"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Isnin, Mei 31, 2010

APAKAH YANG NAJIB RASA KETIKA MENANDATANGANI KONTRAK DENGAN APCO WORLWIDE???ADAKAH VIDEO INI MEMBANTU UMNO???

TERUS KE VIDEO TERBARU SERANGAN ISRAEL

YAHUDI TETAP YAHUDI

ISRAEL TERBUKTI PENGGANAS!

Konvoi Gaza: PAS desak PBB, OIC bertindak segera
Wan Nordin Wan Yaacob   
KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) segera bertindak terhadap serangan tentera Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza, pagi ini.
Sehingga kini, dilaporkan 16 aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal berkenaan meninggal dunia yang turut disertai wakil Malaysia.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, akan mengadakan himpunan aman membantah serangan tersebut di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, selepas solat Jumaat, 4 Jun ini.
Sehubungan itu, PAS mengajak orang ramai juga menyertai himpunan aman tersebut.
Ujarnya lagi, PAS kesal dan mengutuk serangan ke atas aktivis kemanusiaan ini sambil menyifatkan ianya sebagai satu lagi kekejaman Israel.
"Kita mahu Malaysia selaku negara anggota OIC segera mencadangkan sidang tergempar bagi menyatakan pendirian dalam isu ini," ujarnya lagi.
PAS juga, katanya akan menganjurkan persidangan khas mengenai perkara itu.
Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, kekejaman Zionis ini mesti dikutuk segera oleh masyarakat dunia.
"Mari kita sama-sama bermunajat menyelamatkan Gaza dan Masjid Al-Aqsa," katanya.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad pula meminta supaya rakyat dinegara ini melakukan solat hajat dan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan anggota konvoi ini dan rakyat Palestine.

Semua masjid dan surau diminta mengadakan majlis solat hajat besar-besaran minggu ini sebelum demontrasi besar bersama NGO dan penyokong soladariti Palestine Jumaat ini di hadapan kedutaan Amerika.
Selain itu, Ketua Dewan Muslimat PAS N.Selangor, Wan Hasrina bt Wan Hassan melahirkan kekesalan terhadap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang dilihat masih berdiam diri dari menyelamatkan Konvoi Kemanusiaan tersebut.

"Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan untuk bangkit menyatakan sokongan kepada Rakyat Palestin dan kita juga mengecam Amerika Syarikat yang membiarkan saja kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel," katanya.

Harakahdaily

Sabtu, Mei 29, 2010

AKSI MELOMPAT JUGA WUJUD DI MELAKA???

'Ada pemimpin PKR Melaka berpotensi melompat'



Wakil Melaka Abdul Wahab Ibrahim mendakwa terdapat sebilangan pemimpin PKR di Melaka yang berpotensi untuk 'lompat parti.

Menurutnya, majlis pimpinan Melaka telah menghantar laporan kepada pejabat ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga setiausaha agung Saifuddin Nasution berhubung perkara itu.

"Saya minta Datuk Seri hati-hati sebab Datuk Salehuddin (Hashim) pun, orang yang dipercayai, telah mengkhianati kita," katanya ketika berucap dalam kongres parti itu di Kota Bharu hari ini.

"Semenjak dilantik saudara Shamsul (Iskandar Mat Akin) menjadi pengerusi perhubungan negeri, banyak gerakan dijalankan untuk memfitnahnya .

"Sebab mereka ini (yang lemparkan fitnah) ada potensi untuk melompat apabila harapan dan cita-cita mereka tidak tercapai," katanya lagi.

Dewan di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu itu juga gamat seketika apabila wakil Melaka itu bertindak 'mencuit' Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga menteri besar Selangor.

Beliau mempertikaikan mengapa pemimpin parti yang kurang berkelayakan akademik tidak dipertimbangkan untuk memasuki anak syarikat dan kerajaan tempatan.

"Apa salahnya negeri Selangor melimpah ruahkan rahmat yang allah berikan kepada penyokongnya.

"Kita ada berapa anak syarikat negeri Selangor. Kita ada berapa pimpinan profesional? ...kenapa kita tidak lantik mereka?

"Adakah di Selangor ini rakyatnya berdosa bila jadi ahli PKR?

"Saya sedih apabila ada kenyataan yang dikeluarkan itu menyinggung perasaan -- Eh kamu nak masuk politik cari degree dululah. Kalau kamu SPM tak layaklah'." katanya.

Tambahnya, Selangor sepatutnya mencontohi Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka yang mampu melantik seramai empat orang pegawai seranta.

"Kenapa kita tidak boleh tolong ahli kita? Apakah kita ini pengamal rasuah? Apakah kita ini penyeleweng? Jangan anggap ahli kita ini semua penjenayah," katanya.


Malaysiakini

ADAKAH KITA MENGIKUT YAHUDI???

Hadis Nabi : Umat Islam Akhir Zaman Akan Ikut Perangai Yahudi




14 Jamadil Akhir 1431

ibnuirfadzil.blogspot.com

عن أبي سعيد الخدري قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لتتبعن سنن الذين من قبلكم شبرا بشبر وذراعا بذراع حتى لو دخلوا في حجر ضب لاتبعتموهم ، قلنا : يا رسول الله ، اليهود والنصارى؟ قال : فمن

Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)

Daripada hadis ini, Rasulullah SAW memberitahu bahawa di akhir zaman nanti, umat Islam akan mengikut jejak langkah, cara hidup, perundangan dan sebagainya daripada Yahudi dan Nasrani. Sehinggalah apabila orang Yahudi dan Nasrani memasuki lubang biawak yang sempit dan kotor pun akan diikuti oleh orang Islam di akhir zaman. Ini disebabkan mereka menafikan al Quran, sebagai perundangan di dalam sesebuah negara.

Cina Islam

Jumaat, Mei 28, 2010

KISAH AWANG ADEK YANG MALANG!

Judi bola: Awang Adek perlu mohon maaf

Rizal Tahir

BACHOK, 28 Mei: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, diminta memohon maaf pada rakyat di negara ini khususnya umat Islam kerana telah menyinggung perasaan mereka dengan meluluskan lesen judi.

Anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli ketika memberitahu media berkata, Awang Adek perlu berbuat demikian kerana keputusan yang diumumkannya baru-baru ini telah membuatkan seluruh rakyat termasuk bukan Islam resah.

Beliau berkata demikian selepas majlis demontrasi membantah lesen judi yang diluluskan oleh kerajaan baru-baru ini sebagaimana yang diumumkan Awang Adek.

Program yang diadakan selepas solat Jumaat itu turut dihadiri kaum muslimat dan golongan muda untuk menyokong bantahan terbabit.

Hatta seterusnya berkata, Awang Adek dan kerajaan sepatutnya sejak awal lagi menarik balik kelulusan itu setelah pelbagai desakan disuarakan oleh rakyat pelbagai peringkat.

“Bukan sahaja parti-parti politik, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan masyarakat bukan Islam juga turut memohon supaya lesen tersebut ditarik balik,” ujarnya.

Turut berucap pada majlis itu Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yusof, Adun Tawang, Ustaz Hassan Mahmood dan lain-lain pimpinan.

Ustaz Latif ketika berucap pada majlis itu mendesak Awang Adek meletakkan jawatan kerana telah mempermainkan soal agama serta tidak layak menjadi pemimpin.

Katanya, Dewan Pemuda menganjurkan majlis berkenaan di Parlimen Bachok sebagai simbolik Awang Adek berasal dari situ.

Beliau seterusnya memohon kerajaan melaksanakan tema kerajaan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

“Jadi kalau nak dahulukan rakyat, dengarlah suara rakyat dan kalau nak pencapaian yang lebih baik dalam pentadbiran negara, batalkan lesen judi,” ujarnya.

