"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Ahad, Oktober 31, 2010

Dua beradik ditekap seterika


BERTANDA... Muhammad Al- Hakim (kanan) menunjukkan kesan parut pada lengan kiri adiknya Muhammad Fairuz yang diseterika oleh warden asrama di sebuah sekolah di Pasir Mas.
BERTANDA... Muhammad Al- Hakim (kanan) menunjukkan kesan parut pada lengan kiri adiknya Muhammad Fairuz yang diseterika oleh warden asrama di sebuah sekolah di Pasir Mas.
PASIR MAS: Dua beradik melecur pada anggota badan mereka selepas dipercayai ditekap menggunakan seterika oleh seorang warden asrama di sebuah sekolah, di sini, pada 12 Oktober lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi, mangsa terbabit, Muhammad Al Hakim, 16, dan Muhammmad Fairuz Mat Nawi, 14, melecur teruk pada tapak kaki dan lengan kiri sebelum dirujuk ke Hospital Lati, di sini, untuk rawatan.

Kejadian itu dikatakan berlaku apabila warden berkenaan ke asrama menempatkan mangsa bersama pelajar lain untuk mengejutkan mereka bangun daripada tidur.

Sebaik tiba di asrama itu, warden terbabit didakwa berada di sebelah katil mangsa sambil memegang seterika sebelum menekap pada anggota badan mereka.

Menurut ibu mangsa, Siti Fatimah Mat Yusof, 52, dia dikejutkan dengan kejadian itu kira-kira jam 7 malam apabila rakan anaknya membawa pulang Muhammad Fairuz ke rumah mereka di Kampung Anak Keranji, di sini.

Katanya, walaupun sebelum itu Muhammad Al Hakim pulang ke rumah terlebih dulu, dia tidak dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

“Saya terkejut mendapati keadaan anak saya yang melecur. Muhammad Fairuz melecur teruk pada lengan kiri manakala abangnya di tapak kaki.

“Saya tidak faham mengapa warden terbabit perlu berbuat demikian. Setahu saya seramai 11 pelajar, termasuk anak saya di asrama berkenaan turut ditekap dengan seterika,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Siti Fatimah berkata, berdasarkan apa diceritakan anaknya, warden terbabit tidak mengejutkan pelajar dengan cara sepatutnya, sebaliknya terus menekap seterika pada anggota badan mereka.

Katanya, sebelum ini juga dia mendapat tahu mengenai sikap buruk warden berkenaan yang turut menggunakan alatan lain seperti penyapu dan air sabun untuk mengejutkan pelajar daripada tidur.

“Sebelum ini memang saya tahu ada berlaku tetapi tiada laporan dibuat. Kali ini dianggap melampau kerana sanggup menyebabkan cedera parah kepada pelajar.

“Saya turut mempersoalkan mengapa pihak sekolah berdiam diri dan tidak memaklumkan kejadian ini,” katanya.

Berikutan kejadian itu, kedua-dua mangsa membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Siti Fatimah berkata, dia pernah berbincang dengan pihak sekolah tetapi diarah menarik balik laporan yang dibuat mengenai kes berkenaan.

Katanya, dia kini bercadang mengambil tindakan undang-undang bagi pihak anaknya yang kini mengalami trauma.

“Anak saya tidak mahu bercakap kerana trauma. Saya tidak puas hati dengan perkara ini dan bercadang mengambil tindakan undang-undang,” katanya.
-hmetro-

Sabtu, Oktober 30, 2010

Bekas calon BN maki hamun Tok Guru


GUA MUSANG, 30 Okt: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Nor Idris memaki hamun Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Mohamad, petang ini.
Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz menziarah bekas wakil rakyat Dun Galas dari Semangat 46 di Kampung RPT Sungai Terah (gambar) selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang.
Rombongan Menteri Besar yang turut disertai anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.
Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.
Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.
“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.
Dengan suara yang keras dengan dilaungkan sekuat hati beliau mengajak Mursyidul Am PAS berdebat.
Ekoran itu Mohd Amar cuba menenangkan keadaan dan meminta Ustaz Nor bertenang, namun pada awalnya beliau enggan dan terus menegangkan urat lehernya.
Beliau yang memakai baju kameja biru tertera gambar 1Malaysia enggan mendengar nasihat anggota Exco terbabit sehingga menyebabkan anggota rombongan lain cuba menangkan keadaan.
“Sebagai tetamu kita hendaklah menghormat tuan rumah. Kita sama-sama tetamu. Saya datang bukan hendak berbahas dengan sesiapa cuma hendak menziarahi tuan rumah,” kata Menteri Besar.
Ustaz Nor (kanan) terus menengking dengan mengatakan semuanya hendak berpolitik.
Ketika tuan rumah mengangkat air, Menteri Besar meminta Ustaz Nor minum air dahulu bagi menyejukkan emosinya.
Haji Omar hanya memerhati telatah Ustaz Nor yang dianggap boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah kerana menengking Menteri Besar yang datang ke rumahnya.
Beliau merupakan bekas Adun Semangat 46 Dun Galas dua penggal pada 1990 dan 1995. Bagaimanapun kerusi itu dirampas semula BN pada pilihan raya 1999 dan 2004 melalui Mohd Saufi Deraman.
Ustaz Nor pernah bertanding di kerusi parlimen Pengkalan Chepa menentang Mohd Amar.
Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika ditemui kemudian melahirkan rasa kesal di atas sikap pemimpin Umno terbabit yang langsung tidak menghormati tetamu yang berkunjung.
“Beliau bukannya tuan rumah untuk menengking tetamu yang datang. Tuan rumah tidak ada masalah cuma Ustaz Nor yang tidak ada kaitan dengan tuan rumah tiba-tiba tidak dapat menahan emosi,” katanya.
Seorang pegawai Yik menyifatkan orang yang waras tidak mungkin menengking orang lain tak tentu pasal.
Insiden yang berlaku itu menambah lagi koleksi ketempangan kempen Umno. Ia secara langsung mencemarkan moral Umno yang masih terkial-kial mencari arah

Sumber

Jumaat, Oktober 29, 2010

Mayat Remaja Perempuan Ditemui Berlipat Dalam Beg Pakaian



AMPANG: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian, semalam.

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim am@hmetro.com.my Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang.

Kejadian menyayat hati itu hampir mengulangi insiden sama pada 17 September 2007 lalu apabila mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, turut ditemui mati dibunuh dalam beg pakaian sebelum dibuang di Petaling Jaya.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang ditemui di lokasi kejadian turut tidak menolak kemungkinan mangsa diculik sebelum dibunuh kejam.

Walaupun tiada sebarang laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan di daerah Ampang, beliau percaya kemungkinan mangsa dibawa dari luar daerah ini sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.

“Oleh itu orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera membuat laporan polis,” katanya.

Difahamkan, pekerja bengkel terbabit menemui beg berisi mayat itu ketika dia melalui kawasan berkenaan yang terletak tidak jauh dari Rumah Bakti Hulu Klang.

Pekerja terbabit dikatakan menunggang motosikal melintasi jambatan berhampiran sebelum melihat satu beg hitam mencurigakan dibuang di kawasan itu.

