"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Isnin, November 29, 2010

BANGGANYA ADA ANAK JADI ARTIS

Program Realiti TV Yang Merosakkan Anak-anak



Bermula terdedah pergaulan bebas lelaki perempuan.



Salam Untuk Semua Sahabat, Moga dirahmati ('',)

Dah masuk musim ketiga Program Realiti TV untuk kanak2, Idola Kecil. Sekali pandang memang sangat menghiburkan. IK tak lah seteruk AF atau Malaysian Idol dan lain-lain program relaiti yang kelihatan kurang menjaga adab dan susila. Semuanya nampak comel dan menarik perhatian golongan dewasa, termasuk saya sendiri.hehe. Lepas ni kena boikot. Yeah! 

Menonton pun dah rasa seperti akan mempengaruhi tambah la pula yang memasukinya. Saya bukan syadid sangat tentang hiburan tetapi Islam telah menggariskan batas2 hiburan yang dibenarkan. Islam adalah agama fitrah, manusia sahaja yang sering terkeluar daripada landasan fitrah sebagai hamba-NYA.

Dalam kita tak sedar banyak unsur yang kurang baik diterapkan dalam IK antaranya pergaulan bebas lelaki perempuan tanpa batas, seperti tinggal serumah walaupun ada penjaga. Sepatutnya anak-anak yang meningkat remaja begini patut dikenalkan akan hukum halal haramnya, mana yang boleh dan mana yang tidak. Banyak dah kes2 remaja yang rosak dek kerana terabainya didikan agama bermula dari kecil. 

Kalau mak ayah di luar sana yang berbangga melihat anaknya menjadi tatapan umum terutama anak-anak gadis, boleh dipegang dimana2 dan dipelu2k oleh sesiapa, silakan hantar anak kalian join audition IK musim depan atau program realiti yang lain. Dia Bakal Meletup Dimasa Akan Datang!

Rasulullah s.a.w bersabda , yang bermaksud : “seorang anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang mencorakkan sama ada ia menjadi seorang Yahudi , Nasrani , atau Majusi “.
 

Ahad, November 28, 2010

SEKITAR PROGRAM AKEDEMI KEPIMPINAN PEMUDA DI PARIT

Sebahagian pemuda PARIT yang hadir 


 Taklimat oleh Ustaz Hakim


 bangun menyanyikan lagu Al Amal


 Masih menyanyikan lagu AMAL


 Taklimat


 Komanden dan rakan rakan


 SU dan KP serta Ustaz Hakim menyemak jawapan dari peserta








 Godaan waktu makan susah nak tolak,mesti kehadiran penuh tanpa segan silu


                                                                 


          sedutan modul-modul AKP                                                                     
                                                      



Ustaz Hakimi dan KP   


      
 tekun mendengar taklimat dari Ustaz Hakim



Omar tekun menjawab soalan.





Jumaat, November 26, 2010

HARAPAN KEPADA MB PERAK BERPELEMBAGAAN

LUAHAN TERBUKA BUAT DS NIZAR!


Sahabat Yang Dihormati,

Dato' Seri IR Haji Mohammad Nizar Jamalludin.


ISU KILANG BIJIH BESI TELUK RUBIAH: ADUAN & HARAPAN RAKYAT DARI DUN PASIR PANJANG

Untuk makluman sahabat, kami di DUN PASIR PANJANG sedang sengsara dan membantah cadangan pembinaan kilang bijih besi di Teluk Rubiah yang telah diluluskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Kami tidak menentang pembangunan untuk perkembangan ekonomi Manjung, malah mengalu-alukan.

Sebagai seorang engineer (IR) yang bertauliah sahabat lebih memahami pengoperasian kilang Vale SA, Brazil tersebut, kami alu-alukan pelaburan 6 billions itu, tapi biarlah bertempat yg sesuai dgn lokasi Industri, bukan di Zon pelancongan yg ditukar kepada Zon Industri.


Rakyat dan Penduduk Manjung difahamkan diawal perancangan, sahabat sendiri tahu hal ini ia akan terlaksana di Kawasan Perindustrian Lumut Port, Kg. Acheh (tapak sedia ada utk industri) dan jika dulu kerajaan PR terbuka mendengar bantahan rakyat namun isu ini kami seolah tidak dipedulikan oleh kerajaan rampasan kini.

