"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Selasa, April 27, 2010

Penolakan Cina, BN sukar di Sibu



KUALA LUMPUR, 27 April: Barisan Nasional (BN) kini sangat bimbang menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sibu ekoran penolakan besar pengundi Cina terhadap mereka seperti ditunjukkan dalam PRK Hulu Selangor pada 25 April lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, BN akan menghadapi laluan sukar apabila majoriti masyarakat Sibu adalah dari kaum itu.

"Jika sentimen di Semenanjung sama dengan Sarawak, BN akan sukar di Sibu," katanya yang juga bekas Pengarah Pilihan raya PAS Pusat dalam sidang medianya di sini.
Pada PRK Hulu Selangor Ahad lalu, lebih 70 peratus pengundi Cina memberikan undi kepada PKR.

Zaid telah berjaya meningkatkan enam kali ganda undinya di DUN Kuala Kubu, iaitu kawasan pengundi Cina,  berbanding PRU 2008 lalu.

Di Sibu, lebih 60 peratus pengundinya adalah Cina. Dengan sentimen penolakan ini, ianya merisaukan pemimpin BN.

Pengerusi Perkasa, sayap ekstrem Umno, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan pengundi Cina sebagai 'tidak sedar diri' apabila menolak BN.

Beliau mahu masyarakat Cina dihukum dengan menyekat sebarang peruntukan pembangunan ke kawasan mereka.

"Cuma yang saya tidak pasti di Sibu, calon Cina BN akan lawan calon Cina Pakatan Rakyat. Jadi saya rasa ia satu pertembungan sengit," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat dijangka akan mengumumkan calonnya daripada DAP bagi PRK itu pada satu majlis makan malam, hari ini.
Anggota Parlimen Sibu, Sarawak yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau meninggal dunia 9 April lalu akibat barah.

Lau, 68, dari parti SUPP, salah satu komponen BN, memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi menewaskan dua calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu iaitu calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya  membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil iaitu  yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.



Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!