"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Ahad, Mei 23, 2010

Himpunan aman bantah konsert Inul



TAWAU, : Jika di Semenanjung demonstrasi aman diadakan sebagai bantahan kerajaan meluluskan judi bola sepak, orang ramai di sini menyertai himpunan aman bagi membantah konsert Inul Daratista yang diadakan di Masjid Al Kauthar, selepas solat Jumaat tadi.
Himpunan tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Bantah Konsert Inul Daratista dan turut disokong beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain.
Menurut penganjur, himpunan bagaimanapun sedikit terganggu apabila pihak polis mengarahkan agar himpunan tersebut dihentikan.
Bantahan kemudiannya bersurai secara aman sekitar jam 1.30 petang tanpa sebarang tangkapan dibuat.
Tidak berakhir di situ, peserta himpunan berarak ke pejabat Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan telah berjaya menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Presiden MPT.
Sidang media dengan membaca isi kandungan memorandum dilangsungkan di hadapan bangunan MPT dan bersurai secara aman sekitar pukul 2.40 petang. -HDSabahdaily

 
(gambar dari Pas Tawau)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!