Sifat ingin tahu menyebabkan lelaki terbabit cuba mengangkat beg berkenaan, namun mendapati ia terlalu berat dan menyangka beg berkenaan mengandungi wang tunai.

Bagaimanapun, apabila dibuka, dia ternampak kaki manusia terjulur dalam beg berkenaan, menyebabkan dia bertempiaran lari dan membuat laporan polis.

Abdul Jalil berkata, bertindak atas laporan diterima sepasukan anggota unit ronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang segera dihantar ke lokasi kejadian.

“Pemerhatian awal mendapati mangsa remaja perempuan berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Ketika ditemui mangsa memakai gaun biru dan ditutupi baju lusuh yang turut disumbatkan ke dalam beg itu.
“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan darah pada pakaian dipakai mangsa,” katanya. Menurutnya, mangsa yang berkulit sawo matang dan berambut lurus paras bahu dipercayai baru dibunuh dan dibuang ke kawasan itu.

“Besar kemungkinan remaja perempuan itu rakyat tempatan, namun siasatan lebih terperinci masih dilakukan. Polis percaya mangsa dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam berikutan tubuhnya masih dalam keadaan baik,” katanya.

Menurut Abdul Jalil, siasatan awal unit forensik polis mendapati terdapat kesan lebam pada leher mangsa, namun belum dipastikan sama ada ia kesan cekik atau jerutan.

“Selain itu polis turut menemui satu beg tangan mengandungi nama lelaki, mungkin warga Indonesia berserta nombor telefon. Polis akan menjejak lelaki itu untuk mengetahui kaitannya dengan mangsa,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Ditanya sama ada mangsa turut diperkosa sebelum dibunuh, Abdul Jalil berkata, pihaknya belum dapat memastikannya sehinggalah bedah siasat dijalankan.

“Tiada sebarang dokumen atau pengenalan diri ditemui pada tubuh mangsa. keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan polis untuk menyiasat identiti mangsa berkenaan,” katanya. -hm

Khamis, Oktober 28, 2010

ZUL KULIM BAWA CERITA BODOH



Oleh : WFAUZDIN NS

SUDAH lama tidak mendengar YB Zul Kulim merepek. Akhbar Sinar semalam menyiarkan kenyataan Zul Kulim yang sinonim digelar `firaun besar' ini yang mengulas tentang Pilihanraya Kecil di Parlimen Batu Sapi, Sabah. Biasalah, tiap kali pilihanraya Zul Kulim akan muncul meraih publisiti.

Kali ini Zul Kulim menyebut bahawa sepatutnya PAS yang bertanding di situ, bukannya PKR. Alasannya, PAS sebagai pertubuhan politik yang menjadikan pilihanraya sebagai jalan dakwahnya. Mengapa PAS tidak mahu berdakwah di Sabah? Itulah soalan bodoh dari orang yang bodoh.

Apabila Zul Kulim bertanya soalan seperti itu, aku mulalah keliru samada benarkah Zul Kulim ini pernah berada di dalam PAS. Benarkah beliau di`sepak' keluar dari PAS atau beliau sendiri melompat keluar dari PAS akibat menyedari dirinya yang bodoh dan jahil agama itu tidak layak berada di dalam PAS?

Jika sedemikian jahilnya Zul Kulim, usahkan PAS, PKR atau DAP pun tidak sudi menerima beliau. Tidak tahulah kot-kot Makhal Sakti mahu terima Zul Kulim yang benak ini.

Dengar ceritanya dulu dia seorang `ustaz'. Ke hulu ke hilir berkuliah, sesekali berceramah politik. Masa itu bukan main lagi dia membela DS Anwar yang difitnah liwat kali pertama dulu. Bodek dia pada DS Anwar sehinggakan yang tiada diada-adakan kununnya beliau tahu semua kisah DS Anwar.

Maklumlah `Peguam' dalam kes DS Anwar walaupun kerjanya `tukang bawa fail' saja. Jika benar Zul Kulim ini Ustaz, mustahil dia tidak tahu apa itu `dakwah'? Ke mana otak Zul Kulim sekarang? Teruk betul semenjak keluar dari PKR, masakan otak beliau tidak lagi boleh berfungsi?

PAS sebuah parti politik yang berteraskan Islam, juga merupakan satu jemaah yang sentiasa menjalankan usaha dakwahnya samada adanya pilihanraya atau tidak. Di Sabah, walaupun rakan sekutu PAS yang bertanding, PAS tetap turun berkempen di samping menjalankan usaha dakwahnya iaitu menegakkan keadilan dan kebenaran di samping menghapuskan kebathilan.

Dakwah bukan bermakna terhenti tatkala tiada pilihanraya. Jika itu tafsiran Zul Kulim terhadap PAS, memang wajar PAS menolak beliau dari menjadi ahli kerana kejahilannya yang tidak lagi boleh diajar.

Sebenarnya Zul Kulim sudah tiada isu lagi untuk memburukkan PAS dan PR. Beliau juga sudah semakin dilupakan oleh Umno kerana beliau gagal sepenuhnya menjalankan tugas sebagai `barua' yang bermanafaat.

Serangan Zul Kulim terhadap DS Anwar `dibawa angin lalu' kerana isu DS Anwar sudah di`booking' oleh Senatak Ezam sesumpah. Lagi banyak Zul Kulim bercakap, lagi terserlah kebodohannya.

Rabu, Oktober 27, 2010

Candu hiburan agar rakyat lalai petaka rasuah

 
KUALA LUMPUR, 27 Okt: PAS kesal terhadap cadangan kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ini adalah petanda pemimpin negara sudah bankrap idea dan muflis akhlak sehingga sanggup memperjudikan moral rakyat di negara ini.
“Kenapa pemimpin BN sanggup untuk mencadangkan idea yang melawan arus dan berpaling ke belakang seolah-olah tidak ada jalan lain untuk menjana kewangan di negara ini?” soalnya.
Katanya, ketika semua pihak memikirkan mengenai keruntuhan akhlak seperti buang bayi, perzinaan, gadis hilang, gadis lari rumah, pembunuhan, lumba haram dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan boleh mencadangkan program yang boleh diibaratkan seperti meletak baja di sebelah tangan kanan dan mencurah racun di sebelah kiri.
“Apakah ini sabahagian daripada cadangan APCO Yahudi yang memang hendak menawan dunia melalui penaklukan moden tanpa pertumpahan darah sebaliknya dengan membunuh benih iman dan akhlak di negara ini,” soalnya lagi.
Mereka, ujarnya mencari jalan pintas dengan mencadangkan perkara tersebut untuk meningkatkan pendapatan negara sebagai sebuah negara maju 2020.
Tambahnya, lebih mengejutkan lagi Projek Penggerak Ekonomi (EPP) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
“Walaupun projek ini untuk menarik pelancong luar negara berhibur dan berbelanja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh rakyat di negara ini.
“Sebenarnya rancangan ini untuk menjadikan rakyat lalai dengan hidangan ‘candu hiburan’ dan melupakan malapetaka rasuah yang terus mencengkam negara di tangga ke 56,” ujarnya.
Buktinya, kata beliau Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4. Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.
Laporan Ketua Audit Negara 2009, ujarnya menggambarkan kegagalan kerajaan umno BN berterusan tidak menunjukkan kebolehan mengurus sehingga banyak berlaku ketirisan di banyak kementerian.
Menurutnya, walaupun dengan berbagai slogan yang dikemukakan seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), namun hasilnya adalah sama sahaja.
Beliau berkata, semuanya akibat kejahilan dan rosaknya integriti di kalangan pemimpin negara menyebabkan pelabur luar meluat untuk datang ke negara ini.
Buktinya, kata beliau laporan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Negara-Negara Asean, Malaysia hanya mampu meraih pelaburan bernilai USD1,381 juta sahaja pada 2009 berbanding USD7,318 juta pada 2008.
Katanya, kejatuhan nilai pelaburan itu adalah yang tertinggi berbanding negara Asean lain.

