LUAHAN TERBUKA BUAT DS NIZAR!

Sahabat Yang Dihormati,
Dato' Seri IR Haji Mohammad Nizar Jamalludin.
ISU KILANG BIJIH BESI TELUK RUBIAH: ADUAN & HARAPAN RAKYAT DARI DUN PASIR PANJANG
Untuk  makluman sahabat, kami di DUN PASIR PANJANG sedang sengsara dan  membantah cadangan pembinaan kilang bijih besi di Teluk Rubiah yang  telah diluluskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Kami tidak  menentang pembangunan untuk perkembangan ekonomi Manjung, malah  mengalu-alukan.
Sebagai seorang engineer (IR) yang bertauliah  sahabat lebih memahami pengoperasian kilang Vale SA, Brazil tersebut,  kami alu-alukan pelaburan 6 billions itu, tapi biarlah bertempat yg  sesuai dgn lokasi Industri, bukan di Zon pelancongan yg ditukar kepada  Zon Industri. 
Rakyat  dan Penduduk Manjung difahamkan diawal perancangan, sahabat sendiri  tahu hal ini ia akan terlaksana di Kawasan Perindustrian Lumut Port, Kg.  Acheh (tapak sedia ada utk industri) dan jika dulu kerajaan PR terbuka  mendengar bantahan rakyat namun isu ini kami seolah tidak dipedulikan  oleh kerajaan rampasan kini.
Kami mohon sahabat sebagai harapan  warga DUN Pasir Panjang dapat bersama dan menyelami permasalahan kami.  Kami menaruh harapan yang tinggi kerana jika PR yg memerintah ia akan  membuka ruang bantahan yang TELUS dan TERBUKA sepertimana berlaku di  Pulau Pinang dan Selangor. Walaupun diherdik dan luahan rakyat pelbagai  bentuk suara, namun kerajaan di sana menerima dan mengambilkira yang  selama ini tidak pernah berlaku di bawah pemerintahan BN, ia membuka  seluas-luasnya bantahan dan pandangan rakyat. Ia suatu pemerintahan yang  MERAKYATKAN.
Kami amat berterima kasih kepada sahabat dan  kerajaan PR terdahulu kerana membawa pelaburan dari luar negara untuk  kemajuan dan kepentingan rakyat, tapi kini kerajaan rampasan meneruskan  tanpa merujuk kembali kepada rakyat terutamanya penduduk sekitar  terhadap cadangan lokasinya. Ia akan memberi kesan jangka masa panjang  terhadap persekitaran, alam sekitar, hidupan marin, hidupan hutan, hutan  simpan, pusat pelancongan, pusat riadah tempatan, masalah sosial dan  terutamanya kesihatan penduduk. Kerana kerakusan manusia terhadap  kemewahan duniawi, mereka alpa, lalai dan lebih tragisnya tidak  mempedulikannya walau ketahuan.
Sahabat, 
MB  haram dan kerajaan haramnya kini meluluskan lokasi pelaburan yang  dibawa oleh sahabat dengan menidakkan bantahan penduduk yang berada di  bawah DUN sahabat sendiri. Jurutera Projek syarikat antarabangsa itu  pernah memuji bicara, pemahaman dan kepakaran yang sahabat ada yang  lebih mudah memahami operasi mereka yang tidak ada pada MB mahkamah.  Justeru, mohon jasabaik sahabat untuk mengetengahkan isu ini kepada  piahk-pihak yang berkenaan. Ahli Parlimen Beruas, sahabat kepada sahabat  telah membawa misi ini ke Dewan Parlimen, namun hanya jawapan  pengesahan kelulusan projek dinyatakan oleh kementerian yang terbabit.  Sayangnya Menteri Alam Sekitar mahupun Menteri Pelancongan tidak bangkit  untuk pertahankan kesucian Rubiah, dibiarkan berlalu pergi tanpa belas.  Siapa lagi yang harus kami harapkan?
Kami percaya sahabat  seorang yang terbuka malah sahabat pernah menerima pandangan rakyat  seperti kami yang hina ini hanya semata mahukan kebaikan dan kemajuan  untuk rakyat yang memilih sahabat sebagai wakilnya. Sahabat menerima dgn  hati terbuka dan mempertimbangkan dgn senyuman satu ketika dahulu.
Ternyata  sahabat seorang yang boleh diterima semua golongan dan kami mahu  sahabat terus berjuang utk rakyat, harapan dan doa rakyat mengiringi  perjuangan sahabat. Moga sahabat dapat membantu misi ini dan bersama  rakyat agar Rubiah terus kelihatan jelita dan anggun walaupun 'ibu dan  bapanya telah lama mati ditelan bencana di tanah ini'.
Selamatkan Nyawa Rubiah.
SAVE TELUK RUBIAH!
Ikhlas dari Sahabat,
-proTeSTeR-
(Team Save Teluk Rubiah)
26.11.2010, Jumaat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.