Lebih 1,000 orang hadir menjayakan demontrasi mendesak kerajaan menarik balik lesen judi tersebut yang diadakan di pekarangan Masjid Mahmudi, di sini.

Harakahdaily



SAMPAI BILA?

Saksi Kes Tembak Mati Aminulrasyid ditangkap Polis!

LeeSlimShady
Hari ini Bukan sahaja MP Shah Alam malah seluruh rakyat satu malaysia mempertikaikan mengapa Azamuddin Omar saksi Utama kes tembak mati seorang remaja di seksyen 11 aminulrasyid iaitu azamuddin Omar di tahan oleh polis.Apa kah muslihat di sebalik semua ini,alasannya ialah untuk membantu siasatan pihak polis tetapi kini di lihat Azamuddin telah di tahan selama berhari-hari.
Adakah ini semua sekadar untuk mengubah keterangan dan membebas kan mereka yang bersalah? persoalannya mengapa Azamuddin yang di tahan sedangkan pihak polis boleh datang ke rumah dan mengambil kerterangan dan juga menjalankan soal - siasat di rumah mangsa.
Tambahan pula Azamuddin yang pada ketika ini akan berdepan dengan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada hujung tahun ini jadi penahanan tersebut akan menyebab kan penumpuan remaja terbabit terhadap pelajaran nya agak terjejas.
Keadaan ini semua agak membingungkan kerana baru beberapa hari lepas Azamuddin telah menerima ugutan bunuh dari beberapa individu yang tak di kenali(Mungkin Polis Kot..) dan kemudiannya dia terus di tahan di balai polis selama berhari - hari.
Apakah makna ini semua?
Kalau sekadar nak menjelaskan bahawa parang dalam kereta kakak allahyarham dan persoalan mengapa dia melarikan diri itu semua boleh si soal - siasat di rumah tapi kini timbul tanda tanya adakah Azamuddin kini menjadi mangsa ugutan untuk mengubah keterangan kerana hal ini telah kerap kali terjadi.
Setiap Mangsa atau saksi yang di tahan di balai akhirnya di lihat telah mengubah keterangan,andai saksi enggan maka drama ugut - mengugut pun terjadi dan akhirnya berakhir dengan kejadian saksi mati dalam tahanan.Ini telah kerap kali terjadi dalam banyak kes sebelum ini dan di laporkan seramai 1805 orang mati dalam tahanan dan ketika di soal siasat.
antaranya ialah;
Persoalannya apakah ini yang terpaksa di lakukan terhadap Azamuddin semata - mata untuk melindungi kezaliman pihak polis.Semata - mata mahu menukar keterangan maka angka kematian semasa dalam soal - siasat mesti tambah.

adakah itu yang di mahukan.
Oleh itu rakyat harus sedar dan faham polis selangor tak seharusnya bersikap Yahudi Zionis dan terus menerus menyiksa rakyat hanya kerana mahu menutup malu mereka.Kalau ini lah yang terjadi maka hidup kita rakyat 1 malaysia di hantui oleh 2 ketakutan.Ketakutan yang pertama ialah di ancam oleh Penjenayah dan ketakutan yang kedua di ancam oleh Polis.
Jadi hanya satu sahaja Pesanan Buat Rakyat 1 malaysia,
Tiada apa yang dapat di lakukan oleh kita untuk mengatasi masalah ini melain kan menyepak - terajang haram jadah - haram jadah yang sedang duduk bersenang lenang di putrajaya lantas menukar dengan kepimpinan yang yang baru dan terus menyusun semula pasukan polis dan sistem perundangan kita.
Tapi!
Sekiranya anda tetap berdiam diri dan berkeras mahu memangkah Dacing Karat,ingat ! Anda dan keluarga anda kini hidup dalam bahaya !fikirlah sebaik - baiknya.

Khamis, Mei 27, 2010

Harga petrol mungkin dinaikkan 15 sen tahun ini


Harga petrol mungkin dinaikkan buat permulaannya 15 sen bagi setiap liter daripada harga sekarang pada tahun ini.
Harga petrol RON 95 ketika ini dijual pada harga 1.80 ringgit bagi setiap liter.

Harga baru itu berikutan cadangan sebuah badan yang bertanggungjawab menasihatkan kerajaan berhubung cara-cara mengurangkan subsidi, iaitu Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU).

Cadangan itu dibuat pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi dalam usaha awal kerajaan untuk mengurang defisit dalam belanjawan negara yang kini pada tahap tertinggi bagi tempoh 20 tahun.

Mengikut cadangan yang dikemukakan kepada lembaga penasihat itu, harga petrol akan dinaikkan tahun ini dan diikuti dengan dua lagi kenaikkan pada kadar 20 sen setiap liter setiap kenaikkan pada 2011 dan dua lagi kenaikan, juga pada kadar 20 sen bagi setiap kenaikkan pada 2012.

Sepanjang 2013-2015, kenaikan harga minyak dijangka bergerak perlahan dan pada penghujung 2015, harga RON95 diandaikan berada pada 2.60 ringgit bagi setiap liter.

Bagaimanapun rancangan kenaikkan yang dicadangkan itu masih belum diluluskan oleh kerajaan.

Ramalan itu adalah berdasarkan harga minyak mentah pada harga $73.06 bagi setiap tong pada 2011 dan $79.41-$94.52 bagi 2013-2015.
Cadangan pengurangan subsidi

Kerajaan juga dijangka akan menaikkan harga petrol, gas dan tol lebuhraya di bawah rancangan pengurangan subsidi selama lima tahun yang dibuat oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), sebuah badan yang menasihatkan kerajan mengenai cara-cara mengurangkan subsidi.

Bagaimanapun belum ada keputusan yang dibuat dan kerajaan dijangka tidak akan bertindak dalam jangkamasa terdekat ini.
Pengurangan dan pemotongan subsidi itu juga membabitkan 12 perkara:

Petrol

Harga petrol dinaikan 15 sen pada Jun-Dis 2010, diikuti kenaikan 10 sen setiap enam bulan antara Jan 2011-Dis 2012 dan jumlah kenaikkan yang kecil bagi tahun-tahun berikutnya.

Harga petrol pada


2011 - RM2.16
2012 - RM2.20
2013 - RM2.34
2014 - RM2.52
2015 - RM2.60

Tol

Perbincangan semula dengan lebihraya pada 2010 dan dengan LDP pada 2013.

Cadangan - semua perjanjian konsesi akan diteruskan tanpa pemberian subsidi, yang bakal menyebabkan kenaikkan harga antara 10-67 peratus pada 2010.

Gas

Harga gas dinaikkan pada kadar tetap RM3/MMBTU bagi setiap enam bulan daripada harga sekarang bagi sektor tenaga dan sektor bukan tenaga.

Kenaikkan harga gas pada RM3/MMBTU setiap enam bulan serentak dengan kenaikkan tarif elektrik 1.6 sen/kWh bagi setiap enam bulan.

Malaysiakini/-

Majlis tempatan S'gor haramkan pertaruhan sukan




Beberapa majlis tempatan di Selangor akan bertindak membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, semalam dan hari ini Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat majlis berkenaan, ahli majlis, Latheefa Koya berkata mereka bertindak mengikut Seksyen 101, Akta Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan keselesaan.

Latheefa, yang juga ketua penerangan PKR berkata judi sukan memudaratkan kesihatan mental dan menjadikan sukan sebagai aktiviti yang tidak menyihatkan.

Menurut ahli majlis Selayang, Lee Khai Loon, mereka boleh menghalang aktiviti perjudian dengan mengawal pengeluaran lesen premis perniagaan, yang mensyaratkan jenis perniagaan yang mereka jalankan.

"Premis perjudian seperti Sports Toto menyenaraikan loteri sebagai item perniagaan mereka, justeru, pertaruhan sukan bukan dalam senarai itu.

