"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk."

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

al kahf,13 & 14


Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).

KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT

PALESTINE FOREVER

PALESTINE FOREVER

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY

JOM SERTAI FACEBOOK HARAKAHDAILY
KLIK TERUS KE FACEBOOK

Selasa, Februari 08, 2011

Penyanyi Hina Quran Di KLCC, Haramkan Masuk M'sia!


Penghina Al Quran Gelar Konser di Kuala LumpurPenyanyi ini menghina Al-Quran, mendendangkan lagu-lagu cabul, erotik, dan tidak sopan. Malaysia masih berkerjasama?
KL 7 Feb 11: Kerajaan Malaysia perlu mengharamkan kemasukan penyanyi kontroversi Iran Mohsen Namjoo yang akan tampil di Kuala Lumpur pada 18 Februari 2011 di KLCC Convention Centre, beberapa hari lagi. Demikian pandangan dari editor Weblog Ibnu Hasyim.
Menurut beliau, penyanyi tersebut, adalah penyanyi yang menghina Al-Quran dalam lagu-lagunya. Pemerintah Iran juga telah menjatuhkan hukuman padanya, bahkan penyanyi ini menjadi buruan negara. Mahkamah Iran telah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas penyanyi itu.

Sebelumnya, Namjoo menyatakan minta maaf atas tindakannya. Tetapi telah mencabut balik dan mengulang kembali kegiatannya ini. Namjo juga mendendangkan lagu-lagu cabul, erotik, dan tidak sopan.
Seorang penulis dan blogger terkenal, Feisal Tehrani memberitahu wartawan IRIB yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Indonesia, "Sangat disesalkan, tidak ada media-media lokal yang menentang konser penyanyi Iran yang terang-terangan menghina Al-Quran dan mendendangkan lagu tak sopan. Media-media Malaysia sudah seharusnya sensitif atas kasus ini."
"Ya!" kata editor Ibnu Hasyim. '"Sepatutnya pihak berwajib seperti JPM Bahagian Agama dan sebagainya patut bertanggung jawab, demi sensitifiti umat Islam."
Kepada blogger-blogar, sila panjangkan berita dan tuntutan ini segera! 


(Weblog Ibnu Hasyim/2MA)

1 ulasan:

  1. http://www.freeimagehosting.net/image.php?86e2e23d5a.jpg

    BalasPadam

ulasan anda akan dipantau,apa sahaja ulasan anda ianya bukan tanggungjawab pemilik blog,terima kasih kerana berani memberikan ulasan.

GILA BOLA!