|
Seekor ular tedung selar berukuran empat meter yang melingkar di atas pokok berdekatan Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Green Lane ditangkap oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dengan bantuan Raja Ular, Shaiful, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Skein Cit Banchong, berkata bantuan Shaiful diperlukan kerana ular itu amat berbisa dan sukar ditangkap jika hanya menggunakan penjerut. "Pada mulanya selepas menerima panggilan pada pukul 2.35 petang, pihak bomba bergegas ke tempat kejadian dengan beberapa anggota tetapi kami terpaksa menghubungi Raja Ular untuk membantu kerana keadaan terlalu bahaya," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini. Ular itu dipercayai tersesat dari hutan di belakang sekolah itu. Ianya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. Guru besar sekolah itu, Mariani Yusaof berkata, pihaknya menyedari kehadiran ular itu apabila terdengar bunyi bising daripada kicauan burung. --Bernama |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.