"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, Julai 29, 2010

APA SEMUA INI?

SEJARAH

Rupanya Aku Tidak Tahu Apa2 Tentang Adolft Hitler Yang Sebenarnya...........

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Sambut baik Perkeso jual saham Carlsberg

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik tindakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjual semula 2,155,700 unit saham dari syarikat arak Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.
Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam di Dewan Negara semalam memberikan gambaran positif terhadap tindakan PAS yang selama ini menuntut agar Perkeso menjauhi perniagaan arak demi kepentingan awam yang telah mencarumkan hasil titik peluh mereka yang halal kepada agensi berkenaan.
DPPWP, katanya menyeru agar semua pemegang saham dalam syarikat-syarikat arak dan judi di negara ini mengambil langkah yang sama dengan menjual semua saham dan kepentingan mereka.
“DPPWP juga menyeru kepada kerajaan terutamanya Pakatan Rakyat supaya mengetatkan penguatkuasaan undang-undang penjualan arak agar ianya tidak dijual secara terbuka dan dihadkan kepada bukan Islam sahaja,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, kewujudan premis penjualan arak serta pemborong juga perlulah dihadkan mengikut keperluan masyarakat setempat dan tidak diluluskan sewenang-wenangnya.
“DPPWP juga terus mendesak agar pihak berkuasa kerajaan tempatan di seluruh negara tidak membenarkan penjualan arak secara terbuka di premis 7 Eleven dan premis peruncitan yang lain,” ujarnya.


Harakahdaily

SEKITAR CERAMAH NIZAR DI KAMPUNG KUCHAI

 sebahagian Amal kawasan sedang mendengar taklimat



 ;
wajah bakal komandan




 
 mereka sedang khusuk mendengar ceramah Nizar atau sedang mengenangkan nasib?



 
Post terbaik dari mantan ketua kampung Titi Gantung (baju merah)



 
 sebahagian penonton



 
                                                               sebahagian penonton







HIDUP SEBAGAI NOMAD


بسم الله الرحمن الرحيم

Penduduk Rumah Panjang PJS1 diarah pindah, rumah tak siap



PETALING JAYA: Penduduk Rumah Panjang PJS1, Petaling Utama di sini kecewa dengan sikap Kerajaan Selangor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang tidak mengendahkan masalah mereka berhubung pembelian rumah kos rendah Blok E yang terbengkalai sejak enam tahun lalu.

Seramai 35 penduduk Rumah Panjang PJS1 juga kesal dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Taman Medan, Haniza Mohamed Talha yang gagal membela nasib mereka serta gagal menjalankan tanggungjawab seperti dijanjikan ketika berkempen pada pilihan raya umum lalu.
Penduduk di situ terpaksa hidup bagai masyarakat nomad apabila diarah berpindah untuk kali ketiga apabila dimaklumkan kawasan penempatan mereka sekarang ingin didirikan sekolah. - Berita Hairan

Note: Berita ini adalah salah satu agenda dalam proses menjatuhkan kerajaan PR Selangor.
Baca betul-betul.. "TERBENGKALAI SEJAK ENAM TAHUN LALU ..."
Enam tahun lalu siapa yang perintah selangor?
Khir toyol pegi mana enam tahun lalu..?
Rumah khir toyol dah berapa besar enam tahun lalu?
Kenapa x marah khir tolol...?
ha..ha..ha..ha.. kantoi...


BS

PROGRAM PAS KAWASAN PARIT

PAS PRIHATIN

PAS KAWASAN PARIT
sekadar gambar hiasan



TARIKH: 31 JULAI 2010 (SABTU)

MASA: 8 PAGI HINGGA 12 MALAM

TEMPAT: DI PERKARANGAN MARKAZ TARBIAH PAS

KAWASAN PARIT
 sekadar gambar hiasan

PELBAGAI ACARA MENARIK AKAN DIADAKAN ISTIMEWA UNTUK ANDA

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!