Kami mohon sahabat sebagai harapan warga DUN Pasir Panjang dapat bersama dan menyelami permasalahan kami. Kami menaruh harapan yang tinggi kerana jika PR yg memerintah ia akan membuka ruang bantahan yang TELUS dan TERBUKA sepertimana berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Walaupun diherdik dan luahan rakyat pelbagai bentuk suara, namun kerajaan di sana menerima dan mengambilkira yang selama ini tidak pernah berlaku di bawah pemerintahan BN, ia membuka seluas-luasnya bantahan dan pandangan rakyat. Ia suatu pemerintahan yang MERAKYATKAN.

Kami amat berterima kasih kepada sahabat dan kerajaan PR terdahulu kerana membawa pelaburan dari luar negara untuk kemajuan dan kepentingan rakyat, tapi kini kerajaan rampasan meneruskan tanpa merujuk kembali kepada rakyat terutamanya penduduk sekitar terhadap cadangan lokasinya. Ia akan memberi kesan jangka masa panjang terhadap persekitaran, alam sekitar, hidupan marin, hidupan hutan, hutan simpan, pusat pelancongan, pusat riadah tempatan, masalah sosial dan terutamanya kesihatan penduduk. Kerana kerakusan manusia terhadap kemewahan duniawi, mereka alpa, lalai dan lebih tragisnya tidak mempedulikannya walau ketahuan.


Sahabat,


MB haram dan kerajaan haramnya kini meluluskan lokasi pelaburan yang dibawa oleh sahabat dengan menidakkan bantahan penduduk yang berada di bawah DUN sahabat sendiri. Jurutera Projek syarikat antarabangsa itu pernah memuji bicara, pemahaman dan kepakaran yang sahabat ada yang lebih mudah memahami operasi mereka yang tidak ada pada MB mahkamah. Justeru, mohon jasabaik sahabat untuk mengetengahkan isu ini kepada piahk-pihak yang berkenaan. Ahli Parlimen Beruas, sahabat kepada sahabat telah membawa misi ini ke Dewan Parlimen, namun hanya jawapan pengesahan kelulusan projek dinyatakan oleh kementerian yang terbabit. Sayangnya Menteri Alam Sekitar mahupun Menteri Pelancongan tidak bangkit untuk pertahankan kesucian Rubiah, dibiarkan berlalu pergi tanpa belas. Siapa lagi yang harus kami harapkan?

Kami percaya sahabat seorang yang terbuka malah sahabat pernah menerima pandangan rakyat seperti kami yang hina ini hanya semata mahukan kebaikan dan kemajuan untuk rakyat yang memilih sahabat sebagai wakilnya. Sahabat menerima dgn hati terbuka dan mempertimbangkan dgn senyuman satu ketika dahulu.


Ternyata sahabat seorang yang boleh diterima semua golongan dan kami mahu sahabat terus berjuang utk rakyat, harapan dan doa rakyat mengiringi perjuangan sahabat. Moga sahabat dapat membantu misi ini dan bersama rakyat agar Rubiah terus kelihatan jelita dan anggun walaupun 'ibu dan bapanya telah lama mati ditelan bencana di tanah ini'.

Selamatkan Nyawa Rubiah.
SAVE TELUK RUBIAH!


Ikhlas dari Sahabat,

-proTeSTeR-

(Team Save Teluk Rubiah)

26.11.2010, Jumaat.
 

SIAPA YANG MAMPU MENAWAN HATI RAKYAT?

Kemenangan di Galas dan Batu sapi telah dijadikan turning point oleh umno dan Barisan Nasional lantas merasakan mereka sudah kembali diterima oleh rakyat atau sebenarnya hanya sebuah fotomorgana yang dicipta dalam usaha mereka untuk merubah persepsi rakyat . Mungkin itu rumusan mudah boleh kita buat dalam melihat aliran pengerakan politik kearah satu lagi fasa kemuncak iaitu pilihanraya yang ke -13 .


Bila membicarakan tentang pasaran politik ( political market ) ianya tidak ubah seperti melihat pasaran saham dimana berlakunya urusniaga dan naik turun pasaran dan sudah pasti dari konteks politik, puncak pasarannya ialah pilihanraya yang ke -13.Umno dan Barisan Nasional pada ketika bertindak sebagai pemain –pemain yang mendominasi spekulasi-spekulasi pasaran politik itu sendiri.Mereka kelihatan terlalu dominan pada ketika ini walaupun hakikatnya apa yang dilakukan oleh mereka adalah terlalu tipikal dan sudah boleh diduga dari awal lagi .

