"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, Ogos 26, 2010

Elok MCA keluar BN masuk Pakatan Rakyat


SEJAK akhir-akhir ini kelihatan Umno dan MCA sering bercakaran sesama sendiri, bersengketa dalam hal-hal perkauman sempit, kata-mengata antara satu sama lain.
Persengketaan kedua-dua parti utama komponen Barisan Nasional ini mengheret kepada pertikaman lidah antara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden MCA, Dato' Seri Chua Soi Lek

Apa yang dibangkitkan MCA, dalam usaha mereka untuk meraih kembali sokongan masyarakat Cina yang sudah beralih kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP, mungkin dilihat relevan untuk survival MCA.
Namun Umno melihatnya pada perspektif yang berbeza. Umno mendakwa MCA sudah terlalu rasis, menjejak langkah DAP. Sehinggakan TPM sering memberi amaran kepada MCA supaya jangan sesekali menggugat persefahaman BN dengan pelbagai kenyataan yang menghiris hati orang-orang Melayu dalam Umno.
Persengketaan ini berlaku sehingga wujud pertikaian di kalangan BN bahawa MCA sudah tidak setia dan tidak boleh dipercayai lagi.
Pertelagahan Umno-MCA bukannya baru. Hampir setiap kali Perhimpunan Agung Umno atau MCA, masing-masing sering mengeluarkan ucapan dan usul yang berbaur rasis.
Apa pun, di sebalik pertelagahan Umno-MCA, ada yang kata persengketaan ini sebagai sandiwara. Ada yang kata, cetusan api perkauman Umno-MCA boleh berulang seperti peristiwa perbalahan bekas Timbalan Presiden MCA, Dato' Lee Kim Sai dengan Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak tahun 1987 sehingga membawa tangkapan ISA.
Jika MIC sudah dikambing hitamkan oleh Umno, sehingga ditubuhkan parti Makkal Sakhti, barangkali pemimpin Umno boleh berfikir untuk mewujudkan parti baru untuk menggantikan MCA.
Sebenarnya masalah MCA sama dengan masalah Umno, sama dengan masalah Gerakan dan MIC. Masing-masing tengah meroyan kerana kekecewaan ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13, sampai sekarang masih terkesan.
Umno terpaksa menukar Presiden. Umno terpaksa memperbetulkan arah tuju perjuangan. Umno mahu jadi lebih Melayu pada Melayu. MCA juga begitu, mahu jadi lebih Cina dari Cina dan MIC mahu jadi lebih India dari India.
Mereka terpaksa berbuat demikian kerana perjuangan mereka, teras dan asasnya adalah perkauman. Semua parti ini asasnya adalah rasis. Mereka tegak dan disokong selama ini oleh bangsa masing-masing.
Asal tujuan mereka ialah Umno diguna untuk menjaga Melayu. MCA untuk jaga Cina dan MIC untuk jaga kepentingan kaum India.
Masalahnya ialah kini Umno-MCA-MIC sudah ditolak bangsa mereka sendiri. Sebab apa Melayu tolak Umno? Sebab apa Cina tolak MCA? Sebab apa India tolak MIC? Ini yang harus dikaji sebenarnya.
Sebabnya yang pertama Umno, MCA dan MIC tidak menjaga kepentingan bangsa masing-masing. Jika ada pun hanyalah pada kadar peratusan yang rendah.
Yang Umno, MCA dan MIC jaga adalah kepentingan pemimpin, keluarga dan kroni. Selama ini tidak ada perkongsian pintar dalam BN untuk memperjuang dan menjaga kepentingan rakyat pelbagai kaum.
Yang ada hanyalah perkongsian pintar Umno, MCA dan MIC untuk 'menyapu' sebanyak mana harta negara untuk kepentingan anak-beranak dan juak-juak mereka.
Sebab itu hari ini kita dapat lihat puluhan kes dalam siasatan, segelintir yang dihadapkan mahkamah, yang membabitkan penyelewengan, skandal dan salah laku pemimpin BN.
Ini isu sebenar. Isu utama kepada rakyat bahawa pemimpin Umno, MCA dan MIC from no where, sekarang ini sudah terlalu kaya raya dan hidup mewah kerana kuasa politik yang mereka ada.
Sebab kedua ialah, rakyat Malaysia sudah semakin terbuka dan matang. Mereka sudah tidak menerima perjuangan berasaskan perkauman yang sempit.
Rakyat Malaysia sama ada tua muda, mahukan kehidupan yang harmoni dan rasional. Bagi rakyat yang penting adalah keadilan dalam pemerintahan, meliputi semua kaum, tanpa dibatasi atas nama Melayu, Cina, India atau sebagainya.
Maka dengan sebab itu permasalahan yang dihadapi Umno, MCA, Gerakan dan MIC sekarang ini adalah amat kronik.
Selepas dua tahun, sebenarnya mereka masih gagal memulihkan sokongan rakyat, malah yang lebih teruk lagi gagal memperbetulkan struktur dalaman parti masing-masing.
Mereka beruntung kerana mereka masih berkuasa di peringkat Pusat. Mereka boleh melindungi kepincangan dan penyakit dalaman mereka dengan bantuan media talibarut BN.
Dalam konteks MCA, apa yang dibangkitkan oleh Soi Lek, sama ada soal Islam dan Melayu, soal kouta dan sebagainya, hanyalah untuk mencuri perhatian umum, bahawa MCA masih wujud dan bernyawa.
Barangkali beliau menyangka, dengan berbuat demikian dapat mengalihkan perhatian rakyat kepada MCA, sekali gus memberitahu MCA masih relevan dalam politik negara.
Tetapi Soi Lek dan rakan-rakan pemimpin dalam MCA harus sedar bahawa kedudukan mereka dalam BN sudah tidak lagi relevan. Mereka sering dibuli pemimpin Umno.
Ramai pemimpin MCA dijangka akan menuruti jejak langkah bekas Presiden, Tun Ling Liong Sik yang didakwa terbabit dalam penyelewengan PKFZ. MCA pun tahu ramai pemimpin Umno yang terbabit dalam pelbagai skandal, tetapi didiamkan kerana mereka Umno.
Jelas, kedudukan MCA dalam BN bukan lagi berasaskan smart partnership, sebaliknya mereka sudah jadi second class partner. Dalam kata mudah, MCA bagi Umno, hanyalah 'parti cap ayam'.
Kesimpulannya pertelagahan Umno-MCA menunjukkan bahawa konsep 1Malaysia gagal. Rakyat terfikir, bagaimana BN hendak promote 1Malaysia sedangkan hendak menjaga 1BN pun huru hara.
Oleh kerana itu rakyat tidak sesekali mahu menyokong parti yang sering bermasalah dan gabungan yang tidak stabil.
Justeru MCA tidak ada pilihan, jika mereka masih dalam BN, mereka akan 'close shop.' Kepimpinan MCA sudah beberapa kali membincangkan sama ada mereka harus kekal atau keluar dari BN dan inilah masa yang terbaik bagi mereka untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.
 