Harakahdaily 

Selasa, Oktober 26, 2010

Ulasan Penggulungan Umno - Si Abu Nawas Dalam Umno



[kemaskini] PENGGULUNGAN di perhimpunan agung Umno kali ini tidak banyak berbeza dengan penggulungan di perhimpunan yang sudah-sudah. Acara memuja pemimpin merupakan tradisi yang sukar untuk dibuang. Sikap Melayu suka membodek sepanjang masa ini masih kental pada ahli Umno. Masa yang terhadap itu disendaki dengan pujian melangit. Nampaknya budaya angkat dan ampu tidak pernah habis. Bukan saja dari kalangan perwakilan atau pembahas yang ingin dilihat sebagai bakal calon pilihan raya akan datang tetapi pemimpin tertinggi sendiri turut terjeruk dalam sindrom masuk lif tekan sendiri.

Saya akan memfokuskan ulasan ringkas ini kepada penggulungan oleh tiga Naib Presiden, Mohd Shafei Afdal, (foto) Hishamuddin Hussein dan Ahmad Zahid Hamidi. Dari ketiga-tiga tokoh ini yang ada kelas dan kualiti perbahasan kali ini atau berpijak di bumi nyata hanya Shafei. Walaupun beliau dipersendakan sebagai anak lanun Semporna Sabah, tetapi beliau tetap cemerlang kali ini. Anak lanun berjaya mengatasi anak Jawa dan anak Turki. Tahniah untuk Shafei.

Shafei tidak memuja presiden dan timbalan presiden membuta tuli seperti Zahid Hamid. Beliau memperkatakan kebimbangan dalam Umno yang merupakan satu realiti. Beliau meluahkan apa yang bergelora dalam relung hatinya. Beliau membangkitkan soal sikap orang Melayu yang tidak mahu mendaftarkan diri sebagai pemilih. Shafei tanpa kompromi mendedahkan kelemahan Umno dalam mendaftar anak muda menjadi pengundi. Baginya ini satu musibah bakal menimpa Umno.

Baginya sikap ini boleh memberi kesan buruk kepada Umno. Perbandingan yang diberikan antara orang Cina dengan orang Melayu (Umno) yang mendaftarkan diri sebagai pengundi menunjukkan bagaimana orang Melayu tidak bersemangat dan alpa kepada tanggungjawab. Katanya juga usaha pembangkang terutamanya DAP dalam mendaftar mengundi jauh lebih baik dari Umno dan keseluruhan Melayu. Beliau memberi contoh Umno bersama MCA dan Gerakan hanya mampu mendaftar pengundi sebanyak 6,266 berbanding dengan DAP 20,274.

Keadaan itu sangat membimbangkannya yang diberikan tugas sebagai orang bertanggungjawab menambahkan pengundi. Dengan jawatan itu Shafei tahu sejauh mana komitmen orang Melayu dalam soal pengudian ini.

Dalam pada itu beliau mahu ahli Umno memberi tumpuan kepada mendaftar sebagai pengundi terutamanya di kalangan ahli Umno. Salah satu langkah katanya masjid boleh digunakan untuk mempublisitikan tujuan itu. Apakah cadangan ini akan dilaksanakan nanti? Tidak mustahil kalau Umno merasakan tertekan dengan keadaan itu mereka akan menggunakan mimbar masjid untuk meminta anak muda Melayu mendaftarkan diri sebagai pengundi. Kalau ini dijalankan bermakna orang Melayu benar-benar terdesak untuk mendapat undi.

Hishamuddin pula lebih bercrita soal kehebatan Umno dan para pemimpin terdahulu. Ucapan dan penggulungan Hishamuddin adalah copyright daripada ucapan pada perhimpunan tahun lepas. Baginya tidak habis-habis menjual dan menceritakan Umno sebagai parti Melayu terbaik tanpa cuma mengemukakan idea untuk menambahbaikkan Umno dan menjadi ia parti yang menarik perhatian orang ramai. Kepadanya hanya Umno yang mampu membela orang Melayu. Sebenarnya tidak cukup bagi Hishamuddin menjual Umno yang orang sudah tahu bila tarikh luputnya ataupun apa ramuan yang ada dalam parti berkenaan.

Demikian juga dengan Ahmad Zahid Hamid penuh dengan gurau senda dan kendangkalan idea. Beliau tidak banyak mengemukakan idea sebaliknya lebih kepada jenaka yang tidak berbobot. Diawal pembukaan bicara lagi beliau sudah meminta perwakilan memberi tempokan bergemuruh untuk Rosmah Mansor. Pemujian Zahid kepada Rosmah tidak pernah lekang dan menjadi satu kewajiban. Seolah-olah nyawa politiknya dalam hirerki kepimpinan Najib berada digenggam Rosmah.

Walaupun Hishmuddin cuba mengutuk Anwar Ibrahim tetapi kutukan Zahid lebih jelas dan ketara apabila beliau mengatakan ada orang yang tergila-gilakan kuasa dan meminta Anwar bertaubat. Tidak tahu apakah Zahid terpaksa berkata demikian untuk mendapat markah dari sudut mata Najib dan Rosmah. Tetapi sesungguhnya apa yang beliau sarankan itu sepatutnya dipraktikan olehnya dulu. Sebelum meminta Anwar bertaubat, Zahid dulu kena bertaubat atas dosa-dosanya sebelum ini. Dr Mahathir rasanya setuju dengan saranan ini.

Kisah lima orang Abu yang dikemukakan Zahid menarik dan boleh dijadikan iktibar. Kisah ini menggambarkan Zahid larut dengan kisah-kisah tafsir ibarat dan suri teladan dari negara Arab. Beliau nampaknya membuat study mendalam mengenai watak-watak berkenaan untuk dipadan dengan fiil perangai orang Umno dan Melayu. Apa yang diperkatakan Zahid rasanya ramai yang setuju.

