"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Rabu, September 01, 2010

SEMUA SULTAN WAJAR MELIHAT YOUTUBE INI.



SUMBER

Apa pula pandangan anda?-DPPK PARIT

Selasa, Ogos 31, 2010

SEKILAS PANDANG



Isnin, Ogos 30, 2010

Fitnah : PAS beri amaran pada Zainuddin Maidin




Parti Islam Se-Malaysia memandang serius fitnah yang dilemparkan oleh
bekas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengatakan
bahawa semasa Tragedi 13 Mei 1969 PAS minta Allahyarham Tunku Abdul
Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina, manakala ketika
Konfrontasi Malaysia-Indonesia PAS menyebelahi Indonesia supaya
‘mengambil’ Malaysia.




Kenyataan yang dibuat dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan
Jahat PAS" bersama umno-online itu adalah satu fitnah yang besar dan
cuba memberikan gambaran buruk berkenaan PAS kepada orang-orang Cina
dan rakyat keseluruhannya. Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta
bagi mencemarkan imej dan nama baik PAS sebagai sebuah parti yang
mendokong kedaulatan negara dan perpaduan rakyat.


PAS yakin beliau dan Umno kini terdesak untuk memburukkan PAS dan
sanggup mencipta fitnah di bulan Ramadhan ini bagi menarik sokongan
bukan Melayu untuk kepentingan politik mereka.


Umno sudah sinonim dikaitkan dengan penciptaan kisah-kisah fitnah dan
propaganda jahat demi survival politik mereka yang kini tertekan
dengan penolakan bukan Melayu dinegara ini. Tuduhan bahawa PAS
menyokong Indonesia semasa konfrontasi juga sengaja direka bagi
menunjukan bahawa PAS ini tidak patriotik sedangkan begitu ramai
tokoh-tokoh politik dalam PAS telah berjuang memartabatkan kedaulatan
negara dan menjaga kepentingan rakyat.


PAS menuntut Zainuddin menarik balik fitnah yang diciptanya itu dan
memohon maaf dalam masa 3 hari. Sekiranya beliau enggan menarik balik
fitnah itu PAS akan mengarahkan semua organisasi PAS negeri dan
dewan-dewan untuk membuat laporan Polis dan seterusnya akan
mengemukakan saman kepada beliau.


Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Jumaat, Ogos 27, 2010

AWAS BARANGAN BERLEMAK KHINZIR!!!





KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.



JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.


"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc.


The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :


Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.


"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc.


The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :


Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.


http://www.halaljakim.gov.my



Pengetua 'rasis' dijangka bertukar sekolah

Pengetua lelaki sebuah sekolah menengah luar bandar di Kedah yang didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman kepada pelajar bukan Islam baru-baru ini, dijangka ditukarkan ke sekolah baru yang juga terletak di kawasan luar bandar, mulai 1 September ini.



Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau (SMKBS) itu dikatakan akan memulakan tugasnya di sebuah sekolah menengah yang terletak di kawasan Felda dalam daerah pendidikan Baling/Sik.


Sumber berkata, pertukaran yang secara 'suka sama suka' itu adalah sebagai tindakan alternatif awal yang diambil bagi meredakan suasana hubungan antara komuniti setempat dengan pengetua berkenaan.


"Langkah itu difikirkan sesuai untuk masa ini dan ia adalah proses pertukaran biasa," kata sumber itu yang memberitahu siasatan terhadap pengetua tersebut dijalankan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan yang dikendalikan Penolong Pegawai Pelajaran (Hal Ehwal Murid), Salmah Hamdan.


'Balik ke China'


"Secara lisannya, pengetua berkenaan telah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan beliau menunggu surat rasmi untuk berbuat demikian," katanya.


Selain murid, beberapa guru SMKBS dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan juga memberi kenyataan dan bermesyuarat bagi menyelesaikan masalah berkenaan.


Turut menyiasat kes itu ialah jemaah nazir dari Putrajaya dan polis cawangan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.


Pengetua berkenaan didakwa mengeluarkan kata-kata "balik ke China" kepada pelajar bukan Islam sekolah berkenaan dalam majlis perhimpunan pagi, baru-baru ini kerana menegur mereka yang tidak menghormati pelajar Islam yang berpuasa.


Tindakan itu mendapat respos segera daripada partai politik - MCA dan Gerakan - yang mahu tindakan diambil terhadap pengetua berkenaan termasuk menukarkan ke tempat lain.