Disaat ini mereka cuba untuk memanipulsi isu viability parti keadilan iaitu memulakan serangan dari dalam dengan mencipta fenomena melompat parti dan keluar parti ,strategi yang seolah-olah begitu menjadi dan berkesan untuk kembali memenangi hati rakyat .Strategi yang cukup jelas mencipta keraguan , membina persepsi yang sebenarnya fotomorgana yang terlalu mistikal sehingga rakyat dikaburi oleh lakonan –lakonan yang cukup bersahaja dan menyakinkan iaitu dengan melupakan dan mengetepikan fakta sebenar tentang kegagalan mereka melaksanakan orientasi sebuah kerajaan kepada rakyat , itu juga satu isu viability kepada umno dan Barisan Nasional . Sebagai contoh isu yang berorientasi kan kepada kebajikan rakyat masih lagi gagal ditangani , golongan neo proletaritat masih lagi tidak mendapat hak-hak mereka untuk mendapat satu kadar gaji yang minimum yang memungkin kan mereka untuk mengimbangi kadar kenaikan kos hidup yang semakin membebankan atau anak-anak sekolah diasrama-asrama penuh yang dinafikan hak mereka oleh penagih-penagih dadah dipusat –pusat serenti atau banduan –banduan dipenjara. Itu belum lagi kita membicarakan graduan –graduan muda yang menjadi muflis sebelum sempat menerima pay slip mereka yang pertama.Kalau lah isu-isu seperti ini menjadi justifikasi rakyat disetiap ceruk dan pelusuk sudah tentu tidak akan ada lagi sustainablity bagi Umno dan Barisan Nasional untuk piliharaya yang ke -13 akan datang tetapi ianya bukanlah satu-satunya realiti dominan yang menguasai pasaran politik itu yang sebenarnya tetapi ada banyak lagi persolaan yang perlu diambil kira.

Menyentuh kembali tribulasi politik yang berlaku didalam pakatan rakyat terutamanya melibatkan parti keadilan ianya suatu proses yang perlu dilihat sebagai satu proses percambahan politik matang didalam sejarah politik negara ini yang akhir akan memecahkan dominasi politik yang berasaskan dogma dan ras perkauman , kerana kelemahan yang berlaku didalam pakatan itu merupakan satu proses pengukuhan kearah pembentukan suatu era politik baru bagi negara ini yang lebih ideal dan terbuka , walaupun ada yang melihat apa yang berlaku akan menjejaskan usaha pakatan rakyat untuk bergerak ke Putra jaya (route to putra jaya ) . Sebenarnya sebagai parti politik yang ingin menguasai dan mentabir sebuah kerajaan didalam fasa kedua sejarah demokrasi negara yang disebut era baru itu sifat konstruktif itu adalah sesuatu yang lebih utama daripada defensif yang lebih mengutamakan power struggle untuk terus kekal berkuasa walaupun dengan meperjudikan masa rakyat dan negara .Apa yang mahu dilihat oleh rakyat ialah sesuatu yang konstruktif dan yang penting jangan ada yang berani menafikan kematangan dan kuasa rakyat kerana semuanya telah dijelmakan didalam pilihanraya yang ke-12 .

Persaingan nya kali ini dilihat lebih terbuka , Umno dan Barisan Nasional cuba menampilkan satu trend politik yang begitu proaktif walaupun ianya sebenar nya sesuatu yang konstruktif sebagai sebuah parti dan ikatan yang mentabir kerajaan yang bergelut dengan isu –isu yang kontroversi yang tidak selesai .Kemunculan kepimpinanan baru umno yang bergelumang dengan krisis dan ‘kontoversial membawa satu gaya baru yang dilihat proaktif dengan konsep satu Malaysia yang sudah kontroversi dengan persamaan motto satu Israel dan hubungan dengan sebuah Syarikat perundingan awam Israel ( APCO ) bergerak atas konsep walk about melalui program-program outreach kepada rakyat telah memberikan nafas baru kepada Umno dan Barisan Nasional dan menjadi satu –satu nya kekuatan kepada mereka pada ketika ini walaupun pentafsiran yang tepat kepada konstruktif itu ialah gabungan antara sifat proaktif dan reaktif( dasar yang efektif yang menjanakan gerak kerja) .

Pakatan Rakyat dilihat mempunyai dasar yang bersifat reaktif yang begitu konkrit terhadap negara dan rakyat cuma sifat proakatif itu kadang –kadang agak sukar untuk ditontonkan mungkin kerana sumber terhad atau pengaruh dan peranan media –masa itu sendiri . Cabaran nya cukup kerana apa yang dituntut oleh rakyat ialah untuk menonjolkan kemampuan untuk mentabir ,itu ialah secara umumnya secara umum tanpa melihat kepada sifat dan pemikiran pengundi mengikut kategor i dan bangsa.