"Untuk menyenaraikan pertaruhan sukan sebagai antara item perniagaan, pengendali perlu membuat permohonan kepada majlis tempatan dan pendirian kami adalah untuk menolak permohonan seumpama itu,” katanya sambil menambah keputusan mereka adalah sebulat suara.

Malah menurut Khai Loon, yang juga adalah ketua penerangan Pemuda PKR, pihak majlis tempatan tidak akan teragak-agak menutup premis yang menawarkan judi sukan.

"Kita mempunyai 24 ahli majlis dan dengan bantuan orang ramai yang juga akan menjadi mata dan telinga untuk Majlis Perbandaran Selayang," katanya.

Malaysiakini

SEORANG LAGI MUJAHIDEEN KEMBALI BERTEMU ALLAH

Setiausaha Dewan Ulamak WP meninggal dunia
Rusli Islam   
KUALA LUMPUR, 27 Mei: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Ahmad Ismail telah kembali rahmatullah jam 3 petang tadi di kediaman beliau, Taman Kasawari, Bukit Rotan.
Menurut anaknya, Mus'ab ketika dihubungi, allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Teluk Piai pada pukul 10 pagi esok.
Sebelum ini, Ustaz Ahmad telah menjalani rawatan kimoterapi kerana mendapat jangkitan kuman di kiri leher sejak beberapa bulan yang lalu.
Allahyarham yang juga merupakan mantan Setiausaha Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat dikatakan tidak pernah ketinggalan semenjak pertama kali menjadi perwakilan Dewan Ulamak ke Muktamar PAS Pusat.
"Beliau banyak banyak memberi tunjuk ajar dalam urusan organisasi parti terutamanya dalam hal-hal kepejabatan di Dewan Ulamak PAS Pusat," kata Ustaz Wan Ahmad Rashidi Wan Othman, Setiausaha Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat.
Allahyarham juga meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

Harakahdaily

Selasa, Mei 25, 2010

JAMIL KHIR - KITA TANYA SOAL JUDI, DIA CERITA PASAL LOMPAT PARTI

Jamadil Akhir 1431 H

Oleh: WFAUZDIN NS









Lambang Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)

DI DALAM kesibukan kita bertanya kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir tentang komen, ulasan atau pandangannya tentang lesen judi yang dikeluarkan oleh kerajaan, bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera ini bercerita pasal lompat parti di Kedah pula. Beliau yang juga Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Kedah menyatakan jika ada Adun dari PR yang melompat keluar dari parti adalah kerana Adun berkenaan tidak mahu menipu rakyat, katanya.

Hakikatnya malam semalam di dalam satu ceramah umum di Kedah, telah dibuktikan dengan jelas tiada sebarang niat Adun-Adun dari PR yang ingin melompat parti. Justeru itu, usahlah Jamil Khir bersusah payah untuk mengutip isu berkenaan. Sewajarnya beliau selaku Menteri yang bertanggungjawab di dalam urusan berkaitan agama Islam terlebih dahulu peka dan sensitif dengan isu lesen judi bola sepak yang baru diluluskan itu.

Tidak hairan jika beliau tidak mampu untuk bersuara membela agama di dalam kabinet Najib sedangkan sewaktu beliau menjadi Pengarah KAGAT di dalam ATM iaitu satu organisasi sekecil itu pun beliau gagal melahirkan warga tentera yang mempunyai kemantapan iman yang kuat. Masakan beliau berupaya mengubah dasar negara di dalam keadaan jawatan yang beliau pegang sekarang pun datangnya dari belakang tanpa melalui pilihan raya.

Siapalah Jamil Khir yang mungkin ingin mengubah Umno dari dalam sepertimana juga Mashitah Ibrahim dan Firdaus bekas Imam Besar Masjid Negara itu. Apa yang mereka lakukan di dalam kabinet Najib? Memalukan, sebaik sahaja Jamil Khir dilantik sebagai Menteri yang menjaga agama tiba-tiba lesen judi bola sepak diluluskan. Tidakkah Jamil Khir, Mashitah dan Firdaus merasa tercabar?

Cina Islam

Isnin, Mei 24, 2010

S/U PAS GERIK KEMBALI MENGHADAP ALLAH

Setiausaha PAS Gerik meninggal dunia.



Satu kehilangan besar kepada PAS Kawasan Gerik apabila kembalinya ke Rahmatullah Setiausaha PASnya, Hj. Ahmad Damanhuri bin Din pada jam 4.45 petang tadi di Hospital Ipoh.


Menurut maklumat dari PAS Kawasan Gerik jenazah akan disembahyangkan pada jam 11.30 malam ini di Mesjid Gerik


Bagi sahabat yang ingin menziarahi sila ke No. 1B, Kg. Terap 33300 GERIK, berdekatan dengan Bandar Gerik.


Beliau terlibat dengan satu kemalangan selepas Isya malam tadi apabila kenderaan motosikalnya melanggar sebuah lori yang berhenti di tepi jalan di Kampung Padang Kunyit .


Selepas itu dia dimasukkan ke Hospital Gerik sebelum di pindahkan ke Hospital Ipoh pagi tadi. Dikatakan arwah mengalami kecederaan serius dibahagian dada dan mengalami pendarahan paru-paru akibat kemalangan itu.


Semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan menempatkan rohnya bersama roh orang yang soleh, al Fatihah...

Cina Islam

AMARAN BAHAYA KEPADA IBU BAPA

Tarik balik inokulasi HPV kepada pelajar perempuan


CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkongsi keprihatinan Parent Action Group for Education (PAGE) berhubung usaha kerajaan untuk melaksanakan inokulasi 17,000 pelajar perempuan tingkatan 1 di Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi menentang Human Papilloma Virus (HPV).



CAP sejak awal lagi membantah cadangan kerajaan untuk memperkenalkan program vaksinasi untuk kanak-kanak apabila HPV penyebab kanser servik disebarkan hanya melalui hubungan seksual. Pada September 2009, apabila kerajaan mengumumkan niatnya untuk mevaksinasikan kira-kira 300,000 pelajar perempuan yang berusia 13 tahun, kami menyuarakan keprihatinan dan bantahan terhadap cadangan yang tidak munasabah untuk mevaksinkan mereka terhadap Penyakit Jangkitan Seksual (STD) yang biasanya dialami oleh orang dewasa yang melakukan persetubuhan secara rambang.



Kami sekali lagi mengulangi melaksanakan inokulasi terhadap pelajar perempuan dengan vaksin adalah penyelesaian gejala dan terlalu mudah kepada masalah kanser servik dalam kalangan kanak-kanak yang mungkin mendapat kanser servik akibat aktiviti seksual lebih awal dan persetubuhan secara rambang apabila sebenarnya punca utama dan faktor penyumbang bagi penghidap HPV ialah hubungan seksual dengan ramai pasangan; seharusnya diatasi melalui pendidikan dan agama serta nilai-nilai moral. Kenapa nilai dan penyelesaian ini tidak digunakan oleh pihak Kementerian kepada generasi muda kita sebagai langkah pencegahan sebagai ganti melaksanakan vaksinasi yang menjadi kontroversi itu?



CAP bersetuju dengan PAGE bahawa tidak perlu sama sekali bagi kanak-kanak diberikan vaksin HPV. Kami juga menggesa Kerajaan menggunakan peruntukan RM150 juta untuk menerbitkan bahan bacaan dan mendidik orang ramai berhubung bahaya HPV disebabkan oleh hubungan seksual untuk memastikan bahawa anak-anak kita selamat daripada virus dan juga meningkatkan kempen awam bagi PAP Smears dan ujian HPV untuk mengesan tanda-tanda awal kanser servik atau HPV. Ujian HPV untuk mengesan HPV, virus yang boleh menyebabkan perubahan sel ini, satu keadaan yang boleh dirawat manakala ujian PAP Smears untuk melihat perubahan sel awal pada servik yang boleh berkembang menjadi kanser servik.



