"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Isnin, Ogos 16, 2010

442,000 DIBAWAH KEMISKINAN-APA TINDAKAN KERAJAAN?


28 Syaaban 1431 / 09 Ogos '10 (Isnin)

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menegaskan bahawa Kerajaan UMNO/BN harus mengambil tanggungjawab penuh terhadap laporan daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM) bukan sekadar dedah tapi harus disusuli dengan pelan tindakan yang lebih berkesan.
KSM mendedahkan kira-kira 442,000 orang atau 34 peratus daripada 1.3 juta pekerja tempatan memperoleh pendapatan bulanan di bawah garis kemiskinan negara. Menteri Sumber Manusia, Dato’ Dr. S. Subramaniam berkata, ia berasaskan kajian oleh Perolehan Pekerjaan Nasional KSM tahun lalu menunjukkan mereka meraih gaji bulanan bawah RM700 sebulan berbanding garis kemiskinan negara iaitu RM720 sebulan.
Ini adalah kesan daripada kemasukkan pekerja asing yang tidak terkawal ke dalam negara kita. Kerajaan sepatutnya mengambil serius akan perkara ini kerana dengan kemasukkan pekerja asing yang tidak terkawal ini bukan sahaja menghadkan peluang pekerjaan dikalangan rakyat tempatan malah kegiatan jenayah juga meningkat kesan daripada kelonggaran kawalan atas kemasukkan warga asing.
Ini juga ada kaitannya dengan kelembapan ekonomi yang turut dirasai oleh Malaysia ditambah dengan salah urus tadbir kerajaan UMNO/BN yang terlalu membazir dalam banyak perkara serta rasuah yang berleluasa. Situasi ini juga menunjukkan bahawa kerajaan tidak prihatin terhadap nasib yang menimpa pekerja-pekerja tempatan kerana tiada tindakan yang khusus dibuat terhadap perkara ini selain daripada hanya janji-janji manis menjelang pilihanraya sedangkan kerajaan seharusnya agresif membela nasib mereka.
Pakatan Rakyat (PR) konsisten terhadap tuntutan bahawa gaji minimum pekerja ialah RM1200. Sedangkan kalau dilihat kerajaan UMNO/BN masih lagi menggunakan tarif lapuk yang sepatutnya sudah tidak relevan lagi dengan perkembangan semasa. Apakah RM700 sesuai digunakan ukurannya kepada penduduk yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur?
DPPP mendesak agar kerajaan UMNO/BN mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap isu ini supaya pekerja-pekerja tempatan terbela hak mereka bukannya hanya menggunakan kesusahan mereka sebagai pemancing undi semat-mata. Sekiranya masih lagi tiada apa-apa tindakan daripada kerajaan, DPPP menyeru agar pekerja-pekerja tempatan semua supaya bangkit menentang kerajaan yang hanya tahu ber’retorik’ semata-mata.

Disediakan oleh

HJ NASRUDIN HASSAN AT  TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!