Secara dasanya andaian pemilihan rakyat terhadap parti –parti politik pilihan mereka masih masih lagi didasari oleh pasaran pollitik yang berasaskan fakta dan spekulasi . Walaupun fakta merupakan sesuatu fundamental didalam setiap perkara tetapi adakalanya spekulasi dan rumors itu lebih menguasai keadaan dan mungkin cara terbaik bagi Pas dan Pakatan rakyat untuk menguasai dan menawan hati rakyat ialah dengan menguasai kedua-dua elemen dan keadaaan .



Botaman 76

Dewan Pemuda Pas Parit

Khamis, November 25, 2010

Kalau Mencari Teman


Oleh : nina mazrina

ISLAM merupakan agama yang lengkap dalam semua aspek kehidupan sama ada dari segi ilmu pengetahuan, ekonomi, politik dan juga sosial. Oleh itu, dalam kehidupan sosial, kita telah disediakan beberapa garis panduan yang kalau diikuti boleh mendatangkan kebaikan dan menghindarkan keburukan.

Contoh kehidupan bersosial ialah soal mencari sahabat. Kita dinasihatkan supaya berhati-hati memilih sahabat kerana Islam menegah kita mancari sahabat yang boleh membawa kepada kemungkaran.

Seperti fiman Allah SWT dalam surah Kahfi ayat 29 yang bermaksud :

"Janganlah engkau mengikuti orang yang telah Kami lupakan hatinya untuk mengingat-ingat (berzikir) pada Kami dan ia suka mengikuti hawa nafsunya."

Sekiranya kita memilih sahabat yang terlalu cintakan dunia dan mementingkan hawa nafsunya, sahabat itu akan merugikan kita. Malah, lambat-laun, kita mencari sahabat yang soleh yang paling ingat-mengingati ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud :

"Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya, maka oleh sebab itu baiklah seseorang dari kamu semua itu meniliti orang yang dikasihi."

WASIAT AL-QAMAH

Sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang yg ingin kita jadikan sahabat bolehlah kita contohi daripada wasiat yang diberikan oleh al-Qamah kepada anaknya.......

Katanya :

"Hai anakku, jikalau engkau rasa perlu bersahabat dengan seseorang maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini iaitu :

Jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungi, jika engkau bersahabat dengannya, ia akan merupakan hiasan dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu.

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung-hitungkan.

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, dan dianggap sangat berguna, sedangkan jikalau ia mengetahui tentang keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya.

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, ia mulai menyapamu dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat, ia suka mengusahakannya dan jikalau engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu."

Saiyidina Ali KWJ menjelaskan tentang sahabat yang baik. Antara lain, beliau menyatakan...

"Sahabat yang sebenar-benarnya ialah orang yang ada di sampingmu. Ia suka membabitkan dirinya sendiri dalam bahaya demi untuk kesejahteraanmu."

Saiyidina Ali KWJ bukan setakat bercakap kosong, malah telah membuktikan kata-katanya dengan mengambil alih tempat tidur Rasulullah SAW sewaktu baginda bersama Saiyidina Abu Bakar merancang untuk berhijrah ke Madinah.

Walaupun Saiyidina Ali KWJ tahu risiko yang terlalu tinggi akan dihadapinya kerana pemuda-pemuda Quraisy bercadang untuk menyerbu rumah Rasulullah SAW dan membunuhnya, tetapi Saiyidina Ali KWJ sanggup menghadapi bahaya itu atas dasar kepentingan keselamatan sahabatnya. Atas pengorbanan dan kesetiaan beliau, Allah telah menyelamatkan beliau daripada dibunuh oleh pemuda-pemuda Quraisy itu.

Contoh persahabatan lain yang boleh diteladani ialah persahabatan Saiyidina Abu Bakar dengan Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar sentiasa mempercayai dan mengiakan apa yang Rasullullah SAW katakan. Sebagai contoh, sewaktu Rasulullah SAW menceritakan perjalanan Isra' dan Mi'raj kepada semua orang di Kota Mekah, mereka tidak mempercayai cerita Rasulullah SAW malah mengejek-ngejek dan menuduh baginda sebagai pembohong.

Mereka yang tidak percaya kepada cerita Rasulullah SAW telah pergi berjumpa dengan Saiyidina Abu Bakar untuk menanyakan sama ada cerita tersebut benar atau sebaliknya. Tujuan mereka adalah untuk mentertawakan Saidina Abu Bakar yang menjadi sahabat baik Rasulullah SAW.

Apabila Saiyidina Abu Bakar mendengar mendengar pertanyaan mereka, dengan tenang beliau bertanya semula apakah benar Rasulullah SAW bercerita sedemikian. Mereka mengatakan begitulah cerita Rasulullah SAW lalu tanpa ragu-ragu Saiyidina Abu Bakar menyatakan apa yang Rasulullah SAW katakan itu semuanya benar.

