"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Disember 31, 2010

Jangan Buat Kerja Tuhan!!


Hakikatnya, kita takkan mampu buat kerja Tuhan. Hanya Dia sahaja yang layak menentukan segalanya. Sekalipun air mata darah yang keluar, setiap yang telah berlalu, tidak akan kembali dan kita sama sekali kita tidak akan mampu mengundurkan masa untuk memperbetulkan kesilapan kita. Langkah milik kita, takdir milikNya. Selama-lamanya begini, tidak akan mampu diubah sedikitpun.

Memang kita ada harapan dan impian, menggunung dan melangit impian kita. Maka kita berjuang untuk setiap impian dan cita-cita yang kita mahukan. Tetapi bukan semuanya akan menjadi nyata. Impian untuk menjadi seorang hamba yang bertaqwa pun ada cabarannya, inikan pula mengecap nikmat hidup di dunia yang sementara.

Kita wajib berusaha. Kegagalan yang Allah Ta’ala suratkan ke atas kita, semestinya adalah kerana kegagalan kita untuk melakukan yang terbaik. Jika benar kita telah bersungguh-sungguh mengeluarkan sedaya mampu kita, saya yakin yang silap bukan Allah Ta’ala, tetapi strategi, mekanisme atau kaedah yang kita gunakan. Saya yakin dan pasti, kesilapan itu sebenarnya ada pada kita. Jika kita tersepak batu, yakinlah yang salah ialah mata kita yang kurang cekap melihat. Jika kita demam, yakinlah yang salah ialah penjagaan diri kita yang lemah. Jika kita gagal dalam periksa, semestinya disebabkan oleh kemalasan kita untuk bersedia sedaya-upaya kita. Apalagi jika kita tewas dalam pilihanraya, semestinya yang silap ialah strategi kita memenangi hati dan undi mereka.

Cuba kita ambil contoh batu yang telah melukakan kaki kita tadi. Kalau hati kita tidak bersih, dan fikiran kita tidak jernih, pantas sekali kita menyalahkan orang lain yang meletakkan batu itu di situ. Padahal, jika diteliti, kita mungkin akan dapat mengelakkan kemalangan tersebut jika terlebih dahulu kita melihat sebelum kita melangkah. Inilah yang dikatakan kekuasaan Allah Ta’ala dalam menetapkan segala sesuatu. Tiada sesuatu pun yang terlepas daripada pengetahuanNya. Dia Maha Adil, meletakkan semuanya kena pada tempatnya.

Tiada perkara yang terlepas daripada pengetahuan Allah Ta’ala. Hatta kejahatan Yahudi LaknatuLlah itupun sebenarnya adalah kerana mereka mematuhi hukum alam yang ditetapkan oleh Allah Ta’ala.

Ringkasnya, kalau kita berusaha dengan tepat, nescaya Allah Ta’ala akan berikan natijah yang bertepatan dengan usaha kita, iaitu kejayaan. Jika kita tidak berusaha, ataupun berusaha dengan kaedah yang salah, nescaya Allah Ta’ala akan berikan akibat yang sesuai dengan keadaan itu, iaitu kegagalan.

Seorang mukmin yang sihat hati dan akalnya, tidak akan berasa gundah gulana atau sedih dengan takdir yang menimpa dirinya. Dia sedar segala yang buruk itu adalah akibat dari perbuatan dan kekurangan yang ada pada dirinya. Tidak pula kekurangan dan kelemahan itu menjadikan dia putus harap terhadap rahmat dan kasih sayang Allah Ta’ala, bahkan kelemahan dan kekurangan itu sentiasa manis baginya, kerana itulah yang membuatkan dia sedar bahawa dia hanyalah manusia, milik mutlak penciptaNya.

Kelebihan dan kekuatan menyuburkan citanya kerana cintanya pada Yang Maha Esa. Memberikan dan mengeluarkan yang terbaik yang ada pada dirinya untuk penolong kepada agama Allah Ta’ala. Mencari seberapa banyak ruang dan peluang membawa perubahan ke arah kebaikan untuk dirinya, orang-orang yang dia sayang, semua manusia, malah seluruh alam yang telah diamanahkan ke atas dirinya sebagai khalifah di dunia.

Kejayaan menjadikan dirinya syukur, kegagalan membuatkan dia bertafakur dan kembali bangkit dan meneruskan langkah dengan penuh keimanan, kesungguhan dan kesabaran, kerana yakin pada janji Tuhannya yang pasti, iaitu mati. Kematian menjadikan dirinya sentiasa bersemangat untuk hidup. Menggunakan segala kesempatan yang ada memberikan bakti dan menaburkan budi. Dunia dimanfaatkan sepenuhnya menjadi jambatan ke Akhirat, negeri yang abadi.

Beginilah indahnya hidup bersama Ilahi…
 
Farid Albariti

Perlantikan Khusrin Ke Arah Malayan Union?




Parti Islam SeMalaysia Pas berpendapat perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru satu lagi pencabulan terhadap hak negeri yang sepatutnya tidak berlaku dalam semangat federalisme. Sebelumnya hal ehwal air yang sepatutnya hak negeri sudah dicabul, sekarang perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri pula, kerajaan pusat campur tangan dengan mengenepikan hak negeri
Pas hendak mengigatkan kerajaan pusat, Selangor ada tuannya. Ketuanya Tan Seri Khalid Ibrahim, perlantikan SUK bukan seperti perlantikan Jawatankuasa Kampung Persekutuan (JKKP) hanya dengan tunjuk sahaja, Bukankah kita diajar hendak masuk rumah orang ada adabnya. Kerajaan Selangor dibentuk dengan mandat rakyat yang sah melalui proses pilihanraya, bukannya dengan kudita.
Tindakan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara yang melantik tanpa berbincang dengan Menteri Besar seolah-olah negara hendak menuju kepada Malayan Union di mana semua kuasa pusat membolot dan tidak menghormati hak-hak negeri. Kerajaan pusat mengajar kerajaan negeri supaya tidak mengikut semangat federalisme, nanti senjata makan tuan
Pas merasa bimbang dengan trend pencabulan hak negeri akan menjejaskan negara di pandangan mata dunia terutama pelabur luar kerana mereka akan memikirkan apa jaminan pelaburan mereka tidak dicabul. Pas hendak mengigatkan kepada BN, kalau pun hendak merampas Selangor berlawanlah secara anak jantan, bukan sebaliknya

Bolasepak Suzuki AFF 2010 : Kelantan dan Kedah juga umum cuti Ahad 2 Jan




25 Muharram 1432H.
Hafizi pauzi

PARIT BUNTAR, 30 Dis.:-Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Kedah juga mengisytiharkan Ahad, 2 Januari 2011 sebagai hari cuti umum bagi meraikan kejayaan skuad bolasepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 yang dilangsungkan di Gelora Bung Karno, Indonesia, malam tadi. Malaysia menang dengan aggregat 4-2.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjulang Piala AFF Suzuki 2010.

"Saya mengucapkan tahniah dan penghargaan diatas keperihatinan yang ditunjukkan oleh kedua kerajaan negeri yang di tadbir oleh Pakatan Rakyat itu" Demikian antara kenyatraan ringkas dari ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa dihubungi sebentar tadi.

Beliau juga mendedahkan pada awal pagi tadi telah menghubungi Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah dengan memberikan cadangan tersebut.

"Saya juga mencadangkan perkara yang sama dalam satu tajuk posting dalam blog Cina Islam pada awal pagi tadi" jelasnya.

