Cara politik UMNO/BN semakin hari semakin optimistik.Mereka bergerak sehaluan dengan slogan 1 Malaysia semenjak Najib menjadi Perdana Menter dan UMNO/BN nampaknya tidak bertepuk sebelah tangan dimana setiap program yang mereka anjurkan semakin mendapat sambutan rakyat.Dibantu dengan jentera media arus perdana,kementerian-kementerian yang begitu meyakinkan.Semuanya berjalan dengan sangat lembut dan berhati-hati sehinggakan rakyat keseluruhannya tidak lagi sensitif dengan isu kenaikkan harga minyak dan beberapa keperlauan asas.
Ada persoalan yang pastinya akan selalu bermain dalam benak fikiran,Mampukah Pakatan Rakyat merealisasikan impian untuk ke Putrajaya?Atau tahukan kita dimana sebenarnya tahap keupayaan memerintah yang dimiliki PR setelah 2 tahun mengemudi bahtera bersama ikatan PAS,DAP dan PKR?
Bagi saya,semua ini sangat-sangat memberikan keserabutan dalam otak,setelah memikirkan segmen politik yang mengalami kekalahan demi kekalahan,kehilangan sokongan rakyat yang ramai dan kemerosotan jentera di kawasan dan cawangan-cawangan(PAS) terutamanya di Perak,sebenarnya sangat merentap tahap keyakinan saya terhadap keupayaan PR ini.Bukan bermaksud kita tidak bekerja,cuma memikirkan jika benar-benar kita mahu melihat agama Islam dan keadilan wujud di Malaysia,sepatutnya secara teorinya,gerak kerja adalah berlipat kali ganda,bukannya semakin berundur ke belakang dimana ada cawangan-cawangan yang tidak mahu bermesyuarat dan usrah yang dahulunya biasa diadakan,tidak mampu untuk dteruskan.
Sangat sedih untuk dikongsikan bersama,tapi itulah realiti kebanyakkan cawanagn-cawangan PAS di Perak.Sudah tiba masanya setiap cawangan kembali diaktifkan,tapi apalah keajaiban yang boleh menggerakkan hati kita ini?Kita sibuk menyalahkan UMNO/BN dalam masa yang sama kita tidak mahu membantu menggerakkan PAS di Kawasan dan Cawangan,kita hentam kepimpinan Najib,dalam masa yang sama kita hancurkan kredibiliti calon kita,kita canangkan kesilapan UMNO/BN dalam masa yang sama kita perlekehkan khidmat kepada rakyat,jika ini masih berlaku,jangankan hendak ke PUTRAJAYA,nak berJAYA pun pasti tak dapat.
Penulisan saya kali ini bukan untuk merendahkan mentaliti ataupun psikologi kita sebagai pejuang Islam,tetapi sudah tidak berupaya lagi hnedak menutup lubang yang semain 'besar dan dalam' ini.Ingatlah kawan-kawan semua,Allah tidak rugi sedikit pun jika kita tidak mahu bekerja untuk Islam dan banyak pula berkira-kira dalam menguruskan amanah agama Nabi ini,Kitalah yang akan rugi kerana membiarkan diri ini terjerumus ke dalam golongan orang-orang yang rugi dan paling malang jika kita sanggup menyenaraikan nama kita dalam ranking ahli neraka.Sebagai orang beriman,kita tidak ada pilihan lain selain menjadi hamba Allah yang bekerja hanya untuk ALLAH,bukan bekerja untuk TOGHUT dan golongan FIRAUN laknatULLAH.
TAKBIR!!!TAKBIR!!!TAKBIR!!!
WALILLAHILHAMD......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.