Isnin, Julai 26, 2010

Harussani: ‘Ya, Hasan jumpa saya tapi tak bincang kerjasama politik’

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga mengesahkan ada menemui  Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.
Harussani berkata setakat ini beliau hanya mengadakan pertemuan dengan seorang pemimpin dari PAS iaitu Hasan.
Ini kali pertama Harussani berkongsi identiti tentang Hasan yang sebelum ini didakwa mengadakan pertemuan memintanya menjadi orang tengah dalam isu kerjasama politik dan perpaduan PAS dan Umno.
Kata Harussani, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan orang Melayu di negara ini.
“Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah.
“Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja.
“Langsung tidak menyentuh soal kerjasama politik Umno dan PAS,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyaataan Hasan semalam yang mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan  Harussani dua bulan lalu tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.
Ia kenyataan pertama Hasan sejak Harussani mendedahkan ada pemimpin PAS dan Umno menemuinya dan meminta beliau mengaturkan kerjasama perpaduan membabitkan kedua-dua parti itu.
Malah kata Hasan, beliau tidak diberi mandat untuk mengaturkan perbincangan dengan mufti berkenaan berhubung kerjasama politik Umno dan PAS.
“Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu.
“Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu,” kata Hasan.
Pertemuan itu didakwa berlangsung di ibu negara hujung Mei lalu.
Hasan menambah pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
“Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut,” katanya.
Dalam ulasan lanjut, Harussani bagaimanapun berkata tiada parti yang layak untuk membincangkan soal perpaduan orang Melayu kecuali Umno dan PAS.
“Ingin saya tegaskan perpaduan orang Melayu boleh berjaya sekiranya kerjasama Umno dan PAS dapat diwujudkan.
“Ini kerana saya melihat Umno memperjuangkan orang Melayu manakala PAS pula memperjuangkan agama Islam, jadi siapa yang lebih layak untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu melainkan kedua-dua parti ini.
“Saya ingatkan melalui perbincangan untuk menyatukan orang Melayu boleh mencari jalan penyelesaian tetapi jadi makin teruk pula,” katanya.
Sebelum ini Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.
Setakat ini kenyataan Harussani telah ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai “satu fitnah dan pembohongan.”
Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.


TMI

Zunar dan Malaysiakini fail saman terhadap KDN

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaq atau Zunar serta Malaysiakini memfailkan tindakan mahkamah terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) ekoran tindakan mengharamkan buku kartun tulisan Zunar dan rakan-rakannya.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini dengan diwakili oleh enam peguam, kata Zunar  dan Premesh Chandran bagi pihak Malaysiakini.
(Gambar: Zunar dan Premesh dalam sidang media selepas memfailkan saman mereka di mahkamah tinggi hari ini)

Alasan yang mereka berikan adalah mereka tidak dapat memahami bagaimana kartun-kartun politik yang secara satira memberi komen mengenai politik serta ahli-ahli politik Malaysia boleh mengancam ketenteraman awam.

Mereka juga mendakwa, tidak ada bukti bahawa terancamnya ketenteraman awam yang ditunjukkan kepada mereka oleh pihak kerajaan dan mereka tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan sebelum pengharaman tersebut dibuat.

Enam peguam yang mewakili mereka adalah Edmund Bon Tai Soon, Amer Hamzah Arshad, Edward Saw, K Shanmuga, Aston Paiva dan Fahri Azzat.

Zunar dan Malaysiakini memfail dua permohonan berasingan kepada mahkamah untuk mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri yang menharamkan dua buku, “1 Funny Malaysia” and “Perak Darul Kartun” yang mana kedua-duanya menampilkan kartun-kartun politik karya Zunar.

Pengharaman tersebut adalah di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan penerbitan tidak sesuai) (No.5) Order 2010 [P.U.(A) 208 / 2010] yang digazetkan pada 17 Jun 2010.  Pengharaman ini dilakukan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman bin Yusop "bagi pihak dan atas nama Kementerian Dalam Negeri."

Satu-satunya alasan pengharaman tersebut dinyatakan dalam arahan itu sendiri, iaitu kedua-dua buku dikatakan “boleh mengancam ketenteraman awam”. Arahan tersebut dikatakan dibuat mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

1Funny Malaysia adalah koleksi karya-karya pilihan kartun Zunar yang tersiar dalam ruangan Cartoonkini dalam portal web Malaysiakini dari tahun 2005 hingga 2009. Perak Darul Kartun buku terbitan syarikat yang dimiliki Zunar sendiri, Sepakat Efektif Sdn Bhd menampilkan karya-karya Zunar bersama beberapa kartunis dan penulis tempatan.

