terlibat siar gamar lucah dan 'posting' perkauman namun seperti biasa penguasa hilang kuku bila berdepan parti regim.
SAMM berharap adik Hanief tabah bersama keluarganya. Kepada blogger lain jangan gusar teruskan usaha meningkat kesedaran rakyat. cheGuBard baru hubungi Hanief subuh ini dan difahamkan beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis jam 2.30pagi tadi dan perlu hadir di Balai Sentul,10pagi ini.
Melihat perkembangan serius ini SAMM sedang cuba untuk 'organize' jaringan blogger 'nyamuk' untuk menjadikan mereka lebih kuat.

21 Mac,9pagi di Mahkamah Tinggi Malaya,Kompleks Mahkamah Jln Duta,Kuala Lumpur semua blogger muda ini dijemput bersama blogger Sharpshooter (Din Binjai) dalam sebutan kes saman dari Rais Yatim.
Sekian

Solidariti Anak Muda Malaysia

Jumaat, Mac 18, 2011

CEDERA DISENGAT BINATANG BERBISA : PEMUDA PAS PARIT TAMPIL MEMBANTU


PARIT , 18 MAC 2011 – Seorang penduduk Kawasan Parit, Saudara Syamsul Kamal Jamhari telah dikejarkan ke Hospital Changkat Melintang malam semalam kerana disengat oleh binatang berbisa dan tidak mengalami kecederaan serius kerana mendapat rawatan yang segera.

Shamsul Kamal yang juga merupakan AJK Pas Kawasan Parit sedang dalam perjalanan ke tapak ceramah bersama Tuan Haji Mohd Sabu di Tanjung Belanja malam semalam tidak menyedari kelibat binatang berbisa yang berada dicelah-celah semak. Mujur kecekapan petugas Unit Amal Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit yang kebetulan berada berdekatan dengan beliau segera tampil memberikan bantuan kecemasan apabila melihat saudara Syamsul Kamal tiba-tiba terjatuh di dalam semak.

Ketika ditemui pagi tadi, Saudara Syamsul Kamal kelihatan beransur sembuh dan mula melakukan kerja-kerja ringan di sekitar rumahnya. Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit, Ustaz Mohd Al-Hakimi As-Syah Alami yang turut bersama rombongan ziarah Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit pada pagi tadi telah menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda simpati dan keprihatinan atas kejadian yang menimpa beliau.

Memetik ucapan Ustaz Mohd Al-Hakimi. “ Kita mahukan agar keselamatan penduduk di kawasan Parit diberikan perhatian yang serius terutamanya daripada Ahli Parlimen Kawasan Parit, YB Drs Mohd Nizar Haji Zakaria. Mujur tidak berlaku kehilangan jiwa akibat kejadian tersebut”.

Beliau mengharapkan ada usaha yang serius dan bersungguh-sungguh daripada ahli Parlimen Kawasan Parit tersebut untuk memastikan semak-semak yang begitu tebal walaupun di tepi jalan utama dibersihkan demi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku pada masa hadapan. 





Al-Akh Hakim
| 019-4505360 |

KENYATAAN MEDIA 18 MAC 2011 BANTAH SAMAN EKOR : PEMUDA UMNO PARIT BERSETUJU

 

Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit terkejut dengan gesaan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Parit yang mahu menghapuskan saman ekor seperti yang disiarkan sebanyak 2 kali oleh Sinar Harian pada 17 Mac dan 18 Mac 2011

Gesaan ini dilihat pelik kerana ianya bercanggah dengan prinsip pentadbiran Umno dan Barisan Nasional malah secara tidak langsung bercanggah dengan pendirian Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit mengalu-alukan kesungguhan Pergerakan Pemuda Umno Parit yang membantah isu saman ekor ini dan bersedia untuk bersama dengan Pergerakan Pemuda Umno Parit dalam menyatakan bantahan dalam isu saman ekor ini.

Saman ekor dilihat  zalim dan merupakan satu  penindasan kepada rakyat kerana ia menyusahkan dan terdapat kes penipuan nombor pendaftaran kenderaan seperti yang dinyatakan oleh Pergerakan Pemuda Umno Parit.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit menunggu reaksi daripada pimpinan Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak dalam isu ini samada untuk turut bersama membantah demi kepentingan rakyat ataupun sebaliknya?



MOHD AL-HAKIMI AS-SYAH ALAMI


 










KETUA,

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PARIT.
 
Al-Akh Hakim
 
| 019-4505360 | 
 
 
 

PROGRAM ZIARAH DAN SUMBANGAN SEKAMPIT BERAS SEKILO GULA







 Ketua Pemuda Ustaz Hakimi sedang beramah mesra dengan Pakcik Ahmad Ibrahim yang sakit lumpuh sebelah badan dan diperhatikan oleh ketua Lajnah,saudara Rosli Sulaiman.