Saiyidina Abu Bakar bukan setakat mempercayai apa yang sahabatnya katakan tetapi juga sanggup berkorban harta untuk kepentingan perjuangan agama Islam yang dibawa oleh sahabatnya.

PENGORBANAN SAHABAT NABI.
Di samping itu, pengorbanan yang paling besar yang diberikan oleh Saiyidina Abu Bakar kepada Rasulullah SAW ialah apabila sanggup bersama-sama dengan sahabatnya sewaktu berhijrah ke Madinah.

Penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah bukanlah satu perjalanan yang selamat kerana orang-orang Quraisy sentiasa memusuhi dan ingin membunuh baginda.

Sewaktu dalam perjalanan dari Makkah ke Madinah, Saiyidina Abu Bakar sentiasa berada di hadapan dan di belakang Rasulullah SAW. Apabila baginda bertanya akan hal itu, Saidina Abu Bakar menjawab...

"Aku berjalan di hadapan untuk memilih jalan yang baik dan selamat sementara aku berjalan di belakangmu untuk menjaga keselamatanmu dari serangan musuh yang mengejarmu."

Sebagai kesimpulan, marilah kita perhatikan nasihat Abu Sulaiman tentang pentingnya memilih sahabat seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Katanya...

Janganlah sesekali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada 2 orang ini :

Pertama, orang yang dapat engkau ajak bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur.

Kedua, orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan kemanfaatan duniamu untuk urusan akhiratmu.

Jika engkau bersahabat selain daripada 2 orang ini, pastinya engkau memiliki kebodohan yang luar biasa besarnya.
 
 

Bendera Pulau Pinang dikibar separuh tiang

GEORGETOWN, 25 Nov: Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan 1.6 juta rakyat berkabung atas pemergian mendiang Ketua Menteri yang kedua, Tun Dr Lim Chong Eu.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk mengibarkan bendera separuh tiang sehingga hari pengebumian mendiang sebagai tanda berkabung di atas kehilangannya.
Katanya, semua bendera Negeri Pulau Pinang di institusi-institusi kerajaan negeri akan dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung atas pemergian Ketua Menteri Pulau Pinang yang paling lama berkhidmat dan merupakan bapa kepada transformasi ekonomi pada aspek industri dan modenisasi Pulau Pinang.
“Saya telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Rahim Seman supaya mengarahkan semua jabatan kerajaan Persekutuan dan sekolah-sekolah untuk mengibarkan bendera Pulau Pinang separuh tiang sehingga majlis pengebumian mendiang sebagai tanda menghormati tokoh politik yang telah memartabatkan Pulau Pinang,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, katanya kerajaan negeri akan menguruskan upacara pengebumian mendiang berasaskan persetujuan daripada pihak keluarga.
Walau bagaimanapun, jelasnya kerajaan negeri bersedia memberi laluan kepada kerajaan Persekutuan untuk menjalankan pengebumian peringkat kebangsaan sebagai menghormati sumbangan mendiang yang tidak ternilai.
Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang itu meninggal dunia pada jam 9.07 malam semalam di kediamannya di Tanjung Bungah selepas terlantar selama hampir sebulan di hospital akibat serangan angin ahmar.

Harakahdaily   

Isnin, November 22, 2010

SEKITAR CERAMAH DI TITI GANTUNG

YB KHALIL IDHAM LIM MENYAMPAIKAN CERAMAHNYA




 
 ANTARA HADIRIN


 ANTARA HADIRIN


  USTAZ NASA SEDANG MERASMIKAN PEMBAIKPULIHAN MARKAZ



 SEMUA TEKUN MENDENGAR MAKLUMAT TERBARU



 AMAL PARIT
 SAUDARA FADIL DAN GULAM(KANAN)




 ANTARA UNIT AMAL KAWASAN YANG HADIR









Jumaat, November 19, 2010

GENERASI PELAPIS YANG HANCUR

Generasi muda di Malaysia di zaman ini sudah menyimpang dari semua aspek peradaban Islam.Bukan bermaksud kesemuanya,tetapi sekadar satu rumusan realiti kehidupan di negara yang didakwa ISLAM sederhana.Sangat mengecewakan,apabila melihat kadar jenayah yang membimbangkan,dan boleh juga ditafsirkan sebagai paling kebinatangan dan mirip juga kepada sifat-sifat syaitan.

