Terkini! POLIS Lagak Samseng di Shah Alam
Serangan pihak polis benar-benar mengejutkan semua hadirin pengunjung dataran pada malam tersebut. Polis memasang perangkap untuk memerangkap para hadirin dengan mengadakan sekatan di semua jalan keluar dataran dan menyerang dari jalan masuk.
Saksi awal, En Adha (urusetia program) menyatakan, polis datang dan terus menendang-nendang hadirin yang ada di dataran Shah alam tanpa sebarang amaran awal sehingga mencetuskan keadaan panik. Ramai remaja yang baru selesai menonton program sedang berada di astaka Dataran dengan motosikal di letakkan dihadapan astaka.
Namun disebabkan cara serangan polis yang menyerang seolah-olah mahu menangkap mereka menyebabkan suasana menjadi panik dan mereka terus menghidupkan motosikal dan bergegas beredar dari tempat kejadian. Ada beberapa motosikal yan baru memasuki dataran nyaris ditendang oleh pihak Polis.
Insiden berterusan sehingga menyebabkan seorang remaja yang cuba bergerak dengan motosikalnya ke arah Quality Inn berlanggar secara sisi dengan sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut.
Pada waktu kejadian urusetia program dan beberapa ahli Dewan Pemuda PAS Shah Alam yang bersama-sama dalam program masih berlegar-legar ditempat program untuk berkemas-kemas pulang.
Motosikal yang terjatuh ini berjaya bangun kembali dan bergerak masuk ke arah Quality Inn, malangnya baru beberapa meter bergerak motornya ditendang oleh polis sehingga berlanggar dengan sebuah van yang sedang parking di situ.
Lebih malang lagi seorang anggota polis yang dikenali sebagai Izwan datang dan terus menendang penunggang motosikal yang telah sedia cedera akibat terkena cermin van tersebut.
Penunggang yang dikenali sebagai Mohd Nazmi Annuar Mohd Adil, 20, merupakan seorang pelajar Pusat Teknoloji dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) di Shah Alam adalah antara belia yang menyertai program anjuran kerajaan negeri Selangor itu.
Bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertanggungjawab terhadap satu perhimpunan aman.
Beliau mendakwa, mereka datang seolah-olah hendak berperang, dengan tiba-tiba menyerbu tempat tersebut tanpa sebarang amaran.
Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Azli Yusof yang menganggotai jawatankuasa pengajuran program tersebut berkata beliau terkejut dengan apa yang berlaku malam tadi.
Katanya, program tersebut yang mendapat sambutan menggalakan dari kalangan belia, tamat sekitar waktu tengah malam.
Beliau mendakwa, anggota polis secara tiba-tiba menyerbu ke arah mereka, sambil menendang motosikal mereka yang diletakkan di situ, menyebabkan kumpulan belia itu bertempiaran dari situ.
Ketika itulah, katanya beliau ternampak Mohd Nazrul, dekat Quality Inn, bertembung dengan kereta dan terjatuh.
Menurutnya, Mohd Nazrul bangun dan cuba menunggang motosikalnya, tetapi motosikalnya ditendang oleh seorang anggota polis, menyebabkan dia terlanggar sebuah van yang terletak di situ.
Azli berkata beliau sempat mengambil nama anggota tersebut - seorang konstabel - dan nombor perkhidmatannya.
Antara Konstabel - konstabel itu ialah Konstabel Sayuti yang telah yang telah menendang motorsikal remaja terbabit sehingga jatuh dan merempuh sebuah Van yang di letak kan di tepi sebuah kafe di dataran Shah Alam tersebut manakala Konstabel Izwan pula meluru kearah Remaja terbabit untuk memijaknya tetapi di halang oleh beberapa Pemuda PAS yang ada di situ.
Tragedi biadap itu menyebabkan para hadirin mula naik angin dengan sikap biadap polis dan mula menyerbu pihak polis. Apabila diaju dengan pelbagai persoalan demi persoalan oleh hadirin pihak Polis ternyata gagal memberikan alasan bagi tindakan biadap mereka itu. Saudara Nazmi telah pun jatuh dan tercedera mengapa perlu dipijak lagi???
Keadaan Menjadi lebih kecoh apabila Inspektor Safuan mengajak Pemuda PAS yang cuba membantu Remaja terbabit untuk bergaduh dan ini telah membuat kan pemuda termasuk orang ramai bertambah berang.
Beberapa pemuda PAS Shah Alam yang menyedari peristiwa tersebut bertindak mengawal pengunjung, kerana rata-rata pengunjung sudah hilang sabar dengan sikap biadap polis tersebut. Kesemua pengunjung yang hadir menyalahkan sikap biadap polis tersebut.
Setelah pengunjung mengasak dengan beberapa persoalan yang tidak terjawab oleh pihak polis, akhirnya pihak polis membatalkan "Operasi Gila" tersebut dan menyatakan agar melupakan saja peristiwa malang pada malam tersebut. Ternyata orang ramai cukup kecewa dengan kebiadapan polis.
Ada hadirin yang menyatakan, sebelum ini mereka mempercayai apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Polis, namun selepas kes ini berlaku didepan mata mereka mula sangsi tentang cara Polis bertindak dalam menangani masalah sosial.
dilaporkan oleh : AMK Shah Alam
MOHAMAD AZHAN BIN HJ DESA
Betul ke berita ni??? macam di buat-buat. Tak kan polis buat benda tak tentu pasal. Biasanya, polis akan datang beri nasihat dan sekiranya tidak dipatuhi, memang dah tugas polis utk ambil tindakan...
BalasPadamkalau nak buat cerita pun, biarlah lojik sikit...!! Ini fitnah namanya. Dlm Islam, dosa besar
Ntah..mcm tak mauk akal ja cerita ni...
BalasPadamagak-agak la nk olah cerita bagi best kat hgpa ja..at least simpan dlm hati yang polis banyak berjasa kat kita...cuba jgn buruk kn institusi yang menjaga keamanan negara kita..
Kalau betoi pun polis serbu tempat tu, sure ada la yg hgpa buat tak betoi...ingat ni negara koboi ka?tak masuk akai...kalau nk reka cerita biaq bagi nmpk gempak dan rasional...contohnya, dlm keadaan mabuk polis menyerang kami dengan ganas..baru la rasional...
TQ