Sumber itu berkata, pengetua berkenaan juga telah meminta maaf kepada sekumpulan pelajar terbabit dalam pertemuan khas di sekolah berkenaan beberapa hari lalu.

Malaysia Kini

SEBUSUK TAHI DI JAKARTA

Ungkapan yang pernah diluahkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahthir bahawa umno telah busuk sehingga ke usus, mungkin itu yang telah cuba ditafsirkan oleh penunjuk-penunjuk perasaan tersebut apabila mereka menginjak-hinjak jalur gemilang dan melontarkan najis ke kedutaaan Malaysia di Jakarta. Seharusnya pada hari itu mereka tidak menghinjak-hinjak jalur gemilang yang pasti mereka telah tersilap bendera, kerana seharusnya mereka memilih bendera yang melambangkan orang yang busuk perutnya, busuk hatinya dan busuk mulutnya .


Mereka yang busuk mulut itu menyatakan bahawa , ada lawan menjadi dalang ,kata barua-barua suruhan mereka yang dibeli dengan harga yang murah Itu .Hati mereka busuk terhadap saudara –saudara se Islam mereka di Palestin bertindak berpura-pura simpati menghulurkan tangan memberikan bantuan yang tidak seberapa hanya sekadar untuk interfrim dikaca-kaca tv , sekadar untuk meraih undi dan untuk membohongi kenyataan sedangkan tangan yang sama berjabat salam dengan yahudi , bukannya salam kosong tetapi dengan nilai puluhan juta ringgit .


Mulut mereka busuk , hati mereka busuk , perut mereka busuk bagaimana manusia yang sebusuk ini dapat menutup hidung semua orang ,sudah pasti orang yang bijak dapat menghidu lakonan mereka.Lantas kenapa mereka ini masih lagi mahu terus berlakon 'duit raya untuk semua' ,yang pencen Cuma dapat RM 500 ringgit sedangkan tiga keping notis saman sudah RM900 ringgit, masih lagi pening kepala untuk beli daging dan lemang.Hari raya sudah hampir, itu belum lagi di kira dari saman yang akan dikutip oleh anak-anak sepanjang perjalanan pulang ke kampung semuanya tidak lagi seharum kasturi yang ada cuma sebusuk tahi di Jakarta.

-Luahan tak puas hati -



Dewan Pemuda Pas Parit

Khamis, Ogos 26, 2010

FAIZAL TAHIR ANTI ROCK???

Semalam seorang artis rock(jiwa rock kononnya) dengan wajah selamba dan yakinnya telah membuat satu kenyataan tentang konflik Palestin.Ini berikutan beliau telah berjaya menyeberangi sempadan Mesir-Palestin minggu beberapa minggu yang lalu.

Artis yang dimaksudkan ialah Faizal  Superman (Faizal Tahir).Beliau mengatakan kita patut bersyukur dengan apa yang kerajaan berikan kepada rakyat dibandingkan  dengan Palestin yang serba kekurangan(maksud bahasa yang beliau berikan).

Selanjutnya kita jangan jadi rakyat yang hanya sibuk mengkritik kerajaan yang ada.Cara Faizal tahir bercakap ni memang seolah-olah si 'cerdik berbicara'.Kita sebenarnya tidak berminat mahu mengkritik sesuatu yang betul.Ini kerja yang tidak betul.Adalah malang ada anak muda hari ini seperti beliau marahkan (Walaupun tidak merujuk kepada sesiapa) pro pembangkang.

Jika beginilah cara pemikiran Faizal,pastinya suatu hari nanti akan lahir satu generasi seperti ini,yang mendabik dada segalanya baik dan elok di Malaysia.Tiada apa yang kurangnya negara kita ini.....ya!jika kelebihan itu sahaja yang kita saksikan di Malaysia,maka kita akan melihat kelebihan itu,dan kita terlupa kekurangan kita.

Anda bandingkan bangsa Palestin dengan Malaysia.Dari beberapa sudut sahaja iaitu,kemajuan dan kesedapan dunia.Dimana kita mahu sorokkan sudut-sudut kemuliaan,kedamaian dan paling penting sekali keredhaan Allah?Adakah cukup sekadar datang ke Palestin,kemudian balik ke Malaysia dan mendakwa kerajaan Malaysia ini sangat prihatin???Bagaimana janji Allah tentang amalan baik-buruk kita yang sebesar zarrah itu???

