"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Mac 05, 2010

MB Selangor tidak perlu bayar AS$18.52 juta

KUALA LUMPUR : Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 3 Mac lalu memutuskan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu melunaskan pinjaman berjumlah RM66.67 juta kepada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang digunakan untuk membeli saham Guthrie Berhad (Guthrie), sembilan tahun lalu.


Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Zainun Ali sebulat suara membenarkan rayuan beliau yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Guthrie Berhad, sekali gus mengetepikan penghakiman terus yang dibuat terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi.

Pada 21 Ogos tahun lalu, Hakim Datuk Rohana Yusuf membenarkan permohonan BIMB bagi mendapatkan penghakiman terus terhadap Abdul Khalid setelah berpuas hati bahawa isu yang dibangkitkan tidak perlu melalui perbicaraan.

Bagaimanapun, Hakim Zainun yang bersidang bersama Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad ketika membenarkan rayuan itu berpendapat, pertikaian mengenai urusan perbankan Islam yang dikemukakan dalam saman itu perlu diputuskan melalui perbicaraan penuh.

Beliau beralasan, kerana kesahihan sebarang transaksi dalam perbankan Islam memerlukan pandangan pakar-pakar perundangan Syariah jika wujud pertikaian yang didakwa bercanggah dengan ajaran agama.

Abdul Khalid memohon mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar
pinjaman kemudahan bank sebanyak AS$$18.52 juta (RM66.67 juta) yang digunakan untuk membeli saham Guthrie miliknya pada tahun 2001.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Mac lalu menetapkan 15 Mac ini bagi mendengar saman Abdul Khalid terhadap BIMB berhubung dakwaan bahawa penjualan saham Guthrie miliknya mengikut perjanjian Al-Bai Bithaman Ajil (BBA) dilakukan secara salah.

Beliau memohon ganti rugi daripada BIMB dengan mendakwa bahawa bank itu telah menjual saham-sahamnya dalam Guthrie sedangkan perjanjian dengan bank itu dilakukan secara kolateral.

Khalid turut memohon perintah agar kemudahan pinjaman itu diisytiharkan tidak sah dan terbatal kerana BIMB melanggar perjanjian kolateral yang ditandatangani pada tahun 2001.

BIMB kemudian memfailkan saman balas untuk mendapatkan jumlah wang itu dengan mendakwa Khalid melanggar perjanjian BBA yang ditandatangani ekoran kegagalannya membayar semula pinjaman tersebut.

Saman MB itu dan juga saman balas bank berkenaan akan didengar pada perbicaraan yang sama yang dijadualkan berlangsung selama empat hari sehingga 18 Mac ini.

Sementara itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Abdul Khalid berhujah, wujud keterangan secara dokumentari yang mencukupi bagi membolehkan satu perbicaraan didengar bagi menentukan wujudnya perjanjian secara kolateral di antara kedua-dua pihak.

Sebaliknya, Tommy Thomas ketika berhujah bagi pihak BIMB menyatakan, Hakim Rohana betul ketika memutuskan penghakiman terus terhadap Abdul Khalid.

Beliau menyatakan, kes yang dikemukakan itu tidak memerlukan satu perbicaraan penuh kerana ia merupakan kes yang biasa melibatkan isu perlanggaran perjanjian antara pelanggan dan bank.

-erapakatan-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!