Memang dalam Umno ada Abu Bakar, Abu Talib, Abu Sufian, Abu Hurairah dan Abu Jahal. Cuma satu subjek terlupa untuk dihuraikan Zahid mengenai dirinya sendiri. Di antara Abu Abu itu di manakah beliau berada? Apakah dia sebenarnya Abu Nawas dalam politik Umno kerana sering muncul dengan jenaka bangsawannya pada perhimpunan agung Umno daripada mengemukakan idea bernas untuk memartabatkan Islam dan bangsa. [wm.kl.6:00 pm 23/10/10]

MSO

Isnin, Oktober 25, 2010

Bas Bawa Siswa UIAM Terbalik, 17 Cedera



Gua Musang: Seramai 17 daripada 41 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cedera apabila bas dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, dekat Kampung Lepan Jaya di sini, pagi semalam.

Semua pelajar yang cedera dalam kemalangan jam 1.45 pagi itu dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM).

Seorang saksi, Razali Yusoff, 54, berkata kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan sedang dalam perjalanan pulang ke Nilai, Negeri Sembilan selepas menghadiri program di Kota Bharu, Kelantan.

Razali dalam perjalanan pulang ke Rantau Panjang selepas mengikuti Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur melihat bas itu dalam keadaan tidak terkawal sebelum terbalik di tepi jalan.

“Saya bersama rakan membantu mangsa keluar dari dan menghubungi balai bomba berhampiran kerana ramai yang terperangkap dalam bas,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Rosli Che Sulaiman, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 1.45 pagi.

“Kami mengambil masa sejam untuk mengeluarkan mangsa terbabit, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku ketika kejadian,” katanya. -BH

Foto ehsan Topeng Perak







 MU

IFF: Ulama muda 'pertahan' Rosmah, selar pembangkang



Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.

Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.

Semalam, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.

Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang.

Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesuatu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.

"Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum. Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum Allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar dari Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," kata Fahtul Bari.

"Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)," katanya.

Memetik pendapat seorang tokoh terkenal mazhab Shafie, Fahtul Bari berkata, pemerintah patut didoakan dengan kebaikan dan bukannya dengan maki hamum dan caci maki.

Menurut anak bekas mufti Perlis itu lagi, ini kerana Islam meletakkan adab dan etika tertentu untuk menegur seseorang.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak bersetuju 100 peratus program seperti itu dikaitkan dengan Islam.

"Saya cuma tekankan tadi soal adap menasihati pemimpin," jelasnya. 
 
 
CanagLahNie

Ahad, Oktober 24, 2010

Penduduk Haram Israel Bakar Lebih 2,500 Pohon Zaitun


Sekumpulan penduduk daripada penempatan haram Bracha menyerang petani pada pagi Rabu di desa Burin, mencederakan seorang petani Palestin dan menghancurkan sejumlah pohon zaitun. Polis menangkap salah seorang petani setelah bertengkar dengan penduduk.
Warga Palestin melaporkan bahawa puluhan penduduk haram Israel menyerbu kebun zaitun di sekitar Burin dan menyerang petani Muneer Qadous dengan alat yang tajam dan merampas sejumlah besar zaitun di miliknya. Beliau kemudian dibawa ke Hospital Rafidia di Nablus untuk rawatan.
Penduduk mengatakan tentera Israel hanya melihat dari dekat insiden tersebut dan menangkap salah satu kerabat Qadous ketika ia berusaha untuk berdepan denga para penduduk haram itu. Namun pihak berkuasa tidak berusaha untuk menghentikan para penduduk haram, yang menceroboh di daerah hari demi hari, kata mereka.
Khalid Qadous, salah satu penduduk tempatan, mengatakan kepada wartawan PIC bahawa penduduk membakar sejak Khamis lalu 2,500 pokok zaitun di desa Burin, beberapa pohon berumur beratus-ratus tahun.
“Tentera Israel sengaja diam dan melambatkan respon dalam semua kes memadamkan api dengan bomba Palestin sehingga api akan mempengaruhi jumlah terbesar dari pohon zaitun,” dia menjelaskan.


sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Sabtu, Oktober 23, 2010

SEBELUM BERSIDANG.PRESIDEN UMNO PENING DENGAN RAGAM ROSMAH!!!

Prince Albert II of Monaco poses with Malaysia's Prime Minister Najib Razak (R) as they arrive at the Islamic Fashion Festival in Monte Carlo August 9, 2010.
Presiden UMNO,dengan wajah senyuman seumpama tidak ikhlas bersama Putera Albert II Monaco di dalam Islamic Fashion Festival.


Malaysia's Prime Minister Najib Razak, his wife Rosmah Mansor, Prince Albert II of Monaco, Maira Nazarbayev of Kazakhstan and Qatar's Prime Minister Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani pose as they arrive at the Islamic Fashion Festival in Monte Carlo August 9, 2010.
Apakah perasaan Presiden UMNO dan First Lady ini?Adakah mereka ikhlas memperjuangkan Islam?Yang kelihatan tiada unsur Keislaman kecuali penipuan demi penipuan.Adakah anda termasuk penyokong mereka?


BANTAHAN TERBUKA UNTUK FIRST LADY,DATIN ROSMAH ISTERI PRESIDEN UMNO(ISLAM CARA UMNO)

Islamic Fashion Show Bercanggah Dengan Islam (Ust Zaharudin)



'Islamic Fashion Show' telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakawan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini.
Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, fesyen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama 'Islamic'. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.
Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama ‘Islam’ bagi perniagaan dan program mereka. Cuba bandingkan :-
  • Kita melihat bagaimana kewangan dan perbankan Islam di kawal oleh para ulama sedunia  agar apa yang ditawar benar-benar secocok dengan kontrak-kontrak muamalah Islam, sama ada secara mikro dan makro. Itulah yang sewajarnya dilakukan apabila mereka menggunakan nama ‘Islam’ dalam produk perniagaan dan pembiayaan kewangan mereka.
  • Kita juga dapat melihat sebarang penggunaan tanda halal juga mesti melalui suatu piawaian yang digariskan oleh JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
  • Malah penggunaan nama ‘Buffet Ramadhan’ juga dipantau dengan baik sekali oleh pihak JAKIM.
  • Sesebuah unversiti yang ingin menawarkan apa sahaja kursus yang mempunyai label Islam, mereka akan dipastikan oleh lembaga akreditasi agar mempunyai tenaga pengajar bertauliah dan berkelayakan rasmi dalam ilmu Shari’ah. Susunan silibusnya juga mesti dipantau agar tiada yang menyeleweng.
  • Organisasi politik yang ingin meletakkan nama Islam pada parti mereka, perlu mendapat restu majlis raja-raja yang merupakan ketua agama bagi negeri-negeri.
  • Penceramah-penceramah yang ingin berceramah di khalayak awam juga turut dimestikan untuk mendapat tauliah dari jabatan agama Islam negeri.
Namun, dalam kes pertunjukkan fesyen ini, penganjur sewenangnya tanpa mendapat sebarang pengiktirafan dari pihak berkuasa agama dan para ulama, menggunakan nama Islam. Ini jelas satu tindakan yang tidak selari dengan semua item yang disebut di atas.
Pihak penganjur perlu sedar menggunakan label ’Islam’ untuk fashion show mereka adalah tindakan offensive atau menyerang kesucian Islam dan menyakitkan perasaan umat Islam.
Tindakan itu sekaligus menyelewengkan ajaran Islam berkaitan displin pakaian. Ingin saya nasihatkan, kepada penganjur dan semua fashion designer beragama Islam yang terlibat sebelum ini, wajiblah kalian menghentikan penyertaan dalam pertunjukan terbabit di masa akan datang, jika ia masih tidak dikawal. Ia berdasarkan firman Allah :-
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
Ertinya : Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)
Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah.