Tahukah Faizal Tahir ini,manusia itu lebih aman menyembah manusia(kerana mahu redha manusia) melebihi Allah ???Jangan disebabkan Faizal mahu dianggap menegenang BUDI kerajaan,maka Faizal lupa untuk mengenang BUDI 'Raja' segala kerajaan....JANGAN LUPA FAIZAL!!!


MAT MISKIN DPPK PARIT

KAFIR HARBI LAWAN ISLAM, MELAYU HARBI BERNAMA UMNO


Ketua penerangan Pemuda UMNO ini tidak berwajah melayu, tapi dakwanya melayu

utusan meroyan melaporkan;

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat yang mempertahan khatib jemputan, Zakaria Ahmad mengenai doa yang dibacakan dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang merupakan pendirian kolot parti itu.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tindakan Pemuda Pas tersebut hanya akan menyebabkan agama Islam terus dipandang mudah dan diperlekeh oleh masyarakat luar. [sila klik]

komen;

UMNO bukan sekadar tipu melayu, tetapi kini sudah sampai satu tahap yang sungguh kritikal, iaitu mula hendak membohongi agama.

Di mana salahnya mendoakan hidayah terhadap Ketua Menteri pulau Pinang yang dilakukan oleh Khatib, ustaz Zakaria Ahmad. Sama ada atas mimbar atau tidak?

Nama yang dipertuan Agong hendak disebut atau tidak, ia tidak memberi sebarang kecacatan kepada islam sedikit pun. Khalifah islam yang empat, Abu bakar As-Siddiq, Umar bin Al-Khattab, Usman bin Affan dan Ali bin Talib, tidak pernah marah pun kepada mana-mana khatib yang tidak pernah mendoakan mereka di atas mimbar.

Sikap UMNO ini, lebih kepada hendak mengampu, bukan untuk menyatakan keikhlasan mereka terhadap yang dipertuan Agong. Jika ini keadaan UMNO, adalah layak parti itu di lempar dengan pasir.

sabda nabi SAW;

ارم التراب علي المداحين

maksudnya;
"lempar tanah terhadap kaki mengampu"

pada UMNO, mendoakan agar orang bukan Islam memeluk islam merupakan kolot. dengan maksud, UMNO amat rela dan bangga jika Lim guan Eng kekal dalam keadaan tidak Islam.

Jika nabi SAW melihat, salah seorang dari dua umar [umar bin Al-Khattab dan Amru bin Hisyam atau dikenali Abu Jahal] masuk islam akan menyebabkan Islam akan digeruni, maka keadaan yang sama juga dilihat oleh Khatib, Ustaz Zakaria Ahmad dengan keislaman Lim Guan Eng.

Dengan keislaman Umar bin Al-Khattab ekoran keberkatan doa Nabi SAW itu, menyebabkan kafir Quraish takut dan gentar terhadap Islam, maka keadaan yang sama juga sedang menimpa 'kafir Quraish malaysia' yang bernama UMNO dengan keislaman seorang pemimpin politik yang bernama Lim Guan Eng.

"wah... nampaknya semakin teserlah penolakan UMNO terhadap Islam.. nampaknya amat relevan bahawa UMNO digelar MELAYU HARBI"

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
26 Ogos 2010 * 3:40 Pagi

Elok MCA keluar BN masuk Pakatan Rakyat


SEJAK akhir-akhir ini kelihatan Umno dan MCA sering bercakaran sesama sendiri, bersengketa dalam hal-hal perkauman sempit, kata-mengata antara satu sama lain.
Persengketaan kedua-dua parti utama komponen Barisan Nasional ini mengheret kepada pertikaman lidah antara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden MCA, Dato' Seri Chua Soi Lek