Kami juga amat prihatin berhubung keselamatan vaksin ini. Seperti yang dipetik oleh PAGE, Bernama baru-baru ini melaporkan bahawa ujian klinikal vaksin ini telah dihentikan oleh pihak berkuasa berikutan kematian enam kanak-kanak. Sehubungan itu, kami juga mengemukakan fakta bahawa New York Post mendedahkan pada 2008 Gardasil (vaksin HPV yang dikeluarkan oleh Merck) di bawah siasatan terhadap kemungkinan dikaitkan dengan lumpuh, serangan jantung dan 18 kematian.



Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) Amerika Syarikat dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) mengetahui mengenai hubungan antara vaksin dan Autisme pada 2000. Gardasil juga bertanggungjawab terhadap kadar yang tinggi bagi pitam (syncope) dan pembekuan darah (venous thromboebolic events) dalam kalangan penerima. Di Amerika Syarikat, pembekuan darah dinyatakan dalam 56 laporan dan termasuk 19 kes saluran arteri utama paru-paru tersumbat (pulmonary embolism), empat daripadanya membawa kematian.



Pada keseluruhannya, 772 keadaan dijelaskan sebagai serius dan termasuk 32 kematian akibat daripada keadaan itu. Sejumlah kecil kes Guillain-Barre Syndrome (GBS) dilaporkan berikutan vaksinasi dengan Gardasil. Masalah lain yang dikaitkan dengan Gardasil adalah sakit kepala, tindak balas hipersensitiviti, dan ruam (urticaria). Pada Februari 2008, Kementerian Kesihatan Sepanyol menggantung penggunaan satu kelompok Gardasil selepas pihak berkuasa kesihatan di wilayah Valencia melaporkan dua perempuan jatuh sakit selepas menerima suntikan.



Cervarix, vaksin HPV oleh GlaxoSmithKline dikaitkan dengan kematian. Pada 28 September 2009, seorang gadis berusia 14 tahun di Coventry, England mati sebaik sahaja menerima vaksin Cervarix di sekolahnya sebagai sebahagian daripada program imunisasi kebangsaan. Amat mengejutkan, malah sebelum vaksin ini diluluskan oleh FDA, pihak berkuasa terkenal di peringkat antarabangsa berhubung penilaian keselamatan ubatan, Cervarix diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia (PBKD) pada 2007.



Begitupun vaksin ini tertakluk kepada ujian klinikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menentukan keselamatan atau keberkesanannya sebelum digunakan terhadap anak-anak kita. Kerajaan kita tidak terhalang oleh ketidakpatuhan terhadap prosedur keselamatan dan keadaan yang tragik ini dan terus untuk mempromosikan vaksin yang tidak perlu dan amat berbahaya untuk anak-anak kita yang tidak menyangkanya.



Dengan anggaran 300,000 pelajar perempuan di negara ini dijadikan sasaran untuk vaksinasi oleh kerajaan, kini tiba masanya ibu bapa menyedari risiko yang dikaitkan dengan vaksin ini oleh kerajaan. Sepertimana yang dinyatakan oleh PAGE, pelaksanaan vaksin ini berisiko tinggi kepada anak-anak kita dan tiada manfaat ekonomi kepada negara kita, melainkan kepada pembekal farmaseutikal.



Bahaya kesihatan daripada vaksin telah menghasilkan lebih banyak kemusnahan dan tidak boleh kembali seperti sediakala berbanding bilangan diagnosis kanser servik sebenar. Memandangkan kepada bahaya yang jelas pada masa kini yang dikaitkan dengan vaksin HPV, CAP menggesa ibu bapa pelajar perempuan yang bersekolah melaksanakan hak untuk membuat keputusan mereka sebagai ibu bapa dalam menolak vaksinasi untuk anak-anak mereka dan sebagai ganti menerapkan nilai agama dan moral serta mendidik mereka berhubung bahaya aktiviti seksual pada peringkat awal sebagai hanya satu-satunya cara untuk mengelakkan daripada dijangkiti dengan virus seperti HPV.



Kami juga menggesa Kementerian Kesihatan menarik balik dengan segera pelaksanaan seterusnya program yang begitu kejam ini dan kerajaan membatalkan sokongan terhadap skim yang tidak wajar dan berpotensi mengancam nyawa ini dengan segera.



Kami tidak bersedia untuk melihat anak-anak kita mati dengan sia-sia akibat ketamakan korporat dan sikap berat sebelah kerajaan.



SM Mohamed Idris,

Presiden

Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

JUDI BOLASEPAK: UMNO TETAP SOKONG

Kenyataan Media (23 Mei 2010)



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kesal diatas kegagalan  Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak untuk hadir bersama-sama seluruh rakyat yang berhimpun membantah kelulusan lesen judi bolasepak Piala Dunia tahun ini oleh Kerajaan Pusat kepada Berjaya Group walaupun ada membuat kenyataan sokongan terhadap bantahan didalam media tetapi tidak langsung menjawab surat jemputan yang telah di sampaikan oleh DPPN Pk untuk bersama dalam himpunan aman bagi melahirkan rasa kesal dan bantahan terhadap isu tersebut.


DPPN Pk melihat, Pemuda Umno Perak begitu takut untuk menzahirkan bantahan atau menyatakan sokongan terhadap himpunan tersebut tidak sepertimana Gagasan Melayu Perak (GMP) yang telah menghubungi DPPN Pk menyatakan sokongan himpunan bantahan dan mengarahkan Ahli-ahlinya untuk hadir bersama-sama. Inilah sikap sebenarnya Pemuda Umno Perak yang tidak langsung sensitif terhadap kelulusan lesen judi bolasepak tersebut dan sanggup menjadi seorang muslim yang dayus dan pengecut dalam isu-isu yang berkaitan Islam.


DPPN Pk juga amat kesal dengan sikap tidak profesional pihak Polis di dalam memastikan kelancaran bantahan tersebut dengan mencentuskan suasana tegang menyebabkan rakyat masih marah terhadap pihak Polis. Isu yang di utarakan adalah berkaitan kepentingan seluruh rakyat dan Polis seolah-olah menyekat bantahan tersebut kerana Kerajaan yang telah meluluskan lesen judi tersebut. Apa yang dikesali, rakyat yang diberikan kebebasan bersuara bagi menyampaikan bantahan tersebut disekat oleh pihak Polis.


Bagi DPPN Pk berharap ramai lagi pihak akan terus membantah kelulusan lesen judi bolasepak tersebut demi memelihara rakyat dari terus dirosakkan moral dan masalah sosial yang akan terus meningkat akibat daripada kebenaran kelulusun lesen judi tersebut. Bagi yang Beragama Islam, sudah tentu akan merosakkan akidah kerana Kerajaan telah meluluskan suatu yang tidak sepatutnya berlaku di dalam Negara kita ini.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

'Penyokong' Tee Keat dikeluarkan dari The Star



Tiga pengarah Star Publications (Malaysia) Bhd tidak menawarkan diri untuk terus kekal dalam lembaga pengarah semasa mesyuarat agung tahunan syarikat itu, pagi ini.

Mereka adalah pengarah eksekutif Ng Beng Lye dan dua pengarah bukan eksekutif Sak Cheng Lum dan Tan Foong Luen.

Tindakan itu dipercayai sebagai membuka laluan bagi lantikan politik oleh presiden baru MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, bagi memperkuatkan cengkamannya terhadap syarikat media itu.