Oleh kerana kedua-dua buku tersebut adalah berbeza dan diterbitkan oleh dua syarikat yang berbeza, kami dinasihatkan untuk memfail dua semakan kehakiman yang berasingan.

ALASAN CABARAN

Kedua-dua Malaysiakini dan Zunar berpendapat pengharaman tersebut adalah percubaan kerajaan untuk mengekang hak kebebasan bersuara dan menghalang hak kebebasan untuk bertukar-tukar pendapat serta idea diantara rakyat Malaysia.

Kerana kedua-dua hak ini dijamin dalam Artikel 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan, mereka berpendapat pengharaman ini adalah tidak wajar dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

"Kami juga berpendapat pengharaman ini adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan untuk membisukan kritikan terhadap polisi kerajaan dan Perdana Menteri sekarang," kata kenyataan bersama mereka berdua.

Mereka juga tidak diberitahu sebarang alasan mengenai pengharaman tersebut melainkan melalui kenyataan media bahawa buku-buku itu mengancam ketenteraman awam.

Bagi mereka, tindakan kerajaan mengharamkan buku-buku ini tidak konsisten dengan representasi yang dibuat kepada dunia mengenai hak asasi.

Tambah mengecewakan Malaysia adalah ahli The United Nation’s Human Rights Council bagi penggal 2010 hingga 2013, kata mereka.

TUNTUTAN

Mereka mencabar pengharaman ini atas alasan berikut:

a. Pengharaman ini tidak sah, kerana ia bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

b. Pengharaman ini tidak sah kerana ia bersifat ultra vires (tidak terdapat dalam skop) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 memandang buku-buku tersebut tidak mengancam ketenteraman awam.

c. Pengharaman ini melanggar undang-undang sejagat dan tidak dilakukan dengan adil kerana kami tidak diberi peluang memberi penjelasan sebelum pengharaman ini dibuat dan tidak diberitahu mengenai alasan pengharaman.

d. Pengharaman ini adalah satu bentuk tindak balas yang tidak wajar terhadap buku-buku kami.

Sehubungan itu, mereka memohon arahan mahkamah seperti berikut:

1. Arahan untuk membatalkan pengharaman ke atas kedua-dua buku tersebut.

2. Pengistiharan bahawa pengharaman tersebut adalah tidak boleh diterima pakai dan tidak sah serta tidak boleh dikuatkuasa kerana ia bersifat ultra vires bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan bertentangan dengan hak kami yang dijamin dalam Artikel 10 (1)  (a) Perlembagaan Persekutuan. 

3. Kos kerugian dan kerosakan kerana tidak dapat menjual buku-buku tersebut.


Harakahdaily

Ahad, Julai 25, 2010

SEKITAR SUKAN PASTI PARIT 2010


2
Dif -Dif Kehormat

Upacara Perbarisan
                                                                          Bacaan Ikrar
Sesi senaman Ringkas-Semangat ler sikit Awang

                                                    Ucapan Dari Ketua Dewan Muslimat
Timbalan Ydp tengah sibuk dimeja Urusetia

PERASMIAN OLEH PENGARAH PASTI NEGERI PERAK


Terbang Keawan Biru

PERBARISAN KELUAR

                                                          
                                                           ACARA-ACARA SUKAN
Acara.....kembali ke sekolah

TETAMU ISTIMEWA

Termia Kasih _ kepada Cik Siti Safa (Wartawan Sinar Harian ) yang sudi  menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan Nombor Bertuah..........
yang ini ,......ana no comment mungkin ini yang  dikatakan to improve media relations....kerajaan bayar 77 juta pada APCo Khas untuk improve media relations

SAKSI KAN AKSI HEBAT... ACARA UNTUK KAUM BAPA
                                                        DALAM YOU TUBE(BALOON ATTACK )


LEPAS KENDURI TENTU ADER KENDARA....CUCI JANGAN TAK CUCI


Buang dalanm tong sampah ....jangan buang merata-merata...terima kasih kepada Persatuan Penduduk Gelong Pepuyu kerana telah membenarkan kami menggunakan padang untuk sukan passti pada kali ini...dan tidak lupa juga ucapan terima  kasih kepada Haji Muad ..selaku tuan Rumah

                                                  Kanan -Haji Muad -

Sabtu, Julai 24, 2010

Bongkar : Sekali mesyuarat Seri Temin sampai RM78,270! Makan kepala dinasour ke

"Masih mengenai Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC) sebuah syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Kedah. Terlalu panjang senarai penyelewengan kewangan di zaman BN menjadi peneraju kerajaan.

