|    Berucap pada malam penutup Karnival Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum  (SRIBU) malam tadi, beliau berkata tindakan yang diambil oleh Kerajaan  Negeri Kedah melarang media pro Umno membuat liputan persidangan Dewan  Undangan Negeri (Dun) merupakan reaksi biasa sebagai protes bukanya  menghalang kebebasan media. "Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan memang patut sebab  media pro Umno buat liputan berat sebelah berkaitan banjir.  Media hanya  tumpukan pada sumbangan Kerajaan Pusat, seolah-olah menidakkan bantuan  kerajaan negeri.  Lepas tu hentam tanpa bagi peluang Menteri Besar  menjawab," terangnya. Sebagai contoh, katanya ketika bantuan Dewan Pemuda PAS Pusat yang  berkampung di Kubang Rotan di mana mangsa banjir diberikan sumbangan dan  disajikan gulai daging lembu pada hari pertama, pada hari kedua pula  ayam masak merah manakala hari ketiga gulai telur ikan masin. “Bila hari ketiga, datang TV3 dan terus menemu ramah mangsa yang  dihidangkan gulai telur ikan masin. Mereka buat cerita bukan-bukan  kononnya mangsa diberikan hidangan yang tidak seberapa, ada pilih kasih  dan seumpamanya. "Itulah kejahatan yang dibuat, mereka mencipta isu demi kepentingan  Umno dan Barisan Nasiona (BN). Mereka meninggalkan etika yang  mengkehendaki bersikap jujur dan tulus pada sebarang laporan," jelasnya  kecewa. Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyifatkan, laporan yang dibuat oleh  media pro Umno itu didalangi oleh beberapa individu yang sengaja  mengambil kesempatan berlakunya banjir terburuk yang melanda Negeri  Kedah. Beliau juga yakin peristiwa yang berlaku itu tidak akan mendorong  rakyat untuk kembali ke pangkuan Umno yang telah membohongi mereka sejak  50 tahun lalu. "Rakyat Kedah pasti tahu cerita sebenar apa yang berlaku. Semua itu  pembohongan media pro Umno yang senantiasa mencari ruang untuk mereka  mengucar-kacirkan pemerintah Pakatan Rakyat,” katanya.  | 
Khamis, November 18, 2010
Media tidak beretika perlu diajar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.