Menurut beliau lagi dengan pengumuman cuti umum di tiga negeri yang bercuti pada hari Jumaat iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu maka kejayaan yang diperolihi oleh pasukan malaysia itu disambut oleh seluruh kakitangan awam dan rakyat Malaysia.

"Saya juga mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia yang telah menunjukkan prestasi permainan yang baik sehingga melayakkan pasukan negara menjuarai piala tersebut" Jelasnya yang juga merupakan ketua penerangan PAS Perak.
 

Ahad, Disember 26, 2010

POLIS IS THE BEST!!!

Dibelasah Polis : Chia kenalpasti 4 anggota yang membelasahnya.

PETALING JAYA: Ahli perniagaan, yang mendakwa dibelasah oleh 11 anggota polis telah dapat mengenalpasti empat dari mereka yang menyerangnya id dalam sati kawad cam.

Chia Buang Hing, 34, yang ditemani peguamnya, tiba di ibu pejabat Petaling Jaya kira-kira jam 11 pagi semalam untuk proses pengecaman anggota polis yang terlibat.

Chia kemudian dapat mengingat empat daripada mereka daripada 30 anggota yang berbaris.

Beliau juga mengenalpasti seorang lagi anggota polis yang menurutnya, hadir waktu kejadian tetapi hanya memerhatikan saja.


Chia sekalipun rasa cemas, beliau perlu berdepan dengan tugas untuk mencari mereka yang menyerangnya.

“Saya amat cemas sehingga termuntah pagi ini sebelum sampai ke sini,” katanya.

Kenyataan Chia also juga telah diambil di ibu pejabat polis berkenaan.

Kira-kira jam 11 malam 18 Disember lalu, Chia telah mendakwa ditahan di satu sekatan jalan raya kerana memandu kenderaan tidak mempunya cukai jalan yang sah. Beliau waktu itu sedang memandu dari rumahnya di Tropicana ke Kota Damansara.

Dia dipukul dan menyatakan wang sebanyak RM13,000 miliknya telah diambil oleh kesemua anggota polis terbabit.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mohd Adnan Abdullah dipetik berkata satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu.

“Tiada siapa mengatasi undang-undang. Jika ada bukti, mereka yang bertanggungjawab akan diheret ke mahkamah,” katanya.

Beliau juga mendakwa pihak polis telah mengarahya membuat satu laporan palsu menyatakan beliau tercedera kerana terbabit di dalam kemalangan jalanraya dan jika dia enggan, polis akan mereka dakwaan yang kononnya parang berdarah atau dadah ditemui di dalam keretanya.

Jumaat, Disember 24, 2010

NIKAH

Kelantan peruntuk RM300 ribu anjur nikah perdana

Go to fullsize image
Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi menganjurkan program perkahwinan perdana yang julung kali diadakan di Kelantan pada 25 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, program berkenaan berkenaan diadakan lebih berbentuk kebajikan bagi membantu golongan belia dan beliawanis berkahwin.

“Peruntukan itu termasuk membiayai mas kahwin, jamuan dan peralatan perkahwinan.

”Seramai 100 pasangan akan mengambil bahagian pada program itu yang akan dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya di sini.

Menurutnya, mas kahwin sebanyak RM1,000 disediakan kepada pasangan terbabit.

Katanya juga pasangan orang kelainan upaya (OKU) turut mengambil bahagian.

“Kita juga berusaha mendapatkan Emas Dinar sebagai sebahagian dari mas kahwin pada majlis berkenaan,” katanya.

Wan Ubaidah berkata, program berkenaan diadakan bertujuan memberi galakan kepada golongan muda berkahwin bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala kurang sihat.

Menurutnya mas kahwin sebanyak RM1,000 dicadangkan Menteri Besar supaya umat Islam mendapat keberkatan.

“Jangan menyusahkan soal perkahwinan kerana mas kahwin yang terlalu tinggi boleh mengundang gejala tidak sihat,” ujarnya.

Pada majlis berkenaan pengantin lelaki akan berkumpul di Masjid Muhammadi bermula jam 7 pagi. Kemudian mereka akan diiringi perarakan motosikal klasik dan Persatuan Kereta Viva Kelantan ke Putik.

Manakala pengantin perempuan akan menunggu pasangan masing-masing di Putik. Majlis akad nikah akan disempurnakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Khamis, Disember 23, 2010

SAMAN TETAP SAMAN!

Felda 'rayu' jangan saman



Khairil Abdul Rahim




BANDAR JENGKA, 23 Dis: Sudah terhantuk baru terngadah. Begitulah yang diibaratkan kepada pekeliling daripada Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab yang disifatkan memujuk peneroka supaya tidak menggunakan saluran undang-undang bagi menuntut hak mereka.

Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Aris Fezul Ismail, menyifatkan risalah bertajuk ‘Penyelesaian masalah, Isu atau Pertelingkahan Melalui Kaedah Timbang Tara’ yang diedarkan kepada peneroka-peneroka serta dibacakan isinya di masjid-masjid di sini seolah-olah melambangkan keresahan Felda menghadapi kebangkitan peneroka.

Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda.

Kandungan risalah tersebut turut membangkitkan, surat perjanjian asal antara peneroka dengan Felda telah memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan antara kedua belah pihak perlu dirujuk kepada Penimbang tara iaitu Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab kepada Felda.

Aris yang juga Setiausaha Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat mempertikaikan, kenapa baru kini iaitu selepas peneroka menang saman di Felda Kemahang 3 dan Felda Sungai Koyan timbul tawaran menyelesaikan lambakan permasalahan peneroka melalui kaedah Timbang tara.

“Sebelum ini Anak sendiri pernah menghantar memorandum kepada Pengerusi Timbang tara iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi jangankan kata penyelesaian, respons pun tidak ada. Bahkan kalau kita dengar baru-baru ini bagaimana PM dengan angkuhnya menempelak siapa kata Felda bankrap adalah pengkhianat. Bolehkah orang seperti ini mahu dirujuk sebagai penimbang tara?

“Bukan itu saja, baru-baru ini Anak telah menyerahkan memorandum 20 perkara berkaitan masalah peneroka kepada Timbalan Menteri yang menjaga Felda Datuk Ahmad Maslan yang konon katanya nak selesaikan dalam tempoh dua minggu. Tapi sekarang dah hampir dua bulan, respons pun tak dengar.

“Di Pahang ini sendiri, Exco yang menjaga Felda Datuk Tan Aminuddin. Apabila peneroka membangkitkan hak mereka yang diceroboh pada satu ketika dulu, beliau bingkas mencabar mana-mana peneroka yang tak setuju dengan Felda boleh keluar dari tanah rancangan. Pada saya ini satu kenyataan angkuh seolah-olah peneroka-peneroka ini menumpang dan mengemis sedangkan mereka tuan tanah,” hujahnya.

Tambah Aris, suasana yang tidak harmoni dicetuskan sendiri oleh pengurusan Felda. Contohnya dalam kes Felda Kemahang apabila Ketua Hakim Negara berkata Felda terbukti menipu peneroka dalam kes kadar perahan gred (KPG) sawit, Felda masih tidak mengaku kesalahan malah enggan membayar ganti rugi kepada peneroka.

“Begitu juga dengan kes peneroka Felda Sungai Koyan yang mana mahkamah telah putuskan peneroka layak menerima wang tabung tanam semula (TTS) tetapi menterinya kata Felda memang nak bayar sedangkan dalam mahkamah peguam mereka bermati-matian berusaha supaya Felda tidak mahu bayar. Pada saya sikap seperti ini semua tidak membawa keharmonian,” katanya.