1 ulasan:

  1. Cubalah fikir pandangan yang tak seberapa ini.
    Pernahkah ADUN atau AP DAP melompat parti.Jawapannya belum pernah kecuali di Perak. Mengapa?
    DAP dan PKR tersinggung x dapat jadi MB Perak, yang dapat PAS.PKR lompat parti perkara biasa sebab dulu deme UMNO juga,Getahnya masih melekat tapi DAP!Saya tak tahu masuk akal atau tidak cakap kedai kopi ini, tapi ada masuk akal juga kata orang bota.Orang Bota kata yang melompat itu adalah cara DAP taknak PAS jadi MB.Susah nak kawal.DAP dah baca deme tak rugi kalau 1 orang melompat asalkan PAS tak jadi MB.PKR 2 ekor tu dah terjerat dengan isu tanah,boleh tutp mulut dek BN.Mula-mula susah nak percaya tapi bila keluar berita 3 orang ADUN UMNO nak lompat parti, tup-tup ADUN DAP Malim Nawar jadi ADUN bebas.Ini jelas deme tak mau PAS pegang MB Perak sebab dalam enakmen negeri MB perak mesti Melayu dan islam.Bila runtuh kerajaan PAS perak macam=macam hal timbul.Kecondongan untungnya banyak pada DAP.Deme bebas menjadi jaguh dengan tumpang nama PAS.Umno biasalah, pantang nampak peluang deme pun tibailah.Itulah cerita kedai kopi bulan ramadan di Bota, di satu sudut berjual juadah untuk berbuka puasa.

    BalasPadam

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!