"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, Mei 20, 2010

PEMUDA PAS PARIT PELAWA PEMUDA UMNO BANTAH SEMUA BENTUK JUDI.


PARIT – Dewan Pemuda Pas Parit hari ini menyatakan sokongan terhadap kenyataan akhbar Pergerakan Pemuda Umno Perak yang membantah keputusan kerajaan pusat meluluskan lesen judi piala dunia yang akan berlangsung Jun ini .

Ketua Penerangan DPPK Parit , berkata kenyataan Ketua pemuda Umno perak Maslin Sham Razman bahawa pergerakan itu tidak akan menyokong sebarang tindakan yang bertentangan dengan syarak merupakan sesuatu yang amat dialu-alukan. Maslin Sham didalam kenyataannya juga menyatakan;

“ Kita tahu judi antara masalah sosial utama yang membawa kehancuran kepada masyarakat” , Dewan Pemuda Pas beranggapan perkemb angan yang ditunjukkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Perak merupakan satu manifestasi terhadap bahaya aktiviti perjudian kepada negara .Justeru Dewan Pemuda Pas Parit dengan hati yang terbuka memperlawa Pergerakan Pemuda Umno untuk bersama dalam usaha membenteras dan membantah segala bentuk perjudian yang dilesenkan didalam negara ini. Bukan sahaja membantah kelulusan lesen pertaruhan piala dunia kepada Berjaya Corporation tetapi juga kepada semua bentuk pertaruhan yang sedia seperti sport toto, magnum ,pusat perjudian genting dan sebagainya.

“ Saya juga minta agar Pergerakan Pemuda Umno Perak terus berjuang untuk menyakinkan Pergerakan Pemuda Umno seluruh negara membantah keputusan meluluskan lesen perjudian ini melalui Pemuda Umno Pusat “ Katanya



Dppk Parit

4 ulasan:

  1. Kini UNMO ikut fashion baru (ikut boss & $$$)lah..
    tak ikut Nabi dah......

    BalasPadam
  2. Lesen rumah urut yg naik sampai 7,000 di Selangor tu x nak buat demonstrasi ke?

    BalasPadam
  3. IYE KE ADF?...ISK..ISK...ISK...APE NAK BUAT....kan ke islam tu mengajar yang elok...rumah urut yang elok dan baik,buat apa nak di marah2kan...kan ke comel gitu!

    BalasPadam
  4. Kalau rumah urut tu mengikut Sunnah Nabi x pe ler......hidup PAS

    BalasPadam

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!