Mengenai saranan Pengarah Besar Felda agar peneroka mengemukakan sebarang aduan dan permasalahan kepada pengurusan rancangan melalui blok, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gabungan Pertubuhan Wanita (GPW) dan pertubuhan belia, Aris berkata ia hampir mustahil kerana semuanya dilantik oleh Felda dan bukan dipilih oleh peneroka malah dikuasai parti politik kerajaan.

“Barangkali Datuk Dzulkifli tidak turun ke bawah melihat bahawa kebanyakan pemilihan ketua-ketua blok yang mewakili 24 orang ahli dipilih berdasarkan mana yang Felda suka, bukannya pilihan peneroka secara mutlak. Naib Pengerusi JKKR yang sepatutnya dipilih melalui mesyuarat agung, tapi hanya ditentukan oleh Felda. Jadi dia mewakili Felda, bukan suara peneroka. Sebab itu dapat dilihat bagaimana sikap mereka terhadap peneroka tanam sendiri iaitu seperti anak tiri yang melakukan satu kesalahan besar.

“Pertubuhan belia pula hanya ada pada nama saja. Mesyuarat agung pun tak pernah sehingga tak tahu siapa AJK. Mana perginya peruntukan kewangan? Sama jugalah dengan AJK masjid, bukan dilantik melalui mesyuarat agung,” jelasnya.

Harakahdaily



Mengapa Nazri Dedah Surat Apco Selepas Anwar Digantung



SHAH ALAM 23 DIS : Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin mempertikaikan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz  mendedahkan surat syarikat perunding Israel, Apco Worldwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, semalam.

Badrul dalam twitternya menulis kerajaan Barisan Nasional menafikan hak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan hanya merujuk suraf nafi dari Apco tetapi Azmin dan lain-lain digantung kerana dedah surat Apco.

Tetapi yang menjadi persoalan Badrul ialah Nazri tunjuk surat berkenaan dalam sidang akhbarnya semalam.

Nazri mengakui pembabitan Apco dalam memberikan khidmat rundingan komunikasi terhadap kerajaan Malaysia, yang sekaligus mengesahkan pembabitan Apco dalam kempen 1Malaysia.

Dalam laporan yang di siar sebuah portal berita, Nazri menunjukkan dua surat yang mengesahkan pembabitan Apco dengan pentadbiran Najib iaitu dalam bukti dua dokumen.

Salah satunya surat daripada Apco yang menyebut, firma perhubungan awam itu dilantik oleh pentadbiran Najib untuk menyediakan sokongan komunikasi.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dan dua ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain dalam sidang Parlimen minggu lalu turut digantung selepas didakwa mendedahkan surat yang didakwa melanggari hak keistimewaan ahli Parlimen oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dalam reaksinya berkata pendedahan Nazri itu sebenarnya mengesahkan bahawa Apco memainkan peranan sebagai penasihat dalam kempen 1Malaysia melalui sokongan komunikasi yang ditawarkan.

“1Malaysia adalah slogan yang dibawa Najib, dan tagline ini perlu dikomunikasikan kepada rakyat, jadi salah satu peranan Apco adalah menasihati kerajaan melalui perkhidmatan komunikasi ini supaya slogan ini sampai kepada rakyat. Ini lah yang kita katakan pembabitan Apco dalam kempen 1Malaysia,”jelasnya.

Beliau juga mempersoalkan kenapa baru kini Nazri mahu membalas pendedahan Anwar, selepas Ketua Pembangkang itu digantung dari sesi parlimen selama 6 bulan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

“Walaupun selama ini Anwar ada bukti penglibatan Apco dan mahu membentangkannya di Parlimen, Nazri dan Najib hanya berdiam diri dan kenapa terus menggantung Anwar selama enam bulan? Kenapa selepas Anwar digantung, barulah Nazri bercakap kepada media menunjukkan surat yang dihantar Apco kepada kerajaan BN?

“Anwar sudah pun mencabar Najib untuk menafikan pembabitan Apco sejak dari bulan April lagi. Dan mereka ambil masa 8 bulan untuk menjawab perkara ini sekarang,” kata Saifuddin lagi.

Nazri Aziz mengemukakan dua bukti dokumen, iaitu surat daripada Apco dan kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, perunding politik yang menggubal konsep One Israel.

Kedua-dua dokumen itu hanya dikemukakan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung Anwar bersama tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain selama enam bulan pada 16 Disember lalu.

Anwar digantung dari Parlimen tanpa dipanggil membela diri berhubung pendedahan beliau tentang pembabitan APCO Worldwide, firma Yahudi yang terlibat dalam kempen 1 Malaysia yang dicanangkan Najib, yang menyamai kempen One Israel.
 

Selasa, Disember 21, 2010

MUFTI OH! MUFTI 2




 Penaung pun tak tahu jadual acara?Mendoakan PM diberi kekuatan nak menjaga agama?HARAP2 Mufti Perak jangan takut menegur cara pakaian Rosmah ye!Nak tengok lebih jelas lagi?sila ke DPPN Perak


Apabila melacur jadi kerja sampingan

SEKADAR GAMBAR KIASAN

  
Angkatan Siswi Dinamis UKM (AKSIS) terpanggil untuk membicarakan isu hangat siswi-siswi di IPTA/S yang didapati melacur dan perihal menyimpan 'sugar daddy'. Masakan bau bangkai gajah dapat ditutup. Tidak dapat tidak, setiap hari kita dapat membaca sama ada di akhbar-akhbar rasmi mahupun di media-media tidak rasmi di alam maya , yang menyebut tentang kegiatan pelacuran yang dilakukan oleh golongan siswi IPT-IPT tempatan, tidak kira awam mahupun swasta.
Isu ini kembali hangat apabila ADUN Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat meminta Kementerian Pengajian Tinggi beri perhatian serius kepada masalah aktiviti pelacuran di kalangan mahasiswi kerana ia menjejaskan nama baik IPT, selain menyelamatkan masa depan golongan yang terlibat. Rujuk  sini :link
AKSIS jelas terpanggil untuk menyatakan dengan tegas atas apa alasan sekali pun kegiatan melacur ini adalah haram. AKSIS juga percaya permasalahan ini timbul apabila di kalangan pengurusan universiti dan pihak berkuasa serta kerajaan tidak tegas dan menyebabkan hari ini, kegiatan pelacuran ini baik secara sukarela atau terpaksa makin membiak. AKSIS percaya semua kegiatan ini berpunca daripada hasil pulangan yang lumayan. Lebih-lebih lagi ada tangan-tangan yang menjadi 'ejen' untuk melakukan urusaniaga yang jijik sebegini.
AKSIS kecewa kerana status siswi yang sedang berada di pusat pengajian tinggi maka menyebabkan harga diri yang ditawarkan akan menjadi lebih tinggi. Kita yakin harga yang ditawarkan semakin tinggi berdasarkan ilmu akademik. Ditambah lagi kalau ada rupa paras maka semakin mahal harga lacuran mereka.
AKSIS juga kecewa kerana seandainya di peringkat pendidikan tertinggi mula disaluti kegiatan melacur maka tidak mustahil sedikit masa lagi makin ramai yang terjebak dalam kegiatan pemerdagangan orang ini. Dengan status mereka yang berpendidikan tinggi, bertopengkan pelajar di pusat pengajian tinggi, masyarakat sudah terpedaya dengan helah mereka maka jangan terkejut sekiranya selepas tamat pengajian, melacur ini menjadi kerja sampingan mereka. Sistem 'perniagaan' mereka akan lebih bersistematik kerana mereka berselindung dengan kerjaya yang sah, mempunyai jawatan dan berpendapatan tetap.
AKSIS berpandangan jelas bahawa inilah natijahnya sistem pendidikan negara yang berorientasikan kepada peperiksaan dan pasaran kerja tanpa mengambil berat ajaran agama yang menyebabkan fenomena pelacuran ini akan berterusan dan makin berpengaruh tanpa dapat disekat.
AKSIS juga berpandangan jelas pelacuran dan amalan menyimpan ‘sugar daddy’ di  kalangan pelajar IPT perlu dibersihkan segera. Program pemutihan perlu dilakukan segera kerana gelaja pelacuran ini tidak mustahil akan melibatkan pekerja universiti kerana golongan ini adalah mereka yang berhubungan dengan siswa-siswi setiap hari. Jalan mudah untuk mendapat gred yang baik, serahkan diri anda kepada pensyarah!
AKSIS juga membantah dengan kenyataan seorang pemimpin rakyat baru-baru ini yang berpendapat isu pelacuran dan ‘sugar daddy’ ini tidak perlu dihebah-hebahkan demi menjaga imej IPT(LINK) AKSIS ingin melontarkan persoalan, yang mana lebih perlu; imej atau moral ?
AKSIS UKM di bawah Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) jelas menjunjung Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia yang jelas menekankan paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu. Seharusnya ilmu yang tinggi mampu mendidik dan menjadi benteng untuk mengawal maruah bukannya dijadikan batu loncatan untuk mencari pendapatan lumayan dengan kerja-kerja haram seperti pelacuran ini.
AKSIS juga dengan ini menyeru pihak pentadbiran IPT-IPT awam mahupun swasta, ahli-ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM), badan-badan pelajar yang berauthoriti serta orang perseorangan khususnya yang terlibat dan berhubungan dengan kampus-kampus setiap hari agar bersama-sama memantau gejala yang hari demi hari merosakkan nusa, bangsa dan negara ini. Bersama-sama kita mencegah dan membanteras aktiviti tidak bermoral  ini. Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya anda mendapati rakan-rakan anda terlibat dengannya.