Apa yang dibangkitkan MCA, dalam usaha mereka untuk meraih kembali sokongan masyarakat Cina yang sudah beralih kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP, mungkin dilihat relevan untuk survival MCA.
Namun Umno melihatnya pada perspektif yang berbeza. Umno mendakwa MCA sudah terlalu rasis, menjejak langkah DAP. Sehinggakan TPM sering memberi amaran kepada MCA supaya jangan sesekali menggugat persefahaman BN dengan pelbagai kenyataan yang menghiris hati orang-orang Melayu dalam Umno.
Persengketaan ini berlaku sehingga wujud pertikaian di kalangan BN bahawa MCA sudah tidak setia dan tidak boleh dipercayai lagi.
Pertelagahan Umno-MCA bukannya baru. Hampir setiap kali Perhimpunan Agung Umno atau MCA, masing-masing sering mengeluarkan ucapan dan usul yang berbaur rasis.
Apa pun, di sebalik pertelagahan Umno-MCA, ada yang kata persengketaan ini sebagai sandiwara. Ada yang kata, cetusan api perkauman Umno-MCA boleh berulang seperti peristiwa perbalahan bekas Timbalan Presiden MCA, Dato' Lee Kim Sai dengan Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak tahun 1987 sehingga membawa tangkapan ISA.
Jika MIC sudah dikambing hitamkan oleh Umno, sehingga ditubuhkan parti Makkal Sakhti, barangkali pemimpin Umno boleh berfikir untuk mewujudkan parti baru untuk menggantikan MCA.
Sebenarnya masalah MCA sama dengan masalah Umno, sama dengan masalah Gerakan dan MIC. Masing-masing tengah meroyan kerana kekecewaan ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13, sampai sekarang masih terkesan.
Umno terpaksa menukar Presiden. Umno terpaksa memperbetulkan arah tuju perjuangan. Umno mahu jadi lebih Melayu pada Melayu. MCA juga begitu, mahu jadi lebih Cina dari Cina dan MIC mahu jadi lebih India dari India.
Mereka terpaksa berbuat demikian kerana perjuangan mereka, teras dan asasnya adalah perkauman. Semua parti ini asasnya adalah rasis. Mereka tegak dan disokong selama ini oleh bangsa masing-masing.
Asal tujuan mereka ialah Umno diguna untuk menjaga Melayu. MCA untuk jaga Cina dan MIC untuk jaga kepentingan kaum India.
Masalahnya ialah kini Umno-MCA-MIC sudah ditolak bangsa mereka sendiri. Sebab apa Melayu tolak Umno? Sebab apa Cina tolak MCA? Sebab apa India tolak MIC? Ini yang harus dikaji sebenarnya.
Sebabnya yang pertama Umno, MCA dan MIC tidak menjaga kepentingan bangsa masing-masing. Jika ada pun hanyalah pada kadar peratusan yang rendah.
Yang Umno, MCA dan MIC jaga adalah kepentingan pemimpin, keluarga dan kroni. Selama ini tidak ada perkongsian pintar dalam BN untuk memperjuang dan menjaga kepentingan rakyat pelbagai kaum.
Yang ada hanyalah perkongsian pintar Umno, MCA dan MIC untuk 'menyapu' sebanyak mana harta negara untuk kepentingan anak-beranak dan juak-juak mereka.
Sebab itu hari ini kita dapat lihat puluhan kes dalam siasatan, segelintir yang dihadapkan mahkamah, yang membabitkan penyelewengan, skandal dan salah laku pemimpin BN.
Ini isu sebenar. Isu utama kepada rakyat bahawa pemimpin Umno, MCA dan MIC from no where, sekarang ini sudah terlalu kaya raya dan hidup mewah kerana kuasa politik yang mereka ada.
Sebab kedua ialah, rakyat Malaysia sudah semakin terbuka dan matang. Mereka sudah tidak menerima perjuangan berasaskan perkauman yang sempit.
Rakyat Malaysia sama ada tua muda, mahukan kehidupan yang harmoni dan rasional. Bagi rakyat yang penting adalah keadilan dalam pemerintahan, meliputi semua kaum, tanpa dibatasi atas nama Melayu, Cina, India atau sebagainya.
Maka dengan sebab itu permasalahan yang dihadapi Umno, MCA, Gerakan dan MIC sekarang ini adalah amat kronik.
Selepas dua tahun, sebenarnya mereka masih gagal memulihkan sokongan rakyat, malah yang lebih teruk lagi gagal memperbetulkan struktur dalaman parti masing-masing.
Mereka beruntung kerana mereka masih berkuasa di peringkat Pusat. Mereka boleh melindungi kepincangan dan penyakit dalaman mereka dengan bantuan media talibarut BN.
Dalam konteks MCA, apa yang dibangkitkan oleh Soi Lek, sama ada soal Islam dan Melayu, soal kouta dan sebagainya, hanyalah untuk mencuri perhatian umum, bahawa MCA masih wujud dan bernyawa.
Barangkali beliau menyangka, dengan berbuat demikian dapat mengalihkan perhatian rakyat kepada MCA, sekali gus memberitahu MCA masih relevan dalam politik negara.
Tetapi Soi Lek dan rakan-rakan pemimpin dalam MCA harus sedar bahawa kedudukan mereka dalam BN sudah tidak lagi relevan. Mereka sering dibuli pemimpin Umno.
Ramai pemimpin MCA dijangka akan menuruti jejak langkah bekas Presiden, Tun Ling Liong Sik yang didakwa terbabit dalam penyelewengan PKFZ. MCA pun tahu ramai pemimpin Umno yang terbabit dalam pelbagai skandal, tetapi didiamkan kerana mereka Umno.
Jelas, kedudukan MCA dalam BN bukan lagi berasaskan smart partnership, sebaliknya mereka sudah jadi second class partner. Dalam kata mudah, MCA bagi Umno, hanyalah 'parti cap ayam'.
Kesimpulannya pertelagahan Umno-MCA menunjukkan bahawa konsep 1Malaysia gagal. Rakyat terfikir, bagaimana BN hendak promote 1Malaysia sedangkan hendak menjaga 1BN pun huru hara.
Oleh kerana itu rakyat tidak sesekali mahu menyokong parti yang sering bermasalah dan gabungan yang tidak stabil.
Justeru MCA tidak ada pilihan, jika mereka masih dalam BN, mereka akan 'close shop.' Kepimpinan MCA sudah beberapa kali membincangkan sama ada mereka harus kekal atau keluar dari BN dan inilah masa yang terbaik bagi mereka untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.
 

