Hari ini kerajaan 1 Malaysia dengan rasminya,menangguhkan perlaksanaan meneyenarai hitamkan pengguna jalanraya kerana gagal membayar saman.Penangguhan ini dikuatkuasakan serta merta hari ini sehingga Februari 2011.Adakah ini menggambarkan kerajaan 1 Malaysia semakin prihatin dengan masalah dan rintihan rakyat?
Persoalan ini timbul,setelah kerajaan mencipta 'isu' kemarahan dan sensitiviti rakyat,mereka juga menyelesaikan isu itu seumpama mereka meluluskan'isu' .Ia umpama 'permainan' dari kepimpinan 1 Malaysia yang kononnya akan dianggap menhormati suara rakyat,padahal rakyat sedia maklum,berhasilnya cara APCO Worldwide membaik pulih imej BN yang hampir hancur itu.
Ternyata,di ulangi sekali lagi TERNYATA, APCO sangat-sangat memainkan peranan penting dalam meningkatkan indek kepercayaan rakyat terhadap BN.Jika ini beerlarutan,PR bukan saja sukar menumbangkan BN pada PRK akan datang,malah mugkin akan mengakibatkan kehilangan pemerintahan di beberapa buah negeri.
Diharapkan agar pimpinan PR lebih mendekati dan menyantuni naluri rakyat,sebagaimana janji-janji pada masa sebelum PRK 12,istilah rakyat sudah mula serasi dengan corak pemerintahan BN,mungkin!
MAT MISKIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.