"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Isnin, Julai 12, 2010

Bola Api Semarakkan World Cup di PARIT

PARIT, 12 Julai - Dewan Pemuda Pas Kawasan Parit (DPPKP) tidak ketinggalan dalam demam bola sepak Piala Dunia yang baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Pada malam yang bersejarah itu, kira-kira 60 orang hadirin telah memeriahkan acara-acara yang berlangsung sejurus selepas solat isyak di Markas PAS Titi Gantung,Perak. 
 Acara malam semalam mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila berlangsungnya acara yang paling unik iaitu "Bola Sepak Berapi" yang mendapat sambutan hangat oleh golongan muda. Sebanyak 4 buah pasukan telah berentap untuk merebut anugerah johan dan ianya telah dimenangi oleh pasukan MRRQ. 

 Menariknya, hadirin turut disajikan dengan menu nasi ikan bakar BBQ dan acara-acara lain iaitu kuiz isu semasa dan cabutan bertuah. Sementara menunggu saat bermulanya perlawanan akhir Piala Dunia 2010, para hadirin juga tidak mensia-siakan masa yang terluang memandangkan pihak penganjur ada menyediakan tayangan video isu-isu semasa. Apabila bermulanya perlawanan bersejarah itu, semua hadirin yang hadir menyaksikannya di skrin putih gergasi yang disediakan. 




                                            Ustaz zaidan sedang memberikan ucapannya 
                                                    


Menurut Ketua DPPKP, Ustaz Zaidan Abdul Ghani ketika berucap di majlis perasmian, dalam PAS kita juga berhibur dan mengikuti Piala Dunia Bola Sepak, tetapi kita tidak sekali-kali lalai atau melanggar batasan Islam. Kita hendaklah sentiasa mengingati Allah dan menelusuri perjuangan Islam di mana-mana sahaja. Beliau juga berpesan supaya semua hadirin solat subuh berjemaah di masjid sebelah markas sebaik sahaja tamat perlawanan tersebut. Selepas perlawanan, Ustaz Zaidan kelihatan begitu gembira dengan keputusan perlawanan akhir yang berprestij itu kerana beliau merupakan penyokong kuat pasukan sepanyol.

                                         antara aksi  bola api-perlawanan diadakan diatas padang 
                                        futsal pemuda pas parit .....hangit bau bulu kaki yeop

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!