 Banyak perkara yang dibincangkan bersama Pakcik Ahmad



 Sedikit suntikan moral dari KP


 Ustaz Hakimi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan bagi pak cik Ahmad Ibrahim 

Berkunjung ke rumah Pakcik Ahmad yang juga tidak ketinggalan mendapat sumbangan,sedang disantuni Ustaz Hakimi



JUMAAT,18MAC:Ketua Pemuda yang baru dilantik,Ustaz Hakimi hari ini,telah dapat meluangkan masa untuk menziarahi beberapa penduduk kampung di sekitar Titi Gantung untuk disampaikan sumbangan dalam memperkuatkan aktiviti Lajnah Kebajikan.Beliau telah ditemani oleh saudara Rosli yang juga merupakan ketua Lujnah Kebajikan bagi kawasan Parit dan beberapa ajk Dewan Pemuda.Program ini merupakan lanjutan dalam siri-siri ziarah yang pernah di buat sekitar Parit pada zaman KP lama iaitu Ustaz Ismi dan Uztaz Zaidan.Cuma yang berbeza,inilah kali pertama beliau turun padang dengan membawa nama KP DPPK Parit yang pastinya meneruskan aspirasi pimpinan dan perjuangan PAS itu sendiri.

Pada awal paginya sebelum memberikan sumbangan,anggota rombangan ini sempat menziarahi seorang ajk PAS Kawasan yang ditimpa musibah,iaitu saudara Syamsul Kamal.Beliau sepatutnya menjadi pengerusi majlis dalam proram ceramah Mat Sabu yang berlangsung pada malam tadi di Markaz Belanja Kiri.Kelihatannya beliau semakin pulih dari sengatan binatang kemungkinan kala jengking.

Kemudian daripada menziarahi Kamal,KP dan Ajk terus ke rumah saudaraYusof yang tinggal  tidak jauh dari rumah Kamal.Sebenarnya ayah Saudara Yusof iaitu pakcik Ahmad Ibrahim,yang lumpuh sebelah badan dan terlantar di rumah sejak 5 tahun yang lalu.KP seterusnya ke rumah Pakcik Ahmad bin Jaafar juga tidak jauh dari situ.Rombongan selesai dan program ini akan diteruskan lagi pada setiap bulan disekitar Parlimen Parit.(editor)

Jumaat, Mac 11, 2011

TSUNAMI 2011

DPPK PARIT

GEMPA DAN TSUNAMI DI JEPUN




Adakah giliran kita akan tiba nanti?semuanya adalah dalam genggaman Allah

DPPK PARIT

Rabu, Mac 09, 2011

Buku Dr Mujahid Jauh Tersasar -Exco DPPP


KL, 9 Mac 11: Buku “Menuju PAS Baru” tulisan Dr Mujahid Yusuf Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar, “jauh tersasar” dalam mengetengahkan hujahnya mengenai PAS. Riduan Mohamad Nor Exco Pemuda PAS pusat muncul dengan buku “Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan” menjawab tulisan Mujahid.