Mentaliti muda-mudi yang rosak ini boleh di baca semudah mereka yang sanggup merakam aksi jenayah rogol bersama rakan-rakan pe'rogol'an yang lain.Tiada rasa malu ketika melakukan jenayah,malah susuatu yang membaggakan,apabila tersenarai didalam ranking manusia yang merbahaya di alam maya.Terbaru,bagaimana sebagaimana gambar yang anda lihat ini,sangat menyayat hati dan sanubari kita sebagai manusia yang sayangkan kamanan dan kedamaian yang sebenar dan bukan bersifat 'topeng' .Diluar kita seperti aman,namun didalma hati setiap lapisan masyarakat,ketakutan pula yang menyelubungi.

Semoga akan ada satu kaum yang akan mengembalikan semula sejarah PERADABAN ISLAM,sebagaimana di zaman UMMAR ABDUL AZIZ.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDbYKinoaLJdPmX9U0B-1bbZuD8WoNN9TS5aC5THqk7OVHfCuztqiKAe3p30nN1pEW1BSXNxpuYdYSryE3XRAR8fAupIf4R7GhDRteWSZ6a5qIZMbthymglRdBqbAs25BjwL53V6urA2OO/s400/hotmalays-4.png



Nak maklumat lebih,pergi ke Era Pasca 

MAT MISKIN

CERAMAH PERDANA

PENCERAMAH      :  YB. HJ. NASARUDIN MAT  ISA(TIMBALAN PRESIDEN PAS)
                                 HJ. ASMUNI AWI(AJK PAS PUSAT)
TARIKH              :  21 NOVEMBER 2010/AHAD
TEMPAT             :   MARKAZ PAS TITI GANTONG,BOTA



MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Khamis, November 18, 2010

Media tidak beretika perlu diajar


PERMATANG PAUH, 16 Nov: Ketua Dewan Pemua PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan at-Tantawi (gambar) menegaskan, memang layak media yang tidak beretika mesti diajar sebagai teladan untuk mereka mengkaji semula laporan yang berat sebelah.
Berucap pada malam penutup Karnival Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) malam tadi, beliau berkata tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kedah melarang media pro Umno membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) merupakan reaksi biasa sebagai protes bukanya menghalang kebebasan media.
"Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan memang patut sebab media pro Umno buat liputan berat sebelah berkaitan banjir.  Media hanya tumpukan pada sumbangan Kerajaan Pusat, seolah-olah menidakkan bantuan kerajaan negeri.  Lepas tu hentam tanpa bagi peluang Menteri Besar menjawab," terangnya.
Sebagai contoh, katanya ketika bantuan Dewan Pemuda PAS Pusat yang berkampung di Kubang Rotan di mana mangsa banjir diberikan sumbangan dan disajikan gulai daging lembu pada hari pertama, pada hari kedua pula ayam masak merah manakala hari ketiga gulai telur ikan masin.
“Bila hari ketiga, datang TV3 dan terus menemu ramah mangsa yang dihidangkan gulai telur ikan masin. Mereka buat cerita bukan-bukan kononnya mangsa diberikan hidangan yang tidak seberapa, ada pilih kasih dan seumpamanya.
"Itulah kejahatan yang dibuat, mereka mencipta isu demi kepentingan Umno dan Barisan Nasiona (BN). Mereka meninggalkan etika yang mengkehendaki bersikap jujur dan tulus pada sebarang laporan," jelasnya kecewa.
Dewan Pemuda PAS Pusat juga menyifatkan, laporan yang dibuat oleh media pro Umno itu didalangi oleh beberapa individu yang sengaja mengambil kesempatan berlakunya banjir terburuk yang melanda Negeri Kedah.
Beliau juga yakin peristiwa yang berlaku itu tidak akan mendorong rakyat untuk kembali ke pangkuan Umno yang telah membohongi mereka sejak 50 tahun lalu.
"Rakyat Kedah pasti tahu cerita sebenar apa yang berlaku. Semua itu pembohongan media pro Umno yang senantiasa mencari ruang untuk mereka mengucar-kacirkan pemerintah Pakatan Rakyat,” katanya.


Isnin, November 15, 2010

AMAL PARIT KE KEDAH

 Komandan dan AJK.sedang berikan post terbaik edisi 2010



 Baru sampai dan sedang menuggu arahan



 Baru dapat arahan terus buat kerja,tanpa berbelah bagi,tak kira UMNO ke PAS semua ditolong,tidak dapat dipastikan bagaimana nasib reban ayam disana.



  Beramah mesra dengan Amal pelbagai kawasan


  ape dibuat tu yop???