Semasa AGM di Petaling Jaya pagi ini, tiga resolusi berhubung perlantikan semula ketiga-tiga mereka yang sepatutnya diundi tetapi digugurkan tanpa sebarang sebab.

AGM itu hanya berlangsung selama sejam dan lembaga pengarahnya bergegas ke mesyuarat lain tanpa berjumpa dengan wartawan yang membuat liputan.

Mereka dijangka akan membincangkan penyusunan semula lembaga pengarah dan dijangka akan mengeluarkan kenyataan media lewat hari ini.

A
pabila ditanya oleh wartawan, Ng mengesahkan bahawa beliau bersama Sak dan Tan, tidak menawarkan diri untuk dilantik semula.

Ditanya lanjut, Ng berkata: “(Kami letak jawatan) tanpa sebarang sebab”.

Ng dan timbalan pengerusi Star Publications, Datuk Clement Hii dilihat sebagai lantikan politik oleh bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Sebelum ini, desas desus bahawa mereka akan disingkirkan telah bertiup kencang.

Khabar angin juga mengatakan bahawa Ketua Pengarang, The Edge, Ho Kay Tat akan menggantikan tempat Hii ataupun Ng sementara Kuah Han Liang, bekas pegawai Deutsche Bank dikatakan akan menyertai kumpulan itu sebagai pengerusi bukan eksekutif.

Tokoh korporat lain yang disebut-sebut akan menyertai lembagai pengarah syarikat itu ialah bekas pengarah urusan Arab-Malaysian Securities Lee Siang Chin, dan pengasas Foetus International Datuk Vincent Lee.

Lee baru-baru ini dilantik sebagai anggota lembaga Huaren Holdings, sayap pelaburan MCA.


Malaysiakini

Ahad, Mei 23, 2010

Himpunan aman bantah konsert Inul



TAWAU, : Jika di Semenanjung demonstrasi aman diadakan sebagai bantahan kerajaan meluluskan judi bola sepak, orang ramai di sini menyertai himpunan aman bagi membantah konsert Inul Daratista yang diadakan di Masjid Al Kauthar, selepas solat Jumaat tadi.
Himpunan tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Bantah Konsert Inul Daratista dan turut disokong beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain.
Menurut penganjur, himpunan bagaimanapun sedikit terganggu apabila pihak polis mengarahkan agar himpunan tersebut dihentikan.
Bantahan kemudiannya bersurai secara aman sekitar jam 1.30 petang tanpa sebarang tangkapan dibuat.
Tidak berakhir di situ, peserta himpunan berarak ke pejabat Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan telah berjaya menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Presiden MPT.
Sidang media dengan membaca isi kandungan memorandum dilangsungkan di hadapan bangunan MPT dan bersurai secara aman sekitar pukul 2.40 petang. -HDSabahdaily

 
(gambar dari Pas Tawau)

Umno BN guna wang lesen judi untuk operasi politik




KOTA BHARU, 23 Mei: Umno akan menggunakan wang yang diperolehi daripada hasil cukai lesen perjudian bagi menjalankan operasi politiknya, justeru adalah menjadi perangai pemimpin Umno apabila mengenal pasti wang diperolehi menerusi perjudian, maka mereka akan meluluskan lesennya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, orang Kelantan yang menjadi Timbalan Menteri Kewangan, yang pertama di Dewan Negara, mengisytiharkan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN meluluskan lesen judi bola sepak.

Beliau berkata, semasa Datuk Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan apabila menjawab soalan Parlimen ketika itu bahawa judi baru sudah ditambah 12 lesen.

“Kini apabila menjelang perlawanan bola sepak Piala Dunia, tiba-tiba kerajaan mengumumkan memberi lesen perjudian kepada Berjaya Gorup,” katanya.

Beliau menambah bahawa pemilik syarikat judi yang sama pernah pada 2008 menghantar surat kepada Kerajaan Kelantan sebaik saja selepas tiga bulan PAS memerintah, namun permohonannya untuk lesen Empat Nombor Ekor itu tidak dilayan dan tidak diluluskan.

“Nasib baik kita menang Pilihan Raya Umum 2008, tetapi kalau timbalan menteri itu yang pada suatu masa didakwa bakal menjadi Menteri Besar Kelantan dari Umno itu menang dan menjadi Menteri Besar Kelantan, tentu sah hidup semula judi tersebut,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri bercakap pada Majlis Cakno Rakyat anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri di Kampung Kedai Buloh dekat sini malam tadi.

Menurutnya, sekiranya Umno BN hendak menunjuk cerdik di hadapan Allah SWT, tetapi janganlah melanggar larangan Allah yang terang disebut larangan judi di dalam Al-Quran.

“Orang kampung mengerti hukum judi itu, tetapi kalau menteri tidak mengerti ayat Al-Quran (maka) ‘gong benarlah’, dan itulah menyebabkan berlaku kemurkaan dan bala banyak di negara ini oleh banyaknya maksiat dilakukan.

“Sedangkan Ketua Pemuda DAP dari Pakatan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook sendiri menyatakan tidak bersetuju lesen judi bola itu diluluskan, diikuti tidak bersetuju ialah anak Allahyarham Tun Ghafar Baba, Datuk Tamrin, bahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga menyatakan tidak bersetuju.

“Pak Lah berkata, persoalan lesen judi bola sepak itu mestilah kerajaan mendengar apa rakyat mahu,” katanya.

Husam berkata, pemimpin Umno mestilah menarik balik lesen judi bola itu dan kalau Umno tidak mahu mendengar kenyataan bekas presiden mereka, maka apatah lagi hendak mendengar ayat Al-Quran.
 
 

PAS sedang menyatupadukan semua kaum - Abdul Had



KLANG, 23 Mei: Keterbukaan PAS menerima orang bukan Islam menyertai parti Islam itu melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan bahawa PAS sedang menyatupadukan semua kaum di negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika semua kaum dan etnik di negara digabungkan dengan baik, ianya akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.
"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS.
"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran DHPP di Klang hari ini.

Sebagai gimik pelancaran, beliau menyentuh sebuah glob bertulis DHPP.
Terdahulu dalam ucapannya beliau juga berkata, apa yang boleh menyatukan kaum ialah keadilan dan saling menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain, dan ianya sedang dibuktikan oleh PAS.
Mengulas lanjut beliau memberitahu, PAS mengambil langkah proaktif sewaktu memerintah Terengganu apabila mencadangkan supaya orang bukan Islam dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
"Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam," katanya lagi.
Turut hadir Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.
Manakala pimpinan lain termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali, Pengerusi Lajnah Perpaduan Kaum, Dr. Mujahid Yusof, Timabalannya, Dr.Halimah Ali yang juga pengarah program serta pengerusi dan timbalan pengerusi DHPP Hu Pang Chaw dan N.Balasubramaniam.

Harakahdaily

Khamis, Mei 20, 2010

PEMUDA PAS PARIT PELAWA PEMUDA UMNO BANTAH SEMUA BENTUK JUDI.


PARIT – Dewan Pemuda Pas Parit hari ini menyatakan sokongan terhadap kenyataan akhbar Pergerakan Pemuda Umno Perak yang membantah keputusan kerajaan pusat meluluskan lesen judi piala dunia yang akan berlangsung Jun ini .

Ketua Penerangan DPPK Parit , berkata kenyataan Ketua pemuda Umno perak Maslin Sham Razman bahawa pergerakan itu tidak akan menyokong sebarang tindakan yang bertentangan dengan syarak merupakan sesuatu yang amat dialu-alukan. Maslin Sham didalam kenyataannya juga menyatakan;

“ Kita tahu judi antara masalah sosial utama yang membawa kehancuran kepada masyarakat” , Dewan Pemuda Pas beranggapan perkemb angan yang ditunjukkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Perak merupakan satu manifestasi terhadap bahaya aktiviti perjudian kepada negara .Justeru Dewan Pemuda Pas Parit dengan hati yang terbuka memperlawa Pergerakan Pemuda Umno untuk bersama dalam usaha membenteras dan membantah segala bentuk perjudian yang dilesenkan didalam negara ini. Bukan sahaja membantah kelulusan lesen pertaruhan piala dunia kepada Berjaya Corporation tetapi juga kepada semua bentuk pertaruhan yang sedia seperti sport toto, magnum ,pusat perjudian genting dan sebagainya.

