DPPK PARIT
Meregulasi ADHD Semasa Menulis Disertasi – Bab Kaedah Penyelidikan
2 hari yang lalu
....menyampaikan maklumat demi perjuangan Islam....
Sebuah akhbar harian Inggeris asyik sahaja menggunakan istilah 'puak Erdogan' bila merujuk kepada sekumpulan pemimpin PAS yang bukan ulama. Nama ahli-ahli 'puak Erdogan' ini pun ada disenaraikan dalam akhbar harian tersebut. Para pemberita akhbar harian Inggeris ini menulis bahawa kononnya puak ini adalah agresif dan mempunyai matlamat dan halatuju yang berlainan dari puncak pimpinan parti PAS seolah-olah puak ini adalah satu puak baru yang wujud untuk mengancam cara pentadbiran dan organisasi dalam PAS. Sebagai pemerhati politik selama lebih dari dua dekad, saya disini ingin mengatakan bahawa perjuangan PAS adalah konsisten dan tidak pernah berganjak dari perlembagaannya cuma sekarang pendekatannya adalah berlainan sedikit iaitu bersesuaian dengan era Politik Baru yang merangkumi perjuangan untuk keadilan bagi semua pihak tanpa mengira agama atau bangsa. Oleh itu, tidak wujud sama sekali 'puak Erdogan' dalam PAS tetapi hanyalah golongan profesional yang bukan ulama. Golongan profesional ini mempunyai idea-idea baru yang kukuh untuk memantapkan parti supaya PAS dapat meraih sokongan dari semua lapisan masyarakat dan idea-idea baru ini adalah perlu dan relevan untuk perjuangan PAS pada masa kini. Pada masa ini apabila BN kuat memainkan sentimen perkauman, parti PAS lah yang merupakan parti yang berani mengambil langkah untuk memadamkan api sentimen perkauman dan meredakan keadaan. Dalam isu penggunaan kalimah Allah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, PAS telah berani menonjolkan pendirian yang teguh berasaskan kepada ajaran Islam sementera pihak UMNO diam membisu seribu bahasa. Dalam zaman perjuangan PAS kali ini dimana PAS berjuang bersama dengan PKR dan DAP atas wadah Pakatan Rakyat, perwira-perwira PAS digalakkan menggunakan idea-idea baru yang innovatif untuk menghadapi cabaran yang semakin sengit dari pihak musuh dimana fitnah dan politik durjana digunakan oleh pihak musuh dengan sewenang-wenangnya. Untuk mengharungi cabaran ini, pemimpin-pemimpin PAS, ahli-ahli dan penyokong serta rakan-rakan PAS mestilah sama-sama menyumbang idea dan menggembeleng tenaga, tidak kira dari kumpulan ulama ataupun bukan ulama. Janganlah terpedaya dengan media arus perdana yang hanya bertujuan melaga-lagakan para pemimpin dalam PAS kerana itulah hasrat terpendam mereka. Rakyat Malaysia mestilah tahu bahawa hanya wujud 1 puak sahaja dalam PAS, iaitu puak yang akan bekerja bertungkus-lumus untuk menjadikan BN sebagai puak pembangkang. Justeru itu, harapan saya adalah supaya pemimpin-pemimpin ulama dan profesional sama-sama akan diberi peluang untuk mengetuai bala tentera di medan pertempuran Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. PANAH HIJAU 2hb Jun 2011 |
![]() Katanya, biarpun kumpulan pendesak Melayu, Perkasa memberi amaran untuk menghalang, namun himpunan tersebut tetap akan diteruskan. "Kita akan buat terus, dia (Perkasa) nak buat himpunan itu hak dia," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dalam sidang media di parlimen hari ini memberitahu pertubuhan itu akan melawan habis-habisan himpunan Bersih 2.0 itu. Sambil menyifatkan himpunan itu sebagai "mengacau", Ibrahim turut memberi amaran akan membuat himpunan serupa bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 tersebut walaupun terpaksa berlaku pertembungan. Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, juga mendakwa himpunan Bersih itu akan menimbulkan huru hara apabila ada pesertanya membaling batu dan membakar kereta. Membidas kenyataan Ibrahim itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, bukan Perkasa yang menentukan himpunan tersebut huru-hara atau tidak. "Itu kerja polis la nak tentukan aman atau tidak. Datuk Ambiga (Pengurusi Bersih), sudah beri jaminan kita akan buat himpunan secara aman," katanya. Beliau turut memberi contoh himpunan Bersih pertama pada 2007 lalu, menyaksikan himpunan berlangsung secara aman. "Perkasa kalau nak buat juga himpunan, buat hari lain la, kita dah cadang tarikh ni lebih awal lagi," katanya. Declare perang fizikal Seorang lagi AJK Bersih, Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan tindakan Perkasa memberi amaran mahu bertembung dengan peserta himpunan Bersih sebagai tidak wajar. "Kita tak pernah halang Perkasa nak berhimpun. Tapi berhimpun lah untuk memperjuang hak sendiri, bukan sebab nak halang kita semata-mata. "Ini sudah declare perang secara fizikal. Bukan begini caranya, ini cara pengganas," katanya. |