"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Ogos 20, 2010

DINAR EMAS KELANTAN SATU SISTEM SIMPANAN PINTAR

Ungkapan Nothing beats gold ,zero inflation in 1450 years bukanlah ungkapan retorik semata-mata tetapi merupakan sesuatu yang diakui oleh ahli-ahlisejarah dan ekonomi bahawa penggunaan dinar emas telah terbukti begitu berjaya tanpa mencetuskan krisis ekonomi untuk satu tempoh yang begitu panjang. Dengan reputasi yangbegitu baik seharusnya sistem ekonomi bersandarkan nilai intrisik(intrinsic value) emas seharusnya dikaji semula penggunaannya .Langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kelantan seharusnya dipuji kerana ianya merupakan langkah awalan dalam mengorak langkah kearah satu bentuk adaptasi ekonomi lebih berdaya maju dan bebas daripada risiko untuk dimanupulasi oleh penyangak-penyangkak mata wang seperti George soros.




Emas yang mempunyai nilai intrisik merupakan satu sandaran yang lebih terjamin dan mempunyai nilai tambah yang sentiasa menokok setiap hari dipasaran emas dunia .Menyimpan wang didalam bentuk emas merupakan satu langkah yang cukup bijak kerana nilai emas yang sentiasa meningkat dan emas sebagai tukaran nilai bersifat universal yang diterima diseluruh dunia sebagaimana yang disabdakan oleh rasullah s.w.t akan tiba satu zaman tiada apa yang bernilai yang boleh digunakan oleh manusia ,maka simpan lah DINAR dan DIRHAM (untuk digunakan ) riwayat Imam Ahmad bin Hambal .



Pengeluaran emas pertama kerajaan negeri Kelantan dengan usahasa sama sebuah syarikat dari Negara china merupakan satu manifestasi kerajaan negeri Kelantan untuk memakmurkan ekonomi negeri dan pelancaran Dinar emas oleh Tuan Guru Nik Aziz merupakan satu gambaran bahawa kemakmuran dan kekayaan negeri itu akan dikongsi rakyat kelatan khususnya dan rakyat Malaysia amnya dengan menjadikan Dinar emas sebagai satu sistem tabungan Pintar dimana rakyat secara tidak langsung dapat berkongsi kekayaan negeri tanpa membenarkan manopoli golongan-golongan tertentu sahaja, sdan mungkin itulah yang dikatakan islam adil untuk semua .



Penekanan terhadap penggunaan dinar emas merupakan satu tindakan yang memenuhi aspirasi ekonomi islam walaupun kedengaran suara-suara kerarjaan persekutaan yang seakan –akan tidak berpuashati terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan , seharusnya usaha murni itu disokong bukannya ditentang kerana apa yang dilakukan merupakan apa yang dituntut oleh islam

bagi menjamin keadilan ekonomi dapat dilaksanakan , sesungguhnya penggunaan dinar emas ini amat –amat tidak senangi oleh yahudi dan zinonist kerana sistem dinar dan dirham ini pasti akan menggagalkan agenda mereka untuk menguasai ekonomi dunia islam .



Agenda yahudi dan Zionis cuba untuk mengalihkan sandaran nilai emas ini dengan sesuatu yang lain sepert i nilai yang tinggi yang diletakkan keatas batu permata seperti berlian merupakan antara usaha mereka untuk melakukan tranformasi nilai keata sesuatu bidang yang mereka kuasai . Mereka menguasai pasaran berlian dunia melalui sindiket-sindiket berlian dunia yang dikuasai oleh mereka selain daripada sistem ekonomi moden bagi mengantikan sistem ekonomi islam .Kemunculan Dinar emas sebagai satu sistem merupakan satu assimilasi ekonomi yang mampu menjadi batu pengimbang kepada ekonomi dunia.





Boatman –Dewan Pemuda PasParit

2 ulasan:

  1. Dinar Emas (DE) dan Dirham Perak (DP) digunakan masa dulu utk jual-beli (transaksi), jadi jika nak guna DE+DP utk simpanan maka sia-sia je lah usaha Nik Mahani dan rakan-rakan melancarkan DE+DP di Kota Baru.

    TGNA hanya pletform melancarkan DE+DP, usaha dibelakang dimulakan oleh org Islam dari Spanyol. TDM pun pernah suarakan supaya negara-negara Islam menggunakan DE+DP satu masa dulu.

    Sessi penerangan kepada Rakyat adah perlu bagaimana nak guna DP (yg kini berharga RM13) utk beli barangan lebih murah seperti pen RM2, roti canai RM1 dan tiket bas RM0.50 dll.

    Satu permulaan yg baik dan perlu dikawal selia dgn lebih kerana mungkin ade yg nak buat DE+DP palsu. Dulu kat kelantan banyak syiling RM1 palsu.

    Hanya nak tanya jika setiap bulan Kerajaan Kelantan beri gaji dgn DE+DP, adakah gaji staff kerajaan dinaikan atau diturunkan bila digit terakhir gaji dibundarkan ?

    Hanya nak tahu.

    Nani Cheras

    BalasPadam
  2. Bila staf PMBK dapat gaji dengan 4 keping dinar emas contohnya, nk bayar kereta RM450 sebulan, kena gi jual juga dinar sekeping.

    BalasPadam

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!