“Saya merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk memberikan pandangan kedua.”
“Saya menyemak lembaran demi lembaran yang dituang oleh Dr Mujahid berulang-ulang kali dan merasa agak tersinggung dengan pemerincian sejarah dan cara beliau mempersepsikan setiap aluran sejarah itu dengan tanggapan sendiri, yang cuba dibenarkan dengan tema konflik.”
Menurut Riduan, PAS sebagai gerakan massa yang menampung kepelbagaian ahli sudah tentu tidak sunyi dengan konflik.
“Begitulah juga dengan gerakan Islam lain di seluruh belahan di dunia, tetapi wajah konflik ini ditulis dengan begitu kurang berhati-hati oleh sahabat saya itu (Mujahid),” kata Riduan dalam buku setebal 200 halaman, yang kini berada dalam pasaran.
Akhir tahun lalu, Mujahid yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat berkata, beliau bersikap terbuka terhadap kritikan daripada mana-mana pihak berhubung buku terbarunya “Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme”, yang dihasilkannya dengan hasrat untuk memperbaiki organisasi parti.
“Jika ia baik untuk parti saya berbangga kerana telah menjalankan tanggungjawab saya tetapi sekiranya tidak diterima sekalipun saya bersyukur kerana telah berusaha ke arah melihat masa depan PAS yang pastinya akan menjadi parti arus perdana dalam negara ini,” katanya.
Mujahid berkata menjadi tanggungjawabnya untuk menjelaskan segalan kekeliruan yang timbul hasil daripada penulisan bukunya itu termasuk keputusan Dewan Ulama PAS Kedah yang menolak pandangannya dalam buku itu.
Dewan Ulama PAS Kedah, antara beberapa pihak yang mengkritik buku Mujahid berkata dewan itu menolak tulisan wakil rakyat tersebut, yang antara lain mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus “dinasionalkan”.
Mujahid berkata buku tulisannya itu merupakan usaha untuk melihat masa depan PAS dengan mengambil kira aset perjuangan parti sejak lebih 50 tahun lepas.
“PAS juga melalui fasa-fasa kepimpinannya dan buku “Menuju PAS Baru” hanyalah garapan saya terhadap masa depan organisasi parti yang perlu difikir oleh generasi muda.
“Kekeliruan dari sudut istilah-istilah yang digunakan dalam buku tersebut boleh dijelaskan dengan mengadakan wacana dan diskusi yang sihat bagi membudayakan sikap keterbukaan kepada pandangan-pandangan yang berbeza,” katanya.
Riduan juga berkata terdapat frasa-frasa yang ditulis oleh Mujahid telah mengganggu “tasik ketenangannya” sebagai aktivis PAS, pengkaji sejarah gerakan Islam dan kader dakwah PAS.
Kemungkinan bagi membawa pengertian membalas buku Mujahid, kulit buku Riduan juga seakana-akan sama dengan warna pilihan buku “Menuju PAS Baru”.
“Saya merasa terganggu apabila menatap lembaran demi lembaran buku Menuju PAS Baru terutama galuran sejarah dan pentafisran sejarah yang telah dibuat, jauh tersasar daripada apa yang telah saya kaji tentang PAS,” katanya yang memetik sekitar 25 petikan daripada buku tulisan Mujahid dan diulas di bab terakhir di bawah tajuk Menerjai Badai Segmen Kedua.
Dalam salah satu ulasannya, Riduan berkata, kekentalan semangat pendokong PAS diakui lawan dan kawan selain mampu bertahan dalam situasi yang paling buruk.
“PAS mampu diuji dengan cabaran, tidak berpaling walaupun ditawarkan dengan ganjaran yang menggiurkan.
“PAS tidak menjalankan kaedah menyapu masalah di bawah karpet,” katanya.