Aksis UKM 

HARAKAHDAILY

Hukum Menyambut Krismas




Oleh: Ustaz Shauqi

Beberapa hari lagi, penganut Kristian akan menyambut hari raya Krismas. Gedung-gedung perniagaan dan supermarket semakin rancak mempromosikan krismas melalui Santa Clausnya. Cuma, yang menjadi persoalan ialah mengapakah terdapat dalam kalangan umat Islam yang turut seronok dan bergembira dengan kedatangan Krismas? Apakah umat Islam boleh menyambut Krismas sebagai suatu perayaan yang disambut dengan penuh bermakna?

Perayaan dalam Islam merupakan satu ibadah. Ia bukan merupakan adat dan budaya. Ibadah bermaksud pengabdian diri kepada Allah semata-mata. Ibadah dilakukan sebagai lambang ketaatan kepada Allah. Justeru, Rasulullah saw melarang golongan Ansar merayakan perayaan Jahiliyyah yang sudah sedia diamalkan oleh masyarakat Madinah sebelum kedatangan Islam. Sabda Rasulullah bermaksud:“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya(hari raya) iaitu hari raya Adha dan hari raya al-Fitri.” (Hadis riwayat Abu Dawud 1134, Nasaei 1556 dan Ahmad 1241).

Hadis nabi ini menegaskan dua perkara iaitu pertamanya; haram menyambut perayaan agama lain. Keduanya; Islam telah memberikan dua perayaan yang jauh lebih baik daripada perayaan Jahiliyyah iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.
Syeikhul Islam Ibnu Taymiyyah dan anak muridnya Ibnu Qayyim bersikap amat tegas dalam persoalan ini iaitu mereka melarang keras umat Islam daripada terlibat dan turut serta dalam sebarang perayaan kaum musyrikin dan ahli kitab. Ibn Taymiyyah juga menegaskan bahawa perayaan adalah satu syariat. Kata Ibn Taimiyyah: “perayaan merupakan sebahagian daripada syariat, manhaj dan ibadah yang disebut oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud: ‘setiap umat Kami jadikan jalan ibadah yang mereka jalani’ (Rujuk Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqim juz 1, hlm. 207 )

Perayaan-perayaan agama bukan aktiviti sosial semata-mata. Perayaan agama merupakan syiar bagi sesebuah agama tersebut. Ia merupakan salah satu ciri istimewa yang ada pada setiap agama. Justeru, Rasulullah menegaskan kepada Saidina Abu Bakar dengan sabda baginda yang bermaksud: “Wahai Abu Bakar! Sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari perayaan. Dan ini merupakan hari perayaan kita.” (Hadis Bukhari 952 dan Muslim 892).

Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli majlis fatwa kerajaan Arab Saudi serta beberapa ulama kerajaan Arab Saudi yang lain pula berpendapat bahawa hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti pada hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam.

Hujah yang dikemukakan oleh mereka ialah hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam diperintahkan agar tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka dia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).Hujah mereka yang seterusnya ialah berdasarkan satu kaedah di dalam Islam iaitu ‘redha dengan kekufuran adalah kufur’. Justeru, turut serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati terhadap kekufuran seseorang.

Setiap perkara ibadah tidak boleh dikongsi dengan bukan Islam. Ini ditegaskan oleh firman Allah dalam surah al-Kafirun yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad). Wahai orang kafir! Aku tidak beribadah (mengabdikan diri) pada apa yang kamu abdikan diri. Dan kamu juga tidak menjadi pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku abdikan diri. Dan aku bukanlah pengabdi (pelaku ibadah) pada apa yang kamu abdikan diri Dan kamu juga tidak menjadi pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku abdikan diri. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.”

Manakala Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi pula, ketika membahaskan perkara ini telah menyatakan bahawa tidaklah menjadi suatu kesalahan memberikan ucapan selamat hari raya kepada rakan dan jiran yang musyrikin, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini. Keharusan ini adalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 8 yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil”. Namun, al-Qaradawi melarang keras daripada turut serta dalam perayaan yang berasaskan upacara keagamaan kerana ia melibatkan akidah dan kepercayaan.

Prof Dr Abd al-Sattar Fathullah Said, seorang pensyarah Tafsir dan ‘Ulum Quran di Universiti Azhar pula berpendapat bahawa mengucapkan tahniah dan selamat hari raya pada perayaan bukan Islam adalah harus selagi tidak bercanggah dengan hukum syara’. Akan tetapi sekiranya ucapan tahniah dan selamat hari raya itu diungkapkan dalam bentuk doa seperti ‘moga Allah berkati pada keluarga dan hartamu’, ianya adalah haram dan dilarang sama sekali. Begitu juga menurut beliau harus memberi hadiah sebagai ucapan tahniah kepada bukan Islam pada hari perayaan mereka, tetapi hadiah tersebut mestilah bukan sesuatu yang diharamkan seperti arak, potret lucah dan sebagainya.

Syeikh Dr. Mustafa Zarqa pula ketika membincangkan persoalan ini telah menyatakan bahawa mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya kepada kenalan bukan Islam adalah termasuk dalam bab kesopanan (mujamalah) dan keelokan dalam pergaulan. Namun, sesiapa yang keliru, contohnya dengan mengatakan bahawa sambutan hari kelahiran Isa adalah perayaan mereka (seperti Aidilfitri dan Aidil Adha), maka ia adalah haram, kerana ianya mempunyai kaitan dengan aqidah Kristian tentang ketuhanan Isa.

Hujah yang dikemukakan oleh beliau antara lain ialah peristiwa yang berlaku pada zaman nabi s.a.w. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. berdiri tatkala satu jenazah Yahudi melalui kawasan yang diduduki oleh Rasulullah dan para sahabat. Berdirinya Rasulullah itu adalah penjelasan tentang betapa hebat dan agungnya kematian itu, tidak ada kaitan dengan aqidah jenazah tersebut (iaitu bukan kerana hendak menghormati aqidah jenazah tersebut).

