"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Ahad, Ogos 15, 2010

FELDA : USAH DHIRAU RAYUAN NAJIB

Hasrat najib mahu peneroka menyerahkan ladang-ladang yang diusahakan sendiri menimbulkan banyaka persolan dan keraguan. Ini mungkin menandakan felda dalam kedudukan tersepit dari faktor kewangan , seperti didakwa ANAK . Apakah rasionalnya peneroka yang mengusahakan sendiri hendak menyerahkan kembali kepada Felda yang mana ada setengahnya hampir 10 tahun mengusahakan sendiri dan mendapat hasil yang jauh lumayan berbanding hasil yang diterima oleh peneroka menyerahkan ladang mereka kepada Felda , itu pun setelah ditolakkan segala kos ladang mereka.


Bayangkan pendapatan minima 10 ekar ladang sawit mengikut harga pasaran berbanding RM 1000 ++yang diberi oleh Felda kepada peneroka –peneroka yang menyerahkan tanah mereka kepada Felda .

Sebenarnya Banyak persoalan yang timbul , jika pengambilan tanah –tanah peneroka ini dilaksanakan ,bagaiman FELDA hendak mengira kos tanaman yang telah diusahakan oleh peneroka adakah jumlahnya setimpal dengan kos yang dikeluarkan oleh peneroka-peneroka yang mengusahakan sendiri ? .Banyak bukti menunjukkan ketidak telusan FELDA dalam menjaga kebajikan peneroka contohnya kes penanaman semula , dimana duit tabungan yang dijanjikan ,berapa jumlahnya ? yang mana sampai hari ini peneroka sendiripun tidak mengetahuinya walhal ianya telah dilaksanakan semasa ladang-ladang itu diusahakan oleh FELDA sendiri, Bila wang tersebut akan diserahkan kembali kepada peneroka-peneroka yang mengusahakan sendiri.

Begitu juga soal pembayaran peratus perahan sawit yang menimbulkan keraguansehingga peneroka bertindak menyaman FELDA seperti yang dilakukan di Felda Serting , Felda Raja Alias dan Di Felda Kemahang tidak lama dahulu yang telah dibuktikan dimahkamah bahawa telah berlaku penyelewengan.

FELDA!!! Jika dipihak benar sahutlah cabaran terbuka yang dibuat oleh ANAK .!!!jangan hanya jadi jaguh media sahaja dengan memutarbelit fakta sebenar , tunggulah kebangkitan anak-anak generasi kedua Felda .



Mengapa Perdana Menteri disaat ini beriya-iya mahu peneroka kembali kepada FELDA , sedangkan keujudan Felda buat masa ini tidak lagi benar –benar berada diatas landasan asal penubuhannya untuk membantu warga FELDA .Techno Plant, sebagai satu lagi contoh felda menzalimi generasi baru Felda kerana membenarkan peluang-peluang pekerjaan dirampas oleh warga-warga asing tanpa menghirau nasib anak –anak warga Felda yang terpaksa berhijarah keluar dari Felda untuk mencari peluang pekerjaan dengan alasan anak-anak peneroka tidak gemar keladang ?, bukankah upah kerja begitu minimum tidak setar a dengan kos hidup hari ini. Adakah Perdana Menteri masih merasakan wajar untuk peneroka-peneroka ini kembali kepada Felda ? , sedangkan terbukti berlakunya penyelewangan dan adakah wajar kepada peneroka –peneroka ini untuk berdiam diri melihat nasib generasi yang akan datang tidak terbela dan tergadai.?



Khairul Affendy

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Parit

( ANAK peneroka felda keratong 4 )

1 ulasan:

  1. subhanallah...ini lah melayu islam yg bakal menghancurkan negara ini.anda lah penyebab nya.

    BalasPadam

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!