Rabu, Julai 21, 2010
KENYATAAN MUFTI PERAK HANYA RETORIK POLITIK
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Kawasan Pas Parit
PARIT – Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit hari ini meyatakan pendirian untuk mengutuk campurtangan mufti Perak didalam kancah politik negara dengan membiarkan diri beliau dijadikan alat kepada Umno/ Barisan Nasional untuk melaksanakan agenda politik mereka yang bersifat retorikal yang dilihat hanya mahu mengekalkan kelangsungan( political sustainability) politik mereka dengan memanipulasi isu perpaduan melayu .
Ketua Penerangan DPPK Parit , menyatakan ini bukan pertama kali usaha untuk memanipulasi isu perpaduan melayu cuba dimainkan oleh umno/Barisan Nasional, satu ketika dahulu heboh dicanangkan isu kerajaan perpaduan semuanya dilakukan ketika Umno/Barisan Nasional mula kehilangan sokongan rakyat dan lebih penting lagi ialah untuk menghalang sebuah kerjasama politik yang dinamakan Pakatan Rakyat yang dianggap kerjasama politik baru ( neo coalition) yang mampu menjadi alternatif untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional atau dengan izin- waiting government.
Kita tahu perpaduaan melayu adalah amat penting tetapi islam sama sekali tidak menyatukan manusia diatas nama bangsa(assobiyah ) ,tidak kira melayu,cina,india atau apa saja bangsa disatukan didalam akidah yang sama dan yang bukan muslim menjalin ikat setia melalui proses tahaluf siasi(pakatan) dan itulah yang cuba dilakukan oleh Pas dan khalifah-khalifah Islam terdahulu . Sejarah telah membuktikan kejatuhan Khalifah Ottomaniah (Uthmaniah) berpunca daripada usaha musuh Islam meniupkan semangat Nasionalisme dengan memanipulasi isu perpaduan dikalangan bangsa arab yang dilakukan oleh agen mereka T.E Lawrance (lawrance of Arabia)sehingga mencetuskan revolusi arab-ottomaniah yang kemudiannya menyaksikan kejatuhan khalifah Islam yang terakhir itu pada 1924.Bukanlah niat kami untuk menyamakan Mufti Perak dengan T.e Lawrance ( Lawrance of Arabia) tetapi sejarah menceritakan segal-galanya dan seharusnya menjadi iktibar kepada semua.
"Saya juga minta agar mufti perak tidak turut campur didalam perkara-perkara yang melibatkan politik negara dan seharusnya bersifat neutral dengan tidak menyebelahi mana-mana parti politik didalam negara ini kerana integriti institusi mufti itu harus terus terpelihara",katanya lagi.
Dppk parit
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.