Namun, perlu juga diberi perhatian bahawa, mengucapkan selamat hari raya kepada kawan-kawan non-muslim atas alasan menjaga persahabatan dan perhubungan (bukan atas dasar aqidah) adalah harus, tetapi merayakannya dengan pengisian-pengisian mungkar di dalamnya, itu adalah haram.

Justeru, apakah tidak merayakan perayaan agama selain Islam menafikan toleransi di antara kaum? Toleransi tetap wujud dengan bukan Islam, tapi bukan dalam perkara ibadah dan yang melibatkan perayaan agama. Toleransi kaum boleh dipupuk pada setiap hari dalam pergaulan harian. Toleransi di antara kaum juga boleh dipupuk ketika menyambut ulang tahun hari kemerdekaan negara dan sambutan lain yang bersifat patriotik. Sehubungan dengan itu, pupuklah toleransi di antara kaum dengan tanpa menggugat akidah Islam!. 
 

Ahad, Disember 19, 2010

MUFTI OH MUFTI!





Pastinya selepas ini semakin ramai orang Islam akan kembali menjadikan adat-adat lama yang terpesong dari akidah ini sebagai darah daging mereka.Mufti Perak ini mungkin tidak berfikir dengan waras sebagai makhluk Allah,cuma nampak lebih menjaga air muka Pemimpin/Sultan/Raja tertentu.Ini kerana Sultan adalah orang pertama yang akan terkena tempiasnya jika Mufti Perak ini melabelkan Menteri Besar Perak sebagai berdosa besar.Tunggu saja natijahnya!

INTIPATI UCAPAN PRESIDEN PAS SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KE-2


INTIPATI UCAPAN PRESIDEN PAS SEMPENA
KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KE-2



Mukaddimah
1.    Yang Dihormati Saudara Pengerusi, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), YAB Saudara Lim Guan Eng - Setiausaha Agung DAP – Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Dihormati Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail – Presiden PKR, Seluruh Anggota Kepimpinan  PAS – PKR – DAP, YAB Menteri Besar Kelantan – Kedah – Selangor, NGO, para tetamu dalam dan luar negara, Wakil-wakil Kedutaan Asing, Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh perwakilan dan pemerhati sekalian.

2.    Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita sekali lagi berada dalam kesempatan yang sangat bermakna di penghujung tahun 2010, setelah setahun lalu kita sama-sama melakarkan sejarah dengan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di Shah Alam pada bulan Disember 2009.

3.    Tentunya Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua ini pula akan menjadi medan kita bermuhasabah, menilai keperluan, menanda aras pencapaian dan menambahbaik tindakan, setelah kita diberikan amanah menguruskan kerajaan di empat buah negeri dan seterusnya memimpin rakyat untuk membuat perubahan di negeri-negeri yang lain, insyaAllah.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Ketetapan Konvensyen Pertama

4.    Setahun yang lalu, kita telah sama-sama menerokai dasar bersama yang dipersetujui, dengan rangka matlamat melaksanakan muafakat yang sangat bermakna dalam negara kita ini bagi membebaskan negara dari kemelut yang sangat menekan rakyat dan penuh dengan penyakit di segenap sudut, seterusnya membentuk gagasan alternatif terbaik untuk negara.

5.    Maka kita telah mencorakkan dasar bersama yang penting di bawah Muafakat Rakyat iaitu untuk (1) Mengembalikan demokrasi telus dan tulen, (2) Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil, (3) Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan (4) Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara.

6.    Semua dasar bersama ini akan terus dilaksanakan selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan suatu  penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka.  Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya.

7.    Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini.

8.    PAS percaya bahawa kekeliruan terhadap Islam yang adil yang ingin dibawa oleh PAS berlaku kerana contoh dan tafsiran salah terhadap Islam yang ditunjukkan oleh UMNO selama ini, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan.

9.    PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.


Firman Allah SWT  :

Maksudnya :
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [49:13]

10.    Kita juga telah bersetuju untuk terus melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, dan dalam masa yang sama melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

11.    Seluruh ketetapan yang sama-sama kita lakarkan dalam konvensyen yang lalu, sebenarnya telah menjawab segala tohmahan jahat dari pihak musuh politik kita bahawa kononnya Pakatan Rakyat adalah golongan yang tidak memahami perlembagaan dan akan menjual rakyat dengan harga yang murah.

12.    Hakikatnya, merekalah yang sebenarnya tidak menghormati tonggak demokrasi berparlimen, apabila dengan penuh keangkuhan telah menggunakan kuasa bagi menyingkirkan Ahli Parlimen kita dari Parlimen Malaysia. Apa yang berlaku hingga kini ialah, mereka takut untuk berhujah dan gagal memberikan apa-apa jawapan yang meyakinkan mengenai isu yang diperkatakan. Merekalah sebenarnya yang telah memberikan nama buruk negara ke persada dunia.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Persidangan Shah Alam 2010

13.    Selain dari itu, kita juga menjadikan persidangan yang dihadiri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri, semuanya dari Negeri Pakatan Rakyat pada 29 November lalu sebagai komitmen kita untuk menambahbaik aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran kerajaan yang kita pimpin.

14.    Saya amat berharap agar segala buah fikiran dan perancangan yang begitu baik itu tidak menjadi bahan yang tinggal di atas kertas sahaja, tetapi di berikan kefahaman kepada pegawai pentadbiran kerajaan agar mereka memahami aspirasi kita dan seterusnya melaksanakannya.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Masa Bergerak Ke Depan

15.    Hari ini juga kita berhimpun, dengan penegasan yang lebih bermakna, bahawa kita ingin terus melakukan perubahan, di atas prinsip Tahalluf Siyasi, yang menggariskan prinsip kebersamaan kita  dengan menekankan persamaan untuk memerangi kezaliman, ketidakadilan serta rasuah tanpa menafikan asas pembentukan negara Malaysia dan struktur masyarakatnya.

16.    Pada hari ini juga kita menghasilkan satu dokumen kerja dan sasaran yang ingin kita capai dalam berbagai sudut.  Cabaran terbesar kita nanti ialah bagaimana kita menterjemahkan perancangan ini ke dalam bentuk tindakan yang bukan sahaja difahami oleh pelaksana yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan di bawah negeri Pakatan Rakyat, tetapi juga difahami oleh rakyat yang berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat khususnya, dan rakyat dalam negara kita ini umumnya. Rakyat lah nanti yang akan menjadi hakim di atas kesungguhan dan komitmen kita untuk melaksanakan perubahan. Jangan kita sekali-kali membiarkan rakyat menghukum kita dalam pilihanraya umum yang akan datang nanti.

17.    Kita juga sedar dan insaf, bahawa perubahan menyeluruh yang diimpikan oleh gagasan Pakatan Rakyat tidaklah mudah dicapai, kerana kita berdepan dengan konsep federalisme sonsang yang dipegang oleh Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional, yang tidak lagi menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat dalam negeri yang telah memilih Pakatan Rakyat.

18.    Selain dari itu, kita juga berdepan dengan kekangan pentadbiran yang sudah membarah selama puluhan tahun di bawah Kerajaan BN. Dalam masa yang sama, kita juga dibelenggu dengan kelemahan diri sendiri apabila ada di antara kita yang mula hilang tumpuan, setelah kita mula diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional ini. Kadangkala kita berhadapan dengan perbezaan pandangan dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, dan di sinilah cabaran terbesar kita yang perlu dirungkaikan supaya kita menjadi gagasan terbaik untuk negara ini.

