"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Rabu, Julai 21, 2010

TUMPU AGENDA KRITIKAL RAKYAT



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kesal dengan sikap pimpinan politik dan juga pegawai kerajaan kerana hilang fokus di dalam menumpukan isu besar tentang permasalahan rakyat terutama setelah 'penyelarasan subsidi' yang sedikit sebanyak membebankan rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan juga kelompok luar bandar.

Mungkin terlalu mengejar populariti atau agenda politik mereka, isu agenda memperjuangkan hak rakyat diketepi dan dikesampingkan. DPPN Pk merasakan bahawa penumpuan bagi membantu rakyat terhadap permasalahan yang dihadapi sekarang ini adalah penting untuk masa depan rakyat sebenarnya. Jika tidak perkara ini tidak dapat diselesaikan terutama bagi Umat Islam untuk menghadapi Bulan Ramadhan dan juga Hari Raya Aidil Fitri nanti.

Bagi DPPN Pk, isu yang dimainkan oleh media kini cuba mengalih tumpuan permasalahan sebenar rakyat dengan bebanan yang sedang dan akan dihadapi mereka. Rakyat telah tertipu dengan agenda politik perpaduan supaya tidak menumpukan kepada permasalahan utama yang sedang dihadapi. Isu yang sedang dimainkan oleh media berkaitan perpaduan ini sedikit pun tidak menguntungkan rakyat di dalam menghadapi demam 'penyelarasan subsidi' yang pasti akan menyukarkan rakyat terutama pada ketika suasana ekonomi yang masih tidak pulih.

DPPN Pk berharap rakyat dapat berusaha bagi memastikan dengan 'penyelarasan subsidi' ini dapat diperjuangkan oleh pimpinan politik kerana perjuangan bagi mengembalikan hak rakyat adalah menjadi keutamaan mana-mana pimpinan politik bagi meringankan beban rakyat.


MOHD MUNIR ALI Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!