ENGKAR SENDIRIAN & PROMOSI
Saya pasti, akan ada individu yang mencemik bibir dan ‘meluat’ membaca sebarang saranan seperti ini, kononnya ia menyekat sifat keterbukaan dan ‘close minded’. Ingin ditegaskan, jika mereka tidak suka hukum hakam berkaitan aurat, menuduhnya beku, ketinggalan zaman dan kuno serta lebih suka menyanggahinya dan membuka aurat. Biarlah dosa itu kekal di peringkat peribadi mereka, untuk ditanggung secara individu di alam barzakh dan akhirat. Jangan sesekali mempromosinya agar orang lain turut menjadi sepertinya.
Apabila itu dilakukan malah di’organisasi’kan, ia telah memasukkannya ke dalam satu sifat dan dosa yang lebih berat. Dari hanya sebuah dosa biasa, berkembang kepada sifat dan ciri laku kaum munafiq, yang mana sifat kumpulan ini adalah suka merosakkan Islam melalui kata-kata dan tindakan, namun dilakukan dengan menggunapakai label Islam agar objektif mereka terselindung.

Contoh jelas sifat ini boleh dilihat di dalam firman Allah berkaitan penubuhan Masjid Dhirar. Ia adalah adalah nama yang diberikan kepada sebuah masjid yang dibina oleh puak Munafiq di zaman Nabi s.a.w. Masjid tersebut hampir-hampir dialu-alukan oleh Nabi sehinggalah Allah swt menurunkan wahyu melarang Nabi dari mendirikan solat di dalam masjid tersebut. Firman Allah swt
وَالَّذِينَ اتَّخَذُواْ مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلاَّ الْحُسْنَى وَاللّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ * لاَ تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ
Ertinya : Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan mesjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: ""Kami tidak menghendaki selain kebaikan."" Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) ( At-Taubat : 107)

Allah sendiri menerangkan tujuan dan objektif masjid ini iaitu untuk menimbulkan kemudaratan, kekeliruan kepada umat Islam, dan memecahbelahkan kesatuan umat Islam dengan fitnah-fitnah dan tuduhan mereka sebagaimana yang pernah dilontarkan kepada ummu Mukmini Asiyah r.a.
Dari tindakan Rasulullah menjauhi masjid itu, ini jelas menunjukkan Nabi sendiri menunjukkan sunnah boikot dan menyekat diri dan tentunya para sahabat yang lain dari mendirikan solat di masjid berkenaan. Justeru, majlis pertunjukan fesyen ini adalah persis masjid dhirar, digunakan nama dan label Islam tetapi mengkehendaki kemaksiatan, kemudaratan kepada Islam atau hanya mementingkan ketamakan peribadi tanpa mengira jika ia boleh memudaratkan Islam.
Justeru, ingatan buat  penganjur, penaja, fashion designer dan jemputan, dari sepatutnya hanya terhad satu dosa, jangan sesekali menggandakannya kepada ribuan dan jutaan. Penganjuran fashion show yang dilabel dengan nama Islam seperti ini, sesungguhnya amat merosakkan imej sebenar Islam.

PERTUNJUKAN MELAMPAUI BATAS
Islamic Fashion Show, khususnya yang dianjurkan pada tahun bulan Ogos, 2010 yang lalu, bukan sahaja melampaui batasan penutupan aurat yang diajarkan oleh Nabi. Malah ia juga bercanggah dengan kefahaman sebahagian pendokong ajaran Islam liberal itu sendiri. Saya tidak perlu menyertakan gambarnya di sini kerana semuanya berteraburan dan boleh didapati dengan mudah di media dan internet.
Sebagaimana kita faham, sebahagian pendokong Islam liberal tidak meyakini rambut wanita sebagai aurat, justeru hampir semua mereka sama ada tidak bertudung langsung atau bertudung secara tidak sempurna.

Namun apa yang dipersembahkan di Islamic fashion show itu telah lebih jauh melampaui kefahaman kumpulan itu apabila ia bukan sahaja tidak menutup rambut dengan sempurna malah, menggunakan nama nabi Muhammad di pakaian seksi mereka, memaparkan kaki, betis, belahan buah dada, peha, bentuk tubuh, belakang tubuh dan dada secara terangan dan menamakannya sebagai Islam.
Saya telah menyemak kesohihan gambar-gambar tersebut, dan terbukti gambar-gambar yang paling menyeleweng seperti berbaju dengan nama Muhammad, kain singkat, terdedah dada dan yang dinyatakan di atas sememangnya wujud di pesta fesyen 'Islam' di Monaco itu

 Ia bukan super impose atau rekaaan menggunakan teknik fotographi. Sebahagian sumber asal gambar terbabit boleh dilihat di sini. Selebihnya anda boleh mencari cari sumber gambar di internet tanpa perlu saya menyertakannya.
Menurut hemat saya tiada pandangan dari mana-mana mazhab Islam yang boleh diguna pakai untuk menghalalkan tindakan tersebut, semuanya pasti mengharamkannya, sama ada kumpulan Wahabi, Salafi, Ahli hadis, Khalafi, Ahbash, Pondok, Pesantren, Syiah, Zohiri, ahli Tasauf dan lainnya.
Saya bimbang selepas ini mereka menggunakan ayat Al-quran di seluar dalam dan bikini rekaan kreatif mereka lalu dipertontonkan kepada umum, menjadi hidangan majlis Islamic fashion show.! Oleh itu fashion show ini bukan sahaja salah di sudut pandangan ulama Islam, malah juga salah pada pandangan kumpulan wanita Islam liberal.

Saya sedari ada fashion designer muslim yang menyertai pertunjukan itu merasakan festival ini adalah medan besar untuk melariskan produk masing-masing, menguatkan jenama dan menambah keuntungan perniagaan. Namun mereka perlu sedar, apabila majlis 'gilang gemilang' itu dicemari oleh unsur penghinaan terhadap Islam, majlis sebegitu bukan menambah keuntungan dan berkat perniagaan, malah memalapkan berkat dan menjauhkan peniagaan dari ruh Islam yang sebenarnya. Nabi pernah menegur individu yang berniaga di dalam masjid dengan kata baginda :
إذا رأيتم من يبيع أو يبتاع في المسجد، فقولوا: لا أربح الله تجارت
Ertinya : Apabila kamu melihat seseorang berniaga di dalam masjid, katakan kepadanya : Semoga Allah tidak memberi keuntungan kepada perniagaanmu” ( Riwayat Al-Tirmidzi)
Adakah peniaga muslim yang menyertai pertunjukan fesyen yang menghina Islam ini, ingin kami katakan demikian kepada perniagaanmu?. Sudah tentu ia tindakan yang valid kerana pertunjukan itu lebih berat mudaratnya berbanding meniaga di dalam masjid. Kedua-duanya sama dari sudut menjauhkan manusia dari Allah di tempat yang sepatutnya berzikir. Fikirkan..