“ Saya juga minta agar Pergerakan Pemuda Umno Perak terus berjuang untuk menyakinkan Pergerakan Pemuda Umno seluruh negara membantah keputusan meluluskan lesen perjudian ini melalui Pemuda Umno Pusat “ Katanya



Dppk Parit

Panas: Tindakan Balas Dendam BN Akibat Kecewa Di Sibu, Seorang Lagi ADUN DAP Bakal Digantung


Bagai sudah dijangka, amuk puak-puak BN tidak berakhir disitu. Selepas Speaker DUN Sarawak menggantung ADUN Pakatan Rakyat iaitu Dominique Ng Kim Ho (Parti Keadilan Rakyat (PKR)-Padungan) dan Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) semalam, kini bagai menerima arahan beliau sekali lagi bakal mengambil tindakan yang sama terhadap seorang lagi ADUN DAP iaitu Ting Tze Fui - foto (Maradong). Beliau telah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, dewan Undangan Negeri Sarawak berhubung satu kenyataan yang dibuatnya November lalu. Beliau juga akan dihadapkan ke jawatankuasa itu Jumaat ini berikutan usul yang diluluskan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Wong Soon Koh pada persidangan DUN hari ini. Tindakan drastik yang dilakukan ini jelas sekali merupakan satu usaha untuk menghalau perwakilan Pakatan Rakyat di DUN Sawarak. Menurut ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng penggantungan ADUN DAP semalam dan cadangan mengheret Ting ke jawatankuasa khas itu sebagai dendam BN atas kekalahan kerusi Sibu, Ahad lalu.

[Bagai sudah ditakdir, inilah akibatnya bilamana ada pihak yang tidak dapat menerima kekalahan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Mereka bebas melakukan apa saja kerana kuasa masih ada ditangan mereka. Tunggulah sehingga pilihanraya umum negeri yang akan berlaku tidak lama lagi, pasti rakyat akan menghukum sikap "kurang ajar" mereka ini sebenarnya. Oleh itu, rakyat Sarawak perlu bersabar dengan kerenah BN yang sedang menggila sekarang ini. Dengan terhukumnya ketita-tiga ADUN terbabit, maka hanya tinggal lagi empat sahaja ADUN Pakatan Rakyat yang akan bersuara di DUN Sarawak nanti].

PAHANG ONLINE

Isteri kedua dibenar lawat Sultan Kelantan



Muhammad Yusri Amin   
KOTA BHARU, 20 Mei: Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah di sini membenarkan isteri kedua sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, 31 melawat suaminya, Tuanku Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra.

Panel tiga hakim diketua Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad membenarkan lawatan itu setelah mengadakan semakan terhadap afidavit pihak Elia Suhana dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Hakim lain yang turut bersidang iaitu Tan Sri Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan Wan Hassan Wan Muhamad.

Daud berkata, keputusan penangguhan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 April lalu tidak sepatutnya berlaku kerana perintah itu dikeluarkan ke atas isteri yang sah.

Bagaimanapun Elia Suhana mendakwa dihalang Raja Perempuan Kelantan dan dua pengawal peribadinya untuk bertemu suaminya.

Dan pada 21 Februari lalu mahkamah mengarah ketiga-tiga defendan hadir untuk tunjuk sebab.

Sedangkan sebelum itu pada 4 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di Kota Bharu membenarkan isteri kedua melawat Sultan Kelantan setiap Sabtu sehingga pagi Isnin.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi Syariah menangguhkan kes permohonan Elia Suhana bagi mendapatkan hak lawatan kekal ke atas suaminya kepada 13 Jun depan.

Penangguhan itu disebabkan Mahkamah Tinggi Syariah mahu permohonan itu didengar selepas kes bantahan awal pengesahan lafaz cerai Sultan Kelantan ke atas Elia Suhana diputuskan pada 23 Mei ini.

Elia Suhana memfailkan permohonan interlokutori pada 21 Mac lalu untuk membatalkan permohonan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap dirinya yang difailkan seorang wanita, Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60.

Sultan Kelantan didakwa menjatuhkan talak ke atas Elia Suhana pada 12 Februari lalu ketika menjalani rawatan di Singapura.

Peguam Fakhrul Azman Abu Hassan mewakili Elia Suhana, manakala Raja Perempuan Kelantan diwakili peguam Zainul Rijal Abu Bakar.

Harakahdaily

Selasa, Mei 18, 2010

SOKONG PENDIRIAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO PARIT ( BANTAH LULUS LESEN JUDI BOLA )



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Parit

Parit –Dewan Pemuda Pas Parit , hari ini  menyokong pendirian pemuda umno  parit dalam menyatakan bantahan kepada kerajaan terhadap  kelulusan lesen judi sempena piala Dunia 2010.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Parit , Khairul Effendy  berkata perkara  yang melibatkan hukum-hukum  agama islam wajib disokong  dan diperjuangkan demi kesucian agama islam itu sendiri malahan bukan sekadar isu kelulusan judi bola patut ditentang , banyak lagi contoh-contoh judi yang terang-terangan wujud sejak sekian  lama seperti   sport toto , Magnum ,Genting dan lain-lain lagi .
Persoalan yang melibatkan isu ini bukanlah berkaitan  politik semata-semata ini adalah  melibatkan  akidah umat islam keseluruhan nya tanpa mengira  kefahaman politik ,walaupun isu ini akan   menyebabkan rakyat mencemuh dan menyalahkan kerajaan .Pendirian Pergerakan   Pemuda  Umno parit amat wajar disokong oleh semua .
Dewan Pemuda Pas Parit percaya  keputusan yang dibuat oleh  kabinet untuk meluluskan lesen judi ini sudah tentu mendapat perhatian serius daripada  Perdana Menteri ,yang seharusnya  memikirkan buruk baiknya tindakan tersebut terhadap masyarakat  demi untuk mengaut  keuntungan segera.Mana mungkin seorang PM itu tidak mengetahui keputusan yang dibuat oleh  kabinetnya sendiri  sesuatu agak ganjil dan melucukan .Akhirnya, Dewan Pemuda Pas Parit  mempelawa  Pergerakan Pemuda Umno Parit untuk terus bersama dalam menyatakan pendirian menentang sebarang bentuk aktiviti perjudian ……

BUNG MOHKTAR RADIN TERBUKTI GAGAH PERKASA


Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur akan menjatuhkan hukuman ke atas ahli parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, pelakon Zizie Izette Abdul Samad esok kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Kesalahan tersebut membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Walaupun dari segi perundangannya tindakan bung mohktar radin itu merupakan satu kesalahan tetapi ianya lebih merupakan kesalahan teknikal kerana gagal mendapatkan kebenararan mahkamah bagi mendaptkan kebenaran untuk berkahwin kali kedua namun sepatutunya kita mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya melaksanakan sunah rasullah s.w.t dengan melaksanakan poligami untuk mengelakkan berlakunya aktiviti maksiat dan perzinaan ,lagipun dari segi zahir dan batin nya kita semua percaya beliau merupakan lelaki yang berkemampuan .

