"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Ahad, Mei 23, 2010

Umno BN guna wang lesen judi untuk operasi politik




KOTA BHARU, 23 Mei: Umno akan menggunakan wang yang diperolehi daripada hasil cukai lesen perjudian bagi menjalankan operasi politiknya, justeru adalah menjadi perangai pemimpin Umno apabila mengenal pasti wang diperolehi menerusi perjudian, maka mereka akan meluluskan lesennya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, orang Kelantan yang menjadi Timbalan Menteri Kewangan, yang pertama di Dewan Negara, mengisytiharkan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN meluluskan lesen judi bola sepak.

Beliau berkata, semasa Datuk Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan apabila menjawab soalan Parlimen ketika itu bahawa judi baru sudah ditambah 12 lesen.

“Kini apabila menjelang perlawanan bola sepak Piala Dunia, tiba-tiba kerajaan mengumumkan memberi lesen perjudian kepada Berjaya Gorup,” katanya.

Beliau menambah bahawa pemilik syarikat judi yang sama pernah pada 2008 menghantar surat kepada Kerajaan Kelantan sebaik saja selepas tiga bulan PAS memerintah, namun permohonannya untuk lesen Empat Nombor Ekor itu tidak dilayan dan tidak diluluskan.

“Nasib baik kita menang Pilihan Raya Umum 2008, tetapi kalau timbalan menteri itu yang pada suatu masa didakwa bakal menjadi Menteri Besar Kelantan dari Umno itu menang dan menjadi Menteri Besar Kelantan, tentu sah hidup semula judi tersebut,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri bercakap pada Majlis Cakno Rakyat anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri di Kampung Kedai Buloh dekat sini malam tadi.

Menurutnya, sekiranya Umno BN hendak menunjuk cerdik di hadapan Allah SWT, tetapi janganlah melanggar larangan Allah yang terang disebut larangan judi di dalam Al-Quran.

“Orang kampung mengerti hukum judi itu, tetapi kalau menteri tidak mengerti ayat Al-Quran (maka) ‘gong benarlah’, dan itulah menyebabkan berlaku kemurkaan dan bala banyak di negara ini oleh banyaknya maksiat dilakukan.

“Sedangkan Ketua Pemuda DAP dari Pakatan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook sendiri menyatakan tidak bersetuju lesen judi bola itu diluluskan, diikuti tidak bersetuju ialah anak Allahyarham Tun Ghafar Baba, Datuk Tamrin, bahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga menyatakan tidak bersetuju.

“Pak Lah berkata, persoalan lesen judi bola sepak itu mestilah kerajaan mendengar apa rakyat mahu,” katanya.

Husam berkata, pemimpin Umno mestilah menarik balik lesen judi bola itu dan kalau Umno tidak mahu mendengar kenyataan bekas presiden mereka, maka apatah lagi hendak mendengar ayat Al-Quran.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!