"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Jumaat, Oktober 01, 2010

Transformasi Ekonomi akan gagal di bawah Kerajaan pimpinan UMNO-BN


Intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Hubungan Luar (CFR) yang berlangsung di New York semalam mengenai Program Transformasi Ekonomi  (ETP) di Malaysia adalah merupakan satu lagi ucapan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku dalam negara kita.  Perdana Menteri bersyarah mengenai satu paradigma baru yang perlu dilakukan oleh Malaysia sebagai keperluan untuk menyesuaian Malaysia dengan persekitaran global untuk bersaing dengan pasaran China, India dan Vietnam.
Parti Islam Islam SeMalaysia (PAS) melihat bahawa hasrat untuk membawa pasaran ekonomi negara ke persada dunia adalah suatu cita-cita yang murni, tetapi keadaan semasa urustadbir dan ketelusan pihak Kerajaan  Malaysia di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) di ketika ini sebenarnya adalah merupakan satu halangan besar terhadap impian membawa negara ke ekonomi yang lebih kompetetif dan berdaya saing.

Ini adalah kerana persekitaran kerakusan rasuah dan ketirisan pelaksanaan projek pembangunan ekonomi masih berleluasa serta ketelusan urustadbir kerajaan yang masih berada di takuk lama malah semakin buruk adalah merupakan halangan terbesar yang gagal dihadapi oleh kerajaan pimpinan UMNO-BN sejak puluhan tahun di negara kita ini.

Oleh yang demikian, PAS tidak terperanjat dengan pengumuman terbaru Laporan Daya Saing Dunia tahun 2010/2011, Forum Ekonomi Dunia yang mana Malaysia terus jatuh ke tempat 26 daripada 139 buah negara. Untuk rekod dalam laporan sama 2009/2010 Malaysia di tempat 24 dari 133 negara dan dalam tahun 2008/2009 Malaysia di tempat  21 dari 134 negara.

Keputusan ini juga sudah dijangka oleh PAS, malah oleh para penganalisa pasaran berdasarkan rekod buruk Malaysia dari segi ketelusan dan urus tadbir korporat. Malah campur tangan kuasa politik dalam urus tadbir yang menyebabkan rekod ketelusan dalam urus tadbir semakin teruk dan menyebabkan pelabur semakin tidak yakin dengan daya saing Malaysia. PAS juga memandang serius mendedahan terbaru yang telah dibuat oleh salah seorang tokoh korporat yang hampir dengan pimpinan UMNO bahawa terdapat orang-orang peringkat tinggi kerajaan yang telah merancang dan memaksa beliau keluar dan menjual semua pegangan dalam sebuah syarikat korporat secara paksa. Selain dari itu, beliau juga menegaskan bahawa sejumlah saham syarikat berkenaan adalah bukan milik beliau atau pihak yang berkaitan dengan beliau.

Ini merupakan pendedahan terbaru yang membuktikan betapa tidak telusnya pasaran dan pengurusan pasaran Malaysia disebabkan oleh campur tangan politik dan kerajaan. Jesteru PAS mendesak kerajaan dengan segera membuat pengakuan dan pendedahan terbuka terhadap apa yang telah didedahkan oleh Tan Sri Halim Saad tersebut kerana hanya itu yang boleh memperbaiki keyakinan pelabur dan memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global. Jika gagal, PAS amat yakin daya saing Malaysia akan semakin teruk dan seterus akan memburukkan lagi pasaran dan ekonomi negara.


Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS

Khamis, 21 Syawal 1431/ 30 September 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!