"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Rabu, September 30, 2009

KEMUNCULAN DAJJAL


Dajjal ialah pendusta yang mampu menutup kebenaran.Dajjal dalam bahasa arab ialah dajjala yang membawa erti menutup.Orang yang berdusta dinamakan Dajjal kerana ia menutup kebenaran dengan kebathilan.Diantara tanda-tanda besarbagi kiamat ialah lahirnya pendusta,yang Rasulullah s.a.w menamakannya dajjal.Ia mendakwa dirinya tuhan,berusaha memfitnah manusia supaya berpaling daripada agama,melalui kejadian-kejadian yang menyalahi adat yang Allah izinkan kepadanya.Dalam hal itu Allah meneguhkan hati orang-orang yg beriman.Mereka tidak twerperangkap dengan sebab pendustaan dan penyesatan.Kemudian Allah izinkan turunnya nabi Isa a.s untuk membunuh dajjal,maka lenyaplah fitnah dunia ini.
Dalam kitab Syarah sahih muslim Imam Nawawi ada menyebut,"hadis-hadis yang dibawa datang oleh imama Muslim dan Imam-Imam yang lainberhubung dengan kisah dajjal adalah merupakan hujjah bagi mazhab ahli ahlul-akhlak tentang adanya dajjal.ia adalah seorang manusia,yang dengannya Allah mengujikan manusia,kerana Allah memberi kepadanya sedikit daripada kekuasaannya seperti,
-dapat menghidupkan orang yg dibunuhnya
-lahir kesuburan dan kemewahan bersama-sama dengannya lahir syurganya,nerakanya dan dua batang sungainya
-tertunduk segala perbendeharaan dalam perut bumi kepadanya
-menyuruh langit supaya menurunkan hujan dengan perintahnya
-menyuruh bumi supaya mengeluarkan tumbuhan,lalu tumbuhlah tanam-tanaman
Semua itu berlaku dengan kekuasaan dan kehendak Allah,kemudian Allah jadikan dajjal itu lemah,ia tidak berkuasa membunuh manusia,perintahnya tidak didengari,ia akan dibunuh oleh nabi Isa a.s dan Allah menetapkan hati-hati orang-orang yang beriman.
Daripada Huzaifah bin Al Yaman,sabda Rasulullah s.a.w,yang bermaksud:

"sesungguhnya aku lebih mengetahui apa yang akan(lahir) bersama dajjal daripada dajjal sendiri.Bersamanya dua batang sungai yang mengalir.Yang pertama kelihatan air yang putih dan yang kedua kelihatan api yang menyala-nyala.Apabila seseorang mendapati sungai yang pertama,maka hendaklah ia (berpaling) dan datangilah sungai yang kedua yang ia lihat [adanya api dan hendaklah ia memejamkan mata kemudian tundukkan kepala dan terus meminum air itu.Sesungguhnya sungai itu adalah air yang sejuk.Dan sesungguhnya dajjal itu matanya buta sebelah,dimatanya ada selaput putih yang tebal,tertulis kalimah kafir didahinya,yang dapat dibaca oleh orang mukmin yang pandai menulis dan mukmin yang tidak pandai".Sekian untuk peringatan kita bersama...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!