JATUH MARUAH
Tidak sedarkah mereka, penganjuran seperti ini sebenarnya menjatuhkan maruah dan kedudukan tinggi wanita. Di manakah pejuang martabat wanita?. Adakah mereka layak dijadikan bahan tontonan lelaki dengan pakaian pelik atas nama fesyen.
Sukakah mereka, penonton lelaki ibarat raja yang dihidangkan pemandangan hamba-hamba wanita dengan pelbagai pakaian, mendedahkan kecantikan masing-masing?.
Lebih pelik, dimanakah isteri-isteri kepada suami yang menghadiri pertunjukan itu. Adakah dia bahagia apabila suaminya hadir dan membandingkan tubuhnya dengan tubuh ramping para model wanita yang tiada malu itu?.
Kalau kita merasa benci dan marah apabila pelukis kartun Denmark mencaci Nabi melalui kartunnya
Ahli parlimen Belanda menghina Al-Quran melalui filem pendeknya, 'Fitna',
Tentera Amerika menghina Islam dengan filem, dokumentari dan serangan roketnya,
Salman Rushdi menghina Nabi melalui tulisannya,
Kini tindakan menganjur, menjaya dan menyertai pertunjukan fesyen ini juga adalah sama kategorinya. Semanya adalah sangat ‘menyerang’ kesucian Allah, Nabi dan Islam, menyelewengkan manusia dari Islam sebenar dan secara sedar atau tidak, menghina Islam.

MENGAPA BARU SEKARANG?
Ada yang bertanya, mengapa sekarang baru bising-bising sedangkan program ini telah berlangsung tahun 2009 bertempat di sebuah hotel  di ibu kota, manakala pada bulan Ogos 2010 yang lalu pula dilangsungkan di Monte Carlo, Monaco.

Jawapnya, yang salah tetap perlu ditegur jika disedari, tidak kira sama ada lewat atau cepat. Ia perlu agar ia tidak diulangi pada masa akan datang. Khususnya apabila founder dan pengerusi Islamic Fashion Festival ini adalah seorang lelaki yang saya rasa beragama Islam dari Malaysia. (Baca sini) dan info rasmi Islamic Fashion Festival.
Melihat ia sudah hampir dijadikan upacara tahunan dan pertunjukannya pada tahun 2010 yang lalu menampilkan fesyen yang semakin melampau (berbanding sewaktu festival 24 November 2009). Umat Islam yang prihatin, perlu menyuarakan bantahan ini juga agar penganjur membatalkan road show festival ini atau paling tidak, mengugurkan nama ‘Islam’ pada festival mereka.
Menurut jadualnya ia akan dilaksanakan lagi tahun hadapan di Turki pada 10 februari 2011.
Kita berharap akan ada individu dan pimpinan prihatin yang mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Turki dapat berbuat sesuatu, sebelum Islam dihina sekali lagi oleh penganutnya, disorak sorai oleh musuh-musuh Islam seluruh dunia. Tidak perlu lagi nama nabi Muhammad dan Islam dibusukkan oleh musuh Islam di Denmark atau Belanda, Amerika, Israel dan lainnya. Kini hanya perlukan orang Islam sendiri.

JANGAN SAMPAI MALAYSIA DITUDUH MENGHINA ISLAM
Kita tidak mahu akan sampai satu ketika umat Islam seluruh dunia berdemonstarsi di jalan dan kedutaan Malaysia kerana alasan menghina Islam. Sebagaimana demonstrasi besar-besaran dilakukan kepada kerajaan Denmark dan Belanda suatu ketika dahulu. Jika itu berlaku, imej Malaysia pasti tercalar dengan hebatnya.
Jika ingin diteruskan, mereka mestilah melantik beberapa orang mufti atu cendiakwan Islam sebagai pemantau kepada semua design yang ingin dipamerkan. Jika tiada seorang mufti dan cendikiawan Islam pun yang sudi untuk menjadi pemantau dek kerana semuanya membantah dan menolak, maka tiadalah kelulusan untuk menggunakan nama ‘Islam’ pada pertunjukan fesyen itu.
Kerana itu, semua cendiakawan dan ilmuan Islam, khususnya pihak yang memegangkan tampuk kuasa agama adalah bertanggungjawab untuk menasihatkan sama ada secara sulit atau terbuka, menurut kadar kemampuan mereka.
Saya sedar, apabila isu ini dikaitkan dengan politik, sebarang teguran akan dilihat teguran politik. Hasilnya ia sukar diterima walaupun BENAR. Ia juga akan dipandang berat sebelah oleh segolongan orang, sebab itu saya kira tidak perlu bertubi-tubi mengaitkannya dengan politik kepartian.
Ia adalah hasil sebuah kejahilan global, merentasi politik kepartian dan mesti dibetulkan secara amanah oleh ulama Islam secara global dan tidak tertumpu kepada menyalahkan mana-mana parti politik secara khusus. wallahu'alam.
Sebarang caci maki politik kepartian tidak dialukan di sini. Hanya komentar berdasar hukum & sensitiviti agama sahaja. Please.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
22 Oktober 2010

Jumaat, Oktober 22, 2010

Malaysia, Bukan Wasiat Umno Melalui Amanah Raya

Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden umno yang hendak mempertahankan kemenangan umno Bn, mestilah dengan cara demokrasi, bukan  dengan bermain dipadang yang tidak sama dan mengubah tiang gol. Ucapan beliau  di perasmian persidangan agung umno di PWTC , yang meyebut “Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!” 

Pas berpendapat ucapan ini membayangkan mimpi ngeri pemimpin umno untuk menghadapi kebangkitan rakyat dalam pilhanraya akan datang. Mereka membayangkan apa akan terjadi kepada rumah banglo mewah mereka, kereta mewah mereka dan perniagaan mereka jika kerajaan Bn jatuh. Sebenarnya mereka bukan takut rakyat tidak boleh makan, bukan takut hak Melayu akan hilang. Kerana selama ini pun mereka tidak  pedulikan rakyat. Banyak perwakilan umno telah membangkitkan bagaiamana pemimpin umno yang tidak memperdulikan rakyat selama ini. Turun berjumpa rakyat hanya ketika hendak pilihanraya.