Mengapa perlu kita mengatakan apa yang dilakukan oleh beliau sebagai satu tindakan mengolok-olokan parlimenSedangkan apa yang dilakukanoleh beliau bukanlah satu skandal –seperti skandal yang melibatkan pemimpin-pemimpin lain dalam barisan nasional – skandal seks chows siow lek sebagai contoh .. itu baru dikira skandal sedangkan apa yang dilakukan oleh bung mokhtar ialah berkawin dengan aktres zizie ezite secara sah .. atau mungkin kerana pengaruh sister in islam atu apa sahaja ngo’s yang menyatakan mereka berjuang untuk hak kebersamanaan gender untuk menafikan apa yang telah temaktub sebagai undang –undang dan hak sebagai seorang lelaki islam yang boleh berkahwin lebih daripada satu seperti mana yang terwmaktub didalam al-quran .

Sekali lagi sekalun g tahniah kepada y.b bung mokhtar Radin keranatelah membuktikan keperkasaannya dan mungkin ahli –ahli parlimen daripada Barisan Nasional boleh belajar daripada beliau apakah rahsia untuk menjadi lelaki perkasa …



DPPK PARIT

Isnin, Mei 17, 2010

Sayap baru Pas tarik lebih ramai ahli bukan Islam- Salahuddin


Pas akan melancarkan sayap barunya –Dewan Himpunan Penyokong Pas — Ahad ini yang dijangka akan disertai lebih 20,000 penyokong dari kalangan masyarakat bukan Islam.

Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub berkata sayap baru itu ditubuhkan berikutan terdapat ramai penyokong bukan Islam terdiri daripada kaum Tionghua, Siam, Orang Asli, Bumiputera dan lain-lain.

“Penyokong bukan Islam yang kini semakin ramai menyebabkan pihak pimpinan memutuskan untuk menubuhkan gagasan yang lebih besar,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Ditanya sama ada anggota dewan itu akan dicalon pada pilihan raya, Salehuddin berkata:”Tidak ada masalah kaum bukan Islam bertanding atas tiket Pas malah sudah ada calon bukan Islam yang bertanding atas tiket Pas sebelum ini”.

Majlis perasmian Dewan Himpunan Penyokong Pas itu akan diadakan di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada 8.30 pagi Ahad ini.

Menyentuh mengenai kemenangan calon DAP Wong Ho Leng pada pilihan raya kecil Sibu semalam, Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar, yang hadir pada sidang akhbar itu berkata rakyat sekarang sudah lebih terbuka mengenai idea negara Islam. – BERNAMA

THINKING OF LIFE

Ahad, Mei 16, 2010

DAP MENANG DAN BN KALAH DAN ESOK HARI UNTUK TERSENYUM SAHAJA...

Keputusan resmi SPR ; BN Kalah di sibu


Berikut adalah keputusan RESMI yang ditunggu oleh rakyat Malaysia





DAP = 18,845 UNDI





SUPP (BN) = 18,447 UNDI





BEBAS = 232 UNDI





MAJORITI = 398 UNDI
 
dr.SITI MARIAH

10 MINIT BAKAL DIUMUMKAN....

Sila bersabar semua.....keputusan bakal dikeluarkan dari benak SPR sebentar lagi...

Keputusan tidak rasmi : DAP menang 285 undi.

Keputusan rasmi setakai ini dimana calon DAP menang dengan majoriti 285undi. Namun begitu kita masih menunggu keoutusan rasmi dari SPR.
 
Cina Islam

BN DIAMBANG KEKALAHAN SEBENAR?

Semasa berita ini ditulis,kiraan undi semula di lakukan bagi memenuhi kehendak nafsu serakah BN.Sebenarnya kiraan undi ini adalah satu contoh demokrasi tulen.

Diharapkan kiraan semula nanti bakal memberikan berita gembira buat Pakatan Rakyat.Maklumat dari Sibu menyatakan,pemimpin DAP  Lim Kit Siang menimbulkan persoalan tentang  pengumuman penjumlahan undi pos  yang dilewat selama setengah jam.

Adakah ini satu helah terakhir untuk menyelamatkan BN???Mari kita sama-sama saksikan kesudahan episod PRK sibu ini.

DPPK Parit

SEKITAR PRK SIBU

KLIK

BIG MAMA BIG SALES

Dasar big sales , shopping spree mungkin satu nilai baru yang dibuka didalam lembaran kamus politik negara ini , hari ini seramai 488 orang ahli pkr cabang Ipoh Barat telah mengumumkan keluar parti dan cabang tersebut telah distiharkan bubar apabila 19 orang daripada 25 orang ahli jawatan kuasanya telah bertindak mengosongkan jawatan , 14 orang daripada jawarankuasa tersebut telah mengumumkan keluar parti sementara daripadanya meletakkan jawatan .


Tiap kali berlakunya pilihanarayakecil pasti sahaja akan kedengaran , ada yang melompat parti atau keluar parti , semuanya berlaku sejak adun bota Dato Nasaruddin Hashim mengumumkan masuk pkr dan beberapa hari kemudian memgumumkan masuk semula kedalam umno kemudiaan ya diikuti peristiwa kejatuhan kerajaan pr diperak apabila 3 adun pr mengumumkan untuk keluar menjadi adun bebas yang menyokong Barisan Nasional dan kita melihat seorang lagi ahli parlimen pkr wong choo keong (wangsa maju ) telah mengumukan keluar parti . Sebuah Plot cerita yang panjang dan pasti nya bukan sekadar akan berakhir disini .

Selepas ini pasti akan ada lagi adegan lompat –melompat , mungkin kali ini akan melibatkan adun atau ahli parlimen negeri lain pula terutama negeri kedah yang dilihat merupakan sasaran Barisan Nasional seterusnya .Kita akui bahawa Najid bgitu agresif dengan slogan satu Malaysianya dasar baru yang melambangkan kerakusan untuk mengekalkan kuasa dengan cara membeli dan merampas dasar yang sama digunakan oleh cendiakawan-cendiakawan yahudi dalam usaha mereka untuk merampas tanah umat palestin sebelum tahun 1948 . Mereka cuba memberikan tawaran harta dan kekayaan kepada sultan abdul hamid (sultan othmaniyah yang terakhir ) supaya memberikan sebahagian kecil tanah palestin kepada yahudi untuk dijadikan petempatan negara mereka . Cuma yang membezakan ialah sultan abdul hamid tidak sama sekali termakan umpan dan pujuk rayu agar menerima tawaran yahudi tersebut. Walaupun akhirnya sultan Abdul Hamid dipaksa turun takhta hasil perancangan licik yahudi mengulingkan sistem khalifah islam dan mengantikan dengan sistem kerajaan republic yang kemudiannya menyaksikan tanah rakyat palestin dirampas oleh yahud(zionis) pada tahun 1948 .

Sistem pentabiran dan politik negara yang dicabuli dengna tindakan yan tidak bermoral dengan membeli wakil rakyat dan melaksanakan benruk-bentuk penindasan , kezaliman dan penyelewengan pasti memberikan impak yang cuku negatinf kepada kestabilan negara . Membiarkan campurtangan terus kuasa asing terutama yang melibatkan agen-agen zionisme adalah satu langkah yang cukup mem bahayakan negara . Melaksanakan nasihat dari mereeka dengan melakukan shopping spre terhadap wakil-wakil rakyat daripada pr yan bermasahalah mungkin akan terus dapat menyelamatkan dan mengekalkan kuasanya sebagai perdana menteri tetapi apakah kesan jangka panjang terhadap negara apabila kita mula bersahabat dan mendapat nasihat daripada yahudi yang berfahaman zionis, lihat sahaja lipatan sejarah tentang apa yang mampu dilakukan oleh mereka dan pastinya sejarah umat islam terdahulu sepatut menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua jangan sahaja termakan umpan yang bersifat jangka pendek tanpa memperdulikan masa depan generasi kan datang …

----------botaman dppk parit------------

Sabtu, Mei 15, 2010

PROGRAM PAS PRIHATIN

PROGRAM PAS PRIHATIN
TARIKH:16-05-2010
MASA:2:30 PTG HINGGA 5:30 PTG
TEMPAT:PERKARANGAN RUMAH ENCIK ZAINAL MAT GANTI
(DEPAN KLINIK BOTA KIRI)

AKTIVITI YANG DIRANCANG


*PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA
*BEKAM
*CABARAN TEH TARIK(LELAKI)
*PERTANDINGAN MEMASAK(BERASASKAN MEE)
*SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

SEMUA DIJEMPUT HADIR




PROGRAM ANJURAN MUSLIMAT PARIT


DPPK PARIT

YANG HARAM TELAH SELAMAT DIHALALKAN OLEH MUFTI MALAYSIA,TAHNIAH,SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN ALLAH.

