Sultan S'ngor Bantah Membazir, T/Kasih Dari Rakyat.
SHAH ALAM, 12 Nov 10: Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah memutuskan tidak akan menghadiri majlis makan tengah hari sempena sambutan badan kebajikan Yayasan Selangor, yang menelan RM300,000, atas alasan kosnya terlalu tinggi dan membazir.Keputusan itu dibuat selepas baginda menyedari kos majlis sambutan ulang tahun yayasan tersebut terlalu tinggi pagi ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud hari ini. Oleh itu kata beliau, Sultan Selangor telah membatalkan keputusan untuk perkenan menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur Isnin ini.
“Baginda terkejut dan sedih apabila dimaklumkan bahawa kos majlis sambutan tahun ini terlalu tinggi, lebih RM300,000. Ia satu pembaziran dan tidak (akan) membawa (sebarang) manfaat,” kata Ramli kepada pemberita di sini hari ini.
Baginda berpendapat wang itu adalah lebih berfaedah jika digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan atau untuk membiayai lebih ramai pelajar dari golongan yang kurang berkemampuan selaras dengan visi, misi dan objektif Yayasan Selangor, kata Ramli.
Ramli berkata: “Baginda juga telah dimaklumkan bahawa Y.A.B. Datuk Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Yayasan Selangor sendiri tidak dimaklumkan mengenai perkara ini dan kos yang terlibat.”
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terima kasih dari rakyat yang kerdil ini..(AK)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.