Pas mengharapakan supaya umno belajar menjadi orang kalah, kerana dalam negara demokrasi ada masa turun naik. Pas hendak tahu juga apa maksud  ucapan Presiden umno “walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!. Apakah kalau Bn tidak mendapat suara majoriti adakah mereka tidak mahu menyerah kuasa juga? Demokrasi apakah ini. Belajarlah daripada Pas yang pandai menghormati demokrasi di negara ini. Pas pernah memerintah Kelantan pada tahun 1959 , tapi tewas pada tahun 1978 walaupun dengan tektik undang-undang dharurat, namun Pas menyerahkan kuasa kepada umno, kemudian kembali memerintah pada tahun 1990 hingga kini. Pas juga pernah menang 1959 dan  kalah di Trengganu pada tahun 1961 melalui tektik kotor. Kemudian menang pada tahun 1999 dan tewas pada tahun 2004. Walaupun pada ketika itu emosi penyokong Pas tidak boleh menerima kekalahan ini, namun kebijaksanaan pemimpin Pas telah berjaya menenangkan rakyat supaya menghormati suara rakyat. Begitu juga dengan peristiwa jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak walaupun dengan cara tidak demokratik, namun Pas dan Pakatan Rakyat terus bersabar dan akur dengan keputusan ini.
Datuk Seri Najib Razak kena sedar bahawa Malaysia ini bukan harta pusaka umno bn yang telah diwasiatkan melalui Amanah Raya, tetapi ia adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan di negara ini melalui pilihanraya.


Khamis, Oktober 21, 2010

ROSMAH LIBERAL

Pemuda PAS berhimpun bantah Rosmah


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4vDGHPeUp20NU_ViZA-6HQKUpuoARbg-u7v_KRticdVeAjGa_AqqRfxqMdCFTF3O3_nKJsyT7BM_v5VA1gCrZzOzcScQDIiQdUykh5KR2TCZyFl4ischpeiNkZEvpoEGBa1MX_-6b1ncB/s1600/islam+ala+umno1.jpg'


"KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.

Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival."


- HarakahDaily

ANAK SOSILAWATI MASUK UMNO


بسم الله الرحمن الرحيم


Pewaris kekayaan ibunya, Erni Dekritawati Bukhari diterima menjadi sebahagian gerombolan Umno-APCO pada persidangan semalam.


Berbangga diterima sambil menunjukkan borang yang akan meneruskan legasi arwah ibunya, sekaligus meneruskan "sumbangan korporat" kepada Umno-APCO setiap kali pilihanraya!

Note: Manusia kembali ke zaman jahiliyah.. Yang mengaku islam gembira tak terkira dapat bersama sama berjuang dalam kumpulan yang menentang islam.. dunia akhir zaman.

Duhai DZAT YG MAHA ADIL PENGUASA LANGIT DAN BUMI… DEMI SIANG DAN MALAM.. YG TAQDIR KEHIDUPAN ADA DALAM GENGGAMANMU… KAMI MEMINTA PERTOLONGANMU… BERILAH PERINGATAN YG DAHSYAT BAGI PARA PEMIMPIN2 KAMI… APAKAH KEMATIAN TAK MENJADIKAN PELAJARN BUAT MEREKA… GETARKANLAH HATINYA… DAN BUKALAH MATA PENGLIHATANYA…. AGAR MEREKA.. ENGKAU TUNJUKKAN JALAN KEMBALI KEPADAMU YA ROBBI,,, 


BS

Bujet 2011 : Nak beli Spenda punya pasal negara hilang RM185juta



Kastam kehilangan RM185 juta, mansuh cukai 300 barangan

PUTRAJAYA 20 Okt. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bakal kehilangan pendapatan hasil kutipan cukai sebanyak RM185 juta tahun depan ekoran keputusan kerajaan memansuhkan cukai untuk produk berkaitan pelancongan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamed Khalid Yusuf berkata, kesan daripada pemansuhan cukai tersebut bagaimanapun akan tetap memberi pulangan lumayan kepada JKDM ekoran pengumuman kenaikan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus dalam Pembentangan Bajet 2011, minggu lepas.
Beliau optimis, pemansuhan cukai kira-kira 300 produk pelancongan itu akan meningkatkan lagi kemasukan pelancong asing ke Malaysia kerana negara ini sememangnya sudah dikenali sebagai lokasi syurga membeli-belah.
”Pelancong akan terus berkunjung ke sini dan mereka akan berbelanja besar untuk membeli barang-barang yang diminati tanpa dikenakan cukai.
”Seterusnya, industri pelancongan dan pengangkutan akan mendapat manfaat pula apabila hotel dan restoran penuh, mereka (pelancong) akan bayar cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus dan hasilnya kepada kerajaan juga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau menghadiri majlis perjumpaan khas bersama kepimpinan tertinggi JKDM serta penyerahan watikah pelantikan pengarah kastam ibu pejabat dan negeri.
Mohamed Khalid berkata, peningkatan satu peratus cukai perkhidmatan dan caj cukai perkhidmatan untuk pakej-pakej filem di stesen penyiaran berbayar dijangka dapat menjana hasil lebih besar daripada jangkaan pengurangan kutipan RM185 juta.
”Jadi kita yakin bajet yang kita anggap mesra rakyat ini tetap mampu membantu jabatan ini mencapai kutipan hasil lebih RM28 bilion tahun depan,” katanya.
Beliau menambah, dari aspek penguatkuasaan pula JKDM mencatat kejayaan amat memberansangkan sejak tiga tahun lalu apabila hasil rampasan terus meningkat dari tahun ke tahun.


Ahad, Oktober 17, 2010

PAS KAWASAN PARIT MENGECEWAKAN BANYAK PIHAK?

Bukan manusia memerhatikan manusia,tetapi ada tuan kepada manusia yang memerhatikan manusia



Sangat malang di dalam kawasan Parit ini masih ada jiwa-jiwa yang mudah menerima berita buruk dari menerima berita baik.Berita yang buruk itu sangat mudah pula disampaikan dari berita yang baik-baik.Jika anda diberikan pilihan,jiwa yang bagaimana boleh dijadikan panduan?Adakah jiwa yang suka menerima berita buruk ataupun jiwa yang selidik berita buruk.

Di Kawasan Parit ini tidak susah hendak mencarinya,ianya mungkin jiran anda,adik berdik anda ataupun ibu dan ayah anda.Nasib orang yang mahu menegakkan Islam tetap sama dari dulu hingga kini,mereka dilabel sebagai melampau,ekstrimis,jumud,lapok dan berbagai-bagai istilah lagi.

Kita sebenarnya tidak diberi  pilihan jalan pintas untuk ke syurga,tetapi sangat banyak pula pilihan untuk ke neraka. dari 73 jalan hanya 1 jalan yang benar.Kita amat-amat berharap agar setiap gerak kerja kita di terima Allah dan sudah tentulah dari hati yang tulus ikhlas.Ikhlas sahaja tidak memadai jika tidak diamalkan dan ikhlas,amal tetap tidak menjadi jika tidak beilmu.Pendek kata ILMU,AMAL  dan IKHLAS adalah sama pentingnya.
Jika kita melihat rakan kita dalam kesusahan adakah kita mahu menambahkan lagi kesusahannya?Sudah pastilah kita akan cuba membawanya keluar dari kesusahan.Dan paling penting kita juga mahu rakan kita itu mengikut kita menuju jalan di redhai Allah dan seterusnya mencapai kesudahan syurga idaman semua manusia.Ingatlah,walaupun kita yang berjuang ini dilabelkan oleh kawan dan lawan dengan pelbagai gelaran yang tidak baik,belum pernah kita mahu meninggalkan mereka ini,malah kita sentiasa menegur dengan bahasa yang baik dan berlapik,namun dalam baik-baik pun tetap juga disalah tafsir.Ianya sangat menyakitkan,tetapi untuk melihat ruang kegagalan perencanaan Islam itu,adalah tidak dibolehkan sama sekali.