Tengah rajin ni jangan ditegur



Zul Hasnan,cekak pinggang tanda masih bertenaga lagi


 Cuci dan terus mencuci



 kawan-kawan pun dicuci sekali tanda taat setia



Bergambar dengan YB Anak Bukit.



SEKITAR PROGRAM IHTIFAL PASTI BOTA KANAN

 kehadiran tetamu dan 'student' PASTI

Ihtifal PASTI telah berlangsung pada 12 November yg lalu


Generasi Mujahidin sudah lulus peringkat pra persekolahan.


Makan adalah acara wajib setiap program di mana-mana jua pun




DPPK PARIT

Ahad, November 14, 2010

UMNO Buta Sejarah Perlembagaan -Guan Eng



IPOH, 14 NOV 10: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuduh pemimpin-pemimpin Umno “buta sejarah, Perlembagaan” dengan mencetuskan perasaan kebencian dan tidak toleransi di kalangan rakyat negara ini.
Sambil merujuk kepada beberapa insiden berkaitan dengan sentimen perkauman sejak kebelakangan ini, Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa pemimpin-pemimpin Umno “melarikan” Perlembagaan Persekutuan dan menggunakannya mengikut kehendak dan kemahuan mereka bagi memecahbelahkan rakyat Malaysia.
“Apabila Umno bercakap mengenai Perlembagaan, mereka hanya bercakap mengenai kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bukannya kepentingan sahih kaum-kaum lain.
“Ini menunjukkan Umno buta sejarah, buta Perlembagaan, dan buta hati. Kita mesti lawan mereka,” kata beliau ketika berucap merasmikan Kongres DAP Perak Ke-15 di sini hari ini.
Lim (gambar) menekankan bahawa Artikel 153 menyebut, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera yang lain dan kepentingan komuniti-komuniti lain selaras dengan peruntukan perkara ini.
“Tetapi Umno sentiasa merujuk Artikel 153 Perlembagaan mengenai kedudukan orang Melayu sebagai justifikasi pendekatan rasis mereka hanya untuk orang Melayu.
“Mereka juga seringkali gagal untuk menyebutkan kepentingan sahih komuniti-komuniti lain juga mesti dilindungi,” tegas beliau.
Justeru Lim juga berkata, agenda “rakyat Malaysia terlebih dahulu” jelas disemadikan dalam Perlembagaan, malangnya aspek ini tidak dipedulikan oleh pemimpin-pemimpin rasis Umno.
Lim mendakwa pemikiran rasis yang meletakkan kepentingan perkauman mengatasi kepentingan nasional ditimbulkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang mendakwa kadar penyertaan bukan Melayu dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah disebabkan rendahnya semangat patriotisme mereka.
Selain itu kata Lim, akhbar keluaran Kumpulan Utusan, milik Umno, yang cuba mencetuskan semula peristiwa 13 Mei 1969 dengan menganggapnya sebagai “hari keramat”.
“Kerajaan mesti mengambil tindakan ke atas Utusan memandangkan ia mengembangkan rasa kebencian dan pelampau, bertindak seolah-olah mereka mahukan satu lagi 13 Mei dengan menyambutnya sebagai hari suci.
“Saya percaya orang Melayu di negara ini bukan macam Utusan Malaysia. Utusan ekstremis Umno,” katanya lagi.
Lim juga menekankan insiden kenyataan rasis yang dikeluarkan oleh dua pengetua sekolah dan pegawai kanan Biro Tata Negara baru-baru ini. Tindakan dilapor telah dikenakan ke atas mereka termasuk menggantung tugas.
“Lihat kenyataan-kenyataan rasis dan menghina daripada pengetua-pengetua yang menimbulkan rasa benci dengan memanggil orang India anjing dan Cina pendatang, yang harus balik ke China atau pegawai BTN yang melabelkan orang India sebagai si botol dan Cina sebagai si mata sepet.
“Atau, pemimpin-pemimpin Umno yang secara terbuka mengatakan mereka tidak memerlukan undi orang India dan Cina,” katanya lagi.
Serentak dengan itu, Lim juga membidas Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan bertanya mengapa bukan Melayu di Perak mestik menyokong BN dalam pilihan raya umum akan datang.
“Mengapa harus rakyat Perak mesti menyokong seorang pemimpin yang komradnya merasakan mereka tidak memerlukan undi Cina dan India?
“Minta Zambry lihat mukanya di cermin... adakah anda maksudkan anda tidak memerlukan undi orang India?” kata beliau pada majlis yang dihadiri sekitar 1,000 perwakilan.
Lim berkata, pemimpin-pemimpin DAP bukannya antiorang Melayu, anti-Islam ataupun menentang institusi diraja sebagaimana didakwa oleh Umno saban hari.
“Dalam perjuangan kami, kita dipaksa berhadapan dengan banyak dakwaan palsu. Saya ingin menekankan di sini, tidak sesiapa pun harus mempersoalkan kesetiaan kami kepada Perlembagaan Persekutuan.
“Mereka membuat tuduhan tetapi mereka tidak boleh mencari bukti,” kata beliau.
Kata Lim, perjuangan DAP adalah bersandarkan pada prinsip Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu, parti telah meminda perlembagaannya pada 2006. Justeru kata beliau, parti komponen Pakatan Rakyat itu bergerak seiringan dengan perlembagaan yang membawa kepada kemerdekaan.
Selain itu beliau juga mengingatkan kembali tema DAP “Malaysia Sederhana” yang bersandarkan lima prinsip iaitu agenda “Rakyat Malaysia” terdahulu, hak asasi manusia dan masyarakat madani, peluang yang saksama, keluhuran undang-undang dan integriti dan komuniti bandar yang intelek. Sehubungan itu, Lim meminta rakyat tidak membuat kesilapan kerana pendekatan Malaysia yang sederhana akan memutuskan pakatan mana yang bakal memerintah kelak.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mungkin itu sebabnya PAS mencadangkan di parlimen supaya ditubuhkan Mahkamah Perlembagaan. Cadangan Mahkamah Perlembagaan -Dr Mujahid. (AK)