Hari ini penulis upahan Umno mendakwa kononnya duit STDC telah susut dari RM4 juta pada Mac 2008 hingga berbaki RM300 ribu pada Mac 2010. Setelah perkara ini dirujukkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah STDC, fakta tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata. Ini kerana mengikut laporan kewangan tahunan STDC, baki atau untung terkumpul pada 31 Disember 2007 ialah RM4,779,743. Daripada tarikh 1 Januari 2008 hingga waktu pilihanraya umum ke 12, wang tersebut telah dibelanjakan sebanyak RM1,999,778.60. Kebanyakannya untuk program politik BN.

Untung terkumpul atau nilai reserve sama sekali tidak boleh dilihat pada bulan 31 Mac 2008, kerana pengauditan hanya dilakukan pada 31 Disember 2008. Begitu juga nilai reserve tidak boleh dilihat pada 31 Mac 2010.

Untung terkumpul pada 31 Disember 2008 ialah RM4.324 juta. Umumnya ia jauh lebih baik dari 2007 kerana ia berlaku selepas STDC terpaksa membayar hutang-hutang yang banyak yang ditinggalkan oleh ahli lembaga pengarah yang lalu di samping hampir RM2 juta dilaburkan untuk kepentingan politik BN.

Untuk melihat untung terkumpul bagi tahun kewangan 2010 pula, mestilah selepas pengauditan dibuat bagi tempoh berakhir pada 31 Disember 2010. Tidak betul sama sekali dengan melihat baki tunai dalam bank pada hari tertentu dalam bulan Mac maka penilaian dan ‘penghakiman’ prestasi syarikat pun dibuat.

Sebenarnya saya tidak perlu menghuraikan jawapan berdasarkan fakta dan angka terhadap sebuah tuduhan palsu. Namun dalam dunia yang bilangan orang cerdiknya sangat ramai, maka memberi jawapan yang tepat lagi jujur seperti ini, tentulah dapat mengesahkan bahawa pihak yang membuat tuduhan itu jahat dan kurang cerdik.

Mereka menuduh wang STDC difaraidkan untuk kroni PAS yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, walhal semua ahli lembaga pengarah kini hanya menerima elaun menghadiri mesyuarat iaitu RM750 setiap kali mesyuarat. Dalam setahun biasanya hanya tiga kali mesyuarat, bermakna elaun setiap ahli lembaga pengarah hanya RM187.50 sebulan!

Di zaman BN, setiap ahli lembaga pengarah menerima elaun tetap RM2,000 sebulan di samping RM1,000 setiap kali menghadiri mesyuarat. Mereka ialah Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Dato’ Ariffin Man, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, Encik Zubir Zabidi, Encik Mohamad Radzi Ayob, Puan Marlia Abd. Latiff dan Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail. Semuanya pemimpin politik Umno, sedangkan kini lantikan ahli lembaga pengarah adalah berdasarkan professionalisme mereka bukan kerana kroni.

Episod penyalahgunaan wang GLC di zaman BN, khususnya STDC, sangatlah panjang catatannya. Buat sementara biarlah kita fokuskan kepada penyelewengan sewaktu berlangsungnya pilihanraya umum ke 12.

Banyak penyelewengan STDC saya huraikan dalam dua keluaran lalu. Terdapat satu lagi fakta yang mengejutkan ialah dalam dua bulan pertama tahun 2008 (menjelang pilihanraya umum) STDC telah membiayai lapan kali mesyuarat dengan kos mengadakan mesyuarat tersebut keseluruhannya ialah RM78,270. Sebahagian besar perbelanjaan tersebut adalah untuk makan.

Secara puratanya (jika mesyuarat tersebut adalah mesyuarat ahli lembaga pengarah) maka setiap kepala dijamu makanan bernilai RM815.00 setiap kali mesyuarat. Apa jenis makanan agaknya begitu mahal sekali?

