"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, Mei 27, 2010

SEORANG LAGI MUJAHIDEEN KEMBALI BERTEMU ALLAH

Setiausaha Dewan Ulamak WP meninggal dunia
Rusli Islam   
KUALA LUMPUR, 27 Mei: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Ahmad Ismail telah kembali rahmatullah jam 3 petang tadi di kediaman beliau, Taman Kasawari, Bukit Rotan.
Menurut anaknya, Mus'ab ketika dihubungi, allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Teluk Piai pada pukul 10 pagi esok.
Sebelum ini, Ustaz Ahmad telah menjalani rawatan kimoterapi kerana mendapat jangkitan kuman di kiri leher sejak beberapa bulan yang lalu.
Allahyarham yang juga merupakan mantan Setiausaha Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat dikatakan tidak pernah ketinggalan semenjak pertama kali menjadi perwakilan Dewan Ulamak ke Muktamar PAS Pusat.
"Beliau banyak banyak memberi tunjuk ajar dalam urusan organisasi parti terutamanya dalam hal-hal kepejabatan di Dewan Ulamak PAS Pusat," kata Ustaz Wan Ahmad Rashidi Wan Othman, Setiausaha Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat.
Allahyarham juga meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!