sumber

Selasa, Mac 08, 2011

Jangan berbalah dengan ulama





TUN Dr. Mahathir yang semasa menjadi Perdana Menteri dulu berbalah dengan Mufti Selangor, Almarhum Datuk Ishak Baharom, maka sekarang berbalah pula dengan Menteri Besar Kelantan atas mantik yang Tok Guru itu sebut beliau tidak gembira jadi orang Melayu.
Tumpang menyelar Tok Guru itu ialah Dato Seri Ismail Sabri Yaakub, Menteri hal ehwal pengguna dan koperasi dengan meragui pegangan agamanya berkemungkinan tidak gembira pula jadi orang Islam.
Perleceh Dr. Mahathir itu sudah agak teruk tetapi perleceh Ismail Sabri lagi teruk.
Selepas Dr. Mahathir puas hati berbalah dengan Tun Abdullah Badawi, tiada orang lain lagi hendak diajak berbalah, dia berbalah dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Yang dia marah sangat pemimpin ulama itu bersabit dua perkara, Tok Guru tidak gembira jadi orang Melayu. Kedua sesudah ada Islam mengapa nak berjuang lagi dengan fahaman nasionalisma?
Kemudian dibangkitkan lagi isu basi parti tok guru itu mengkafirkan penyokong-penyokong partinya.
Banyak yang boleh dikupas isu yang diperbalahkan itu. Perhatian saya kali ini ialah bahayanya perbalahan itu disabaitkan berbalah dengan ulama.
Tidak banyak untungnya berbalah dengan Abdullah Badawi atau Tengku Razaleligh atau Tun Musa Hitam gara-gara berebut kuasa. Tetapi amat teruk kesannya kalau berbalah dengan Menteri Besar Kelantan disabitkan berbalah dengan ulama.
Apa Tok Guru itu Dr. Mahathir dan Ismail Sabri terima sebagai ulama atau tidak, ia adalah masalah kedua mereka.
Tetapi pandangan umum masyarakat dalam dan luar negeri beliau adalah seorang ulama yang beramal dengan ilmunya dan menghabiskan masa dengan melaksana sebaik-baiknya apa yang dikehendaki oleh Islam.
Sejak balik dari Mesir tidak putus-putus mengadakan kuliah hari Jumaat yang dihadiri oleh beribu-ribu. Orang datang dari  dekat dan jauh bermotor dan berjalan kaki untuk mendengar kuliahnya. Setiap ada kelapangan selepas solat fardu bertazkirah lima minit atau sepuluh minit. Lebih banyak mengajar dari berbual.
Ramai orang berpangkat dan berada mengikuti kuliahnya tetapi lebih ramai orang miskin dan bawah.
Membanyakkan solat sunat dan selalu berpuasa. Kehidupan hariannya sederhana.
Seorang maulana dari Pakistan membandingkan semasa menjadi tetamu Menteri Besar itu di rumah kampungnya dengan makan di rumah reaktor pusat pengajian tinggi Islam berbangsa Arab. Menteri Besar mengangkat sendiri hidangan tetapi yang seorang lagi dilayan dua pelayan sepanjang tempoh makan.
Kitab-kitab tua mempertikai ulama yang bekerja di bawah raja. Maka beliau tidak termasuk sebagai orang makan gaji.
Dengan latar belakang itu beliau dapat dikelaskan sebagai ulama besar dan berperanan serta bebas menyatakan pandangannya tentang Islam kepada semua – Islam dan bukan Islam.
Dengan ciri-ciri ulama yang ada itu, maka amat malang dan rugilah mereka yang berbalah dengannya. Sekalipun ada kelemahan dan kekurangan kerana bukan maksum, tetapi ia tidak mencacatkan kedudukan sebagai waris para anbia.
Sebagai seorang yang banyak menyelit mantik dalam cakap-cakapnya, maka silap bagi tukang lawak dan kaki temberang mencelanya tanpa mengkaji apa tersirat dan tersurat dalam kenyataannya.
Berat kifarat orang yang berbalah dengan ulama. Satu kisah seorang pintar, bijak dan berduit yang bergiat dalam politik sebelum merdeka. Dia asyik memperleceh ulama dan pandangan ulama. Ada orang mengingatkan tentang akibat buruk merendahkan ulama.
Ditakdir dia terlibat dengan judi. Jadi pada kedana, pernah berkaki ayam dan berbasikal buruk. Kepintarannya tidak berguna lagi. Ada yang percaya ia adalah gara-gara memperkecilkan ulama.
Berhati-hatilah supaya tak jadi penentang ulama. Kalau kita ditakdirkan tidak menjadi ulama, maka berusahalah menjadi kawan ulama, pembantu ulama dan pengikut ulama.
Zaman dulu ketika dunia tidak ramai sarjana dan berijazah kedoktroan, orang berlumba-lumba untuk menjadi khadam ulama. Saya  terpesona melihat murid-murid Hassan Nadawi berebut mencabut tulang dari lauk di pinggan tok guru itu. Mereka mencari keberkatan.
Saya tidak mengesyorkan supaya sang menteri jadi begitu, tetapi berjaga-jagalah supaya tidak bermasalah dengan ulama.

Subky Latif   

Khamis, Mac 03, 2011

Satu Perceraian Pada Setiap 15 Minit Kata Mashitah




PUTRAJAYA 3 MAC : Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat.

“Jika solat lima waktu sehari semalam tidak dapat dilaksanakan, sudah tentu dapat kita bayangkan mereka juga sukar untuk melaksanakan peranan dan tanggung jawab sebagai suami dan isteri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar sempena Maulidur Rasul : Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di sini hari ini.

Seramai 1,200 penjawat awam hadir pada seminar itu dengan anggota panelnya terdiri daripada pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan pendakwah Datuk Dr Fatma Zahrah Mohd Ramadan.

Mashitah berkata Jakim akan memperbanyakkan lagi program-program pemantapan keluarga yang menerapkan kesedaran terhadap peranan suami dan isteri, kemahiran keibubapaan, pendidikan serta pengurusan ekonomi keluarga.

Setakat ini, Jakim telah menganjurkan sebanyak 900 program kekeluargaan dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri-negeri dalam usaha untuk memperkasakan institusi rumah tangga, katanya.

Dalam perkembangan lain, Mashitah berkata Jakim masih memantau pergerakan saki baki pengikut ajaran Al-Arqam yang didakwa mengadakan perjumpaan dikenali sebagai ‘‘Sidang Parlimen Roh’’ selepas kematian pengasasnya Ashaari Mohamad atau Abuya pada 13 Mei tahun lepas.

“Kita masih mengikuti apa yang mereka buat. Jadi minta kepada rakyat supaya berhati-hati dan tidak mengkuti kepada ajaran itu,” kata beliau. 
 
-BERNAMA
 

GILA BOLA!