Selasa, Ogos 24, 2010

CERAMAH TUAN GURU PRESIDEN


CERAMAH BADAR AL- QUBRA

Bersama:

YB. DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG(PRESIDEN)

YB. DATO SERI IR. HAJI MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN(MENTERI BESAR BERPELEMBAGAAN)

USTAZ HAJI ABU BAKAR HUSSAIN(PESURUHJAYA PAS PERAK)


TARIKH: 28 OGOS 2010/18 RAMADHAN 1431

TEMPAT: PONDOK PENGAJIAN DARUL MUBARAK,KAMPUNG SELBOH ,PARIT

MASA :10 MALAM

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Isnin, Ogos 23, 2010

PROVOKASI UMNO BERJAYA

Kecoh 1 Malaysia dibuatnya apabila khatib dari Pulau Pinang dituduh membelakangkan AGONG dan Yang Dipertua dalam khutbah Jumaat.

Disana sini pelbagai lapisan masyarakat yang kononnya sayangkan Islam,membuat laporan polis tanda tidak berpuas hati dengan perkara itu.Tetapi benarkah mereka ini menyayangi AGONG dan Islam?

Kita tidak lupa,siapakah yang menimbulkan isu BANNER Anwar dengan Sultan Johor.Mana mungkin PKR sewenangnya menimbulkan isu GILA dengan memaparkan gambar SULTAN Johor itu.Puak lain yang buat kerja,pimpinan PR pula yang tanggung azab!GILA....punya kerja!!!

Kes di Pulau Pinang ada kemungkinan sama 90%...Semua pasti menjadi apabila melibatkan AGONG dan sensitiviti bangsa.dan yang  menjadi persoalannya,adakah anda terpengaruh dengan media-media pro BN ini???Tanya diri anda sendiri!ianya bermula dari bagaimana anda mengenal muslihat politik tanah air....

MAT MISKIN (DPPK Parit)

Gempar: Tragedi Ribut Taufan Bazar Ramadhan Jasin, Kini Melanda Pula Bazar Ramadhan Dekat Mahkota Square Depan Masjid Negeri Kuantan !!


KUANTAN, 23 Ogos - Hujan lebat berserta ribut petir melanda bandar ini sekitar jam 6.10 petang semalam. Kejadian yang berlaku ketika umat Islam sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa itu jelas sekali mengejutkan sebahagian besar penduduk disini. Apa tidaknya, igauan ngeri kejadian ribut dasyat yang melanda Bazar Ramadhan Jasin di Melaka baru-baru ini masih meninggalkan kesan mendalam kepada mereka. Ramai yang panik apabila melihat petir sabung menyabung dan ribut beserta hujan tiba-tiba datang mengganas. Keadaan panik itu menyebabkan berbagai insiden lain yang dipercayai berlaku di merata tempat. Tinjauan krew kami ke beberapa lokasi yang berkenaan mendapati keadaan yang berlaku amat mengejutkan sekali. Inilah kali pertama "ribut dasyat umpama halilintar" melanda bandar ini. Memang sebelum ini pernah berlaku kejadian yang sama seperti itu, tapi ia tidaklah sehebat apa yang berlaku petang semalam. Rata-rata orang ramai yang ditemui menganggap kejadian itu merupakan pertama kali dalam sejarah sejak mereka bermastautin di bandar itu. Banyak insiden lain yang berkaitan menyebabkan orang ramai terkejut dan tidak menyangka segalanya. Tambahan pula, ketika kejadian umat Islam sememangnya sedang menantikan waktu berbuka puasa dan rata-rata diantara mereka sedang bersedia ke arah itu. Mungkin dek kerana "bala dan kemurkaan Allah terhadap umatnya", tiba-tiba ribut yang dasyat itu berlaku.