Secara terperinci berikut adalah maklumat perbelanjaan STDC pada bulan Januari dan Februari 2008, khusus di bawah perkara

‘Mesyuarat di Naka’:
1/1/2008 – RM5,810.00, 1/1/2008 – RM26,150.00,
1/1/2008 – RM10,000.00. (Satu hari tiga kali mesyuarat?)

13/2/2008 – RM10,000.00,
13/2/2008 – RM7,905.90,
13/2/2008 – RM4,610.00,
13/2/2008 – RM11,700.00,
13/2.2008 – RM10,000.00 (Satu hari lima kali mesyuarat?)
Berdasarkan tarikh, tempat dan perbelanjaan, tidak lojik ia adalah mesyuarat ahli lembaga pengarah. Ada baiknya juga kita membuat persepsi yang rambang kononnya itu adalah mesyuarat lembaga pengarah yang diadakan sebanyak lapan kali, supaya nanti pihak yang terbabit akan menafikannya. Jawapan yang mungkin diberikan begini, “Itu adalah tarikh pembayaran di buat, bukan tarikh mesyuarat dan bukan pula mesyuarat lembaga pengarah.” Jika melihat kepada semua perbelanjaan itu berada di bawah satu tajuk iaitu ‘Mesyuarat di Naka’, bermakna bukan lapan kali bermesyuarat tetapi hanya sekali. Tentu ia lebih menjolok mata apabila kos untuk hanya sekali bermesyuarat ialah RM78,270.00! Jika pun ia mesyuarat sebuah parti politik maka kos tersebut adalah terlalu tinggi bagi sebuah mesyuarat yang diadakan di Daerah Padang Terap.

Persoalannya, adakah wang STDC telah disalahgunakan untuk menguruskan mesyuarat sebuah parti politik?

Mereka berdegar-degar menuduh PAS menyalahgunakan wang GLC untuk membiayai aktiviti parti, sekarang biar mereka pula menjelaskan tuduhan bahawa merekalah penyeleweng duit GLC untuk membiayai program politik. Sila jawab, jangan tak jawab.

Timbul lagi persoalan mengapa pihak-pihak tertentu tidak buat laporan polis atau SPRM terhadap para penyeleweng itu.

Sejak mengambil-alih pentadbiran pada Mac 2008 hingga ke saat ini, belum ada satu pun laporan polis yang dibuat oleh pihak Pakatan Rakyat terhadap mereka. Sebenarnya ada ‘muslihat besar’ mengapa laporan belum dibuat dan seluruh rakyat akan tahu jawapannya nanti.

Alang-alang pembangkang di Kedah sudah mula membuat serangan meriam buluh bertubi-tubi, mereka kena bersedialah pula terima serangan balas. Pendedahan bertulis ini sebenarnya belum berakhir.

Banyak lagi penyelewengan dalam GLC yang akan dilondeh. Butirannya sangat banyak. Lebih dari enam kotak."



detikdaily

Khamis, Julai 22, 2010

Rabu, Julai 21, 2010

KENYATAAN MUFTI PERAK HANYA RETORIK POLITIK


                    Ketua Penerangan Dewan Pemuda Kawasan Pas Parit



PARIT – Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit hari ini meyatakan pendirian untuk mengutuk campurtangan mufti Perak didalam kancah politik negara dengan membiarkan diri beliau dijadikan alat kepada Umno/ Barisan Nasional untuk melaksanakan agenda politik mereka yang bersifat retorikal yang dilihat hanya mahu mengekalkan kelangsungan( political sustainability) politik mereka dengan memanipulasi isu perpaduan melayu .

Ketua Penerangan DPPK Parit , menyatakan ini bukan pertama kali usaha untuk memanipulasi isu perpaduan melayu cuba dimainkan oleh umno/Barisan Nasional, satu ketika dahulu heboh dicanangkan isu kerajaan perpaduan semuanya dilakukan ketika Umno/Barisan Nasional mula kehilangan sokongan rakyat dan lebih penting lagi ialah untuk menghalang sebuah kerjasama politik yang dinamakan Pakatan Rakyat yang dianggap kerjasama politik baru ( neo coalition) yang mampu menjadi alternatif untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional atau dengan izin- waiting government.