19.    Saya menyeru kepada semua para hadirin yang menjadi petugas kepada perubahan dalam negara kita ini, supaya kita tidak sekali-kali tersasar dari tujuan kita untuk melakukan perubahan menyeluruh yang bermakna kepada generasi yang akan datang.

20.    Dengan perasaan penuh keikhlasan kita menyedari akan kelemahan-kelemahan ini, tetapi kita bukanlah seperti komponen musuh yang saling bercakaran sesama sendiri, lalu bertindak menyembunyikan masalah mereka sehingga ianya menjadi seperti ‘api dalam sekam’ yang menunggu masa untuk menjahanamkan negara kita yang tercinta ini. Inilah beza nya pakatan kita dengan mereka, di mana kita berani untuk berdepan, berbincang, berbahas, semuanya dalam semangat yang tulin bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam gagasan kita ini. Inilah yang ingin kita sampaikan kepada rakyat.

21.    Perlu kita ingat, bahawa Pakatan kita ini bukan sahaja bergerak untuk menafikan kekebalan pemerintahan Barisan Nasional semata-mata, tetapi adalah untuk melaksanakan perubahan yang adil di mana keharmonian dan keupayaan masyarakat memahaminya di jadikan teras dalam perubahan dalam negara kita ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Perlu muhasabah

22.    Marilah sama-sama kita bermuhasabah akan pencapaian kita, setelah diberi tanggungjawab melaksanakan amanah pemerintahan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, menilai dengan penuh kejujuran akan kelemahan dasar dan pelaksanaan, kita mencelikkan mata-telinga kita seluas-luasnya dan berlapang dada dengan kritikan rakyat, seterusnya melakukan rombakan pentadbiran dan perubahan menyeluruh apabila difikirkan perlu. Berdasarkan maklumat kelemahan kita ini, maka kita perlu bangkit kembali dengan terus melaksanakan penambahbaikan dalam pemerintahan kita dan memperkemaskan jentera parti di negeri-negeri yang belum bersama kita.

Asas perubahan

23.    PAS ingin menyatakan bahawa dasar yang ingin kita laksanakan dalam negeri di bawah Pakatan Rakyat perlulah bertitik tolak dari pemahaman bahawa (1) kita membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita, (2) kita ingin meletakkan negara dan negeri di atas dasar yang sepatutnya, (3) semuanya dilaksanakan dengan semangat dalam perkara yang menjadi Dasar Bersama kita.

24.    Tetapi kita tiada masa yang panjang untuk melakukan semua ini kerana musuh akan sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang telah kita sama-sama bina. Negeri yang sama-sama kita bina ini pula tidak akan memberikan sebarang makna dalam politik baru negara kita, sekiranya kita gagal menunjukkan kaedah pemerintahan yang jauh lebih baik dari negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional.

25.    Pemerintahan yang lebih baik yang ingin kita capai ialah bukan hanya berkaitan dengan pencapaian ekonomi semata-mata, dan juga bukan hanya mengenai dasar perindustrian serta pelaburan sahaja, kerana kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang berselerakan di kiri kanan persekitaran mereka dan dalam masa yang sama jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat kita ini.

26.    Apa yang kita mahu, bahawa kita perlulah juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita. Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini, apatah lagi ianya mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain. Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini.

27.    Dalam melaksanakan dasar dalam negeri yang diperintah Pakatan Rakyat secara bersama, maka penting juga untuk kita berhati-hati dengan cuba lebih memahami betapa pentingnya bagi setiap parti untuk menguruskan sensitiviti masyarakat – tanpa perlu untuk kita menongkah kepercayaan agama dan budaya setiap kaum di negara ini. Jangan pula kita untung secupak tetapi rugi segantang dalam pertimbangan kita.

28.    Kegagalan untuk memahami perkara asas ini akan membuka ruang kepada UMNO dan BN untuk menyebarkan dakyah mereka menerusi media massa yang dikawal oleh mereka. Kita akan berada dalam keadaan yang sangat ‘defensive’ untuk melawan kuasa media mereka yang akhirnya membuatkan rakyat terbanyak akan menjadi keliru. Akhirnya kita semua akan rugi.

29.    Pendekatan bertahan ini perlulah diubah, dengan kita sendiri menentukan agenda kita bersama rakyat, dan bukan hanya responsif terhadap serangan musuh. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk kita memasuki fasa seterusnya dalam gerakerja kita, dengan kita menggunakan media kita sendiri yang boleh sampai kepada rakyat. Gerakerja ini perlulah disusun secara bersama di kalangan negeri Pakatan Rakyat, petugas parti dan semua kalangan pengamal media yang bersama dengan kita.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Persediaan Pilihan Raya

30.    Belum pun kita sempat melaksanakan amanah dengan sempurna, angin yang bertiup kencang di waktu ini telah memberi gambaran bahawa saat dan ketika untuk kita berdepan dengan Pilihanraya Umum ke 13 detiknya semakin hampir. Suasana sebegini dizahirkan oleh pimpinan utama BN bahawa mereka merasakan semakin selesa dan kononnya rakyat akan kembali bersama mereka.

31.    Kepada mereka, marilah kita pertegaskan pada hari ini bahawa kita bukan sahaja komited untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini, tetapi kita akan bangkit untuk merubah kedudukan percaturan politik yang menjadi dominasi Barisan Nasional selama ini, insyaAllah.

32.    Kita juga mencabar pimpinan Barisan Nasional untuk berani turun ke gelanggang secara amanah dan jujur, tanpa bergantung kepada agensi dan institusi kerajaan, tidak memperkudakan media massa serta menaburkan janji kosong pilihanraya yang saban tahun menjadi rasuah mereka kepada rakyat. Marilah kita turun ke gelanggang secara penuh demokrasi, bukannya berpaut kepada demokrasi yang rosak.

33.    Kepada saudara saudari yang hadir dalam konvensyen ini, ingatlah bahawa sekiranya kita ingin mencapai kejayaan yang lebih baik dari pilihan raya umum yang lalu, maka pada ketika dan saat ini kita perlu memperkemaskan jentera pilihan raya, mempersiapkan petugas, merangka strategi berkesan, membaiki kelemahan, dan seterusnya menampilkan calon yang amanah dan jujur kepada rakyat.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

34.    Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa konvensyen, pimpinan Pakatan Rakyat, para perwakilan dan pemerhati, dan rakyat yang bersama kita di merata tempat, serta sekalung terimakasih kepada tuan rumah konvensyen yang menjayakan perhimpunan yang bersejarah ini.

35.    Mudah-mudahan konvensyen kali kedua ini mampu untuk mencapai objektif yang dicita-citakan.

Presiden PAS

Jumaat, Disember 17, 2010

Keratan akhbar terbaik untuk tahun ini.





KERATAN AKHBAR INI BERTARIKH 3 NOVEMBER 2010. DIULANGI : 3 NOVEMBER 2010! Minyak naik pada 4 DISEMBER 2010.

 

CINA ISLAM

APA CERITA YOP?!!!-DPPK PARIT

PAS Johor ucap takziah

JOHOR BAHRU, 17 Dis: PAS Negeri Johor mengucapkan takziah kepada keluarga Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha (gambar) yang meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang jam 1.10 pagi tadi.
Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berharap keluarga allahyarham bersabar menerima ketentuan Allah itu sebagai satu ujian.
“Saya mewakili pemimpin dan ahli PAS Johor mengucapkan takziah banyak-banyak kepada keluarga allahyarham, sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Allahyarham Sulaiman dimasukkan ke Hospital Segamat pada 23 November lalu kerana demam dan tidak sedap badan sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri.
Allahyarham kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 24 November lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.
Allahyarham yang juga ketua Umno Labis meninggalkan isteri Datin Noraini Yaakop, enam anak perempuan dan seorang lelaki.

