"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Khamis, Ogos 12, 2010

Fitnah blog pro Hamidah terhadap Surau Al-Falah


Imam Zul (baju putih) bersama DS Nizar

Sebuah blog pro YB Hamidah [pengundisetiasungairapat.blogspot.com] mendakwa bahawa Surau Al-Falah, Taman Song Choon, Ipoh sebagai 'Lubuk Pembangkang Menabur Fitnah'.

Pelbagai tohmahan lagi dihamburkan kepada ajk surau tersebut terutamanya Pengerusi Surau, Imam Zulkifli Tafsiron yang digelar sebagai balaci DAP dan dalang kepada kehadiran pembangkang disurau itu.

Apabila dijawab oleh Imam Zulkifli diruangan komen blog tersebut, ianya langsung tidak disiarkan {perkara biasa kepada blog pro-umno yang hanya berani menghentam tetapi tak berani dikomen}.

Disini saya siarkan komen Imam Zulkifli yang tidak disiarkan oleh blog tersebut sebagai jawapan kepada tohmahan mereka:-

Bulan Ramadhan adalah suatu bulan medan untuk muhasabah diri, bukan untuk tempat melemparkan fitnah!!! Kalau hendak menulis blog, siasat terlebih dahulu dengan adil sepertimana mahfum Al-Quran dan juga Hadis yang disertakan di dalam blog itu.

Sejak bila YB Hamidah beri sumbangan sebanyak RM200,000 kepada pembangunan Surau Al-Falah, Taman Song Choon? Surau itu telah sedia terbangun sebelum dia menjadi Adun Sg Rapat lagi.

Siapa pula Adris bin Darus? Apa hubungan dia dengan pihak surau? Dia hanya Ketua Kampung Rapat Jaya dan bukan qariah Surau Al-Falah pun. Mengapa perlu mesyuarat ajk surau dimaklumkan kepadanya? Surau adalah milik anak qariah Taman Song Choon dan taman-taman yang berdekatan dengannya.

Mengapa tiba-tiba baru sekarang Hamidah asyik terngadah-ngadah hendak melibatkan surau ini dalam setiap aktiviti beliau? Selama 2 penggal yang lalu sebagai Adun Sg Rapat, mengapa tak pernah jenguk dan tanyakan tentang masalah surau?

Bil hospital saya yang dikatakan dibayar oleh DAP juga satu FITNAH kerana sehingga sekarang tuntutan saya kepada pihak insuran masih belum diterima.

Kehadiran Nga Kor Meng disurau tersebut serta beramah mesra dengan masyarakat setempat juga adalah FITNAH.

Moreh Hamidah disurau tersebut ditolak mentah-mentah oleh saya juga adalah FITNAH semata apabila jelas terpampang dipapan kenyataan surau bahawa moreh Hamidah akan diadakan pada 8/9/2010 nanti.

Ternyata blog tersebut hanyalah bersifat menghentam tanpa usul periksa.

Siapa yang menjadi lubuk menabur FITNAH sekarang ini, Surau Al-Falah, Taman Song Choon ataupun blog yang menyokong YB Hamidah itu?

Zulkifli Bin Tafsiron
Pengerusi
Surau Al-Falah, Tmn Song Choon


Ajijoi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!