15 Mei 2010

PELABURAN AMANAH RAYA BERHAD DALAM MAGNUN CORPORATION

1 Jamadil Akhir 1431H.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng (DPPKG) mengucapkan tahniah diatas keberanian Sahibus Samahah Tan Sri Dr. Hj. Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Perak yang berani mengeluarkan kenyataan menentang keputusan kerajaan Barisan Nasional yang meluluskan lesen perjudian dan menyifatkannya sebagai menentang hukum syarak. DPPKG juga berharap lebih ramai mufti serta cerdik pandai Islam tampil untuk membuat kenyataan menentang keputusan kerajaan ini yang secara terang-terangan bertentangan dengan hukum Allah SWT dan sudah pastinya memberikan kesan negatif kepada rakyat.

Walaubagaimanapun DPPKG juga melahirkan rasa sedih terhadap tindakan Amanah Raya Berhad (ARB) yang melabur sebahagian dari dana di dalam syarikat Magnum Corporation Berhad yang merupakan sebuah dari syarikat perjudian berlesen. Dalam laporan tahunan 2006 yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan pada mukasurat 121 dan 122 menunjukkan bahawa Amanah Raya Berhad melalui Amanah Raya Nominess (Tempatan) Sdn Bhd merupakan sebahagian dari 30 pemegang saham terbesar syarikat perjudian tersebut dengan 1.06% pegangan atau 15,487,200 saham.

DPPKG menyatakan rasa kesal kerana menurut laporan tahunan 2007 dan 2008 mufti Perak masih lagi menjadi sebahagian dari Panel Syariah ARB. DPPKG merasakan sebagai anggota panel syariah syarikat berkenaan, Mufti Perak seharusnya bertanggungjawab untuk menghalang pelaburan dibuat oleh ARB ke dalam syarikat-syarikat yang melibatkan perjudian. Lebih malang lagi Pengerusi ARB, Dato’ Dusuki Ahmad adalah bekas Ketua Pengarah dan Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang mempunyai kelulusan Sarjana dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

DPPKG berharap agar Tan Sri Mufti Perak mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi saham-saham yang dimiliki oleh orang Islam di dalam ARB dari dicemari sumber haram. DPPKG juga amat berharap pengurusan ARB akan segera menarik balik pelaburan tersebut dari Magnum Corporation sebagaimana yang dilakukan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebelum ini.

HARIS BIN ALIMUDIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS
Kawasan Gopeng
 

Khamis, Mei 13, 2010

ISA (INTERNAL SECURITY ACT ) ATAU ISRAEL SECURITY AGENCY

                                                     





                                                       DORON BERGERBEST EILON
                             

Nampaknya sudah ada kecenderungan untuk melabel kan tahanan ISA itu sebagai penganas seperti dipaparkan didalam warta berita tentang kejayaan pasukan anti penganas indonesia membunuh lima orang yang disyaki sebagai penganas ,salah seorang daripadanya ialah seorang induvidu yang bernama maulana yang pernah menjadi tahanan ISA dari tahun 2003 hingga ke 2005 .Beliau dikatakan baru sahaja pulang dari Filipina setelah selesai mendapat latihan militan disana .Kumpula ini dikatakan terlibat didalam serangan berani mati terhadap kedutaaan Australia pada tahun 2004 dan hotel ritz pada julai tahun lepas. Ini merupakan satu perkembangan ,yan g seharusnya dipandang serius kerana kita tidak mahu akta keselamatan dalam negeri ini (ISA ) akan digunakan dengan alasan untuk menahan pengganas .


Apa yang perlu dilihat disini , ada beberapa agenda tersembunyi yang melibatkan kepentingan dan percaturan politik antarabangsa yang melibatkan gerakan zionisme antarabangsa yang menjadikan campurtangan didalam politik didalam negara-negara dirantau ini sebagai satu usaha mereka bagi membendung kebangkitan dan kemajuan umat islam didalam urusan kenegaraan.

Organisasi islam yang berteraskan gerakan politik seharusnya ditekan dan dilumpuhkan dengan memberikan imej buruk mengaitkan kan dengan tindakan-tindakan kegananasan dan menggunakan alasan untuk memusnahkan pertubuhan penggana slalu gerakan-gerakan politik islam in akan dikaitkan dengan dengan aktiviti penganas akhirnya pemimpin –pemimpin gerakan –gerakan inia kan disumbatkan kan didalam penjara dan tahahanan akta keselamatan dalam negeri (ISA) .Sebelum ini pun telah banyak usaha provokatif untuk mendorong tercetusnya situasi bagi memungkin kan pelaksanaannya berlaku . Antara peristiwa yang boleh dirujuk ialah isu kepala lembu, pembakaran geraja , isu kalimah allah semuanya bersifat provokrasi dan dicipta agar berlakunya tindakan-tindakan kegananasan .

Dasarnya yang dicipta Israel dinegara umat-umat islam merupakan satu bon jaminan kepada mereka dan diantara dasar yang dirangka oleh mereka ialah pembentukan akta keselamatan adalam negeri(ISA) yang membolehkan penahanan tanpa bicara dan tampa had masa satu dasar yang jelas melepasi norma-norma asas demokrasi dan kemanusiaan , mungkin ada orang menganggap suatu kebetulan singkatan yang digunakan (ISA) itu menyamai dengan Singkatan agensi keselamatan Israel ( ISA) atau Israel security agensi(atau shin bet) . Kebetulan ..yang ada fakta kebenarannya . Perlantikan Apco oleh kerajaan Malaysia dan sebagai pelanggan pertama bagi apcoworldwide sdn bhd ..bukan sekadar kebetulan tetapi sebuah perancangan yang teliti dan kompleks bagi perkembangan idea zionisme ke seluruh dunia amnya dan secara khusus di ASIA – Malaysia dilihat sebagai jalan masuk syarikat yahudi itu ke Asia ( entry point into asia ) itu penyataan yang diberi oleh laman web rasmi mereka satu penyataan yang terbuka . Walaupun apco worldwide ini berbunyi seperti syarikat koperat yahudi yang lain dengan imej koperat mereka tetapi mereka sebenarnya jauh lebih berbahaya kerana mereka bukan sekadar memberikan kesan kepada ekonomi seperti TESCO ( syarikat Yahudi) COCA-COLA kesan nya lebih besar kerana mereka mempunyai akses secara terus kedalam percaturan politik negara ( political direct intervention). Doron bergerbest eilon merupakan salah seorang lembaga pengarah Apco worldwide bekas Ketua Keselamatan Agensi Keselamatan Israel (ISA) sekali satu kebetulan yang punyai fakta yang nyata dan membimbangkan ..bagaimanakah sesuatu kebetulan yang berfakta sebegini harus disangkal ..yang pasti disebalik semua kebetulan ini ada kebenaran yang tersembunyi.



----botaman dppk parit------

GILA BOLA!