 Kita tahu perpaduaan melayu adalah amat penting tetapi islam sama sekali tidak menyatukan manusia diatas nama bangsa(assobiyah ) ,tidak kira melayu,cina,india atau apa saja bangsa disatukan didalam akidah yang sama dan yang bukan muslim menjalin ikat setia melalui proses tahaluf siasi(pakatan) dan itulah yang cuba dilakukan oleh Pas dan khalifah-khalifah Islam terdahulu . Sejarah telah membuktikan kejatuhan Khalifah Ottomaniah (Uthmaniah) berpunca daripada usaha musuh Islam meniupkan semangat Nasionalisme dengan memanipulasi isu perpaduan dikalangan bangsa arab yang dilakukan oleh agen mereka T.E Lawrance (lawrance of Arabia)sehingga mencetuskan revolusi arab-ottomaniah yang kemudiannya menyaksikan kejatuhan khalifah Islam yang terakhir itu pada 1924.Bukanlah niat kami untuk menyamakan Mufti Perak dengan T.e Lawrance ( Lawrance of Arabia) tetapi sejarah menceritakan segal-galanya dan seharusnya menjadi iktibar kepada semua.

 "Saya juga minta agar mufti perak tidak turut campur didalam perkara-perkara yang melibatkan politik negara dan seharusnya bersifat neutral dengan tidak menyebelahi mana-mana parti politik didalam negara ini kerana integriti institusi mufti itu harus terus terpelihara",katanya lagi.

Dppk parit

Perpaduan Melayu : Supaya Lupa Isu Negara

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan kepada semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat jangan terpedaya dengan tektik media Umno untuk menenggelamkan isu negara yang bertimbun-timbun sekarang yang mengambarkan kerajaan yang ditunjangi Umno di negara ini semakin rapuh dan reput. Demikian satu kenyataan dari Ketua Penerangan PAS, Ust. Idris Ahmad.
Beliau menyambung, ketika gelombang krisis keyakinan kepada Umno dan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang karam, maka perpaduan Melayu dijadikan sebagai benteng untuk menutup bangkai gajah yang terlalu besar. Slogan 1 Malaysia nampak tidak menjadi dengan gelagat Perkasa dan kenyataan Datuk Nasir Safar.
PAS menyedari ini adalah sebahagian daripada tektik media untuk mengalih isu yang sebenar dan melupakan isu pokok yang mencengkam rakyat. Mereka melontarkan isu ini melalui proksi mereka Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantara, untuk menunjukkan bahawa mufti yang mencadangkan perpaduan ini, apabila PAS menolak maka ada peluang untuk menuduh PAS sombong dan angkuh.
Perlu diingat bahawa isu perpaduan Melayu diuar-uarkan ketika rakyat didahulukan dengan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga gula pada 16/7/2010. Pemimpin Umno hendak rakyat leka dan berbincang mengenai isu perpaduan Melayu, yang tidak pernah berbangkit langsung dalam mesyuarat tertinggi PAS. Hajat mereka supaya rakyat tidak marah mengenai kenaikan harga minyak dan gula. Perlu dingatkan bahawa gula, tepung dan minyak akan dinaikkan secara berperingkat-peringkat kearah untuk menghapuskan subsidi di negara ini dalam masa 3-5 tahun.
PAS hendak mengingatkan kepada rakyat, bagaimana media diarahkan supaya jangan sama sekali meletakkan tajuk berita “harga barang naik”, ketika ditaklimat pada 15 hb Julai 2010. Sebaliknya media perlu meletakkan “subsidi dikurangkan”, “rasionalisasi”, menstrukturkan semula supaya rakyat yang tidak faham dan ada yang faham harga barang turun. Maka tidak hairanlah kepada kita pada hari ini media proksi Umno memainkan isu perpaduan supaya rakyat lupa isu negara yang begitu banyak dan kenaikan harga barang.
PAS hendak memaklumkan kepada semua ahli dan pimpinan PAS supaya fokuskan kerja kita untuk menggantikan Umno di negara ini. Penerangan dan dakwah kepada ahli Umno yang tidak faham perjuangaan PAS perlu dilakukan secara berterusan, usahkan dilayan segala ajakan dan pujuk rayu Umno untuk melamar PAS, kita biarkan cinta Umno tidak berbalas dan biarkan Umno “angau” seorang diri.
Petunjuk ekonomi negara semakin tertekan dengan kadar faedah pinjaman bank dinaikkan. Bank Negara Malaysia pada 8 Julai lalu menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi kali ketiga tahun ini kepada 2.75 peratus. Susulan itu, bank turut menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) masing-masing. Maybank menaikkan BLRnya sebanyak 0.25 peratus kepada 6.30 peratus. Semuanya gara-gara pemimpin negara yang boros dan rasuah sehingga amat dirasai oleh rakyat biasa di negara ini.
Begitu banyak isu-isu negara yang mengambarkan Umno sudah tidak mampu mengemudi negara, antaranya peruntukan saham bumiputera lesap sebanyak RM52 bilion, jenayah meningkat, anak luar nikah Melayu sahaja 17,303 orang (2009), enjen kapal terbang hilang, kapal selam berharga RM1.7 bilion tidak boleh menyelam, hutang negara RM362.4 bilion, serah telaga minyak blok L dan M pada Brunei yang bernilai RM320 bilion (kalau perbelanjaan negeri Kedah RM400 juta, dapat belanja selama 700 tahun), terlepas Pulau Batu Putih pada Singapura, Pos Malaysia rugi RM 227 juta, 217 hektar tanah serah pada Singapura, serah 50 peratus kepada Singapura untuk membangun Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), wang Felda susut daripada RM4.08 bilion 2004 hanya tinggal RM1.35 bilion pada tahun 2009, membazir wang rakyat RM77 juta kepada APCO Israel setahun untuk menjadi penasihat komunikasi.
Isu-isu inilah yang perlu disampaikan kepada rakyat, maka jangan kita hiraukan pujukan Umno melalui proksinya, PAS sudah tegas dengan Pakatan Rakyat. PAS tidak akan mencari nahas untuk untuk mencari pasangan hidup dengan orang yang ada masalah kesihatan yang sukar hendak diubat.

