"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Selasa, Februari 22, 2011

Pelepasan Kuota Perumahan Belum Diputuskan, TV3 Tipu Rakyat



SHAH ALAM 22 FEB : Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad menegaskan laporan Buletin Utama berhubung penghapusan kuota perumahan Bumiputera di negeri ini hanyalah berita berupa propaganda untuk menipu rakyat.

Jelas beliau, berita yang tersiar pada 21 Februari itu hakikatnya tidak tepat apabila hanya menyebut koata perumahan di Selangor adalah 30 peratus.


"Pada hakikatnya kuota tersebut adalah berbeza menurut daerah dan mukim iaitu dari 30 hingga 70 peratus," jelas Iskandar dalam satu kenyataan media hari ini.


Tambahnya, melalui beberapa siri perjumpaan dengan wakil pemaju iaitu Majlis Persatuan Hartanah dan Pemaju Perumahan (REDHA) memang telah dibangkitkan  tentang pelepasan kuota secara automatik.


" Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri setakat ini belum lagi membuat sebarang keputusan tentang "automatic release" yang diminta oleh REHDA.


" Kerajaan Negeri telah hanya menubuhkan sebuah syarikat, (iaitu) Syarikat Perumahan Dan Hartanah Selangor, untuk membantu pemaju memasarkan hartanah di  bawah kuota Bumiputera," jelasnya lagi.


Menurut Iskandar, tindakan penubuhan syarikat itu bertujuan untuk meringankan beban pemaju di samping untuk memastikan pemilikan hartanah oleh masyarakat  Bumiputera terus terbela.


Justeru itu, Iskandar menggesa semua pihak supaya tidak terpedaya dengan taktik Umno-Barisan Nasional yang menggunakan media milikan mereka untuk mengaburi  mata rakyat.


" Umno sentiasa memainkan sentimen perkauman di dalam setiap isu tetapi sebenarnya bersifat hipokrit.


" Contohnya di dalam isu kuota perumahan Bumiputera, UMNO berkokok kononnya mahu mempertahankan kuota ini tetapi di dalam masa yang sama pemaju-pemaju UMNO juga adalah di antara yang kerap mempertikaikan kuota tersebut," tambahnya lagi.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!