"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Rabu, Februari 03, 2010

Kanak-kanak bawah umur 5 tahun kes terbaru H1N1


KUALA LUMPUR, Feb 3 — Seorang kanak-kanak berumur kurang daripada lima tahun dilaporkan menjadi mangsa terbaru Influenza A (H1N1) dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata sehingga 30 Jan lepas, jumlah terkumpul kes positif Influenza A(H1N1) adalah sebanyak 12,389 kes dan tiada kematian baru kes H1N1 dengan jumlah terkumpul kekal 77 kematian sehingga kini.

Secara keseluruhannya, beliau berkata seramai 357 pesakit baru dengan simptom Penyakit Seperti influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara manakala 337 kes pula telah discaj keluar dalam tempoh seminggu yang lepas iaitu dari tarikh 24 hingga 30 Jan.

“Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir dalam tempoh tersebut adalah sebanyak 345 kes di 42 buah hospital kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata daripada jumlah tersebut, hanya empat pesakit atau 1.2 peratus merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal.

Dalam pada itu, Dr Mohd Ismail berkata terdapat tiga kejadian kluster ILI dilaporkan sepanjang minggu lalu di tiga buah sekolah berasingan iaitu di Sekolah Menengah Agama Al-Ittihadiah, Kuala Lipis, Pahang yang melibatkan tiga orang pelajar.

Sekolah lain ialah Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan, Marang membabitkan tujuh orang pelajar dan 17 orang pelajar dari Maahad Tahfiz Darul Iman, Tok Jiring, Terengganu.

“Dua daripada tiga kejadian kluster tersebut adalah positif untuk Influenza A(H1N1),” katanya.

Beliau berkata penularan jangkitan Influenza A(H1N1) masih lagi aktif khususnya di negara-negara beriklim sederhana di Hemisfera Utara seperti di Eropah Timur dan Selatan, Asia Selatan dan Timur serta Utara Afrika.

“Sehingga 24 Jan, jumlah kematian akibat jangkitan Influenza A (H1N1) di seluruh dunia adalah melebihi 14,711 kes iaitu meningkat empat peratus berbanding dengan minggu sebelumnya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan pelatih dan juga pihak berkuasa di kem-kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) serta pelajar di semua institusi seluruh negara agar berwaspada dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan H1N1. —the malaysian insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!