"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Julai 16, 2010

Sensasi: Puak-Puak UMNO BN Hipokrit, Curi Pasir Di Selangor Siap Berdemo Tapi Curi Enjin Pesawat Pejuang F5 Milik TUDM Kenapa Mereka Menikus !!

Ramai yang terkejut dengan sikap prihatin puak-puak UMNO BN dengan isu kecurian pasir di negeri Selangor sekarang ini. Nampaknya mereka begitu prihatin dan mengambil berat soal-soal kecurian dan kehilangan harta kerajaan. Sekali pandang kita nampak macam puak-puak UMNO BN ni sudah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan. Namun, bila diselidik betul-betul ternyata apa yang mereka lakukan ini hanyalah retorik politik semata-mata sebenarnya. Mereka hanya berdemo dan mengadakan perarakan akibat isu kecurian pasir di negeri itu sahaja. Sebaliknya mereka menikus dalam isu kehilangan dan kecurian barangan lain. Misalnya dalam isu kecurian enjin pesawat pejuang F5 milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dulu. Apakah puak-puak ini bangkit membela dan mendesak kerajaan ketika itu?. Mereka mendiamkan diri dan tidak rela untuk tampil membuat perhimpunan atau memprotes kerana kes itu menyebabkan kerajaan UMNO BN yang mereka sokong. Makanya, ia dihalalkan dan didiamkan begitu sahaja tanpa ada apa-apa tindakan lansung oleh "jagoan kampung" ini. Namun, anehnya mereka begitu berselera untuk membuat protes apabila ia melibatkan kerajaan yang diterajui oleh parti pembangkang. Bukankah ini menunjukkan mereka itu bersikap hipokrit sebenarnya dalam usaha menjatuhkan imej Pakatan Rakyat. Itulah motif utama mereka sejak pembangkang berjaya mengambil alih kuasa di Negeri Selangor elepas Pilihanraya Umum ke-12 lalu.
[Elok benar Kerajaan Negeri Selangor menutup pintu pagar bangunan SUK itu, jika tidak sudah pasti "banjingan dan beruk" (memetik kata Khairy Jamaluddin kepada orang yang buat demonstrasi) akan melompat masuk dan berkeliaran dalam kawasan larangan. Hipokrit dan dengki itulah penyakit yang melanda puak-puak UMNO BN di Selangor sekarang ini. Mereka fobia melihat banyak projek yang selama ini menjadi milik mereka kini tidak lagi. Jika dulu mereka adalah perompak dan penjenayah yang bertindak demikian, kini mereka salahkan kerajaan negeri tidak pandai memerintah dan sebagainya. Walhal, di zaman Khir Toyo dulu apa yang berlaku lebih mengejut kerana Khir Toyo sendiri yang merompak pasir-pasir tersebut sebenarnya. Biarlah mereka gila meroyan dengan senario yang berlaku ini. Lama kelamaan sudah pasti mereka semua tidak tahan dan akhirnya mendiamkan diri].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!