Gerai Bazar Ramadhan Musnah Di Pukul Ribut


Difahamkan, beberapa buah kanopi di Bazar Ramadhan Mahkota Square (foto) di hadapan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I turut musnah akibat dipukul ribut petang semalam. Kejadian berlaku ketika orang ramai sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa di kawasan terbabit. Malah, difahamkan insiden itu juga berlaku selepas seorang "VVIP" melawat ke situ. Tujuh buah kanopi dipercayai melambung ke udara dan menghempap beberapa buah yang lain. Ini menyebabkan beberapa orang peniaga gerai berkenaan terpaksa bertempiaran lari akibat takut kejadi ribut taufan di Bazar Ramadhan Jasin berulang. Menurut sumber terdapat beberapa orang awam dan peniaga yang tercedera dalam kejadian itu. Seorang peniaga dipercayai telah patah tangan, manakala beberapa peniaga lain cedera ringan. Sebelum ini, kami pernah mendedahkan aktiviti berbuka puasa besar-besaran yang dijalankan di Padang MP3 di hadapan Masjid Negeri itu telah mencemar kesucian agama Islam. Ia berikutan orang ramai menjadikan aktiviti berkenaan sebagai pesta sedangkan mereka tidak mengimarahkan masjid sewaktu solat Maghrib berjalan. Malah, banyak terdapat adengan-adengan yang jelas melanggar kesucian agama Islam itu sendiri berlaku sebenarnya.


Ranap, sebahagian daripada gerai yang telah musnah dipukul ribut

Kedudukan Bazar Ramadhan yang hanya beberapa meter dari masjid

Kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan oleh pihak penganjur bazar
Malah, kami juga pernah mendedahkan terdapat beberapa orang peniaga yang sanggup tidak bersolat "Asar, Maghrib dan Isyak" apatah lagi "solat Tarawikh" biarpun jarak Bazar Ramadhan hanya beberpa meter dengan pintu masjid berkenaaa. Semuanya itu akibat kesibukan melayan pelanggan yang datang berpusu-pusu untuk membeli juadah berbuka puasa di situ. Penganjur tidak boleh disalahkan dalam hal ini, kerana peniaga sepatutnya mengutamakan tanggungjawab sebagai umat Islam daripada terus mengejar keuntungan duniawi. Akhirnya, apa yang kami khabarkan itu berlaku jua. Semuanya akibat kasilapan dan kealpaan mereka sendiri akibat tidak menghormati waktu solat dek kerana tertumpu kepada perniagaan masing-masing. Semoga kejadian yang berlaku ini dapat menyedarkan pihak yang berkenaan agar lebih berhati-hati lagi pada masa akan datang. Usahlah alpa dan lalai, sedangkan mereka mendengar laungan azan dan berada betul-betul di hadapan "rumah Allah itu sebenarnya". Ambillah ikhtibar atas apa yang telah berlaku semalam.

[Sesungguhnya apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang amat mengejutkan. Tambahan pula sebelum hujat dan ribut melanda, kelihatan awan begitu hitam dan petir yang amat kuat. Ini membuatkan rata-rata orang ramai tergamam seketika kerana mengesyaki sesuatu yang dasyat akan berlaku. Mujurlah dalam kejadian petang semalam, tiada kehilangan nyawa terjadi. Malah, tiada kecederaan serius yang dilaporkan terjadi. Apapun, semua pihak harus berhati-hati dalam setiap tindakan selepas ini. Amaran Allah sudah bila ada manusia yang terus engkar dengan perintahNya. Difahamkan, kawasan lain yang teruk terjejas juga ialah di sekitar Indera Mahkota, Cenderawasih dan Bukit Setongkol. Kerja-kerja pembersihan masih dijalankan oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPA3) dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)].

Pahang Daily

GILA BOLA!