Seri Iskandar Weblog

TUMPU AGENDA KRITIKAL RAKYAT



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kesal dengan sikap pimpinan politik dan juga pegawai kerajaan kerana hilang fokus di dalam menumpukan isu besar tentang permasalahan rakyat terutama setelah 'penyelarasan subsidi' yang sedikit sebanyak membebankan rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan juga kelompok luar bandar.

Mungkin terlalu mengejar populariti atau agenda politik mereka, isu agenda memperjuangkan hak rakyat diketepi dan dikesampingkan. DPPN Pk merasakan bahawa penumpuan bagi membantu rakyat terhadap permasalahan yang dihadapi sekarang ini adalah penting untuk masa depan rakyat sebenarnya. Jika tidak perkara ini tidak dapat diselesaikan terutama bagi Umat Islam untuk menghadapi Bulan Ramadhan dan juga Hari Raya Aidil Fitri nanti.

Bagi DPPN Pk, isu yang dimainkan oleh media kini cuba mengalih tumpuan permasalahan sebenar rakyat dengan bebanan yang sedang dan akan dihadapi mereka. Rakyat telah tertipu dengan agenda politik perpaduan supaya tidak menumpukan kepada permasalahan utama yang sedang dihadapi. Isu yang sedang dimainkan oleh media berkaitan perpaduan ini sedikit pun tidak menguntungkan rakyat di dalam menghadapi demam 'penyelarasan subsidi' yang pasti akan menyukarkan rakyat terutama pada ketika suasana ekonomi yang masih tidak pulih.

DPPN Pk berharap rakyat dapat berusaha bagi memastikan dengan 'penyelarasan subsidi' ini dapat diperjuangkan oleh pimpinan politik kerana perjuangan bagi mengembalikan hak rakyat adalah menjadi keutamaan mana-mana pimpinan politik bagi meringankan beban rakyat.


MOHD MUNIR ALI Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Ahad, Julai 18, 2010

SEKITAR SITUASI CEMAS MENGHABISKAN MAKAN DURIAN

 ...ada durian semua boleh jalan...




 
 saudara rosli  sedang mengadakan demonstrasi mengopek durian...



 
 makan,jangan tak makan....




 
Ketua Penerangan sedang menceritakan asal-usul durian




 
Awang  berjaya meletakkan nama sebagai pembuka durian tanpa izin



 
 cuba peratikan mulut orang yang makan durian ni...cantikkan?




 
 tak sampai seminit,dah habis sebiji




 
 Kamal and the Perabis Durian

 CEMAS TAK???

GILA BOLA!