Begitu juga dalam arena yang lebih luas lagi,iaitu segmen politik.Kita percaya,setiap kawasan perpaduan PR di seluruh Malaysia pastilah ada masalahnya tersendiri.Kita dalam PAS diajar agar bertolak ansur dengan kawan atau sahabat yang mahu bersama kita,biarpun kita bersusah-susah untuk memenangi hati mereka,tetapi demi melihat Islam itu tinggi di Malaysia,sedikit salah faham adalah satu perkara yang tidak berbaloi untuk diceritakan.Begitu juga mereka,mereka sudah merasai kebersamaan ini sekian lama.Rangkaian PKR,DAP dan PAS tidak kiralah yang mana satu mahu dipanggil dahulu,adalah semakin serasi,sangat serasi kerana saban hari kita disajikan saf-saf kepimpinan yang tidak pernah berubah pendirian ini.Sangat mengharukan.Tetapi tertanya-tanya juga,masihkan ada ruang untuk membiarkan bibit-bibit prasangka diantara kita nanti?

Sebagai contoh untuk difikirkan,adakah berbaloi jika saya (Ahli PAS)  melagakan dua kumpulan dalam PKR hanya kerana mendengar berita dan cerita kedai kopi yang meceritakan keburukan pimpinan PKR?Jika saya seorang yang berkepentingan,ada kemungkinan juga saya suka menghebahkannya.Tetapi saya bukan!(fikirkan lagi ayat di atas.)Begitu juga sebaliknya.

Untuk contoh yang lebih mudah sedikit.Apa guna saya melagakan sahabat saya Si A dan Si B,kecuali jika saya ada kepentingan peribadi(itu lain cerita).Jika kita dalam kebenaran,adalah lebih baik saya sedarkan mereka ataupun mencari titik persamaan antara mereka.Itu tentulah sahabat sejati.Maka,begitulah hidup berpolitik dalam suasana sekarang.Di ingatkan sekali lagi,jika ada berita yang datang dari kedai kopi ataupun buah mulut orang boleh merosakkan penyatuan kita,adalah lebih baik kita sampaikan kepada pucuk pimpinan melalui saluran yang betul,bukan mencari publisiti.

Siapa pun anda atau pangkat anda,jangan ingat gerak geri anda sentiasa benar.Ya!memang kita ada kesilapan sendiri,tapi itu bukan alasan untuk kita bebas melakukan kesilapan lagi.Ada masanya kita berkias dan ada masanya kita boleh dedahkan.Lihat di mana kepentingannya.Jika tidak boleh bekerjasama,jangan merosakkan kerjasama.All The Best!!!


MAT MISKIN

GERAKAN ISLAM MODERATE, NAJIB DAN AGENDA POLITIK BARAT

Memetik kata-kata seorang cendiakiawan mesir professor Muhamamad Al Mubarak berkata “ Orang yang memerhati dan memandang kepada bangsa ‘arab akan dapat melihat bagaimanakah bangsa Arab boleh berdiri di masa silam ditengah-tengah dua tamadun yang melebar dikiri dan kanan. Disebelah kirinya tamadun barat yang keterlaluan telah cuba mencipta gambaran dan imej manusia dengan alirannya yang kering pucat tak berhias dan tidak terjejas dengan hakikat keinsanannya. Di sebelah kanannya pula tamaddun kerohanian dan kejiwaan yang melambung kealam khayalan seperti yang terdapat di India dan China dan sebagainya.


Permulaan kewujudan islam ditengah-tengah kepesatan ketamadunan dunia , muncul didalam celah –celah masyarakat nomadik dan barbarik merupakan gambaran wajah islam yang sebenarnya yang bersifat’ moderate ‘ sebagai satu ideology ketuhanan yang berjaya memacu perubahan masyarakat jahilliyah arab dijazirah arab itu sendiri , malah pengaruhnya telah berkembang sehingga ke tiga perempat dunia .Istilah ‘moderate ` biasanya ditafsirkan sebagai keserdahanaan sehingga melampaui batas dan sifat kehambaan manusia kepada penciptanya,seringkalai ungkapan’ moderate ‘ini dimanipulasi untuk mengambarkan pemisahan dari kekangan agama itu adalah perlu bagi juzuk –juzuk tertentu untuk membuat perubahan dan mencapai kemajuan. Justeru golongan yang mahu terus berpegang kepada prinsip dan ajaran islam secara total dengan tidak berkompromi akan dilabelkan sebagai ekstrimis . Islam merupakan ajaran yang cukup sederhana(moderate ) sesuai untuk memenuhi keperluaan manusia samaada dari segi kerohanian dan fizikal , kesempurnaannya tidak perlu kepada modifikasi kerana islam merupakan ajaran yang syumul yang merangkumi semua aspek .

Baru –baru ini terdengar kembali suara-suara daripada mereka yang kononnya berfikiran sederhana ( moderate thinker ) yang menyatakan perlu ada ‘ global moderation movement’Gerakan moderasi global untuk menangani masalah eksrtimisme didalam dunia hari ini. Cetusan Idea dari pemimpin dunia islam ini merupakan satu petunjuk bahawa benih ‘idelisme moderate’ yang disemai dan dipupuk oleh barat selama ini telah mebiak subur didalam dunia islam itu sendiri dan menjadi racun yang cukup berbisa kepada islam umat lebih-lebih lagi ianya keluar dari mulut pemimpin nombor satu negara.

Apa yang dinyatakan oleh Najib dipersidangan bangsa –bangsa bersatu tersebut seharusnya menjadi perkataan-perkataan yang akan keluar dari mulut Presiden Barrack Obama kerana ianya merupakan dasar luar negara Uncle Sam itu yang beranggapan umat islam yang mahu mentabir negara mereka menurut perinsip dan perundangan islam merupakan ekstrimis yang harus hapuskan samaada secara fikrah atau pun secara penaklukan ketenteraan . Sudah tentu ianya akan memberikan implikasi politik kepada gerakan islam didalam negara ini yang dillihat mula bangkit sebagai satu masej pembaharuan politik yang bukan sahaja yang mulai diterima oleh orang –orang islam sendiri malahahan dikalangan orang-orang bukan islam .

Walau bagaimanpun apa yang berlaku dan bakal berlaku merupakan satu turning point kepada perkembangan politik negara . Usaha dan cita-cita yang murni mesti terus digembelingkan demi mencipta dimensi perubahan didalam mencorak masa depan islam dan negara walaupun terdapat cabaran besar yang menanti , sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan yang hebat seperti kerajaan rome akhirnya telah tumbang kerana telah menggunakan pendekatan dan terma moderate terhadap agama demi menyesuaikan dengan matlamat bagi mencapai cita-cita dan kemahuannya.



Botaman

Dewan Pemuda Pas Parit

GILA BOLA!