Sabtu, November 13, 2010

SULTAN SELANGOR MULAI TERKESAN DENGAN KEBAJIKAN

Sultan S'ngor Bantah Membazir, T/Kasih Dari Rakyat.

Sultan Selangor
SHAH ALAM, 12 Nov 10: Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah memutuskan tidak akan menghadiri majlis makan tengah hari sempena sambutan badan kebajikan Yayasan Selangor, yang menelan RM300,000, atas alasan kosnya terlalu tinggi dan membazir.
Keputusan itu dibuat selepas baginda menyedari kos majlis sambutan ulang tahun yayasan tersebut terlalu tinggi pagi ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud hari ini. Oleh itu kata beliau, Sultan Selangor telah membatalkan keputusan untuk perkenan menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur Isnin ini.
“Baginda terkejut dan sedih apabila dimaklumkan bahawa kos majlis sambutan tahun ini terlalu tinggi, lebih RM300,000. Ia satu pembaziran dan tidak (akan) membawa (sebarang) manfaat,” kata Ramli kepada pemberita di sini hari ini.
Baginda berpendapat wang itu adalah lebih berfaedah jika digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan atau untuk membiayai lebih ramai pelajar dari golongan yang kurang berkemampuan selaras dengan visi, misi dan objektif Yayasan Selangor, kata Ramli.
Ramli berkata: “Baginda juga telah dimaklumkan bahawa Y.A.B. Datuk Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Yayasan Selangor sendiri tidak dimaklumkan mengenai perkara ini dan kos yang terlibat.”
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terima kasih dari rakyat yang kerdil ini..(AK)


Ibnu Hasyim

Jumaat, November 12, 2010

Mustafa Kamal Ataturk - Malaysia dlm perhatian!!!

Mustafa Kamal Ataturk : Allah Menunjuk Kebesarannya Untuk Renungan kita.

Apabila jatuhnya empayar Uthmaniyah ditangan anak didik barat, Mustafa Kamal Ataturk dengan membawa ideologi sekularisme. Mujadid Said Nursi mengatakan bahawa Turki akan pulih selepas tujuh keturunan setelah beliau melihat  bagaimana Islam telah dihina dan dikeji. 

Beliau sendiri dipenjarakan oleh rejim Ataturk semasa mempertahankan Islam daripada segolongan  sekular didikan barat yang diketuai oleh Mustafa Kamal Ataturk  dengan ideologi sekularisme. Sehingga kini pihak tentera masih lagi berpaksikan ideologi Kamalisme walaupun tampuk kerajaan Turki sudah diambil alih Edogan yang pro Islam.

Kebenaran Said Nursi,setelah tujuh keturunan Turki hampir berubah
Mustafa Kamal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Sultan Abdul Hamid 11,Khalifah Ottoman/Uthmaniyah terakhir
Perginya Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan Yahudi sedunia.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kamal Ataturk

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian  Mustafa Kamal Ataturk Yang  Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliaupengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulamaTurkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Inilah binaan marmar yang menepatkan mayat Kamal Ataturk Laknatullah selepas bumi tidak menerima jasadnya.
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Bangunan yang menepatkan jasad Kamal Ataturk Laknatullah.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

GILA BOLA!