Harakahdaily

UMNO RAJA PUTAR BELIT

Kes Perak buktikan Speaker boleh dicabar

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.

Oleh itu, pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah telah tertolak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Demikian kata peguam Mohamed Hanipa Maidin, Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Mohd Nazri melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri, telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

Karpal yang merupakan seorang peguam sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

Bagi Hanipa, Umno telah terbelit dengan tindakannya sendiri apabila seolah-olah membenarkan tindakan Mahkamah Persekutuan campur tangan dalam kes keputusan Speaker Dun Perak V Sivakumar apabila beliau menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco haramnya.

"Adakah Nazri tidak sedar dalam kes Perak, Umno telah menyalahgunakan mahkamah untuk cabar keputusan V Sivakumar, Speaker Dun Perak.

"Bukankah Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan Sivakumar sebagai Speaker boleh dicabar. Sekarang kes Perak ini dah makan tuan," kata Hanipa dalam kenyataannya.

Ini kerana, kedudukan Speaker Dun dan Speaker Dewan Rakyat tidak ada bezanya dalam konteks sistem dewan perwakilan di Malaysia. Jika keputusan Speaker Dun boleh dicabar, maka keputusan Speaker Dewan Rakyat juga boleh dicabar.

SUMBER

Khamis, Disember 16, 2010

KEDAI MAKAN TAPI SUKA ADA KARAOKE

 Sekadar gambar kiasan



Berita tentang kewujudan kedai-kedai makan diseluruh tanah air adalah lumrah dan ianya ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.Cuma ada sedikit perbezaan ketara dimana,tuan-tuan kedai bukan sahaja mejual makanan malahan siap ada pentas untuk melakukan hiburan(karaoke),menyanyi dan kalau nak menari pun tiada siapa akan marah,malah jika tidak ada lesen hiburan pun,ianya tidak mendatangkan ketakutan kepada tuan kedai.

Inilah realiti kedai-kedai makan di sekitar Parit dan kawasan yang berhampiran.Sangat tidak menyelesakan buat kita yang pentingkan kedamaian.Pelik juga,bagaimana tragedi seumpama ini menyerap masuk dalam hati sanubari orang-orang di kampung,sedangkan di pekan-pekan,mereka sudah melihat keburukan akibat kesukaan hiburan.Jika nak makan pun perlu berhibur juga agaknya,bagaimana jika nak mati nanti?nak berhibur juga ke?

Kita sebenarnya bimbang,tunas-tunas penyakit begini menular ke dalam masyarakat kampung yang sekarang ini memang diakui sudah hilang jati diri dan mulai terbawa-bawa kepada budaya kota yg liar itu.

MASIH MAHU BERFIKIR ATAU SUDAH ADA PENYELESAIANNYA?

MAT MISKIN

Rabu, Disember 15, 2010

PERTANDINGAN FOTOGRAFI "KITA BERSAUDARA" 2010


Tindakan cuba sembunyi fakta sejarah diselar



 

SHAH ALAM, 15 Dis – Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Dr Abdul Aziz Bari menyelar tindakan pihak tertentu yang sengaja memadam mahupun menyembunyikan fakta sejarah negara.
Menurut Aziz, dalam mendokumentasikan sejarah sesebuah negara, sentimen-sentimen seperti politik haruslah diketepikan bagi menjamin ketelusan maklumat berkenaan.
“Soal sejarah ini soal fakta, soal kebenaran, soal negara. Perkara seperti ini tidak patut dicampur aduk sentimen dan pandangan politik.
“Kalau sejarah boleh dilihat begitu, hal-hal lain bagaimana?,” ujar  Dr Aziz ketika diminta mengulas berhubung pendedahan yang dibuat oleh penulis buku, Dr Ranjit Singh Malhi yang mendakwa kebanyakan fakta dalam buku teks sejarah telah diputarbelitkan.
Dr Ranjit, seorang penulis buku sejak tahun 1990 dan bekas penasihat buku teks sejarah kepada Kementerian Pelajaran dalam wawancara bersama akhbar The Sun berkata, buku teks sejarah yang digunapakai di sekolah-sekolah pada hari ini dibanjiri dengan kesilapan fakta.
Menurut Dr Ranjit, beliau pernah memaklumkan tentang kesalahan fakta tersebut kepada Kementerian Pelajaran, bagaimanapun ia ditolak oleh pegawai kementerian terbabit dan melabelkannya sebagai ‘anti nasional’.
Kata Dr Aziz, hal berkenaan sejarah perlu diasingkan dari perspektif politik dan hanya mereka yang arif mengenainya sahaja boleh mendokumentasikan fakta tersebut.
Malah katanya, pemantauan mengenai fakta sejarah ini juga tidak harus dipantau oleh mereka yang terdiri daripada ahli politik.
Mengulas tentang gelaran yang diberikan kepada Dr Ranjit kerana memberikan teguran kepada Kementerian Pelajaran, menurut Dr Aziz ianya tidak patut sama sekali.
“Itu tidak patutlah. Kalau dia kemukakan perkara yang sebenar, yang sebetulnya, sepatutnya perkara itu dilihat dan tidak sepatutnya dituduh ‘anti nasional’.
” ‘Anti nasional’ ini hanya untuk musuh negara dan saya tidak fikir teguran seperti itu dianggap sebagai ‘anti nasional’,” katanya lagi.
Merujuk kepada contoh yang diberikan Dr Ranjit apabila sesetengah personaliti tidak diberikan pengiktirafan sepatutnya, Dr Aziz sekali lagi menekankan, jangan ada sejarah yang disembunyikan.
” Seharusnya tidak ada perkara-perkara yang dipadam atau disembunyikan.
” Ini satu perkara yang saya fikir patut dilihat dalam konteks yang lain juga. Soal kemerdekaan dan sebagainya yang patut diambil kira. Umpamanya pembinaan Kuala Lumpur. Ini satu contoh yang relevan untuk diambil kira,” ulasnya lagi.
Sementara itu, Presiden PIBGN, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan ketika diminta mengulas isu sama berkata, sejarah negara tidak harus ditulis dalam dua versi berbeza.
Justeru katanya, pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini seperti Kementerian Pelajaran dan pakar dalam bidang sejarah harus segera menyelesaikan perkara yang menggusarkan rakyat ini.
” Kita tidak mahu misalnya perkara sejarah ini ada dua pihak.
” Untuk memberi kepuasan kepada semua pihak terutama kepada warganegara yang tertanya-tanya perkara ini berlaku, betulkah yang dinyatakan dan muslihat yang dibangkitkan itu ada kebenarannya. Jadi perlu ada perbincangan, rujukan atau pun penyiasatan,” katanya ketika dihubungi Selangorkini hari ini.

SUMBER

Isnin, Disember 13, 2010

Doktor ditahan hina Nabi Muhammad



Seorang doktor ditahan kerana menghina Nabi Muhammad di Pakistan, dalam kes berprofil tinggi kedua yang menjadikan undang-undang menghukum kenyataan menghina agama negara ini mendapat tumpuan.

Naushad Valiyani ditahan Jumaat lalu selepas aduan yang dilakukan oleh wakil perubatan yang bertemu dengan doktor itu di bandar Hyderabad.

