"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, Ogos 12, 2010

Kelab Umno, Puteri Umno Ada Imuniti Atas Auku


SHAH ALAM 12 Ogos - Ketika Umno-Barisan mengamalkan sikap hipokrit dengan membenarkan kewujudan Kelab Umno Luar Negara, golongan mahasiswa di pusat pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini menderita minda dan jiwa kerana dicengkam Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang menghalang mereka berpolitik.
Malah terkini, menurut Angkatan Muda KEADILAN, Puteri Umno di bawa masuk ke dalam kampus UiTM untuk pelancaran program VOGUE Puteri Umno Malaysia.
Justeru itu AMK menganggap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong larangan mahasiswa melibatkan diri di dalam politik kepartian dikekalkan sebagai bukti Umno-Barisan Nasional secara terancang mahu membonsaikan minda mahasiswa yang satu ketika dahulu menjadi jurubicara masyarakat.
"AMK mencabar Umno-BN serta Muhyiddin untuk mengharamkan atau menamatkan operasi Kelab Umno mahupun Kelab Aspirasi yang ditaja Umno di IPTA/IPTS seluruh negara dan luar negara yang secara jelas membuktikan keterlibatan Umno ke dalam kampus. Demikian juga Muhyiddin dicabar mengheret Puteri Umno ke mahkamah kerana secara terbuka beraktiviti di dalam kampus, yang terbaru di UiTM Shah Alam melibatkan pelancaran Skuad VOGUE Puteri UMNO Malaysia," kata Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam satu kenyataan semalam.
AMK juga mencabar Ketua Pemuda Umno dan MCA, Khairy Jamaluddin dan Datuk Dr Wee Ka Siong yang selama ini berdegar-degar mempertahankan hak mahasiswa berpolitik untuk tampil menyatakan pendirian secara terbuka tanpa sebarang dolak dalih di sebalik alasan 'akur dan taat kepada kepimpinan parti'.
Shamsul berkata  Muhyiddin mahu golongan mahasiswa terus diperbodohkan dalam kekangan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
"Apakah bezanya dengan kalangan guru yang kini dibenarkan berpolitik, jika hendak diberikan hak yang sama kepada mahasiswa dan juga para pensyarah universiti?
"AMK yakin dan percaya, puncanya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana sekiranya hak yang sama diberikan kepada mahasiswa, maka sudah pasti isu-isu rakyat yang kritis akan didepani oleh mahasiswa dengan begitu aktif sehingga melemaskan Umno-BN.
"Realitinya, mahasiswa merupakan ejen perubahan massa. Mewujudkan budaya ketakutan ke atas mahasiswa di Malaysia, hanya mengesahkan apa yang dinukilkan oleh penyair Indonesia lewat puisinya 'Takut '66 Takut '98, Presiden (Perdana Menteri) Takut Pada Mahasiswa'," kata Shamsul.

RAKYAT MARHAEN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!