"Penangkapan tersebut dilakukan selepas pengadu memberitahu polis yang Valiyani membuang kad namanya yang tertera nama penuhnya, Mohammad Faizan ke dalam tong sampah ketika melawat klinik doktor tersebut.

"Faizan menuduh Valiyani melakukan penghinaan dan meminta pihak polis untuk membuka kes ke atas doktor tersebut," kata seorang ketua polis daerah, Mushtaq Shah kepada AFP.

Shah berkata isu itu telah diselesaikan selepas Valiyani, salah seorang ahli komuniti Ismaili Pakistan, satu cabang Islam Syiah, memohon maaf tetapi ketua agama tempatan campur tangan dan mendesak supaya tindakan perlu diambil.

"Valiyani menyakinkan Faizan bahawa dia tidak bermaksud menghina Nabi Muhammad dengan melemparkan kad nama ke dalam tong sampah," kata Shah dan menambah pihak polis telah berdaftar kes tersebut di bawah undang-undang penghinaan.

Mahkamah Pakistan bulan lalu telah menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang penganut Kristian yang juga ibu yang mempunyai lima anak, Aasia Bibi, kerana didapati bersalah melakukan penghinaan agama.

Bibi ditangkap pada Jun tahun lalu selepas golongan wanita Islam mendakwa dia telah melakukan komen-komen menghina Nabi Muhammad. Dia ditangkap pihak polis dan dijatuhkan hukuman pada 8 November lalu. - AFP 


sumber

Sabtu, Disember 11, 2010

TIADA PILIHAN,BEKERJALAH.......

Cara politik UMNO/BN semakin hari semakin optimistik.Mereka bergerak sehaluan dengan slogan 1 Malaysia semenjak Najib menjadi Perdana Menter dan UMNO/BN nampaknya tidak bertepuk sebelah tangan dimana  setiap program yang mereka anjurkan semakin mendapat sambutan rakyat.Dibantu dengan jentera media arus perdana,kementerian-kementerian yang begitu meyakinkan.Semuanya berjalan dengan sangat lembut dan berhati-hati sehinggakan rakyat keseluruhannya tidak lagi sensitif dengan isu kenaikkan harga minyak dan beberapa keperlauan asas.

Ada persoalan yang pastinya akan selalu bermain dalam benak fikiran,Mampukah Pakatan Rakyat merealisasikan impian untuk ke Putrajaya?Atau tahukan kita dimana sebenarnya tahap keupayaan memerintah yang dimiliki PR setelah 2 tahun mengemudi bahtera bersama ikatan PAS,DAP dan PKR?

Bagi saya,semua ini sangat-sangat memberikan keserabutan dalam otak,setelah memikirkan segmen politik yang mengalami kekalahan demi kekalahan,kehilangan sokongan rakyat yang ramai dan kemerosotan jentera di kawasan dan cawangan-cawangan(PAS) terutamanya di Perak,sebenarnya sangat merentap tahap keyakinan saya terhadap keupayaan PR ini.Bukan bermaksud kita tidak bekerja,cuma memikirkan jika benar-benar kita mahu melihat agama Islam dan keadilan wujud di Malaysia,sepatutnya secara teorinya,gerak kerja adalah berlipat kali ganda,bukannya semakin berundur ke belakang dimana ada cawangan-cawangan yang tidak mahu bermesyuarat dan usrah yang dahulunya biasa diadakan,tidak mampu untuk dteruskan.

Sangat sedih untuk dikongsikan bersama,tapi itulah realiti kebanyakkan cawanagn-cawangan PAS di Perak.Sudah tiba masanya setiap cawangan kembali diaktifkan,tapi apalah keajaiban yang boleh menggerakkan hati kita ini?Kita sibuk menyalahkan UMNO/BN dalam masa yang sama kita tidak mahu membantu menggerakkan PAS di Kawasan dan Cawangan,kita hentam kepimpinan Najib,dalam masa yang sama kita hancurkan kredibiliti calon kita,kita canangkan kesilapan UMNO/BN dalam masa yang sama kita perlekehkan khidmat kepada rakyat,jika ini masih berlaku,jangankan hendak ke PUTRAJAYA,nak berJAYA pun pasti tak dapat.
Penulisan saya kali ini bukan untuk merendahkan mentaliti ataupun psikologi kita sebagai pejuang Islam,tetapi sudah tidak berupaya lagi hnedak menutup lubang yang semain 'besar dan dalam' ini.Ingatlah kawan-kawan semua,Allah tidak rugi sedikit pun jika kita tidak mahu bekerja untuk Islam dan banyak pula berkira-kira dalam menguruskan amanah agama Nabi ini,Kitalah yang akan rugi kerana membiarkan diri ini terjerumus ke dalam golongan orang-orang yang rugi dan paling malang jika kita sanggup menyenaraikan nama kita dalam ranking ahli neraka.Sebagai orang beriman,kita tidak ada pilihan lain selain menjadi hamba Allah yang bekerja hanya untuk ALLAH,bukan bekerja untuk TOGHUT dan golongan FIRAUN laknatULLAH.

TAKBIR!!!TAKBIR!!!TAKBIR!!!


WALILLAHILHAMD......

Jumaat, Disember 10, 2010

SEJARAH TETAP SEJARAH!

 SYABAB RACE 2







SHABAB RACE 1




DPPK PARIT

Isnin, Disember 06, 2010

TERNYATA, INI LAH YANG PENTING DIFIKIRKAN.

 BANGUN MENYANYIKAN LAGU RASMI PAS


JUARA SHABAB RACE KE 2
KUMPULAN 5







 SAGUHATI


 SAGUHATI


 SAGUHATI


 SAGUHATI


 SAGUHATI



 SAGUHATI

 SAGUHATI


 RUH-RUH MUJAHID BERKEMBANG DALAM SANUBARI PESERTA


 MACAM TAK PENAT JE?


 MUSLIMAT SEDANG MELAKUKAN SEDIKIT ULANGKAJI BAGAIMANA MAHU MELAKSANAKAN TARGET


 MUNGKINKAH MEREKA JUGA LAYAK UNTUK MENGAMBIL ALIH KERJA MENJAGA KUBUR?SEMUA PERKARA ADA KEMUNGKINAN


 PELAPIS PERJUANGAN PARA NABI


 SABAR MENUNGGU KEPUTUSAN


KUMPULAN 1 SEDANG MELAKUKAN KERJA MEMBERSIHKAN KUBUR KERANA MENYEDARI YANG MEREKA JUGA AKAN MENUJU KE ALAM KUBUR


OBJEKTIF PROGRAM UNTUK MENDAFTARKAN SEBERAPA RAMAI BAKAL PENGUNDI DENGAN LEBIH 60 PENDAFTARAN BARU.TAHNIAH SEMUA PIHAK YANG BERTUNGKUS-LUMUS,PERIT JERIH MEMPERSIAPKAN SEGALA KEPERLUAN.
PENGHORMATAN TERTINGGI KEPADA KELAB ARC(ALTERNATIVE RIDING CLUB) YANG MENJADI PENGANJUR BERSAMA DPPK PARIT.

KAMI MEMANG BERTEKAD MAHU MEMBANTU SPR MENDAFTARKAN PEMILIH BARU DENGAN PELBAGAI PENDEKATAN YANG EFEKTIF SESUAI DENGAN STATUS PARTI PEMBANGKANG SEKALIGUS MEMBERIKAN SATU GAMBARAN YANG MURNI TENTANG PARTI ISLAM SEMALAYSIA.JIKA KITA TIDAK MAHU MENDEKATI MASYARAKAT,BAGAIMANA KITA MAHU MEMPERJUANGKAN SEGENAP RAKYAT MALAYSIA?


GILA BOLA!